Wednesday, 29 July 2015

AIDILFITRI HARI MULIA (98) PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT DAMBAAN RAKYAT


AIDILFITRI HARI MULIA  (98) PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT DAMBAAN RAKYAT
RECENT ACTIVITY
SELAGI ADA PELUANG HIDUP SELAGI ITULAH PERJUANGAN YANG TAK MENGENAL ERTI TEWAS!!!
Your Notifications
Jary Latif and Iwo Dian posted in Batu Bara Mengayak (BBM).
...Continue Reading
Like   Comment   
BANGKITLAH UMNO SEBELUM TEWAS PRU 14
Bangkitlah UMNO
sebelum tewas pru 14
sekarang bukan masanya untuk
siapa tikam siapa...
Continue Reading
[TERKINI] "Jika kerana pendirian saya dalam isu (1MDB) menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet, maka saya redha" -TS Muhyiddin Yassin
Like   Comment   

☪ Makam 25 Nabi dan Rasul ☪
Saya sempat menghimpunkan gambar makam2 para nabi dan rasul buat tatapan semua. Sila lah beri pandangan atau teguran sekiranya gambar2 berikut tidak tepat berbandingkan pengetahuan anda. Semuga ia bermanfaat. Terimakasih dan salam Syawal....
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Menurut syariat Islam jumlah Nabi ada 124.000 orang, sedangkan jumlah Rasul ada 312 orang berdasarkan hadits riwayat At-Turmudz. Menurut Al-Qur’an Allah swt telah mengirimkan banyak nabi kepada umat manusia. Bagaimanapun, seorang rasul memiliki tingkatan lebih tinggi karena menjadi pimpinan ummat, sementara nabi tidak harus menjadi pimpinan. Di antara rasul yang memiliki julukan Ulul Azmi adalah Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Mereka dikatakan memiliki tingkatan tertinggi dikalangan rasul. Dari semua rasul, Muhammad saw sebagai ‘Nabi Penutup’ yang mendapat gelar resmi di dalam Al-Qur’an Rasulullah adalah satu-satunya yang kewajibannya meliputi umat dan wilayah seluruh alam semesta ‘Rahmatan lil Alamin’.

HIDUPKU ADALAH CITA-CITA DAN PERJUANGAN
JANGAN PERNAH MENGHINA ORANG KERANA KITA PUN TAK SEMPURNA
Your Notifications
...Continue Reading
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
RAJA DAN PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT TABIK HORMAT UNTUK BAGINDA TUANKU!
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah


BANGKITLAH UMNO SEBELUM TEWAS PRU 14

Bangkitlah UMNO
sebelum tewas pru 14
sekarang bukan masanya untuk
siapa tikam siapa
siapa menang siapa kalah
sekaranglah masanya
untuk sama rapatkan barisan
bagi mempastikan UMNO tak tewas
rakyat rela kehilangan pemimpin
daripada kehilangan UMNO
kehilangan UMNO bererti kehilangan melayu
kehilangan melayu bererti negara di ambang kejatuhan
jatuh di tangan bangsa asing yang sudah lama nantikan
saat sebegini tiba
di mana melayu sesama melayu
tak henti perebutan kuasa
untuk membina aset sendiri
menjadi pemimpin bukan untuk rakyat dan negara
menjadi pemimpin demi kepentingan sendiri
jika demi kepentingan rakyat dan negara
pasti tidak akan ada perpecahan dalam UMNO
menteri-menteri yang dilucutkan daripada jawatan
seperti mentimun dengan durian
tergolek kena tak tergolek pun kena duri durian
begitu kuatnya kuasa durian

Duhai sekalian menteri UMNO
yang sedang menyandang jawatan
sekarang memanglah berkuasa dengan jawatan
lihatlah nanti siapa yang berkuasa
apabila pru 14 menjelang tiba
rakyatlah yang berkuasa
andai tewas di tangan pembangkang
apakah pak menteri redha menerima keputusan?
jika redha begitu jugalah yang dialami oleh menteri
yang telah digugurkan dari jawatan
berkuat kuasa serta merta...


Pru 14 belum lagi menjelang tiba
tapi akan tiba bila sampai masanya
fikirlah dari sekarang
mahu kehilangan pemimpin ke , kehilangan UMNO ke
atau kehilangan negara....
tanyalah diri sendiri


Andai PRU-14 UMNO kalah
pasti rakyat tidak akan dapat maafkan semua pemimpin UMNO
kerana mereka semua mementingkan diri sendiri daripada
kepentingan rakyat dan negara....

Maka bangkitlah UMNO
demi membela agama bangsa dan negara!!!

'KELUARKAN SINGA DALAM DIRIMU AGAR KAMU TIDAK SEWENANGNYA
DIPIJAK ORANG,'

Karya Ratu Rimba Niagara
12 Syawal 1436H
28 Julai 2015


Muhyiddin Yassin
KENYATAAN MEDIA

YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015

(PETIKAN WALL DATUK FAIZ & PUJANGGA RATU RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA)
13 SYAWAL 1436H
29 JULAI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;