GUGUSAN PUISI UNTUK MUJAHID FISABILILLAH (5)
BUKAN HAMBA BERANI TETAPI TAWAKAL KEPADA ALLAH
Alonx Merah
Hamba Cintakan Agama hamba... Sebab itu hamba meniti perjuangan ini... Hamba Sayangkan Bangsa hamba... Sebab itu hamba masuk ke jalan ini...
Hamba Kasihkan Tanahair hamba... Sebab itu hamba terjun kelembah ini...
Masakan mungkin hamba sengaja membawa diri hamba didalam perdebatan hangat yang sekian lama menjadi igauan ngeri mimpi kebangkitan roh terahsia Bangsa Melayu... Bukan hamba berani tetapi tawakkal kepada Allah... nescaya penyatuan akan kembali berpihak keturunan Bani Jawi... bukan berniat untuk menjadi hero tapi hamba rela menjadi apa sahaja dalam membina misi kebangkitan ini... BILAKAH IA AKAN BERMULA???
You, Tuan Suhaimi and 2 others like this.
Ratu Rimba Niagara Bila kita sudah tawakal kepada Allah
bergembiralah Allah bersama kita
AAmiin Ya Allah.
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP TENTERA FISABILILLAH )
19 Ramadhan 1434H
28 Julai 2013M
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara HIDUP DI DUNIA CUMA MIMPI AKHIRAT ITULAH REALITI
Alonx Merahposted toTentera Fisabilillah (30)™
Hidup di dunia:
Ada gelaran (DYMM / Tun / Datuk / Dato / Yb / Tuan / En dsb)
Bila Mati
Semua dapat gelaran Almarhum / Allahyarham
Hidup di dunia
Ada BMW / Ferrari / Helikopter / Pesawat persendirian
Bila Mati
Di usung...
Hidup di dunia
Baju berjenama, warna warni siap blink2 lagi
Bila Mati
Kain Cotton Putih je
Hidup di dunia
Minyak wangi pelbagai jenama siap import lagi
Bila Mati
Air mawar dan kapur barus je
Hidup di dunia apa guna berlagak? apa guna riak? Apa guna HOT?
kalau masa solat, pangkat, darjat, kemewahan kau tinggalkan di luar masjid di luar surau..
Hidup di dunia apa guna berlagak? apa guna riak? Apa guna HOT?
kalau mati, Orang lain yang kuburkan, orang lain yg kafankan, orang lain yg solatkan
Hidup di dunia apa guna berlagak? apa guna riak? Apa guna HOT?
kalau masa mati, pangkat dan darjat tak di tanam sekali..
Hidup di dunia apa guna berlagak? apa guna riak? Apa guna HOT?
kalau kenderaan terakhir adalah van jenazah
Hidup di dunia apa guna berlagak? apa guna riak? Apa guna HOT?
kalau mati kain putih tanpa jahitan di balutkan
Fikir2kanlah..
Unlike · · 4 hours ago ·
You and 11 others like this.
Anuar Ismadi btol2..insaflah whai manusia
Riz FieRa Hakikatnya sebesar mana pun kita di dunia ini,di hadapan Allah kita hanya makhluk yg lemah..jgn lah kita berbangga dgn pangkat,harta dgn kedudukan sbb semua itu akan di persoalkan di akhirat kelak...kalau kita rasa kita kaya ingatlah Allah itu maha kaya,kalau kita rasa kita berkuasa ingatlah Allah itu maha berkuasa...ALLAHUAKBAR...
Ratu Rimba Niagara HIDUP DI DUNIA CUMA MIMPI
AKHIRAT ITULAH REALITI.
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP TENTERA FISABILILLAH)
19 Ramadhan 1434H
28 July 2013M
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA , PANGERAN ITOE OELY'X ,
GROUP TENTERA FISABILILLAH)
19 Ramadhan 1434H
28 July 2013M
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara MOGA ROHKU TENANG BERTEMU DENGAN-NYA AAMEEN
ANDAINYA HARI INI ADALAH HARI TERAKHIRKU DITAKDIRKAN UNTUK HIDUP DI BUMI-NYA INI AKU REDHO...
AKU MERASA TENANG KERANA SEGALA CINTAKU
PADA TUHAN SUDAH KULAFAZKAN
CINTAKU PADA NEGARAKU SUDAH BUKTIKAN
CINTAKU PADA BANGSA NUSANTARAKU SUDAH KULAKUKAN SEMAMPU DAYAKU...
CINTAKU PADA DUNIA SASTRA NUSANTARAKU SUDAH KUBUKTIKAN
CINTAKU PADA SEMUA PAHLAWAN NEGARA NUSANTARA
TELAH KUTIUPKAN OBOR API PERJUANGAN RELA BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR DEMI MERAIH SYAHID-NYA
MOGA ROHKU TENANG BERTEMU DENGAN-NYA
IN SHAA ALLAH AMEEN YA RABBAL A'LAMEEN
RATU RIMBA NIAGARA
20 Ramadhan 1434H
29 July 2013M
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara PENDEKAR MELAYU TAK MUDAH MENGAKU KALAH
Melayu hina melayu,
Takkan kubiarkan;
Kerana aku jiwa melayu,
Kusahut segala cabaran.
Melayu sentiasa hidup,
Takkan kubiarkan diinjak-injak;
Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
Makanya bangsaku mestinya bijak.
Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.
Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan undur.
Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
9 Ogos 2012
20 Ramadan 1433H
(DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!
Keris menjadi saksi bisu
hebatnya pertempuran mu duhai keris
kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
kau sentiasa di hatiku
kan ku perjuangkan kepahlawananmu
hingga ke titisan darah terakhir
biarpun nyawaku jadi taruhan
agar kau mengerti
yang aku cintakan mu
selagi nafas ku ada
lambang cinta
lambang setiaku
padamu keris....
yang tak pernah jemu
mencintaimu
untuk mempertabatkanmu
agar dicintai juga anak bangsa
sejak zaman berzaman
Karya Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara JIWA PAHLAWAN MELAYU TAK TAKUT MATI!
Takkan hilang melayu di dunia,
Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
Bersatulah Melayu sedunia,
Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.
Pendekar melayu menjadi sanjungan,
Dulu kini dan selamanya;
Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
Disanjungi kerna kekuatan makrifatullahnya.
Melayu sakit semuanya sakit,
Kerana jiwa melayu berakar umbi;
Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
Itulah bukti melayu sudah satu hati.
Melayu pencetus kebangkitan ummah,
Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
Pendekar melayu akan satukan ummah,
Kerna mahu mati dalam fisabilillah.
Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
Anak jantan melayu pantang dicabar;
Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
Nyawa jadi taruhan jika dicabar.
Melayu hina melayu kepantang melayu,
Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.
Melayu kuat karena bersatu,
Kutuk mengutuk hina menghina;
Bukan jiwa pendekar melayu,
Yang ada membela yang teraniaya.
Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
Raja sekarang selalu muafakat;
Muafakat Raja bersama rakyat,
Raja dan rakyat hidup penuh berkat.
Hulubalang sultan sedia berbakti,
Pada raja berjiwa hamba-Nya;
Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
Laksamana lambang kepahlawanan sejati.
Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
Raja dan rakyat saling menyanjungi;
Kata sepakat semua rumpun melayu,
Barulah mengundang Rahmat Kaseh Ilahi.
Melayu oh! melayu
Perwira oh! perwira
Pahlawan oh! pahlawan
Pendekar oh! pendekar
Laksamana oh! laksamana
Hulubalang oh! hulubalang
Berjuanglah kalian
Hingga ke tetesan darah terakhir
Fisabilillah lah kamu jangan jemu
Syahidmu di medan juang
Allah sayang padamu
Syurga Firdausi tempatmu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
Syahid ke jalan-Nya
Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
Aku bangga denganmu
Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
23 Ramadhan 1434H
1 Ogos 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara JAGALAH TANAH PUSAKA PENINGGALAN
MOYANG PENDEKAR MELAYU
SUMPAH KERAMAT PENDEKAR MELAYU
KUTOREH DARAH SEBAGAI TINTA
BIAR DARAHKU KERING DITUBUH DIJADIKAN TINTA
TANDA AZAMKU TAK PERNAH LUNTUR
BERSAMA SEMANGAT JUANG PENDEKAR MELAYU
SUMPAH KERAMAT PENDEKAR MELAYU
BERPADU DALAM SUMPAHKU
SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN
TAK AKAN KUBIARKAN PENDEKAR MELAYU
MATI SEBELUM DIMATIKAN
SEBELUM MUSUH DURJANA MERAMPAS TAHTA
AKAN KUTIUPKAN BARA API PERJUANGAN
PENDEKAR MELAYU AGAR TAK LAYU SEBELUM DILAYUKAN
AKAN KUPASTIKAN AZAM DAN SEMANGAT JUANGNYA
MENGATASI KEPENTINGAN SENDIRI
TIADA HARI TANPA PERJUANGAN
HIDUP DAN MATI HANYA KERANA ALLAH
TAK AKAN DIKISAHKAN
NAMA UNTUK DIJULANG SEBAGAI PENDEKAR
YANG ADA DI JIWA
MEMPERTAHANKAN NEGARA DARI MUSUH DURJANA
BIARPUN NYAWA DI HUJUNG TANDUK
TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SETAPAK
AKAN DITENTANG HABIS-HABISAN
BIARPUN BERMANDIKAN DARAH
TAKKAN DIHIRAUKAN
SEKALIPUN JASAD REBAH MENYEMBAH BUMI
SEMPAT TERSENYUM
PADA ANAK BANGSA
DARAHKU YANG GUGUR KE BUMI
ADALAH HADIAH UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARAKU
JAGALAH PENINGGALAN MOYANG PENDEKAR MELAYU MU
DUHAI ANAK BANGSAKU...
DOAKAN AKU SYAHID KE JALAN-NYA
DUHAI YANG MENCINTAIKU KERANA-NYA
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
8 Syaaban 1434H
17 Jun 2013M
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara TURUN KE GELANGGANG MELATIH ILMU KSATRIA
Assalamualaikum kesatria kemuliaanku,
Di manakah kau menghilangkan diri;
Adakah kau merajuk hati kepadaku,
Jika iya maafkan diriku ini.
Ksatria Kemuliaanku perjuanganmu sungguh mulia,
Aku kagumi sepenuh hati sepenuh jiwa;
Kan kutiupkan api perjuangan selagi hayatku ada,
Agar jiwa Laksamana Hang Tuah membara di jiwa.
Ksatriaku jangan mudah berputus asa,
Jika asamu datang bangkitlah segera;
Turun ke gelanggang melatih ilmu ksatria,
Agar anak bangsa sentiasa siap siaga.
Menjadi ksatria bukanlah mudah,
Segala hutan belantara diredah;
Semata menuntut ilmu batihiniah,
Ilmu pahlawan mesti ada kerohaniah.
Jika ilmu pahlawan cuma kekuatan fizikal saja,
Ilmu fizikal kekuatannya hanya sementara;
Mendabik dada penuh keegoan ilmu yang ada,
Maka sia-sia saja menjadi ksatria yang mulia.
Setiap pahlawan mesti ada kesinambungan,
Antara ilmu makrifat dengan emosi;
Jangan mendamik dada atas keperkasaan,
Kelak memakan diri sendiri kita yang rugi.
Jadilah seperti resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk ke bumi;
Jangan berhenti menabur budi,
Budi disemai dituai di akhirat nanti.
Terima kasih kerana sudi menjadi rakan fbku,
Moga persahabatan ini memberi manfaat padaku;
Berbagi ilmu ksatriamu denganku,
Itulah matlamatku mengambilmu sebagai rakan fbku.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
27 Jun 2013
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara PENDEKARKU SYAHIDMU DI JALAN-NYA
Salam sejahtera pendekarku
Kau sumber inspirasiku
Kegagahanmu membuatkan aku tabik hormat padamu
Semangatmu tak pernah padam membela ibu pertiwi
Membuatkan aku kagum denganmu
Api perjuanganmu sentiasa membara-bara
Rela pertaruhkan nyawa
Demi keamanan mempertahankan
Kemerdekaan negara tercinta
Ilmu kependekaranmu
Bukan untuk kau berbangga
Mendabik dada akulah hero Nusantara ...
Tapi adalah mempertahankan negara
Dari diserang musuh durjana!
Pendekarku...
Kau setiasa bersiap siaga
Turun ke gelanggang
Jika ada yang datang mencabar
Kau sahut segala cabaran
Nyawa di badan jadi taruhan
Tak akan kau hiraukan lagi
Badanmu hancur
Ditusuk senjata si durjana
Tak akan kau hiraukan lagi
Tubuhmu bermandikan darah
Darah di tubuh terus mengalir
Kau syahid di medan juang
Kukalungkan bunga-bunga Syurga di pusaramu
Tanda aku hargai perjuanganmu
Membela ibu pertiwi
Di Syurga bidadari menantimu tersenyuman indah
Itulah balasan dari Tuhan-Mu
Atas syahidmu ke jalan-jalan-Nya
Aku bersyukur di sejadah cinta-Nya
Pendekarku syahid di jalan-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua...
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
27 Jun 2013
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara SELURUH BENUA INI AKAN KURENJISKAN TINTA BERDARAH
DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI
JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.
BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.
AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
MENENTANG MUSUH DURJANA;
DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.
JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
DUHAI SEMUA PAHLAWAN NUSANTARA;
KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NUSANTARA.
NUSANTARA INI KITA YANG PUNYA,
MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.
BIARPUN BUMI NUSANTARA INI BERMANDIKAN DARAH,
AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN NUSANTARAKU.
SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NUSANTARA TERCINTA;
KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA.
PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU.
CUMA HARAPAN KU SATU,
JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
MELAYU ITU CUMA SATU;
MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.
MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
23 Ramadhan 1434H
1 Ogos 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PAHLAWAN NUSANTARA)
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA TERCINTA
RAJA BERJIWA RAKYAT
MENGUTAMAKAN RAKYAT
MEMAHAMI PENDERITAAN RAKYAT
MEMBANTU SELAGI DAYA DEMI RAKYAT
TAK PERNAH SOMBONG PADA RAKYAT
TIADA RAKYAT TIADA RAJA TIADA RAJA TIADA RAKYAT
RAJA BERKORBAN UNTUK RAKYAT
RAJA DIKASIHI RAKYAT
RAKYAT OH! RAKYAT
BETA SENTIASA BERSAMAMU RAKYAT
CUMA YANG BETA MAHU PADA RAKYAT
JANGAN PERNAH LUPA , BETA SENTIASA DI HATIMU RAKYAT
SELAGI NYAWA BETA ADA BETA PERJUANGANKAN UNTUK MU RAKYAT
AYUH KITA BERSAMA MERAIH KEGEMILANGAN DUNIA AKHIRAT
AGAR KITA TIDAK MERANA DI AKHIRAT
MAKA DARI ITU KITA BERSAMA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB BERAT
RINGAN SAMA DIJINJING
BERAT SAMA DIPIKUL
AMANAH DIJUJUNG
PENGORBANAN DISANJUNG
ITU AMALAN KITA
BUDAYA MELAYU
TAK PERNAH LUPA SEJARAH
SEJARAH DIRAJA DIMARTABATKAN
DEMI RUMPUN MELAYU NUSANTARA
DEMI PEWARIS BANGSA
TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
ITU SUMPAH LAKSAMANA HANG TUAH
TAAT SETIA HANG TUAH KEPADA RAJA
RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI RAJA
ASALKAN INSTITUSI DIRAJA DIHORMATI DISANJUNGI
PANTANG PAHLAWAN MELAYU NUSANTARA
MENJADI RAKYAT DERHAKA
RELA NYAWA DIPERTARUHKAN
DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA TERCINTA
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Febuari 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAJA NOOR JAN SHAH PEWARIS KERABAT DIRAJA SULTAN MELAKA)
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
23 Ramadhan 1434H
1 Ogos 2013M
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara TERUSKAN PERJUANGANMU
NUSANTARA DICINTAI
Sekalung bintang emas diterima,
Daripada Keraton Nusantara;
Syukur Allahamdulillah dari-Nya,
Berkat berbakti pada semua.
Karang mengarang minat hamba,
Bangsawan diRaja amat diminati;
Dikarangkan penuh suka,
Hingga tak ingat berhenti.
Telah banyak kisah bangsawan diRaja,
Hamba karangkan untuk rakyat dan Raja;
Dengan harapan terealisasilah Institusi diRaja,
Itulah matlamat dikarang bangsawan diRaja.
Bahagia rasa hati matlamat tercapai,
Bilamana dipentaskan dipertontonkan;
Pada raja dan rakyat yang dikasihi,
Dipanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.
Pelbagai tema ditulis bangsawan diRaja,
Agar rakyat tahu pengorbanan Raja;
Menghormati menyanjungi institusi diRaja,
Raja perlukan rakyat , rakyat perlukan Raja.
Nusantara milik kita bersama,
Negaraku negaramu seia sekata;
Senada seirama merealisasikan bersama,
Ke puncak jaya demi nusantara tercinta.
Nusantara oh! nusantara tercinta,
Bumi melayu adalah nusantara;
Tak akan hilang melayu di dunia,
Itulah sumpah Hang Tuah tercinta.
Tak akan hilang melayu di dunia,
Jika melayu bersatu hati;
Kikiskan budaya buruk sangka,
Kita berusaha menyatukan hati.
Andainya hari ini nafasku terhenti,
Perjuangan jangan terhenti;
Teruskan perjuanganmu nusantara dicintai,
Barulah aman rohku di sana nanti.
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Febuari 2013
PETIKAN DARIPADA WALL GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
1 Ogos 2013.
2 hours ago · Like
Ratu Rimba Niagara MOGA ROHKU TENANG BERTEMU DENGAN-NYA AAMEEN
ANDAINYA HARI INI ADALAH HARI TERAKHIRKU DITAKDIRKAN UNTUK HIDUP DI BUMI-NYA INI AKU REDHO...
AKU MERASA TENANG KERANA SEGALA CINTAKU
PADA TUHAN SUDAH KULAFAZKAN
CINTAKU PADA NEGARAKU SUDAH BUKTIKAN
CINTAKU PADA BANGSA NUSANTARAKU SUDAH KULAKUKAN SEMAMPU DAYAKU...
CINTAKU PADA DUNIA SASTRA NUSANTARAKU SUDAH KUBUKTIKAN
CINTAKU PADA SEMUA PAHLAWAN NEGARA NUSANTARA
TELAH KUTIUPKAN OBOR API PERJUANGAN RELA BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR DEMI MERAIH SYAHID-NYA
MOGA ROHKU TENANG BERTEMU DENGAN-NYA
IN SHAA ALLAH AMEEN YA RABBAL A'LAMEEN
RATU RIMBA NIAGARA
24 Ramadhan 1434H
2 Ogos 2013M
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
25 Ramadhan 1434H
3 Ogos 2013M
0 comments:
Post a Comment