AIDILFITRI HARI MULIA (117) RAKYAT BERGERHANA PEMIMPIN BERPELANGI NEGARA NAZAK
RAKYAT BERGERHANA PEMIMPIN BERPELANGI NEGARA NAZAK
hati rakyat sedih
bergerhana
menangis
meratap nasib diri
disangkakan panas sampai ke petang
rupanya tsunami membadai
hingga berkecai hati rakyat
sedih kerana kenapa
pemimpin sekarang tidak seperti pemimpin sebelumnya
jujur amanah adil
sanggup berkorban demi rakyat
sanggup miskin demi rakyat
sanggup bersusah payah demi rakyat
sanggup berundur jika rakyat tak suka
pemimpin kata jika menang pilihanraya
hidup rakyat semuanya dibela
tiada seorang pun yang tercicir dari arus pembangunan
sekarang janji-janji menjadi dusta
hidup rakyat semakin hari semakin terhimpit
hari-hari tak cukup untuk menyara keluarga
sedangkan pemimpin hari-hari berlebihan
sehingga tujuh kali mati tujuh kali dihidupkan semula
tak habis-habis harta untuk 7 keturunan pun tak habis-habis
punya banyaknya harta
hati rakyat setiap hari bergerhana atas himpitan hidup
hati pemimpin setiap hari berpelangi atas kemewahan
wajar ke rakyat hidup dalam kesusahan
sedangkan pemimpin hidup dalam kesenangan
rakyat tak lena tidur dibebani hutang piutang untuk meneruskan kehidupan
pemimpin hidup dalam serba kemewahan tanpa hutang piutang
rakyat tak tahu nak pilih parti mana
bagi rakyat semua parti sama saja
telus adil amanah tanggungjawab masa pilihanraya saja
lepas pilihanraya semua janji punah ranah
janji nak bela rakyat sepenuh jiwa
semuanya janji palsu
andai datang pru 14 nanti
tahulah rakyat nak pilih siapa
parti yang bersumpah akan bela rakyat kerana Allah...
parti itulah yang akan dipilih oleh rakyat
kuasa di tangan rakyat
rakyat yang menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih
andai pemimpin yang mereka pilih kalah
negara bersiap sedialah menuju kehancuran...
negara akan nazak
bila negara nazak
pemimpinlah yang akan dipertanggungjawabkan
oleh rakyat, di akhirat berjawab di Mahkamah Allah...
rakyat tak boleh menghukum
bilamana Allah menghukum jawablah sendiri....
Karya Ratu Rimba Niagara,
16 Syawal 1436H
1 Ogos 2015
Di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seremban pagi tadi, saya mencadangkan supaya peraturan mewajibkan pengisytiharan sumber kewangan parti dirombak semula.
Pembangkang mendesak kita untuk mendedahkan sumber kewangan parti. Saya sedia melakukannya demi ketelusan, tetapi malangnya mereka yang tidak bersetuju.
16 SYAWAL 1436H
1 OGOS 2015
0 comments:
Post a Comment