AIDILFITRI HARI MULIA (105) BERSAMA KITA MENUJU JAMBATAN KE AKHIRAT
setiap kali dia memuji kecantikanku
kusambut dengan Allahu Akbar
diriku ciptaan-Nya maka kusebut Allahu Akbar
aku tak mahu terlalai dengan pujian
kerana segala pujian hanya untuk Allah...
selama ini tiada siapapun yang memujiku
tapi dia memandangkan penuh penghargaan
sudah lama aku lupakan siapa aku
yang aku tahu aku bukan siapa-siapa
yang tak punya apa-apa
yang kumahu biar manusia tak memandangku
asalkan Allah memandangku
pandangan manusia aku tak tahu
pandangan Allah membuatkan roh dan jasadku tenang
Dengan harta yang kumiliki ini
aku boleh membeli cinta
sehingga tujuh kali mati hidup semula pun
hartaku tak habis-habis
pasti ramai yang ingin memiliki cintaku
tapi cintaku tiada pada mereka ,
cintaku ada padamu
melihat wajahmu yang tenang membuatkan aku jatuh cinta
sudikah engkau terima cintaku?
Aku mengubah tajuk lain
seakan tak dengar apa yang diperkatakan...
Bukan aku tak mahu terima cintanya
tapi kukuatiri segala cita yang kucitakan tak kesampaian
kerana dia belum kenal siapa aku
tapi katanya melihat wajahku dan tutur kataku
dia sudah tahu siapa aku
dan mengenali hatiku
Dia ingin menyuntingku menjadi suri hidupnya
"Saya sudah buat sembahyang istikharah tapi belum nampak lagi namun saya
akan teruskan lagi...moga kita dapat hidup bersama untuk sama-sama menuju jalan-jalan ke Syurga. Aamiin"
Doakanlah semoga segala usaha saya Allah perkenankan . Jika berjaya apa yang menjadi citamu akan direalitikan."
"YA ALLAH JADIKAN KARYAKU SENTIASA MENGGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SEIRING DENGAN TANGGA JAMBATAN KE SYURGA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN."
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Syawal 1436H
30 Julai 2015
PETIKAN WALL GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & MARIO TEGUH
14 SYAWAL 1436H
30 JULAI 2015
0 comments:
Post a Comment