AIDILFITRI HARI MULIA (82) UNTUK BERJAYA STRATEGI DAN FOKUS KENA TEPAT
FROM NOTIFICATIONS
News Feed
RECENT ACTIVITY
Inspirasi Taming Sari shared his photo.
PEMANAH HANDALAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DAN BUSUR SAKTI
Kitab Sejarah Melayu susunan Tun Sri Lanang menyatakan sebuah kisah…
Maka kedengaranlah ke Melaka (akan) Cau Pandan anak Bubunya akan dititahkan menyerang Melaka.Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya.
Maka tatkala itu tuan Sidi Arab itu pun menghadap Sultan Muzaffir Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau Cau Pandan!”
Maka Sultan Muzaffir Syah pun tersenyum, maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.”
Adapun Cau Pandan itu lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuat orang nyanyi :
Cau Pandan anak Bubunya,
Hendak menyerang negeri Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.
Syahadan maka kedengaranlah ke Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffir Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.”
Khabarnya, tiga minggu selepas kematian Cau Pandan di Siam, cerita kekeramatan Sidi Arab pun sampai ke pendengaran Raja Bubunya. Raja Bubunya sangat murka lalu meminta agar didatangkan beberapa orang sami yang mahir dengan ilmu-ilmu luar biasa. Dia memerintahkan mereka membalas perbuatan Sidi Arab dengan menghantar pukulan jarak jauh juga agar nyawa Sidi Arab terpisah daripada tubuhnya. Namun begitu para sami pilihan itu menyatakan keengganan mereka kerana khuatir seandainya Sidi Arab mengetahui lebih awal ataupun terselamat, pasti dia ‘memanah’ Raja Bubunya pula. Raja Bubunya terpaksa membatalkan rancangannya.
Atas nasihat para pembesar, dia menghantar panglimanya yang bernama Cau Santan ke Melaka untuk membunuh Sidi Arab. Cau Santan singgah di Kedah, sebuah negeri naungan Raja Bubunya lalu mengambil tiga orang pendekar Melayu Kedah sebagai ahli pasukannya. Cau Santan terpaksa mengambil orang Melayu Kedah kerana ketidakfasihannya berbahasa Melayu. Mereka berempat pun menyamar sebagai pedagang lalu belayar ke Melaka.
Tiba di Melaka, mereka terus mencari maklumat tentang keberadaan Sidi Arab. Mereka mendapat tahu yang Sidi Arab biasanya akan duduk berzikir dan membaca Al-Quran selepas solat fardhu Asar di masjid. Sebaik-baik sahaja jemaah bersurai, mereka berempat menyerbu masuk menyerang Sidi Arab.
Sidi Arab tidak terlawan keempat-empat orang sekaligus dan hampir-hampir berjaya dibunuh. Sungguhpun begitu, dia berjaya mencederakan salah seorang Melayu Kedah. Dengan kuasa Allah, Tun Umar lewat datang berjemaah pada hari itu. Tun Umar terdengar ribut-ribut dalam masjid. Dia pun melompat masuk. Terpandang sahaja ‘hidangan’ di depan matanya, Tun Umar pun menggila dengan ilmu perangnya. Siapa tidak kenal Tun Umar, orang yang pergi berseorangan pada waktu malam menterbalikkan perahu-perahu angkatan Siam yang mahu menyerang Melaka.
Tun Umar berjaya membunuh seorang Melayu Kedah menggunakan pedang yang dibuat tongkat oleh khatib ketika berkhutbah pada hari Jumaat. Melihat keadaan yang semakin berpihak kepada Sidi Arab dan Tun Umar, Cau Santan dan seorang lagi melarikan diri.
Sidi Arab turut mendapat kecederaan tetapi tidaklah parah.Dia cuba mendapatkan maklumat daripada seorang penyerang yang cedera tetapi Tun Umar yang sudah hilang pertimbangan terus sahaja menebaskan pedang khatib ke arah leher penyerang. Sidi Arab agak kecewa kerana gagal mengenali penyerang-penyerangnya namun sangat bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Tun Umar yang memperjudikan nyawanya membantu.
Selepas bersoal-jawab dengan orang ramai yang datang mengerumuni masjid, barulah Sidi Arab tersedar bahawa busurnya sudah hilang. Tidak lain tentunya kerja dua penyerang yang melarikan diri tadi. Oleh kerana tidak tahu identiti para penyerangnya, Sidi Arab menganggap busur itu tidak akan dapat dimilikinya lagi.
Dua pekan kemudian, Sidi Arab sudah bersiap untuk meninggalkan bumi Melaka. Sebelum itu dia menghadap sultan buat kali terakhir. Ketika itulah dia membuka cerita tentang keajaiban busur dan anak panahnya.
Menurut Sidi Arab, kantong anak panahnya berisi dua puluh satu bilah anak panah pada satu-satu masa. Dalam dua puluh satu anak panah itu, hanya sebatang sahaja anak panah sebenar kepada busur saktinya. Maksudnya pasangan busur itu hanyalah sebatang anak panah. Jika anak panah yang sebatang itu dikenakan pada busurnya dan dimaksudkan kepada sesiapa sahaja di dunia ini, panahan itu akan kena, tidak kira di mana orang itu berada. Masalahnya, apabila anak panah yang sebatang itu dilepaskan, ia akan ghaib dan muncul di tempat asalnya.
Di manakah tempat asal busur dan anak panah itu?
Busur dan anak panah itu sebenarnya pernah digunakan oleh Arjuna. Kedua-duanya dikatakan milik seorang utusan Tuhan yang diutuskan ke benua India, jauh lebih lama daripada zaman Arjuna. Busur dan anak panah sebatang itu diberikan kepada Arjuna oleh Dewa Varuna, dewa lautan. Pada penghujung umur Arjuna, senjata itu dikembalikan ke laut agar ia tidak disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Ketika kerajaan Islam memerintah India, seorang ulama sufi bernama Syeikh Abdul Rahman mendapat mimpi yang meminta dia pergi mendapatkan busur dan anak panah itu di tepi sebuah lautan yang hampir kering. Senjata itu hendaklah disembunyikannya di lokasi yang sesuai agar tidak ditemui oleh orang-orang jahat. Akhirnya dia mengambil keputusan meletakkannya di sebuah lembah di utara India.
Cerita tentang senjata misteri itu diturunkan secara rahsia dari satu generasi ke satu generasi Syeikh Abdul Rahman, sampailah ke telinga salah seorang keturunannya iaitu datuk kepada Sidi Arab. Datuknya berusaha keras dan berjaya menemui senjata rahsia itu. Apabila datuknya sudah tua, senjata itu dihadiahkan kepada cucunya yang terpilih lagi soleh iaitu Sidi Arab. Sidi Arab membawa senjata itu ke mana-mana. Oleh kerana rupa senjata itu tidak menarik dan cerita tentangnya pun tidak diketahui orang, Sidi Arab bebas membawanya dengan selamat.
Sudah beberapa kali Sidi Arab menggunakan panah itu pada jalan yang benar, menyebabkan sudah banyak kali juga dia terpaksa pergi ke India bagi mendapatkan kembali anak panahnya. Sekali dilepaskan anak panah sebatang itu, sekali terpaksa pergi ke lembah di India. Sekarang anak panah itu berada di India, kerana sudah dilepaskan oleh Sidi Arab ketika menyerang Cau Pandan tempoh hari.
Sidi Arab pun belayar meninggalkan Melaka, membuang dirinya. Sehinggalah ke akhir hayatnya Sidi Arab tidak tahu yang kehilangannya busurnya adalah angkara Siam.
Selang tiga bulan kemudian, cerita yang disampaikan Sidi Arab di Melaka tentang hal ehwal busur dan anak panah itu tersebar sampai ke Siam. Raja Bubunya sangat menyesal kerana terlalu cepat memusnahkan busur Sidi Arab. Tapi sekurang-kurangnya dia berasa lega memandangkan tidak ada sesiapa lagi yang dapat menggunakan panah sakti itu, terutamanya terhadap dirinya sendiri. Hebohlah di seluruh selatan Siam tentang sejarah dan asal-usul panah sakti Sidi Arab itu.
Imbas kembali… pembakaran busur sakti dibuat di pekarangan istana Raja Bubunya dengan disaksikan oleh raja dan beberapa orang pembesarnya. Dua hari kemudian salah seorang pembesarnya bernama Awi Taucu tergerak hati untuk pergi melihat kesan-kesan pembakaran. Setibanya dia di situ, dia sangat terperanjat apabila mendapati busur itu langsung tidak terjejas. Keadaannya langsung tidak terusik. Ternyatalah busur sakti itu tidak lut api. Senyap-senyap Awi Taucu menyorokkan busur itu lalu membawanya keluar dari kawasan istana.
Dengan senjata sakti di tangannya, Awi Taucu mula merancang sesuatu ke atas kerajaan Siam. Dia yang sudah lama mendendami Raja Bubunya merancang untuk merampas kuasa. Dia yakin raja pasti akan menurut segala kemahuannya jika busur dan anak panah sakti itu berada di tangannya, kerana dia boleh membunuh raja pada bila-bila masa dari jarak jauh. Masalahnya sekarang… bagaimana hendak mendapatkan anak panah sakti itu di India?
Awi Taucu mengerahkan sepuluh orang pilihannya menyamar sebagai sami dan pergi ke India. Selepas melalui pelbagai cabaran yang hebat-hebat lagi ganjil-ganjil, empat bulan selepas itu mereka berjaya tiba di lembah yang dikatakan tempat anak panah sakti. Selepas sesat selama lima hari di lembah itu dan hampir-hampir kehabisan air dan makanan, bertemulah mereka dengan anak panah itu lalu bersegera pulang ke Siam.
Gembiranya hati Awi Taucu bukan kepalang. Dia mula mencongak-congak langkah yang bakal diambilnya dalam usaha untuk menduduki takhta Raja Bubunya. Dia bercadang menempatkan tenteranya di sebuah kuil di atas sebuah bukit, yang sesuai dijadikan kubu pertahanan. Kemudian dia akan mengutus surat kepada Raja Bubunya menuntut agar Raja Bubunya menyerahkan takhta kerajaan kepadanya. Jika tidak, dia akan melepaskan anak panah sakti dari jauh untuk membunuh Raja Bubunya.
Sedang Awi Taucu berangan-angan, sepasukan pengawal peribadi Raja Bubunya yang diketuai oleh Cau Santan memecah masuk ke istananya, membunuh tiga orang pengawal peribadi dan menangkap Awi Taucu. Semuanya berlaku begitu pantas sehinggakan Awi Taucu yang dalam kebingungan dapat diberkas dengan mudah. Busur dan anak panah saktinya dirampas.
Sebenarnya ada utusan dari sebuah kerajaan di India yang masuk menghadap Raja Bubunya. Para utusan itu memberitahu tentang kehadiran sepuluh orang sami dari Siam ke sana. Raja Bubunya berasa pelik kerana setahunya tidak ada sebarang rombongan penting dari Siam diutus ke India. Dia pun membuat siasatan. Dengan bantuan para utusan dari India, salah seorang perajurit yang menyamar sebagai sami ke India sebelum itu berjaya ditangkap dan dihadapkan kepada Raja Bubunya. Perajurit itu dipaksa menceritakan segala-galanya. Ganjaran emas yang sangat tinggi, lapan kali lebih tinggi daripada bayaran Awi Taucu membuatkan dia bercerita dari alif hingga ya.
Awi Taucu diseret ke hadapan Raja Bubunya. Dia tidak dapat berhelah lagi lalu dihukum bunuh dengan cara dikelar dari atas tubuh hingga ke bawah. Raja Bubunya juga hendak membunuh anak lelaki Awi Taucu iaitu Awi Cokia yang sedang bertugas sebagai panglima di perbatasan Siam-Burma. Inilah masanya untuk Raja Bubunya mencuba kesaktian panah Sidi Arab. Dia pun melepaskan anak panahnya ke arah sempadan dengan meniatkan Awi Cokia sebagai sasarannya. Matikah Awi Cokia?
Ternyata anak panah itu jatuh tidak jauh dari istana, tidak ghaib sebagaimana yang diceritakan orang. Cau Santan pun memeriksa anak panah itu. Setelah ditelitinya, ternyata anak panah itu ialah anak panah biasa yang matanya daripada besi murahan dan batangnya pula daripada kayu yang tidak kukuh. Di manakah anak panah sebenar?
Raja Siam mengutus satu rombongan yang agak besar ke India untuk mencari anak panah sakti kalau-kalau ia muncul di lembah asalnya. Hasilnya… hampa. Tidak ada sebarang anak panah di sana.
Oleh kerana busur itu tidak dapat dimusnahkan, Raja Bubunya pun menyimpannya dalam sebuah peti besi bersalut emas tulen dan diletakkan di tempat rahsia di istananya. Bersemadilah busur itu di sana dalam tempoh yang sangat lama.
Sumber petikan artikel : www.thepatriots.my
Rabeah Binti Mohd Ali shared Imam Muda's photo.
Selamat petang semua, selamat menunaikan solat Maghrib sebentar lagi. Marilah kita sama-sama bersyukur atas limpah kurniaan Allah. #KosongKosong #SalamMuslim
PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA
11 SYAWAL 1436H
27 JULAI 2015
0 comments:
Post a Comment