Monday 27 July 2015

AIDILFITRI HARI MULIA (90) TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI TUAH MANUSIA HANYA TUHAN YANG TAHU MOGA KITA BERTUAH DUNIA AKHIRAT AAMIIN


AIDILFITRI HARI MULIA (90) TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI TUAH MANUSIA HANYA TUHAN YANG TAHU MOGA KITA BERTUAH DUNIA AKHIRAT AAMIIN


    News Feed


    Like   Comment   
    • You and 45 others like this.
    • 4 shares
    • Suriyan Fradesa Betul, dalam sejarah Kerajaan Mulawarman sebagai cikal bakal kepemimpinan (Managemen) pertama yang pantas menjadi mutifasi buat suku2 asli Kalimantan Timur menengok sejarahnya yang luar biasa itu. Artinya ini menjadi aset dan tonggak bersejarah yang pantas menjadi muatan lokal di sekolah-sekolah, bukan hanya dibicarakan namun diemplementasikan sebagai mutifator orang-orang asli Kalimantan Timur. Banyak yang harus kita diskusikan, bukan lebih banyak mementingkan individu sehingga kita tak merasa memiliki dan rasa sepenanggungan bahwa kita punya tanggung jawab untuk generasi kita.
    • Ratu Rimba Niagara TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI TUAH MANUSIA HANYA TUHAN YANG TAHU MOGA KITA BERTUAH DUNIA AKHIRAT AAMIIN
      1 min · Like



TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI TUAH MANUSIA HANYA TUHAN YANG TAHU
MOGA KITA BERTUAH DUNIA AKHIRAT AAMIIN

WARKAH UNTUK MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Segala puji hanya untuk Allah swt
Pada-Nya Dipanjatkan Syukur Atas Kurniaan Bakat Menulis
agar dapat terus berbakti kepada semua yang DiCiptakan-Nya

Sekalung terima kasih kepada Maharaja Kutai Mulawarman
atas penganugerahan ACCOLADE yang diberikan kepada patik
memang di luar jangkaan patik untuk mendapat penghargaan ini.

Rasa terharu yang amat sangat kerana anugerah ini adalah hadiah
patik untuk semua rakyat jelata SeNusantara yang sentiasa menyokong/mendukung kerjaya patik sebagai penulis. Tanpa sokongan /dukungan daripada mereka siapalah patik karena mereka adalah sumber inspirasi patik berkarya.

Anugerah ini juga adalah hadiah patik kepada generasi kini dan akan datang , agar mereka tahu moyang mereka dihargai oleh seorang raja , 'MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN' seorang raja yang disegani dan disanjungi rakyat karena jiwa tawaduknya pada Ilahi dan berjiwa rakyat.
Dalam kesibukkan tugas memerintah negara Tuanku Maharaja Kutai Mulawarman masih ada waktu untuk meluangkan masa membaca
karya-karya yang patik tulis amatlah terharu dan diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terlafaz. Secara tidak langsung tuanku telah memberi sokongan/dukungan kepada patik. Moga Allah swt sahaja yang dapat membalas kebaikan tuanku.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI,
MOGA ALLAH MERAHMATI,
SEPANJANG HIDUP INI,
SEHINGGA NAFAS TERHENTI.

'MAAF ZAHIR BATHIN'

Sekian. Wassalam.

"MENULIS KARENA MENGHARGAI KURNIAAN ALLAH TAALA'

Dengan ingatan tulus ikhlas,

Daripada Ratu Rimba Niagara

Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
24 Ramadhan 1434H
2 Ogos 2013M
Like ·  · Share · 29 minutes ago ·
Kumbang Segak, Tuan Suhaimi and 2 others like this.

WARKAH UNTUK DYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kepada DYMM Maharaja Kutai Mulawarman
terima kasih kerana sudi menerima patik sebagai rakan fb
moga persahabatan ini memberi manfaat dunia akhirat Aamiin
dapat mengeratkan lagi persahabatan antara dua negara Malaysia dan Indonesia berjiran baik selamanya selagi dunia ini belum Kiamat
keharmonian antara dua negara ini dapat diteruskan oleh generasi
Malaysia dan Indonesia setelah ketiadaan kita nanti In Shaa Allah Aamiin

Kita diketemukan di alam maya ini pasti ada hikmah-Nya
Dan inilah hikmat-Nya
Saling berbagi ilmu dunia akhirat
Saling menyambungkan talisiraturrahim antara dua negara
Saling hormat menghormati
Saling menyanjungi dalam Ukhuwah Kasih Silaturrahim
Agar sentiasa mewangi sampai kubur sampai Syurga In Shaa Allah Aamiin

Dipanjatkan Syukur kepada Allah swt
Atas Perkenan Limpah Kurnia-Nya
Persahabatan atas dasar suci murni seikhlas hati kerana Allah Taala
Diizinkan-Nya Syukur Ya Allah
Akan kami jaga tali persaudaraan ini
Selagi hayat kami ada
Hanya kematian yang memisahkan kami
Perkenalan dan pertemuan kami walaupun cuma di alam maya
Kau yang izinkan
Maka akan kami jaga persaudaraan ini sebaik mungkin
Agar tidak kecewa atau disakiti hati lantaran alpa berperasangka sesama sendiri, jauhkan kami daripada mementingkan diri sendiri ,
misi dan visi kami amatlah jelas kenapa Kau izinkan kami ditemukan di alam maya ini ...semata mahu saling berbakti dan menabur bakti
kepada sekalian hamba-Mu yang bergelar saudara seislam kami
yang ada di bumi-Mu ini...maka Kau kuatkan semangat kami untuk
menghadapi segala dugaan yang mendatang biarpun kami cuba
diterjang tsunami yang ingin menghancurkan silaturrahim Kurniaan-Mu
ini...biarlah hati kami hancur lulur asalkan silaturrahim ini dapat diteruskan
dan diwariskan kepada anak cucu kami yang akan melangsungkan kelangsungan hidup untuk mendamaikan dan mensejahterakan bumi-MU ini
dengan perdamaian tanpa persengketaan dan peperangan atas sifat kerakusan kuasa hingga sanggup melupakan sifat kemanusiaan.

Inilah misi dan visi kami mahu mensejahterakan bumi ini dengan dipenuhi
penghuni bumi saling menghormati adat, budaya dan agama masing-masing dalam hati tanpa ada hasad dengki semuanya mahu saling berkasih sayang , berbelas kasihan, bantu membantu mengaman damaikan dunia ini selagi dunia ini belum Kiamat. AAmiin Ya Allah.

SELAMAT HARI KEPUTERAAN BUAT MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN
SELAMAT MENYAMBUNG TALISIRATURRAHIM ANTARA DUA NEGARA
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI HARI KEMENANGAN HARI MULIA

'MAAF ZAHIR & BATHIN'

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,

Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
24 Ramadhan 1434H
2 Ogos 2013M


MISTERI KEHILANGAN INSTITUSI DIRAJA INDONESIA & MENJEJAKI PEWARIS RAJA MELAKA SULTAN MAHMUD SYAH

BABAK 1

RAKYAT INDONESIA BERHAK MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA

Maharaja Kutai Mulawarman with Sri Ferandiz Guellermo and 2 others

Orang pertama yang kau ingat saat bangun pagi, dan orang terakhir yang kau ingat sebelum tidurmu, pasti orang yang menyebabkan kebahagiaan atau kesedihanmu.

Es El Es Setahu saja maharaja ini bukan maharaja sebenar

Ratu Rimba Niagara Ini adalah bahan sastra saya terpulanglah kepada rakyat Indonesia yang menentukannya.

Es El Es Ya, tulisan saudari bagus sekali. Sy cuma komentar fotonya.
Ratu Rimba Niagara makasih ya adakah saudari berasal dari Indonesia

|Es El Es Tidak, saya meminati sejarah dan budaya Melayu. Sy org Sarawak.

Ratu Rimba Niagara Makanya biarkan saja Rakyat Indonesia sendiri yang menentukan raja betul atau tidak....apapun semua kisah diRaja Nusantara samada realiti atau dongengan termasuk dalam bahan sastra saya berkarya.

Es El Es Sekadar memberi pandangan berdasarkan apa yang diketahui. Penulisan saudari bagus disulami dongengan dan realitas.

Ratu Rimba Niagara Terima kasih atas pandangan saudari moga grup Dialog Rumah Sastra Borneo ramah tamah penghuninya seperti saudari...hehehe

Es El Es Sama2

Ratu Rimba Niagara Bilamana penghuninya ramah tamah pastinya ilmu akan bercambah dan berkembang sesuailah dengan nama grup sentiasa diceriakan dengan dialog ilmuan sastra yang dapat dikongsikan kepada generasi kini dan akan datang.

BABAK 2

Maharaja Kutai Mulawarman with Sri Ferandiz Guellermo and 2 others
Orang pertama yang kau ingat saat bangun pagi, dan orang terakhir yang kau ingat sebelum tidurmu, pasti orang yang menyebabkan kebahagiaan atau kesedihanmu.
Like · Comment · Share
2 people like this.

Maharaja Kutai Mulawarman Alhamdullillah

Ratu Rimba Niagara Terima tuanku atas dukungan yang diberikan sepanjang patik berkarya sastra. Moga Allah swt merahmati tuanku sekeluarga. Aamiin.
Maharaja Kutai Mulawarman Amin

BABAK 3

MISTERI KEHILANGAN RAJA INDONESIA

Hai Garuda diRaja ke mana kah mahu kamu terbang itu?
Tuanku Putri mahu tahu ke mana hamba hendak terbang?
Mestilah beta nak tahu sebab itu beta mahu nanya kamu?
Hamba mahu terbang ke Tuanku Putri mahu menyampaikan berita.
Berita apa itu Garuda diRaja Indonesia?
Hamba mahu Tuanku Putri tahu bahawa Institusi diRaja Indonesia
akan hidup kembali...
Mustahil jangan hendak bermimpilah garuda ...beta sudah
dimaklumkan Indonesia tidak diiktirafkan Institusi diRaja
Sampai kapan pun....nggak akan ada...nggak akan ada...
Kenapa Tunku Putri setega itu mengatakan begitu?
Yang dibilang ke beta begitulah... beta pun bingung juga pada mulanya kenapa dibilang begitu? Menurut ceritanya lagi , Indonesia memang punya Raja kerna yang mempertahan bumi Indonesia daripada dijajah kuasa asing adalah Pahlawan-Pahlawan diRaja. Tapi yang peliknya Waris DiRaja hilang....hilang tanpa dikesan bagaikan ditelan bumi. Kemangkatannya tidak diketahui dan hidupnya tidak dapat dikesan.Makanya itu sehingga sekarang Indonesia tidak diiktirafkan sistem Raja Berpelembagaan seperti di negara beta Instituti diRaja diikhtirafkan pemerintah dan rakyat.
Beta mahu tanya kamu wahai burung garuda diRaja...apakah betul yang beta dengar...waris diRaja Indonesia...hilang tak dapat dikesan?
Duhai Putri Rimba ...adakah Tuanku Putri bersedia untuk mengetahui kisahnya tapi kalau hamba cerita pun Tuanku Putri tidak bisa memahami keadaan pewaris diRaja Indonesia kenapa menghilang...
Tapi tak apalah memandangkan sekarang ini Tuan Putri Rimba sahajalah yang percaya akan wujudnya Institusi diRaja kembali di Indonesia ..makanya Garuda diRaja mahu terbang menjemput Tuan Putri ke Istana Raja Garuda yang letak Istana itu adalah rahsia tiada siapa pun yang tahu.
Kenapa pula kena mengena dengan beta...beta bukan rakyat Indonesia...cerita-cerita sejarah Indonesia pun beta tidak tahu menahu....
Tuanku Putri ketahuilah syair-syair , pantun, gurindam dan puisi yang menceritakan kisah-kisah diRaja semuanya ada bersangkut paut dengan misteri kehilangan pewaris diRaja Indonesia.
Wahai burung Garuda diRaja...beta berkarya berdasarkan Ilham yang diKurniakan Tuhan ...beta tidak sangka pula ada bersangkut paut dengan misteri kehilangan pewaris diRaja Indonesia.
Apa pun kata Tuanku Putri ...hamba akan menjemput Tuan Putri ke Istana Tuanku diRaja Garuda...bersedialah ...dalam masa terdekat ini hamba si Garuda diRaja akan menjemput Tuanku Putri Rimba Niagara.
Terpulanglah kepada mu Garuda diRaja Indonesia...beta berkarya bukan kerna untuk mengenali Rajamu atau dihargai atau apa saja...tapi semuanya dengan izin daripada Tuhan beta juga.
Hamba coma mengikut arahan Tuanku DiRaja Garuda saja...Tuan Putri Rimba Niagara....kerana sikap Tuan Putri suka menabur bakti biarpun tidak mengenali susur galur diRaja Indonesia makanya sudilah menerima jemputan ini ya Tuanku Putri Rimba Niagara....
Duhai Garuda diRaja Indonesia...jika niat Raja mu ikhlas untuk menerima semua karya-karya syair, guridam, pantun dan puisi yang beta karangkan...beta ikhlas juga menerima undangan ke Istana diRaja mu itu.
Terima kasih Tuanku Putri Rimba Niagara yang sentiasa tersanjung di hati semua .
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA.
26 April 2012

BABAK 4

COP MOHOR SULTAN MAHMUD SYAH MELAKA DITEMUI

Dewata Majnun Wahh!!

Bunian Chai Mana dia punya warkah diraja

Dewata Majnun Agaknya dah bersepah2 ntah ilang ke mana....

Ratu Rimba Niagara Sultan Mahmud Syah ada mana pewaris baginda...sehingga sekarang Melaka tak ada Sultan. Agak-agak suatu hari Pewaris Sultan Mahmud Syah menjelma di Melaka tak?

Dewata Majnun Semasa Sultan Mahmud mangkat dijulang, dia lum ada anak. Disbbkan tiada waris, Bendahara di tabal menjadi Sultan Johor. Kan?

Hafiz Amri ad pewaris sultan mahmud mnjadi pemerintah perak...dan ad pewaris sultan melaka mnjadi pemerintah pahang..

Hafiz Amri Setahu saya ad anak dia telah dibunuh oleh hang nadim kerana bersekongkol dengan portugis..

Dewata Majnun Yg jd Sultan Perak tu anak Sultan Muzaffar Syah kan? Ke anak Sultan Mansur Syah? X berapa ingat.
Ratu Rimba Niagara o gitu napa ada sultan yang mengaku dia adalah pewaris Sultan Melaka.

Hafiz Amri Yang mengaku itu masih belum dapat mmbuktikan dia waris sultan melaka..malah kala kita tengok sultan sulu y mnyerang sabah pon bukan orang pertama yang mngaku waris sultan sulu dan belum dibuktikan kebenarannya..

Dewata Majnun Dah ramai mengaku yg mereka adalah Sultan Melaka.... Sbg org Melaka, sy dah jemu dah....

Ratu Rimba Niagara Moga negara kita dilindungi daripada perebutan kuasa Raja biarlah yang hak kepada yang berhak.

Hafiz Amri Jikalau pihak y mngaku dr waris kesultanan melayu melaka itu betul2 dpt mmbuktikan dia dr sultan melaka..bg saya xsalah u naik jd sultan..tp malangnya dia xda bukti...

Ratu Rimba Niagara Benar kata tuan hamba Hafiz Amri , hamba setuju sekali, lagi pun Rakyat sentisa terbuka fikiran menerima Sultan Melaka jika benar ada bukti yang sohih.

Dewata Majnun Hafiz Amri betul. Anak Sultan Mahmud bersama isteri pertamanya
menjadi Sultan Perak yg pertama. Baginda dibekalkan bersama keris Taming Sari. Sampai skang keris Taming Sari tersebut menjadi alat kebesaran diraja Negeri Perak.

Hafiz Amri Hehe..y keris taming sari itu Dewata Majnun belum tntu betul..sama ada betul iti keris taming sari atau namanya sahaja sempena taming sari..hnya sultan perak y tahu krbenarannya..

Ratu Rimba Niagara Cop mohor Sultan Mahmud Syah ada di mana sekarang. Mereka yang memiliki cop mohor diRaja itulah yang layak menjadi Sultan Melaka. sekadar pandangan saja dari hamba .

Dewata Majnun Ntah la Hafiz Amri. Pernah terbaca yg keris taming sari ni ada
penduanya. Yg ori, Hang Tuah pegang. Yg pendua, Sultan Melaka pegang. Bila Sultan Mahmud arahkan anaknya ke Negeri Perak utk membuka negeri, baginda bekalkan anakandanya bersama keris Taming Sari sbg tanda kerabat Sultan
Melaka. Sejauh mana kesahihannya, mungkin kena kaji lg.

Dewata Majnun Keris Taming Sari dr Negeri Perak
Dewata Majnun's photo.

Ratu Rimba Niagara Cop mohor sebagai bukti pewaris sebenar yang layak menjadi Sultan Melaka. Bagus juga jika Melaka ada Sultan, barangkali sejarah Kegemilangan Kesultan Melaka berulang kembali

Hafiz Amri Saya lebih suka jika sultan kedah berkuasa dekat p.pinag dan
seberang perai..hehehe

Hafiz Amri Dewata Majnun
.yup..itu keris y dianggap taming sari...lihat dr reka bntuk rekaan keria bali...ini mngkn benar kerana raja majapahit y mmberi keris itu setelah berjaya mngalahkan pendekarnya..

Ratu Rimba Niagara Hamba lebih suka semua negeri ada sultan barulah kepahlawanan Hang Tuah dan Hang Jebat digeruni oleh bukan melayu . Terutama Hang Dewata Majnun & Hang Hafiz Amri...hehehe

Dewata Majnun Ratu Rimba Niagara, yg peliknya mohor tu dah sampai ke negara jiran. Klau pengkaji sejarah jumpa pemilik tu, mau teruk gak disiasat nt.

Dewata Majnun Jgn ckp mcm tu Rabeah Binti Mohd Ali.... Ratu Rimba Niagara pun apa kurg nya, bagaikan srikandi Tun Fatimah! He3!

Dewata Majnun Masalahnya skang ni, ada gak org Melayu dah ilang rasa hormat pd Sultan. Mcm ne org bkn Melayu nak hormat kat sultan kita? Oppss.... Tu dah jd topik lain lak kang. He3!

Ratu Rimba Niagara kerana Hang Dewata Majnun kata hamba bagaikan Srikandi Tun Fatimah maka hamba siarkan karya hamba bertemakan kesultanan dan kepahlawanan melayu, baca jangan tak baca ya,

BABAK 5

LAKSAMANA HANG TUAH PENDEKAR SETIA KEPADA RAJA

Mohd Sani Parmon makam sultan melaka yg terakhir telah saya pergi...melaka yg di kenali kerana kesultananya tapi akhirnya tidak bersultan...dan...hanya beberapa sultan yg masih berdaulat di tanah melayu ini...

Ratu Rimba Niagara akan wujudkah sultan melaka? warisnya di mana menghilang
dan adakah sultan melaka berjiwa pahlawan juga ye...jika tahu sudilah ceritakan pada hamba...sekadar ingin tahu .....

Mohd Sani Parmon saya bukanlah ahli sufi mahupun pengkaji sejarah...cuma salah seoarang peminat sejarah dan keilmuan melayu...saya rasa tiada akan wujud lg sultan melaka..yg tinggal hanyalah fakta sejarah...seringkali kita kaitkan sultan berjiwa rakyat...tapi pada dasarnya,zaman lampau jika kita berkuasa dan berpengaruh,maka kita adalah penakluk...contohnya spt yang Ratu Rimba Niagara nyatakan...sultan melaka berjiwa rakyat,pada saya di sebalik fakta yg Ratu Rimba Niagara nyatakan ada benar n ada yg bercanggah...misalnya...sultan melaka membatalkan perkahwinan di saat akhir persiapan,bertapa aibnya pihak perempuan di mana perkahwinan yg di agung2 kan di batalkan..kerana kuasa penakluk,sultan membatalkan dgn sewenag2 nya..tampa memikirkan pihak yg lain..dan yg paling menduka citakan sultan pergunakan rakyat jelata untuk kepentingan sendiri..korbankan rakyat jelata untuk memenuhi syarat yg di tetapkan..sehingakan ramai rakyat jelata yg terkorban dan berpecah belah...sedangkan syarat puteri gunung ledang itu sedia maklum adalah untuk menguji sultan melaka..dan akhirnya sultan melaka x dapat memenuhi syarat yg di tetapkan.."sanggup mahu membunuh anaknda nya sendiri "untuk setempurung darah ! kerana nafsu serakah dan kuasa penaklukan sultan menjadi angkuh...sultan menyesali setelah ramai rakyat terkorban dan berpecah belah..adakah nyawa dan keamanan rakyat itu tidak bernilai ? tentang pewaris...saya belum pernah dengar ttg pewaris sultan melaka...walaupun banyak tempat2 yg boleh di katakan sangat rapat ttg sejarah keperlawahnan melayu saya lingkari...sultan melaka tidak berjiwa pahlawan..hanya bersandarkan hang tuah,sultan bermegah..walau bagai manapun saya lebih menyokong hang jebat..kerana dia berjiwa pahlawan sejati..menegakan keadilan...berjuang kerana khabarnya tuah di bunuh..tampa usul periksa yg waras oleh sultan melaka..saya yakin jebat x bersalah dgn amukan yg di lakukan..kerana sahabatnya di bunuh tampa usul periksa yg sahih...tapi sayangnya dia di bunuh oleh tuah sendiri...sedangkan dia mahukan keadilan yg khabarnya tuah di bunuh dgn arah sultan yg kejam dan gila kuasa...umpama melepaskan "anjing tersepit,diri sendiri di gigit"


Mohd Sani Parmon saya pula bertanya pd Ratu Rimba Niagara..adakah hang tuah itu pahlawan sejati ?

Ratu Rimba Niagara kalau nak tahu Hang Tuah Pahlawan Sejati...kerana hamba ini adalah pewaris Pahlawan Hang Tuah....sebab apa...hamba menyahut cabarannya iaitu .'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA....!!' sejujurnya hamba bukanlah seorang yang sri kandi berjiwa pahlawan...tapi kerana setiap kali hamba mendengar kata-kata Laksamana Hang Tuah tak akan hilang melayu di dunia....hamba mengarang...mengarang...mengarang...puluhan tahun hamba mengarang hingga sekarang....pelbagai tema yang hamba karangkan semua tema ada...tapi tiada seorang pun yang mahu menyokong perjuangan hamba....hamba berjuang kesendirian...biarpun hamba cuba membuka ruang kepada raja, pahlawan, perwira,laksamana, tentera, pemimpin, dengan melantik mereka sebagai rakan fb hamba...tapi mereka terus membisukan ide mereka dan dilantik sebagai rakan fb mahu pun grup sekadar pepatung bisu yang tak mahu menyokong atau memberi apa pun ide yang bernas pada dunia sastra nusantara hamba....yang sedihnya mereka sudahlah tak menyokong tapi mengutuk menghina hamba seperti hamba ini tak punya perasaan seperti robot...makanya hamba terus removekan mereka sebagai rakan fb hamba....kerana tak memberi apa-apa impak dalam dunia sastra nusantara hamba. Setiap rakan fb hamba adalah pejuang karya sastra nusantara hamba...jika mereka tidak sudi makanya hamba tiada masa untuk menanti lagi. Begitu tegasnya hamba dalam memartabatkan karya nusantara hamba sendiri.
Berkat hamba sabar mendapatkan bahan-bahan sastra nusantara biarpun terluka hati dan dihina ...hamba relakan kerana ini jalan yang hamba pilih....di sini hamba petik daripada kisah-kisah benar Hang Tuah yang setia kepada raja tapi tetap dihalau oleh raja seperti anjing kurap...saksikan dan hayati setiap baris ayat yang ingin dikisahkan ini...agar kamu tahu akulah pewaris Laksamana Hang Tuah...kerana aku mahu menyahut cabarannya, "TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA'

Mohd Sani Parmon dalam keilmuan kebatinan,jurusan,buah pukul dan lain2..sampailah ke zaman kiai salleh atau nama lainya guru salleh yg memartabatkan "selendang merah" sesuatu yg sering di ingatkan dalam keilmuan melayu..JANGAN SESEKALI KITA MENGAMBIL APAPUN DARI PIHAK LAWAN ATAU PIHAK MUSUH TERUTAMA SEJATANYA ! itu klue dari saya...*pada saya hang tuah bukanlah pahlawan sejati..kenapa ? hang tuah bukanlah hebat seperti yg di gembarkan...pertama,dia telah mengambil keris PANGLIMA TAMING SARI dari MAJAPAHIT..yg ketika itu mereka sedang beradu tenaga..tindakan itu boleh di anggap BACUL ! kerana mengambil senjata pihak lawan...sedangkan pada masa itu hang tuah sedang di awangan kekalahan..lantas akan memalukan tanah MELAKA..kerana hang tuah yg pada masa itu sering di perkatakan hebat,handal..padahal ramai lagi pahlawan yg handal2...kehebatan hang tuah hanya ketika keris TAMING SARI di tanganya...buktinya ketika dia berdebat dgn hang jebat...betapa lemahnya dia...dan tindakan jebat yg mulia dan pendekar sejati menyerahkan TAMING SARI pd hang tuah semula...kerana hang jebat sedar TAMING SARI bukanlah miliknya...walaupun dia tahu dia akan kalah seandainya dia menyerahkan TAMING SARI pd hang tuah..tapi..itulah yg di namakan PENDEKAR SEJATI..kalau hang tuah setia pd sultan,apakah yg dia lakukan terhadap DANG ANUM sebelum dia menyerahkan DANG ANUM pada sultan MELAKA ?apakah itu yg di namakan setia atau setia kerana nama sahaja?agar di agung2kan ?..dalam riwayat,KERIS TAMING SARI telah tuah buang ke sungai..dan bersumpah takan hilang melayu di bumi..akan wujud hang tuah bila timbulnya KERIS TAMING SARI..tapi kenapa KERIS TAMING SARI di gunakan setiap kali PERTABALAN YG DI PERTUAN AGONG ?termasuk agong yg terbaru yg sebagai sultan KEDAH ? dan setahu saya KERIS TAMING SARI di simpan di istana NEGERI PERAK !pada saya fakta sejarah yg di tokok tambah..mengarut...sedahgkan pakara yg berlaku tidaklah sehebat mana...*saya bukanlah keturunan para pendekar,ataupun pahlawan..tapi sama keturunan dgn WALI SONGO yg telah mengislamkan JAWA..harap Ratu Rimba Niagara..kaji semula dan mendalami semula fakta sejarah,mana yg benar,mana yg di tokok tambah dan mana yg mengarut..SEBENARNYA YG MEMBANTU DAN MENYELAMATKAN TANAH MELAYU DARI PENJAJAH ADALAH "ACEH DAN MAJAPAHIT"

Ratu Rimba Niagara saya mahu tanya mohd Sani Parmon....adakah Hang Tuah itu kisah benar atau kisah dongengan melayu zaman purba?
Mohd Sani Parmon Ratu Rimba Niagara..hang tuah adalah kisah benar dan sahabat2nya juga juga benar..penuh misteri dan konspirasi...tapi sebenar yg berlaku banyak yg telah di tokok tambah..walaupun yg di tokok tambah itu ada yg benar dan terlalu banyak yg hanya cerita dusta..

Ratu Rimba Niagara kerana ada yang kata dongengan kalau benar pastilah Raja melaka ada sampai sekarang...tapi hingga kini tiada....
tapi apapun kisah ini samada benar atau pun tidak....
kita sebagai hamba-Nya kena percaya qada & qadar
takdir setiap hamba-Nya....
telah ditakdirkan Malaysia ini punyai Raja-Raja
dan telah ditakdirkan melaka tidak beraja walaupun awalnya beraja...
itulah takdir yang setiap daripada kita harus yakin
jika kita pertikaikan takdir Allah
lho boleh jadi kita ini tergolong dari hamba-Nya yang kufur...nauzubillah....
Ratu Rimba Niagara TELAH DITAKDIRKAN SAYA DAN KAMU UNTUK MEMBAHASKAN ISU TAMING SARI & HANG TUAH....
KERANA SETIAP KEPUTUSAN YANG KITA AMBIL ITULAH TAKDIR KITA
SESUNGGUH-NYA ALLAH MAHA PENGATUR TAKDIR YANG SEMPURNA UNTUK SETIAP HAMBA-NYA CUMA-NYA KITA SEMUA JANGAN SEKALI PERTIKAIKAN TAKDIR YANG TELAH DITAKDIRKAN...JIKA KITA PERTIKAIKAN BERARTI KITA TIDAK REDHA AKAN TAKDIR YANG TELAH DITAKDIRKAN.


Mohd Sani Parmon antara Sultan melaka dan Hang tuah tiada hubung kait kecuali hubungan antara sultan dan panglima..maksudnya tuah bukanlah berdarah sultam melaka...makam sultan melaka yg terakhir berada Di KAMPUNG RAJA PAGOH JOHOR..cuba2 lah lawati kalau ada kesempatan dan andai berminat mencari bukti..seperti saya mendalami keilmuan melayu satu masa dulu..sultan melarikan diri ke pagoh ketika patugis menyerang melaka dan beliau mangakt di pagoh lantas di kebumikan di tepi satu surau di kampung raja tersebut..tapi kenapa seoarang sultan di kebumikan hanya di tepi surau ? jawapanya dia mangkat bukan di negeri melaka tapi di tanah johor..
Mohd Sani Parmon JANGAN HANYA BERSERAH PADA TAKDIR..KERNA TAKDIR ITU SUNGGUH KEJAM !SEBABNYA TAKDIR TIADA PUNYA DAYA RASA..TIADA PUNYA RASA SEDIH,GEMBIRA ATAUPUN MARAH..YANG MENGHADAPI KITA SENDIRI..SUKA MAHUPUN TIDAK KITA AKAN MENERIMANYA...KECUALI KITA BERUSAHA TIADAAKAN TADIR YG MALANG PERGI KE KITA..DAN ALLAH ITU TELAH BERKATA 'TIADA AKAN BERUBAH NASIB SESEUMAT KECUALI UMAT ITU BERUSAHA UNTUK MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI..DAN ITULAH TAKDIRNYA UNTUK UMAT ITU "


Ratu Rimba Niagara ITULAH TAKDIRNYA MEMBUKTIKAN SULTAN SUDAH MUHASABAH DIRI MANGKAT DALAM HATI SUCI TANPA MEMIKIRKAN DARJAT DAN KUASA LAGI...SUBHANALLAH INDAH-NYA TAKDIR...BIARPUN TIDAK BERGELAR RAJA TAPI BERGELAR HAMBA ALLAH YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-NYA DALAM HATI YANG SUCI BERSIH DAN TENANG MOGA SYURGALAH TEMPATNYA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.


BABAK 6


Dewata Majnun Mohd Sani Parmon ni org mana?

Ratu Rimba Niagara Mohd Sani Parmon orang Malaysia berbangsa jawa kali , dia rakan group Pahlawan yang saya sertai. Grup TIGER MERAH Harimau yang masih ada taring dan kuku.

PENDEKAR MELAYU BERJIWA LAKSAMANA HANG TUAH!

Melayu hina melayu,
Takkan kubiarkan;
Kerana aku jiwa melayu,
Kusahut segala cabaran.

Melayu sentiasa hidup,
Takkan kubiarkan diinjak-injak;
Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
Makanya bangsaku mestinya bijak.

Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.

Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan undur.

Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013

BABAK 7

KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

Keris menjadi saksi bisu
hebatnya pertempuran mu duhai keris
kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
kau sentiasa di hatiku
kan ku perjuangkan kepahlawananmu
hingga ke titisan darah terakhir
biarpun nyawaku jadi taruhan
agar kau mengerti
yang aku cintakan mu
selagi nafas ku ada
lambang cinta
lambang setiaku
padamu keris....
yang tak pernah jemu
mencintaimu
untuk mempertabatkanmu
agar dicintai juga anak bangsa
sejak zaman berzaman

Karya Ratu Rimba Niagara
29 Mac 2013

BABAK 8

KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

Keris lambang kepahlawanan melayu,
Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

Tak akan hilang melayu di dunia,
Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
Diperturunkan hingga ke generasi baru;
Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

Pahlawan melayu sudah terbilang,
Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
Ilmu persilatan tak akan hilang,
Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.


AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

Aku bersyukur karena aku MELAYU
Aku redho karena aku MELAYU
Aku gembira karena aku MELAYU
Aku bangga karena aku MELAYU
Kerana aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu
Seluruh Dunia)


Takkan hilang melayu di dunia,
Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
Melayu bersatu bermuafakat bersama,
Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

Berjuang tetaplah berjuang jua,
Pantang undur sebelum berjuang;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013

BABAK 9

SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

HANG JEBAT :
Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

HANG TUAH :
Ya...betul katamu Jebat...
kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

HANG JEBAT:
Betul ke Tuah.

HANG TUAH :
Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

HANG JEBAT:
Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

HANG TUAH :
Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

HANG TUAH/HANG JEBAT:
DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

RAJA:

SAYANG RAKYAT!

Karya: Ratu Rimba Niagara
29 Mac 2013

BABAK 10

AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

"Raja adil raja didaulatkan...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
"Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
"Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
"Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
"Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
"Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
"Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
"Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
"Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
"Kenapa engkau kata macam tu?"
"Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
"Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
"Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
"Rakyatlah!"
"Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
"Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
"Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
"Hehehehehe"
"Sukalah tu!"
"Pastilah suka...."
"Kenapa suka?"
"Perjuangan kau sudah tercapai"
"Maksud engkau?"
"Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
"DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"
Karya RATU RIMBA NIAGARA
29 Mac 2013

BABAK 11

KEPAHLAWANAN MELAYU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH

PULAU RUPAT INDAH PERMAI
SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG
By: Zairi Erie

MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

Aku anak melayu...
Engkau anak melayu
Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
Beradu kepahlawanan melayu
Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...
Engkau janganlah bersandiwara...
Engkau kata engkau anak melayu
Apa bukti engkau sokong melayu?
Ada anak bangsa engkau
Yang engkau bela?
Bilang sama aku?
Mana buktinya?
Aku pantang orang pandai berkata-kata
Tapi tak mahu buktikan!!!!
Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
Engkau yang patut buktikan...
Engkau yang ada kuasa
Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
Dengan kuasa yang engkau ada
Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
Engkau hendak bawa harta engkau ke kubur ke?
Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!
Ciss bedebah engkau...!!!
Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!
Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
Apa engkau tak rasa bersalah?
Kerana engkau tak rasa bersalah ....
Marilah kita bertarung tenaga....
Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...
Ciss anak melayu pantang dicabar!!
Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.


KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2012

BABAK 12

JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT
MELEBIHI KEPENTINGAN SENDIRI

Teungku Sayyid Deqy

Ibu...
Maafkan putramu...
Aku sedang berada di titik nadir hidupku,
Aku sedang terbuang dan terhina oleh dunia ini,
Namun...mengapa aku pun tersisihkan dari hatimu?
Semua ini sungguh membuatku lemah,
Ibu kusayang...
Putramu hanya ingin istirahat sejenak di rumahmu...
Izinkanlah dihari-hari terakhirku ini,
Dan ketika kuberpulang pada NYA, aku dalam hangat pelukanmu.
By: Teungku Sayyid Deqy


Ratu Rimba Niagara:

Duhai nanda putra kesayanganku...
Napa nanda berkata demikian rupa
Hancur lulur hati bunda
Sebak hati bunda ...
Adakah selama ini bunda abaikan kasih sayang bunda...
Katakan putra kesayangan bunda...
Puluhan tahun bunda mendidik dan membesarkan nanda
Tidak cukupkah kasih sayang bunda pada nanda selama ini....
Bukan kasih sayang saja yang bunda berikan pada nanda
Malah nyawa bunda pun sanggup jadi taruhan demi nanda tercinta...
Jika pelukan bunda ini boleh menenangkan jiwa nanda
Marilah ke mari bunda dodoikan gurindam dan syair
Yang selalu bunda dendangkan semasa nanda bayi lagi...
"Duhai putra bunda tersayang...
Buah hati bunda pengarang jantung bunda
Bunda kasih ...bunda sayang sangat-sangat...
Tidurlah lena...jangan nakal-nakal...
Besar nanti jadilah anak yang soleh lagi beriman
Jadi Raja yang utamakan rakyatnya daripada kepentingan sendiri...
Jadilah Raja yang adil Raja yang pemurah
Raja yang ingin hidup mencari jalan-jalan redhoNya
Nanda diberi darjat yang tinggi bukan untuk membangga diri
Tapi adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan...
Makanya jadilah Raja yang disayangi rakyat bukan dibenci rakyat
Ingatlah pesanan bunda ini nanda...
Bunda sangat-sangat sayang pada nanda
Nandalah saham dunia akhirat bunda
Tiada bunda nanti di dunia ini
Kirimkan doa untuk bunda jangan dilupakan
Itulah tanda kasih sayang nanda pada bunda...
Di pintu Syurga bunda menantimu penuh kerinduan..."
Masihkah nanda ingat dengan gurindam yang bunda dendangkan
padamu ? Inilah gurindam yang ditiup suburkan dijiwamu agar
terpasak dalam sanubarimu nanda...
Makanya jangan nanda berkata seolah ingin pergi dulu daripada bunda....
Memanglah kita tidak tahu siapa yang pergi dulu....
Tapi biarlah bunda yang pergi dulu...
Nanda muda lagi dan tenaga nanda masih segagah pahlawan perkasa...
Bunda dalam usia begini sudah terlalu uzur dan lemah ....
Cumanya semangat saja yang menguatkan bunda meneruskan
Pengembaraan di dunia ini....
Makanya bunda berharap sangat Tuhan panjangkan usia nanda...
Bunda doakan Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada nanda
Untuk meneruskan perjuangan bunda dan nanda bahagia ....
Justeru jangan ragui cinta dan kasih sayang bunda pada nanda lagi...
bunda kasih dan sayangkan nanda dari dunia ini di bawa hingga ke SyurgaNya....
Aaamin Ya Rabbal A'Lamin

Ikhlas daripada:

Bunda Permaisuri Rimba Niagara
Malaysia
1 April 2012
(KARYA TEUNGKU SAYYID DEQY & RATU RIMBA NIAGARA)
5 April 2013
(KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PENDEKAR MELAYU NUSANTARA, RAJA NUSANTARA & PEMIMPIN NUSANTARA YANG CINTAKAKAN BANGSA MELAYU
YANG TAK MAHU MELAYU HILANG DI DUNIA)

BABAK 13

HANG TUAH BUKAN PAHLAWAN SEJATI

Boni Shah Haffizzurine TUAH,JEBAT......betul ke TUAH yang bunuh JEBAT???,,maaf,firasat didalam hati saya kuat mengatakan yang TUAH tidak pernah membunuh JEBAT...saudara se bai'ahnya sendiri..TUAH & JEBAT bijaksana orangnya,sama handal..mana mungkin mereka mampu bertarung selama 7 hari,7 malam??? mesti mereka berdua ada agenda mereka yang tersendiri,bermuzakarah untuk mencari jalan penyelesaian yang sedang mereka hadapi ketika itu...ada saksi mata ke masa TUAH tikam JEBAT??? tiada bukan??? mana mungkin TUAH menjadi pak turut kepada sultan yang zalim???
Zul Suhaimi Tumpang lalu..Maaf jika sy mengatakan setiap cerita dongeng ada kebenaran cuma bila diceritakan dari mulut ke mulut ianya akan berubah.Banyak masyarakat sekarang sudah tidak tahu cerita-cerita rakyat apatah lagi jika cerita itu tidak dibukukan.

Ratu Rimba Niagara Hamba pun tertanya-tanya begitu....sebab itulah hamba menulis kisah Tuah dan Jebat versi baru tapi tidaklah menidakkan kisah Tuah dan Jebat yang dahulu samada dongeng atau realiti...apa pun yang hamba percaya kta-kata Hang Tuah,"TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA"
KATA-KATA ITULAH YANG MENYEBABKAN HAMBA MENGARANGKAN KISAH TUAH & JEBAT VERSI MODEN. MANA TAHU VERSI LAMA DAN MODEN AKU DISATUKAN DALAM BUKU, TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA KARYA RATU RIMBA NIAGARA atau saudara Zul Suhaimi dan Boni Shah ...berikan apa-apa cadangan lain gimana?

Boni Shah Haffizzurine orang dulu-dulu suka menokok tambah cerita,berbagai versi yang kita dengar mengenai tuah 5 bersaudara...mana 1 yang konkrit buat kita ambil tahu dengan sejarah tersebut???

Ratu Rimba Niagara Yang penting kita fikirkan apa yang terbaik untuk anak cucu kita...kesilapan yagn dahulu ktia samasama perbetulkan jagnan ktia saling menunding jari...sampai kiamatpun masalah tidak selesai. Pujuklah hati kita sendiri ...agar sentiasa ingat yang kita adalah pembela amaga bangsa dan negara semata-maa mahukan keredhaan-NYa.
Boni Shah Haffizzurine insyaallahhh....

BABAK 14

Dewata Majnun Klau x silap sy, dlm peperangan atau menentang musuh, kita dibolehkan menggunakan tipu helah krn itu adalah salah 1 strategi peperangan & utk menumbangkan musuh. Ramai panglima Islam menggunakan tipu helah sbg strategi peperangan utk mengalahkan musuh, contohnya Khalid al-Walid. Bg sy, Hang Tuah bkn bacul, tp dia menggunakan strategi utk mengalahkan musuh. Selain kekuatan fizikal, akal juga diperlukan utk menumpaskan musuh.

Ratu Rimba Niagara Sebab itu Hang Tuah dikenang oleh anak cucu cicit melayu sehingga akhir zaman.

BABAK 15

MOGA KITA BUKAN SI PENGADU DOMBA

Mengadu domba bikin jelek hati,
Yang dengar mesti tersedak;
Dendam kesumat sampai ke mati,
Karena hati sudah meledak.

Mengadu domba membawa padah,
Orang mendengar naik menyampah;
Apalah makna hidup pembawa musnah.
Kalau begitu lebih baik jadi sampah.

Mengadu domba hidup bagaikan sampah,
Elok dibakar agar semuanya aman;
Tiada lagi orang menyampah,
Semuanya hidup merasa aman.

Mengadu domba bawa celaka,
Negara aman jadi musnah;
Hidup jangan membawa celaka,
Lebih baik lekas mati dari menjadi pemusnah.

Mengadu domba yang baik jadi jahat,
Hari-hari pikirkan kejahatan;
Hinanya si pengadu domba yang jahat,
Syaitan dan iblis punca kejahatan.

Mengadu domba membawa kemusnahan,
Melaga-lagakan dua hati dua negara;
Ikatan yang baik terus dipunahkan,
Gara-gara pengadu domba hilang hidup bernegara.

Mengadu domba banyak buruk dari baiknya,
Dendam kesumat akan terus membara-bara;
Kedamaian tiada lagi ada di hatinya,
Yang ada niat jahat sentiasa membara-bara.

Mengadu domba harus dijauhkan,
Jangan diamalkan dalam hidup kita;
Bahayanya menjerumuskan kemusnahan,
Barulah berarti hidup kita semua.

Bahagia hidup tanpa mengadu domba,
Semuanya hidup dalam aman dan damai;
Saling berbakti itulah hidup seorang hamba,
Hamba-Nya yang mahu pulang dengan hati damai.

Karya Ratu Rimba Niagara

Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
12 April 2013

'BANGUNLAH SATU DUNIA DI MANA SEMUA BANGSA HIDUP DALAM DAMAI DAN PERSAUDARAAN' BUNG KARNO

PETIKAN WALL GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI (NUSANTARA) & RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
13 REJAB 1436H
2 MEI 2015

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 REJAB 1436H
2 MEI 2015

Hafiz Amri's photo.
Hafiz Amri‎Kebangkitan Bani Jawi (Nusantara)
Cap mohor Sultan Mahmud Syah....
Like · Comment
Prince Abdul Hafiz likes this.


HIDUPKU ADALAH CITA-CITA DAN PERJUANGAN
Duhai pejuang sasteraku ...
Hidupku adalah perjuangan
Hidupku adalah cita-cita
Cita-cita yang tak akan padam
Walaupun cuba dipadamkan oleh tsunami membadai-badai
Cita dan perjuanganku akan terus tegar
Akan kucuba pertahankan selagi nyawa di kandung badan
Makanya aku hanya memerlukan
Rakan seperjuanganku
Yang memahami komunikasiku
Aku memahami komunikasinya
Andai komunikasi seiring sejalan
Ayuhlah kumenantimu kerana ingin kugenggam hatimu
Untuk setia menjadi rakan seperjuanganku sampai nyawa kuselesai
Andai di atas kesibukanmu
Maafkan daku jadilah kita cuma sahahat puisi di bayu mega senja
Itu sudah memadai buatku...moga di Syurga nanti kau menjadi sahabatku kita bisa berpuisi nan indah-indah bersama-sama In Shaa Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
RATU RIMBA NIAGARA
22 Zulkaedah 1434H
28 September 2013
LEMORIA NUSANTARA
Andai kita saling payung memayungi
semuanya terlindung dari hujan dan panas
asalkan hati tiada bahang membahang
sering membakar hati yang redup
Andai semuanya saling bergotong royong
seperti falsafah bala tentera semut nan setia
semuanya damai dong
malah akan menjadi
mercusuar dunia sebagai satu bangsa
lemoria Nusantara...
lemoria Indonesia
lemoria Malaysia
lemoria Brunei,
lemoria Singapura,
lemoria Thailand
maka ayuhlah sekarang ini kita rebut peluang
dalam rasa kebersamaan untuk menjadikan Nusantara ini
MERCUSUAR DUNIA YANG DIKAGUMI
percayalah jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
dimana ada kemahu di situ adalah jalan
bayangkan di peta minda,' NUSANTARA INI AKAN KUJADIKAN MERCUSUAR DUNIA DIKAGUMI SELURUH DUNIA'
IN SHAA ALLAH AAMIIN .
RATU RIMBA NIAGARA
22 Zulkaedah 1434H
28 September 2013M
ALLAH AKU DATANG MENYAHUT CINTA-MU
Duhai pejuang sastera
Ada Syurga di wajahmu
Ada ketenangan di setiap lantunan puisimu
Ada hati semurni Syurga milikmu
Kau berkata bukan mengikut hati
Kau berkata mengikut mata hatimu yang penuh kasih sayang
Tika hati tidak mampu bicara
Lesu seluruh jasad keperwiraan
Yang dikatakan selama ini tertulangkan besi beruratkan dawai
Sebenarnya terbelenggu di sangkar besi
Tidak tahu berbuat apa-apa lagi
Segala usaha telah didayakan
Semuanya dicantas oleh pertualang bangsa
Tega menjadi perisikan kepada tentera yahudi laknatullah
Mana lagi hendak dipercayai
Karena tidak tahu membedakan
Mana satu kawan
Mana satu lawan
Kawan jadi lawan
Lawan jadi musuh
Perjuangan terhenti di situ
Bagi seorang yang bergelar pejuang keamanan dunia
Tak akan diherankan
Pada yang cuba mencantas dan menghalang
Semuanya tidak akan pernah mematikan semangat juang
Berjuang...bejuang...berjuang...
Berjuang hingga ke tetesan darah terakhir
Duhai pejuang sasteraku
Teruskan perjuangan
Menebarkan puisi-puisi mu nan indah
Bagi mengindahkan hati-hati Tentera Mujahid
Agar bangkit dengan satu semangat
AKU CINTA ALLAH
ALLAH AKU DATANG MENYAHUT CINTA-MU
NYAWAKU INI JADI TARUHAN
DEMI CINTAKU PADA-MU ALLAH
ALLAH AKU BERJUANG KARENA-MU
TERIMALAH FISABILILLAHKU INI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 September 2013
22 Zulkaedah 1434H
(PUISI INI DIILHAM ISTIMEWA UNTUK SEMUA PEJUANG SASTERAKU MOGA SUKSES DALAM PERJUANGANMU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra)
Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) percaya kemajuan suatu bangsa tergantung pemimpinnya. Jika pemimpin kita tidak kapabel dalam menjalankan tugas, maka bangsa itu akan berantakan. "Seribu kambing dipimpin oleh seekor harimau akan mengaum semua. Tetapi, seribu harimau dipimpin kambing akan embek semua".‪#‎GerindraBergerak‬#NilaiNilaiPendekarPejuang
Like Comment
Inspirasi Taming Sari likes this.
PETIKAN WALL GERINDRA, GRUP KEBANGKITAN BANI JAWI NUSANTARA , MELAYU BANI JAWI & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
24 RAMADAN 1436H
11 JULAI 2015
ILHAM KURNIAAN-NYA BAGAIKAN AIR TERJUN NIAGARA MAKANYA AKU BERSYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA LALU KUKONGSIKAN/BAGIKAN KEPADA RAKAN ALAMMAYAKU TERSAYANG MOGA ALIRAN KARYA-KARYA YANG KUTULIS MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
"Moga Kalam Allah yang dipelajari, dibaca, diajar , dihafal dan diamalkan menjadi peguam bela di alam barzah dan memberi Syafaat di hari Akhirat kita semua. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin."
HADIAH KITA YANG PALING BERHARGA APABILA KITA DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR JIKA ITU KITA BERJAYA MENJAWABNYA ITULAH HADIAH YANG LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISINYA. MANALAHLAH TAHU BERKAT KITA BERTEMAN FB WALAUPUN CUMA DI ALAM MAYA YANG SERING BERBAGI ILMU DUNIA AKHIRAT DENGAN MEMADAMKAN KEEGOAAN DIRI SENDIRI YANG SENTIASA BERPERASANGKA MAZMUMAH DALAM BERTEMAN FB.DEMI-NYA KITA LUPAKAN DARJAT SIAPA PUN KITA KERANA KITA BERASAL DARI ROH DAN BERAKHIR DENGAN ROH JUGA .MOGA ROH KITA SUCI SESUCI TIKA BERSUMPAH SETIA DENGAN TUHAN BAHAWA, 'ENGKAULAH TUHAN KAMI YANG KAMI SEMBAH TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU ,KAMI BERSUMPAH AKAN MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI-MU SELARI DENGAN KEHENDAK-MU'
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
BENARLAH APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI MENG-AGUNGKAN-NYA
MAKHLUK CIPTAAN-NYA YANG ADA
DI TUJUH PETALA LANGIT TUJUH PETALA BUMI
MENZIKIRKAN NAMA-NYA DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
TERLALU MAHA AGUNG-NYA MU YA ALLAH
TIADA TUHAN LAIN LAYAK DISEMBAH KECUALI ENGKAU
ENGKAU SAJA YANG DI AGUNGKAN OLEH SEMUA
MAKHLUK 7 PETALA LANGIT 7 PETALA BUMI
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHHU AKBAR
'YA ALLAH AMPUNKAN AKU
AMPUNKAN SEMUA KELUARGAKU
SEMUA SAHABAT ALAMMAYAKU
DAN SEMUA SAUDARA SEISLAMKU
TEMUKAN KAMI DI SYURGA-MU
BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH
UNTUK BERSAMA MEMANDANG WAJAH-MU
AAMIIN YA RABBAL ALAMIIN.'
Boleh luangkan masa anda 1 saat untuk membaca istighfar ?
Alhamdulillah, terima kasih... ||
YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTERAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU
AKU MENULIS KERANA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU
AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA
ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH
TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT
ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA
YA ALLAH KERANA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH DARI-MU
JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHA ATAS APA YANG ENGKAU TAKDIRKAN
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA
YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTERA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KERANA SASTERAKU ADALAH ILHAM DARI-MU, JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI
RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURAT
YANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA
RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.
NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA NAFAS TERHENT BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP , MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
11 SYAWAL 1436H
27 JULAI 2015
Doa adalah senjata mukmin. Doa adalah bicara kita dengan Allah, Yang Maha Mendengar. Doakan yang baik-baik, semoga yang terhasil adalah yang baik-baik.‪#‎doa‬ ‪#‎muhasabah‬ ‪#‎saujana‬ ‪#‎akucintaAllah‬

PETIKAN WALL KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA5 BENUA
11 SYAWAL 1436H
27 JULAI 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;