Saturday, 10 August 2013

TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'BICARA TUAH UNTUK DIHADAMI' (6)


TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'BICARA TUAH UNTUK DIHADAMI' (6)' DALAM DIRIMU '

  • Ikhlas daripada:

    Bunda Permaisuri Ratu Rimba Niagara
    Malaysia
    1 April 2012
    July 31 at 7:06pm · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara PERSEMBAHAN BANGSAWAN DIRAJA GURINDAM JIWA UNTUK PARA KESATRIA DIRAJA SENUSANTARA

    PERMATA SYURGA-MU

    Bunda...
    Nanda rindukan ayahanda

    Sabarlah nanda...
    Ayahandamu pergi di medan juang
    Membela ibu pertiwi

    Nanda...
    Sudah dewasa nanti jadilah seperti
    Ayahanda membela nusa dan bangsa
    Demi kesejahteraan rakyat jelata

    Bunda...
    Adakah nanda dilahirkan kedunia ini
    Untuk menjadi kasatria seperti ayahanda

    Iya nanda...
    Sudah dewasa nanti
    Nanda mesti jadi seperti ayahanda
    Seorang kasatria berjiwa rakyat
    Kehidupannya didambakan untuk rakyat

    Bunda...
    Tidakkah bunda rasa kesepian
    Tanpa ayahanda dan nanda nanti
    Jika nanda juga jadi kasatria
    Seperti ayahanda...bunda...

    Duhai nanda...
    Karna ayahandamu
    Seorang kasatrialah
    Bunda jatuh cinta padanya

    Bunda...
    Apakah itu namanya cinta bunda...
    Ditinggalkan seperti tidak dimiliki cinta bunda...

    Nanda...
    Itulah namanya cinta sejati
    Biarpun terpisah jauh dengan ayahanda
    Tapi hatinya telah menyatu di hati bunda
    Hingga ke nafas terakhir ...nanda....

    Bunda...
    Sungguh suci hati bunda...
    Bertuah ayahanda
    Memiliki cinta seperti bunda
    Yang meletakkan cinta kepada
    Kehidupan rakyat mengatasi segalanya
    Percayalah bunda cinta bunda...
    Nanda janji tidak akan nanda
    Persiakan...nanda bersumpah akan
    Meneruskan percintaan bunda
    Mematrikan cinta bunda dan ayahanda
    Dengan kehidupan nanda juga seperi ayahanda
    Akan nanda dambakan kepada
    Kehidupan rakyat yang harus dibela
    Selagi jantung kasatria nanda berdetak
    Sehingga ke tetesan darah terakhir!
    Itulah lambang cinta bunda pada ayahanda?

    Nanda...
    Nandalah sebenarnya lambang cinta
    Bunda dan ayahanda
    Makanya nandalah
    Permata Syurga
    Kurniaan Allah
    Tuk ayahanda dan bunda

    Syukur Ya Alllah
    Atas Kurniaan
    Permata Syurga-Mu
    Tuk semua keluarga kasatria
    Di bumi-Mu ini

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Jun 2012
  • Ratu Rimba Niagara MENYAHUT PANGGILAN SEMBOYAN PERJUANGAN IBU PERTIWI MU!

    Duhai nanda pertiwiku
    Biarpun bunda bukan lahir di bumi bertuah Indonesia
    Tapi bunda ditakdirkan untuk menyayangi negaramu
    Bunda tak tahu kenapa
    Darah yang mengalir ditubuh bunda ini
    Serasa denyut nadinya seiring dengan ibu pertiw mu
    Serasa roh pertiwimu memanggil-manggil bunda
    Untuk menyahut semboyan perjuangan di bumimu
    Roh-roh suci pejuang negaramu yang telah lama bersemadi
    Hidup dalam jiwa bunda
    Mahu bunda teruskan perjuangan mereka
    Bersama-sama dengan para pejuang di bumimu
    Mahu bunda lupakan panggilan semboyan perjuangan itu
    Lagi bunda ingin memadamkan
    Lagi membara-bara gelora api perjuangan
    Biarpun bunda tidak ditakdirkan lahir di bumi Indonesia
    Tapi bunda ditakdirkan untuk menyahut panggilan ibu pertiwimu
    Dan bunda redho karena itu takdir-Nya
    Biarpun bunda tidaklah segagah pahlawan-pahlawan di medan juang
    Izinkan bunda berpena bertintakan darah dan air mata bunda
    Untuk sama-sama berbakti kepada ibu pertiwimu
    Moga perjuangan suci bunda ini jangan sekali disalah artikan
    Dan sudilah terima perjuangan suci bunda ini sesuci perjuangan
    Para pejuangmu yang masih hidup atau yang telah mati di medan juang!

    Karya Putri Rimba Niagara
    24 Mei 2012

    Andi Surya:

    Bundaku adalah ibu pertiwi
    Digenggam rembulan dan matahari
    Tak pamrih memberi
    Inspirasi dan motivasi
    Membangun negari
    Hingga kini
    Di sini
    Di hati
    Pertiwi...

    (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA RATU RIMBA NIAGARA)
    4 Syawal 1434H
    11 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara JALAN PULANG KE PANGKUAN ILAHI

    bagai akar
    yang tercabut
    bagaikan dicabut taring
    Sang singa mengaum
    Di kala taring sang singa dicabut tanpa ehsan
    Ngaumannya bertambah syahdu
    Bagaikan si pungguk merindukan rang bulan
    Dan lorong-lorong menuju
    Jalan pulang ke Pangkuan Ilahi
    Terbuka seluas-Nya
    Pada semua yang mahu mengambil ikhtibar
    Akibat dendam yang membara di lautan api membahang!

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    18 Julai 2012
  • Ratu Rimba Niagara AKU MENITIP LAYAR PERAHU-MU

    Aku menitip layar perahuMu
    pada laut jiwa Syamtan yang semu
    tika rindu baru bangun di mata Kablan
    meniti antara qalbi Syusha

    Bilamana aku menitip layar ke perahu-Mu
    Aku kirimkan rindu tanpa jemu pada-Mu
    Agar KAU dapat membalas cintaku
    Tanpa jemu mencintai-Mu dan merindui-Mu
    Itulah sebuah pelayaran
    Yang mesti kumuat saratkan bekalan akhirat
    Moga ada Nilaian Di Sisi-Mu
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA & RAJENDRA NATH TAGORE
    15 Julai 2012
  • Ratu Rimba Niagara GURINDAM SEORANG KESATRIA BERJIWA RAKYAT ..." 
    Laksamana Mas's status.

    Putri Rimba Niagara shared Laksamana Mas's status update.

    Laksamana Mas:

    Putri Rembulan apa khabar mu,...
    Gelanggang ini semakin berkecamuk hebat
    Mereka seperti tidak mengenal aturan2 ksatriaan
    Mulai ada yang menyerang di tengah malam

    Agaknya akupun tidak bisa menghindari
    Kancah pada malam hari, tak ada sedikitpun
    Gentar di hati ku, tetapi aku punya keterbatasan
    Di malam hari, apalagi aku harus berlaga dengan

    Melindungi keselamatan orang2 ku
    Duhai Dinda Ayu Putri Rembulan
    Kanda menyampaikan satu
    Keadaan di medan laga

    Mari bersama mengabdi Dinda
    Terangilah malam2 ku hingga subuh tiba
    Bhakti ini untuk masa lalu, saat ini dan masa depan
    Mari bersama ku menari dan saling melindungi

    Dinda Ayu Putri Rembulan
    Kanda memerlukan bantuan dari mu

    "Takdir Para Ksatria"
    By Laksamana Mas
  • Ratu Rimba Niagara CINTA ANAK CUCU PADA KSATRIA TERBALAS JUA

    Duhai kanda ksatriaku
    Nun berada di negeri rakyat jelata
    Mengabdikan diri untuk rakyat
    Di jiwamu yang ada
    Rakyat...rakyat...rakyat...
    Rakyat yang kanda pentingkan
    Pagi petang siang dan malam
    Urat sarafmu tenagamu pemikiranmu
    Adalah untuk rakyat
    Hidupmu didambakan pada
    Kepentingan rakyat
    Kepentinganmu kanda lupakan
    Bagimu apalah ada kebahagiaan sendiri
    Sedangkan rakyat derita menjalani kehidupan
    Tak akan kanda biarkan rakyat derita
    Akan kanda bela sehabis daya ...sehabis mampu
    Kanda mengabdikan diri untuk rakyat
    Bersama rakan ksatria yang lain
    Kanda perjuangkan hak rakyat
    Nyawa jadi taruhan
    Biarpun musuh durjana
    Ada di mana-mana
    Tapi anak busur saktimu
    Akan sentiasa siap bersedia untuk
    Di tujukan pada sasaran
    Sebagai menepis
    Kedurjanaan musuh durjana
    Maka setiap langkah ksatriamu
    Adalah langkah dinda juga
    Walaupun dinda tiada di sisi kanda
    Dinda selalu mendoakan
    Segala niat suci kanda berjaya
    Dan segala pengorbanan kanda
    Dibalas-Nya dengan syahid
    Dibalas-Nya dengan cinta bidadari
    Yang menunggumu di Syurgawi

    Tika bulan purnama indah mengambang
    Anak cucu melambai-lambaikan tangan
    Tanda rindu mereka padamu bersama bidadarimu
    Dan kanda tersenyum penuh syahdu penuh syukur
    Perjuanganmu diteruskan oleh generasi Rumpun Melayu Nusantara
    Dalam menjalani kehidupan yang bahagia
    Di bumi ibu pertiwi tanpa ada musuh durjana
    Ibu pertiwi senyum menyaksikan
    Cinta anak cucu pada ksatria terbalas jua
    Purnama di malam itu
    Begitu indah
    Diserikan dengan bintang-bintang bergemerlapan dan berpelangi
    Seakan berpesta di kanvas langit malam
    Berpadu cahaya bulan bintang dan pelangi
    Berpadu pula cahaya Nur Iman di kalbu penghuni bumi
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Indahnya di kala itu
    Hanya yang mengerti memahami penuh keimanan

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    18 Julai 2012
  • Ratu Rimba Niagara GURINDAM SEORANG KESATRIA BERJIWA RAKYAT

    BALASLAH BAKTINYA DENGAN SYURGAMU

    Subhanallah
    sejuk perut ibumu
    mengandungkanmu
    melahirkanmu
    membesarkanmu
    mendidikmu
    dengan ilmu dunia
    jua ilmu akhirat
    kau menjadi
    anak yang soleh

    Alhamdulillah
    Syukur padaNya
    kerana dikurniakan
    seorang anak
    yang berjiwa pemimpin
    sanggup berkorban
    demi rakyatnya
    suka duka bersama
    derita rakyat
    air mata rakyat
    pemasalahan rakyat Nusantara
    ingin dikongsi bersama
    lalu difikir
    diselesaikan dengan
    semampu mungkin
    sekudrat pemikiran
    diperah habis
    peluh setitik
    tidak dipersiakan
    kerana terlalu
    amat berharga
    untuk rakyat tersayang
    untuk negara tercinta
    maka bergemalah
    lagu patriotik
    'Kusayaang Rakyatku DemiNya'
    di setiap pelosok daerah
    di bawah pimpinanmu
    dan disahut penuh gemuruh
    lagu rakyat untuknya
    'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
    Dan siapa yang mendengar
    pasti mengharu-birukan kalbu
    lalu menangislah
    pemimpin kesayangan rakyat itu
    bersama-sama dengan rakyatnya
    lalu mengundang rahmat
    Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
    Suasana sepi seketika
    Bertafakur dalam kesyukuran padaNya

    Allahu Akhbar
    Dengan KebesaranMu Tuhan
    Kau Kurniakan seorang pemimpin
    Berjiwa Rakyat
    Kami Syukuri Dalam Sujud!

    Kami sayang pemimpin kami
    Hadirnya kami hargainya
    Perginya kami iringi doa restuMu
    Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
    Dengan SyurgaMu
    Dan kami ingin bersamanya di Syurga juga
    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya: Putri Rimba Niagara
    18 Julai 2012
  • Ratu Rimba Niagara DI BELANTARA PENUH ERTI
    PERJUANGAN SEDIA BERBAKTI

    Di daerah ini
    kedengaran bisikan suara sayu
    masih ada pengemis rindu
    di belantara penuh erti
    menanti di sini suatu yang abadi
    memaksa aku mentafsir sesuatu
    yang belum pasti

    Apakah ini noktah terakhir
    dalam erti perjuangan
    telah sedia berbakti
    di hujung hari
    penantian bait-bait resah
    mampukah aku
    melarik rasa mengukir kata
    untuk aku dambakan
    betapa pun penuh onak dan duri
    kulangkahi jua sedayanya.

    Lantas
    menghitung lagi aku
    mengukur keupayaan di hujung usia
    untuk esok yang belum pasti

    By: Mutiara Pagi
    17 Julai 2012
  • Ratu Rimba Niagara FANTASI AKAN MENJADI REALITI

    Di belantara rimba niagara ini
    Semua penghuni rimba
    Saling berkorban
    Demi sebuah perjuangan suci
    Demi sebuah kedamaian dan keharmonian
    Seluruh penghuni rimba
    Pada Ratu Rimba Niagara
    Disandarkan segala harapan
    Hasrat suci murni
    Teruskan perjuanganmu duhai Ratu Rimba yang disayangi
    Sepenuh jiwa raga kami
    Kami sentiasa menyokongmu
    Di sebilang waktu dan masa

    Perjuanganmu suci murni
    Kau rela pertaruhkan nyawamu untuk kami
    Dan kami rela pertaruhkan nyawa kami untukmu
    Itu sumpahmu
    Itu sumpah kami

    Tinta-tintamu yang Ratu Rimba
    Curahkan di kanvas alam maya
    Untuk dibaca oleh semua penghuni alam maya
    Kami bingkaikan indah dan dipamerkan
    Di Galeri Istana Rimba Niagara
    Agar menjadi khazanah
    Warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara

    Kami bangga dengan perjuanganmu Ratu Rimba Niagara
    Kau lupakan kepentinganmu sendiri
    Kau berbakti tak kira masa
    Berbahasa penuh santun penuh kasih sayang
    Tapi kau tetap juga dihina oleh mereka yang durjana
    Kau senyum dalam duka
    Kau menyambut penghinaan itu dalam redha
    Dan kami terseksa
    Dan kami bersumpah
    Dan tak akan izinkan sesiapa melukakan hatimu lagi

    Duhai Ratu Rimba Niagara Yang Dikasihi
    Di Rimba Niagara inilah
    Tempat bertunasnya
    Cinta kasih dan sayang setulus hati
    Tak akan ada kepalsuan cinta kasih dan sayang
    Semuanya setulus hati
    Tak akan ada cemburu
    Dan dendam membara
    Dan tak akan ada bahasa-bahasa yang menyakitkan hati
    Semuanya berkata seiring hati
    Bertutur dalam bahasa nan indah-indah
    Pabila mendengarnya
    Pasti tenang roh dan jasad
    Seakan kita berada di Taman-Taman Syurgawi

    Maka dari itu Ratu Rimba Niagara
    Berpenalah semahumu
    Kami sentiasa akan menyokong/memberi dukungan padamu
    Dan apa yang Ratu Rimba cita-citakan
    Akan kami realitikan dengan izin-Nya jua

    Percayalah Ratu Rimba Niagara
    Bilamana Allah Azzawajallah mengatakan
    KUN FAYAKUN
    Yang fantasi akan menjadi realiti
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    17 Julai 2012

(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA)
4 Syawal 1434H
11 Ogos 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;