Tuesday, 28 July 2015

AIDILFITRI HARI MULIA (93) BANGKITLAH UMNO SEBELUM TEWAS PRU 14


AIDILFITRI HARI MULIA (93) BANGKITLAH UMNO SEBELUM TEWAS PRU 14



Dari satu generasi ke satu generasi. Malaysia diwarisi penuh harapan, masa depan yang menjanjikan kejayaan.

TAN Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.
Tempat beliau digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkuatkuasa esok.
Najib turut melahirkan penghargaannya terhadap Muhyiddin di atas bakti yang dicurahkan beliau.

“Keputusan menggugurkan Muhyiddin adalah satu keputusan yang sukar, tapi ia harus diambil demi memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum PRU14,” kata Najib di Putrajaya. –
Like   Comment   
  • You, Datuk Faiz and 33 others like this.
  • Norlia Abu Bakar Tak tau nak komen apa dah Datuk Faiz....
    Like · Reply · 1 · 8 hrs
  • Mastura Abdul Karim X thu nk kta ap dah nk jd lpas nih...oh Malaysia ku tanahair ku....kpd Mantan TPM bertabahlah bersabarlah...tunggu saja balasan dr yg Maha Esa...
    Like · Reply · 2 · 7 hrs
  • Habsah Bt Md Sharif Doa org teranaya dimakbulkan tuhan...
    Like · Reply · 3 · 7 hrs
  • Datuk Faiz KUALA LUMPUR: Pengumuman senarai anggota Kabinet baru telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

    Najib berkata rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PR
    U14

    Secara keseluruhan, seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Menteri baharu telah dilantik.

    Daripada tujuh menteri baharu itu, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat. Mereka ialah Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

    Muka baharu ialah Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia).

    Dua muka lama yang menyertai semula kabinet ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).

    LIPUTAN LANGSUNG

    2:00 petang

    Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

    Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohd Najib Razak

    Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

    Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Chua Tee Yong
    Datuk Johari Abd Ghani

    Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Nur Jazlan Mohamed
    Tuan Masir Anak Kujat

    Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

    Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai
    Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi

    Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
    Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
    Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
    Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
    Datuk Azalina Othman
    Nancy Shukri
    Datuk Seri Abd Wahid Omar
    Datuk Ir Dr Wee Ka Siong
    Datuk Paul Low Seng Kuan
    Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
    Senator Datuk Seri Idris Jala
    Tan Sri Panglima Joseph Kurup

    Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
    Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
    (Hal Ehwal Agama)

    Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
    Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

    Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
    Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Senator Datuk Lee Chee Leong
    Datuk Ahmad Maslan

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan

    Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
    Timbalan: Datuk Noriah Kasnon

    Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
    Timbalan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

    Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
    Timbalan: Datuk Saravanan Murugan

    Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
    Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Saidique

    Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Keruak
    Timbalan Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Jailani Johari

    Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid
    Timbalan Menteri Pendidikan: P. Kamalanthan
    Senator Chong Sin Woon

    Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): Datuk Hamzah Zainuddin
    Timbalan KPDNKK: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

    Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
    Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Ir Hamim Samuri

    Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
    Timbalan: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
    Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi
    Timbalan II: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

    Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
    Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican

    Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
    Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
    Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Azizah Mohd Dun
    Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

    Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
    Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Shirlin

    Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
    Timbalan Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Ismail Muttalib

    Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
    Timbalan: Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan

    Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
    Timbalan: Datuk Yap Kain Ching
    Like · Reply · 7 hrs
  • Amir Selayang Kehkehkehkeh tiada kerajaan pun rakyat boleh hidup...kami ada sultan dan raja tak perlu PM pun.
    Like · Reply · 2 · 7 hrs
  • Datuk Seri Wan Jamal saya sgt simpati dgn TSMY..kesian budi dan jasanya pd negara hilang begitu saja..bersabarlahTSMY.semoga ALLAH SWT.memberi kemenangan mu..dimasa2 yg akan datang..
    Like · Reply · 2 · 3 hrs
  • Datuk Seri Wan Jamal semoga ALLAH SWT MEMBERI KESIHATAN YG BAIK UTK TSMY.UNTUK TERUS MEMBERI KHIDMAT KEPADA RAKYAT YG MASEH BERSAMA MU..
    Like · Reply · 3 hrs
  • Rabeah Binti Mohd Ali BANGKITLAH UMNO SEBELUM TEWAS PRU 14

    Bangkitlah UMNO
    sebelum tewas pru 14
    sekarang bukan masanya untuk
    siapa tikam siapa
    siapa menang siapa kalah
    sekaranglah masanya
    untuk sama rapatkan barisan
    bagi mempastikan UMNO tak tewas

    rakyat rela kehilangan pemimpin
    daripada kehilangan UMNO
    kehilangan UMNO bererti kehilangan melayu
    kehilangan melayu bererti negara di ambang kejatuhan
    jatuh di tangan bangsa asing yang sudah lama nantikan
    saat sebegini tiba
    di mana melayu sesama melayu
    tak henti perebutan kuasa 
    untuk membina aset sendiri 
    menjadi pemimpin bukan untuk rakyat dan negara
    menjadi pemimpin demi kepentingan sendiri
    jika demi kepentingan rakyat dan negara 
    pasti tidak akan ada perpecahan dalam UMNO
    menteri-menteri yang dilucutkan daripada jawatan
    seperti mentimun dengan durian
    tergolek kena tak tergolek pun kena duri durian
    begitu kuatnya kuasa durian

    Duhai sekalian menteri UMNO
    yang sedang menyandang jawatan
    sekarang memanglah berkuasa dengan jawatan
    lihatlah nanti siapa yang berkuasa
    apabila pru 14 menjelang tiba
    rakyatlah yang berkuasa
    andai tewas di tangan pembangkang
    apakah pak menteri redha menerima keputusan?
    jika redha begitu jugalah yang dialami oleh menteri
    yang telah digugurkan dari jawatan
    berkuat kuasa serta merta...

    Pru 14 belum lagi menjelang tiba
    tapi akan tiba bila sampai masanya
    fikirlah dari sekarang
    mahu kehilangan pemimpin ke , kehilangan UMNO ke
    atau kehilangan negara....
    tanyalah diri sendiri

    Andai PRU-14 UMNO kalah 
    pasti rakyat tidak akan dapat maafkan semua pemimpin UMNO
    kerana mereka semua mementingkan diri sendiri daripada
    kepentingan rakyat dan negara....

    Maka bangkitlah UMNO
    demi membela agama bangsa dan negara!!!

    'KELUARKAN SINGA DALAM DIRIMU AGAR KAMU TIDAK SEWENANGNYA DIPIJAK ORANG,'

    Karya Ratu Rimba Niagara
    12 Syawal 1436H
    28 Julai 2015
    Like · Reply · 4 mins
  • Rabeah Binti Mohd Ali



6 hrs · 
KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015
Like   Comment   
  • You, Datuk Faiz and 26 others like this.
  • Rabeah Binti Mohd Ali BANGKITLAH UMNO SEBELUM TEWAS PRU 14

    Bangkitlah UMNO
    sebelum tewas pru 14
    sekarang bukan masanya untuk
    siapa tikam siapa
    siapa menang siapa kalah
    sekaranglah masanya
    untuk sama rapatkan barisan
    bagi mempastikan UMNO tak tewas

    rakyat rela kehilangan pemimpin
    daripada kehilangan UMNO
    kehilangan UMNO bererti kehilangan melayu
    kehilangan melayu bererti negara di ambang kejatuhan
    jatuh di tangan bangsa asing yang sudah lama nantikan
    saat sebegini tiba
    di mana melayu sesama melayu
    tak henti perebutan kuasa 
    untuk membina aset sendiri 
    menjadi pemimpin bukan untuk rakyat dan negara
    menjadi pemimpin demi kepentingan sendiri
    jika demi kepentingan rakyat dan negara 
    pasti tidak akan ada perpecahan dalam UMNO
    menteri-menteri yang dilucutkan daripada jawatan
    seperti mentimun dengan durian
    tergolek kena tak tergolek pun kena duri durian
    begitu kuatnya kuasa durian

    Duhai sekalian menteri UMNO
    yang sedang menyandang jawatan
    sekarang memanglah berkuasa dengan jawatan
    lihatlah nanti siapa yang berkuasa
    apabila pru 14 menjelang tiba
    rakyatlah yang berkuasa
    andai tewas di tangan pembangkang
    apakah pak menteri redha menerima keputusan?
    jika redha begitu jugalah yang dialami oleh menteri
    yang telah digugurkan dari jawatan
    berkuat kuasa serta merta...

    Pru 14 belum lagi menjelang tiba
    tapi akan tiba bila sampai masanya
    fikirlah dari sekarang
    mahu kehilangan pemimpin ke , kehilangan UMNO ke
    atau kehilangan negara....
    tanyalah diri sendiri

    Andai PRU-14 UMNO kalah 
    pasti rakyat tidak akan dapat maafkan semua pemimpin UMNO
    kerana mereka semua mementingkan diri sendiri daripada
    kepentingan rakyat dan negara....

    Maka bangkitlah UMNO
    demi membela agama bangsa dan negara!!!

    'KELUARKAN SINGA DALAM DIRIMU AGAR KAMU TIDAK SEWENANGNYA DIPIJAK ORANG,'

    Karya Ratu Rimba Niagara
    12 Syawal 1436H
    28 Julai 2015
    Like · Reply · Just now · Edited

PETIKAN WALL DATUK FAIZ & RATU RIMBA NIAGARA
12 SYAWAL 1436H
28 JULAI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;