Sasteraku Duniaku
Saturday, 10 August 2013
TEATER BANGSAWAN DIRAJA , ' BICARA TUAH UNTUK DIHADAMI' (1)
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' HANG TUAH & HANG JEBAT' (1)
Options
MomokSiam Pattaya
BICARA TUAH UNTUK DIHADAMI
Jebat, tahukah kau betapa terseksanya aku
bila Bendahara membawa khabar tentang penderhakaanmu.
Semalam aku tidak tidur
gelombang serba salah menghempas ke dadaku
aku menimbang dan mengenang
kaulah sahabat yang kusayang
bagaimana dapat kutusuk keris itu ke badanmu.
Alangkah sukarnya membuat pilihan
jika aku pulang membunuh Jebat
aku akan kehilangan kawan
tapi jika aku membiarkan kau menderhaka
bangsaku akan kehilangan Tuah.
Lalu aku pilih untuk mengorbankan
sahabat kesayanganku sendiri
walaupun kelak aku dituduh sebagai pengampu
atau dikutuk kerana kesetiaan yang melulu.
Biarkanlah
kuharap disuatu waktu nanti
bila bangsaku berpecah belah
mereka akan menyedari
bahawa si Tuah bukan menentang Jebat
tetapi menentang penderhakaan dan perebutan kuasa
yang kupertahankan bukan raja
tetapi kerajaannya
tanpa kerajaan tidak kan wujud sebuah negara
tanpa negara apalah ertinya sebuah bangsa.
Jebat, aku mungkin tidak begitu bijaksana
tetapi inilah usaha terakhirku
agar tanah airku tidak akan hilang kerajaanya
bangsaku tidak akan hilang ketuanannya
dan Melayu tidak akan hilang di dunia.
-HE-
cc,
Warisan Senjata Melayu
Like
·
·
Unfollow Post
·
Friday at 1:52am
76 people
like this.
Kamhazman Oman
AkU mendurhaka kerana mu abang tuah..
Friday at 1:53am
·
Like
MomokSiam Pattaya
BICARAKU PADA PEMBENCI TUAH!
Kalian yang mengutuk Tuah,
kemari!
Kita berbicara.
Apalah ikhtiar Tuah:
Di kanan, hukum Raja berkuasa.
Di kiri, teman yang sudah derhaka.
Jebat tinggal seorang diri.
Kasturi, Lekir, Lekiu bukan sahabat lagi.
Di pinggang
menggeletek Pamong Sari Bukit Siguntang.
Kalau kalianlah Tuah, tertitah
membuang Jebat
apa bisa kalian buat?
Dari riak muka kalian
sudah tahu aku:
Kalian adalah Tuah, Kasturi,
Lekir dan Lekiu.
Kalian patuh pada tuan.
Jebat kan jadi habuan
di tangan kalian.
Usahlah Tuah kalian kutuk
kalau kalian sepertinya mengikut telunjuk.
Kalian yang menjulang Jebat
kemari!
Kita bicara.
Di kanan, Tuah mati ditikam.
Di kiri, Raja berlaku kejam.
Kasturi, Lekir, Lekiu tak ambil peduli.
Jebat, nekad dalam bara api
Mau dibayarnya budi.
Di pinggang
menggelepar keris Taming Sari.
Tiada gentar lagi Jebat pada mati.
Kalau kalianlah Jebat
bersugul kematian sahabat
apa bisa kalian buat?
Dari raut muka kalian
sudah tahu aku:
Kalian adalah Tuah, Kasturi,
Lekir dan Lekiu.
Takkan berani kalian melawan tuan.
Takkan ada pada kalian
semangat setiakawan pada yang
keseorangan.
Usah berpura menyanjung Jebat
Kalau yang kalian ucap, bukan yang terbuat
Puisi ditulis oleh: KhalifahGayong
Friday at 1:54am
·
Like
·
5
Adik Nakal
Terbaikkk...
Friday at 1:59am
via
mobile
·
Like
Kamhazman Oman
“Wahai orang-orang Melaka, apabila kamu merasa tidak puas hati atau tidak berkenan akan sesuatu maka hendaklah kamu memberitahu kepada anak isteri kamu, kaum keluarga kamu, sahabat taulan kamu, jiran tetanga kamu, orang-orang kampung kamu. Janganlah hendaknya tidak ada orang yang tidak kamu beritahu akan rasa geram hati kamu dan amarah kamu itu.
Maka hendaklah kamu kumpulkan anak bini kamu, sanak-saudara kamu, sahabat taulan kamu, jiran tetangga kamu, orang kampung kamu, kumpulkan semua orang-orang Melaka dan bawalah berita itu hendaknya ke Lubuk China hingga ke Tanjung Tuan hingga ke Linggi hingga hendaknya sampai ke Rembau Labu dan Lukut dan hendaknya sampailah berita ini hingga ke Seri Menanti.
Bawalah berita ini kepada Jakun dan Biduanda, Semelai dan Sakai agar hendaknya mereka sama mendengar kematian Tun Hukum dibunuh Raja Melaka difitnah Sang Kitul Kerala difitnah Sang Linggam anak cucu Nina Manikam. Hendak-hendaknya mereka akan bersama kita menyumpit yang jahat membuluh yang zalim.
Wahai orang-orang Melaka pada malam ini di atas Bukit China maka berjanjilah kita semua dan ingat mengingatilah kita semua bahawasanya kematian Tun Hukum itu akan membawa bencana ke atas negeri Melaka.
Wahai-orang Melaka apabila kamu merasa tidak puas hati maka kamu beraraklah dan berjamonglah beramai-ramai menuju ke istana. Maka hendaklah kamu mengepung istana dan jika sekiranya di jalan kamu bertemu sesiapa sahaja maka ajaklah mereka datang bersama-sama untuk pergi mengepung istana. Jika sekiranya kamu bertemu Juak dan Sida istana maka hendaklah kamu duduk bicara menerangkan angkara yang amarah kamu yang amat sangat terhadap raja.
Hendaklah kamu membawa gendang dan palu agar raja yang sentiasa beradu akan bangun dan bertanya apakah angkara orang Melaka dimalam hari hingar dan bising. Apakah angkara hingar dan bising mengganggu beta yang sedang nyenyak beradu.
Wahai orang-orang Melaka berkumpul dan beraraklah kita pada malam ini ke istana. Amarah kamu itu adalah amarah aku juga. Amarah aku itu adalah amarah seluruh roh di Bukit China. Amarah kamu itu adalah amarah cucu-cicit Penghulu Tanjung Keling. Amarah kamu ini adalah amarah cucu-cicit Wan Empok Wan Melini anak cucu-cicit dari Bukit Seguntang Mahameru.
Wahai orang-orang Melaka pada malam ini panglima kita telah segak siaga anak cucu-cicit Penghulu Sidata Tanjung Keling, anak cucu-cicit Hang Li Po dan Panglima Besar Tun Bersih. Bersama-sama sebahulah kamu wahai orang-orang Melaka.
Inilah janji aku kepada kamu wahai orang-orang Melaka, bukan janji aku untuk menjadi raja bukan janji aku untuk menjadi tuan. Di atas Bukit China ini seperti Musa di atas Bukit Sinai seperti Isa di atas Bukit Zaiton inilah aku Jebat anak cucu-cicit Wan Empok Wan Melini dari Bukit Seguntang Mahameru asal
usul keturunan aku Raja Suran yang turun ke laut anak cucu kepada Iskandar Zulkarnian maka marilah kita bersama-sama mengepung istana raja Melaka.
Akulah Jebat yang akan diingat hendak-hendaknya oleh seru sekelian alam dengan kata-kata Raja Adil Raja Di Sembah Raja Zalim Raja di Sanggah. Marilah kita bersama-sama berarak pada malam ini dan ketika ini dengan obor jamong dan pelita mengepung Istana Raja.”
”INGATLAH WAHAI ORANG ORANG MELAKA DUNIA INI HANYA UNTUK MEREKA YANG BERANI !!!”
Friday at 2:02am
·
Like
·
1
Kamhazman Oman
KALAU JEBAT TIDAK MENDERHAKA
ADAKAH KITA AKAN INGAT KEPADA HANG TUAH HARI INI?
Kongres Kebudayaan Melayu ke 2 telah diadakan pada 16 dan 17 Mach di Wisma Sejarah Kuala Lumpur.
Antara yang hangat diperbincangkan di situ sudah tentulah tentang nasib Melayu, survival bangsa Melayu dan pentingnya mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu.
Prof Abdullah Zakaria meriwayatkan dengan panjang lebar kisah kewujudan raja dan sultan-sultan di Tanah Melayu. Dewan semakin panas bila beliau menceritakan bagaimana berkuasanya British di dalam menentu dan mencorakkan hal-hal raja dan kerajaan ini.
Saya terfikir apakah segala yang diriwayatkan oleh Abdullah Zakaria kepada peserta kongres itu telah pernah diceritakan kepada semua raja-raja Melayu agar baginda-baginda itu sedar dan insaf untuk menjaga diri jika tidak sejarah akan berulang lagi?Ya, memang kita mahu mempertahankan ketuanan Melayu. RAJA dan takhta adalah lambang ketuanan Melayu. Saya pun teringat kepada sajak saya Korban Hang Tuah yang diperkatakan oleh Raja Nazrin, Pak Lah dan Hishamuddin.
Dan saya terfikir, alangkah bertuahnya bangsa Melayu jika raja dan pemimpin yang berkuasa telah telah menaungi dan membela kita. Saya percaya dengan kekuatan raja-raja dan keikhlasan pemerintah hari ini kita telah menjadi bangsa yang kuat di dunia.
Tetapi mengapa kita tidak menjadi bangsa yang kuat? Setiap hari kita bercakap tentang martabat Melayu yang semakin terhakis.
Maka bangunlah rakyat yang berani menyoal. Maka berderetanlah penulis-penulis blog yang berani bersuara.
Antaranya menyebut "Kami setuju tanpa ragu-ragu I bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.
Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?
Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?
Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang?
Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?
Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.
Kata banyak orang: Punca masalah-masalah ini adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.
Hang Tuah dan ketuanan Melayu.
Ya, memang kita akui bahawa RAJA dan takhta adalah lambang ketuanan Melayu. Hang Jebat telah menderhaka lalu dia dikutuk.
Namun ada soal-soal lain yang perlu kita fikirkan.
- Apa akan terjadi kalau Jebat tidak menderhaka? Maksud saya, apa akan jadi kepada Hang Tuah jika Jebat patuh kepada amanatnya untuk setia kepada Sultan?
Kata saya kalau Hang Jebat tidak menderhaka sudah tentu Tuah tidak akan dipanggil balik ke Melaka. Hang Jebat dan penderhakaannyalah yang menyebabkan Sultan dan orang-orang Melaka ingat kembali kepada Hang Tuah. Jika tidak Hang Tuah akan berterus-terusan duduk di dalam hutan sehingga dia mati dan dilupakan. Jika Hang Jebat tidak menderhaka kita tidak akan ingat kepada Hang Tuah sepertimana kita mengingatinya pada hari ini.
Hal ini telah saya kemukakan di dalam sajak JEBAT YANG TIDAK JADI MENDERHAKA yang dimuatkan di dalam antologi Salasilah (DBP 2005, hlm 36-37).
Jebat yang Tidak Jadi Menderhaka
Sepanjang hidupnya
Jebat mendengar Tuah berkata:
pantang Melayu menderhaka.
Kata-kata itu diulang-ulang
pantang Melayu menderhaka
pantang Melayu menderhaka.
Tuah mengajar mereka menghafalnya
Tuah meminta mereka berjanji
untuk mentaati.
Sehinggalah pada hari itu
Tuah dihukum tanpa usul periksa
Tuah yang setia dituduh menderhaka
Tuah yang dikasihi dihukum mati
siapakah yang dapat berdiam diri.
Dengan marah yang menggelegak
Jebat mahu memberontak
tetapi dia tergamam
terbayang wajah Tuah
bersungguh-sungguh meminta
agar tidak menderhaka
kata-kata orang yang disayangi
memang selalu dikenang
amanat orang yang disayangi
akan tetap dipegang
jika Jebat menderhaka
akan tercemar persaudaraan mereka.
Kerana kasihnya kepada Tuah
Jebat tidak jadi membantah
dia pun tunduk
menerima segala tugas can anugerah
yang telah dilucutkan daripada Tuah.
Tidak ada apa-apa
yang berlaku di Melaka
kerana Jebat tidak jadi menderhaka
tidak ada apa-apa yang mengganggu
ketika raja lena beradu
didodoi dayang diulit lagu.
Kerana Jebat tidak menderhaka
Tuah tidak dijemput pulang ke Melaka
Hiduplah dia di hutan
sehingga mati dan dilupakan.
Friday at 2:17am
·
Like
·
1
Brader T Ice
Tuah tu poyo lebey.termaktub dalam sejarah tikam curik sedara sendiri.
Friday at 9:05am
via
mobile
·
Edited
·
Like
·
1
Hiznul Mukmin Syahideen
tpi pemeritah yg adil saja layak di sanjung.. bkn menarik benang yg basah..
Friday at 12:37pm
via
mobile
·
Like
MomokSiam Pattaya
Ada orang cakap yang Tuah tidak mengikut ajaran agama kerana mematuhi apa yang disuruh oleh Sultan apabila Jebat dijatuhkan hukuman mati.
Tapi tahukah anda hukumnya di dalam Islam haram sama sekali untuk kalian menjatuhkan pemerintah walau apa pun sebabnya, walau sezalim manapun pemerintah itu selagi dia memegang kalimah syahadah? Hang Tuah tidak pernah langsung bersalah dalam hal ini. Hayati hadis di bawah:
“Sebaik-baik pemimpin kalian adalah yang mereka mencintai kalian dan kalian mencintai mereka, mereka mendoakan kalian dan kalian mendoakan mereka. Dan sejelek-jelek pemimpin kalian adalah yang mereka membenci kalian dan kalian membenci mereka, mereka mengutuk kalian dan kalian mengutuk mereka.” Beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, bolehkan kami memerangi mereka?” Beliau menjawab, “Tidak, selagi mereka masih mendirikan shalat di tengah-tengah kalian. Jika kalian melihat dari pemimpin kalian sesuatu yang tidak baik maka bencilah tindakannya, dan janganlah kalian melepas diri dari ketaatan kepada mereka.” (HR. Muslim no. 1855)
Prinsip hang tuah seiring dengan prinsip wali songo di Indonesia dengan tidak menentang pemerintah majapahit walau kerajaan tersebut zalim. Walhal pada masa itu pengaruh wali songo cukup kuat di Indonesia. Hang Tuah di tempat yang benar.
Dan apa yang berlaku pada Tuah juga bukan dalil untuk menghalalkan Jebat mengamuk sehingga Sungai Melaka berdarah dengan Taming Sarinya. Tuah mematuhi apa yang digariskan oleh Islam.
-HE-
wallahualam bissawab
Friday at 3:07pm
·
Like
·
4
Hiznul Mukmin Syahideen
da tuah badan nk wat cm ne.
Friday at 3:12pm
via
mobile
·
Like
·
1
Brader T Ice
kalau betul dia wujud pun,dah lama meninggal dah,walau apa pun pendapat peribadi,apa yang termaktub tinggal dalam lipatan sejarah.nilaikan erti kesetiaan tuah pada raja dan kesetian Hang Jebat pada saudara sahabat.
Friday at 3:17pm
·
Like
·
2
MomokSiam Pattaya
Yup............ apa yg termaktub tersurat dan tersirat pada hikayat sejarah semua untuk renungan kita....... untuk BANGSA MELAYU (BANI TA-MIM) kita bersatu dan jangan sesekali beradu domba sesama sendiri kelak keuntungan diperolihi bangsa yg satu lagi........
Friday at 3:22pm
·
Like
·
3
Brader T Ice
tapi kalau tak silap aku,dari pembacaan hikayat hg tuah,jebat lagi tinggi ilmu permainn dia cuma masa bertarung dgn hang tuah,jebat tidak bersungguh2.hanya bermain melayan tuah sebab tak tergamak membunuh saudara yg dia sayangi.kalau aku tak salah la
Friday at 3:27pm
·
Like
MomokSiam Pattaya
wallahualam bissawab......
tapi ader baris2 yg mengatakan " Beliau (Hang Jebat) rela mati ditangan kekanda nya (Hang Tuah)... " ader berkemungkinan juga apa yg Tuan
Brader T Ice
katakan ...
Friday at 3:56pm
·
Like
·
2
Laksamana Kasturie
mohon momoksiam add freinds.....
Yesterday at 1:27am
via
mobile
·
Like
·
1
MomokSiam Pattaya
silakan Tuan
Laksamana Kasturie
Yesterday at 1:35am
·
Like
Laksamana Kasturie
Terima kasih sahabat MomokSiam Pattaya.....
Yesterday at 1:36am
via
mobile
·
Like
·
1
Aise Chenta
Orang yang Berilmu , Luas Isinya .
Luasnya isi tu , Allah saja Yang Mengetahui .
Yesterday at 1:36am
·
Like
·
2
MomokSiam Pattaya
alhamdulillah ....... salam kasih sayang dan salam ukhwah den hulurkan Tuan
Laksamana Kasturie
.....
Yesterday at 1:37am
·
Like
·
2
Laksamana Kasturie
Samo2 la waghih......afwan billah....
Yesterday at 1:38am
via
mobile
·
Like
·
1
Kamhazman Oman
• Raja Melaka menitahkan Hang Tuah beradu tenaga dengan Hang Jebat kerana amukannya yang dianggap menderhakai raja.
• Hang Jebat terkejut melihat kemunculan Hang Tuah di tengah-tengah taman istana dan pergelutan berlaku pada hari itu juga.
• Hang Tuah
Tidak Dapat menewaskan Hang Jebat selagi keris Taming Sari masih di tangan Hang Jebat.
• Hang Tuah berjaya mengambil Keris Taming Sari daripada Hang Jebat ketika mereka sedang berehat keletihan.Hang Jebat berjaya ditikam dengan keris tersebut.
• Hang Jebat mengamuk di tengah pasar negeri Melaka.
• Hang Tuah berkhalwat selama tiga hari tiga malam dan tidak boleh bercakap.
• Hang Jebat berjumpa dengan Hang Tuah dan menyampaikan wasiatnya tentang anaknya. Beliau mati di pangkuan Hang Tuah.
• Mayat Hang Jebat digantung di tengah-tengah jalan besar selama tujuh hari tujuh malam untuk tontonan rakyat.
• Dang Baru melahirkan anak lelaki yang diberi nama Hang Kadim.
• Hang Kadim dihantar ke Inderapura untuk dijaga oleh ayahanda Tun Teja.
11 hours ago
·
Like
Ratu Rimba Niagara
HANG TUAH & HANG JEBAT KISAH PENDEKAR MELAYU YANG TAK LAPUK DEK HUJAN YANG TAK LEKANG DEK PANAS
Hang Tuah dihukum mati oleh Sultan
Melaka
tanpa usul periksa
Hang Jebat memberontak atas kematian Hang Tuah sahabatnya
Lalu menjadi derhaka kepada Sultan Melaka...
Sultan Melaka menitahkan Hang Tuah membunuh Hang Jebat setelah tahu Hang Tuah masih hidup.
Hang Tuah patuh pada perintah Sultan Melaka walaupun tahu Hang Jebat jadi begitu untuk membela kematiannya.
"Tuah adakah ini balasan engkau? Aku membela kematianmu
engkau pula mahu membunuhku?"
"Pantang anak melayu menderhaka kepada raja?
Aku dihukum bunuh oleh raja kerana difitnah?"
"Haa.... tahu pun engkau?
Adakah raja yang zalim mahu ditaat setia lagi
Menghukum tanpa bukti?
Makanya salahkan aku sahabat pendekarmu membela engkau?"
"Memanglah tak salah tapi aku pantang anak melayu menderhaka
kepada raja?"
"Tuah raja apa namanya itu tuah?
Raja adil raja disanjung
Raja zalim wajib diderhaka..."
"Cukup....! Cukup...! Cukup....!
Sekarang ini aku terpaksa hapuskan engkau dengan keris taming sari ini kerana ternyata engkau anak melayu yang derhaka ..."
"Silakan tuah...! Jika itu membuatkau engkau rasa bahagia sebagai pendekar melayu yang menyokong raja yang zalim...silakan...silakan bunuh aku sahabatmu yang membelamu tapi ini balasanmu. apa yang kau dapat daripada raja? Selepas kematianku ini ...aku pasti raja akan kurniakan engkau darjah kebesaran yang dibanggai oleh semua pendekar melayu."
"Ciss Jebat! Jaga tutur katamu itu...bukan nama dan sanjungan yang aku harapkan tapi...aku pantang anak melayu derhaka kepada raja tak kira apa alasan pun!"
"Kalau begitu cepat bunuhlah akan Tuah. Dengan kematianku nanti ...namamu akan dikenang sebagai pendekar melayu yang terbilang dan termahsyur di bumi Nusantara ini....dan aku digelar penderhaka raja selamanya tapi aku yakin akan wujud pendekar melayu anak cucuku yang membersihkan namaku bukan sebagai penderhaka raja tapi pendekar yang taat setia kepada sahabatnya dan membela rakyat yang dizalimi sultan.Jika aku berada dipihak yang benar aku bersumpah di Melaka ini tak akan ada Raja buat selamanya."
"Jebat...engkau bukan penentu takdir....di Melaka ini aku akan pastikan tiada siapa yang akan menghapuskan Raja di Melaka ini kerana Raja adalah lambang kewujudan melalyu di tanah melayu. Aku tak mahu melayu hilang di dunia..."
Perlawanan silat yang hebat di antara hang tuah dan hang jebat memakan masa yang begitu lama...dan akhirnya hang jebat sengaja memberi peluang kepada hang tuah membunuhnya kerana dia tidak sampai hati membunuh sahabat baiknya hang tuah yang sudah dianggap sahabat dunia akhiratnya.
Sehingga sekarang kisah hang tuah dan hang jebat menjadi perbualan kisah pendekar melayu yang paling popular hingga ke abad ini.Dan hingga kini Sultan Melaka masih lagi tiada wujud di melaka. Sedangkan sejarah sultan bermulanya di melaka. Kenapa jadi begini. Adakah sumpah Hang Jebat telah termakbul atau menunggu Doa Hang Tuah temakbul wujudnya kembali Sultan Melaka?
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
4 Syawal 1434H
11 Ogos 2013M
2 hours ago
·
Edited
·
Like
WWW
0 comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Join Us on Facebook!
visit our shop!
Translate
Total Pageviews
RAKAN
Popular Posts This Week
BIARPUN NYAWA DI HUJUNG TANDUK TAK AKAN UNDUR BIAR PUN SETAPAK
SASTERA ITU INDAH (172) CINTA DALAM KETENTUAN-NYA
SYAIR DEMI MALAYSIA TERCINTA
PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH
'SYAIR 'PANTUN GURINDAM PUISI UNTUK KELUARGAKU SAYANG'
TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH JIKA DIA KEHENDAKI, 'KUN FAYAKUN'
GURINDAM RINDU ADINDA & KANDA KARYA PUTRA WERDYS KALBARY & PUTRI RIMBA NIAGARA(1)
GUGUSAN PUISI UNTUK MUJAHID FISABILILLAH UNTUK SELAMATKAN SAUDARA SEISLAM YANG DIZALIMI SYIAH DI SYRIA
PENCAK SILAT TRADISI MELAYU PUSAKA HANG TUAH DIWARISKAN KEPADA PENDEKAR TEMASEK
PAHLAWAN MELAYU SUDAH TERBILANG!
Blog Archive
►
2022
(8)
►
February 27
(1)
►
February 13
(1)
►
January 9
(5)
►
January 2
(1)
►
2021
(389)
►
December 5
(2)
►
November 28
(6)
►
November 21
(3)
►
November 14
(5)
►
November 7
(5)
►
October 31
(5)
►
October 24
(6)
►
October 17
(4)
►
October 10
(6)
►
October 3
(2)
►
September 26
(4)
►
September 19
(5)
►
September 12
(6)
►
September 5
(3)
►
August 29
(10)
►
August 22
(12)
►
August 15
(21)
►
August 8
(13)
►
August 1
(9)
►
July 25
(13)
►
July 18
(10)
►
July 11
(10)
►
July 4
(7)
►
June 27
(9)
►
June 20
(9)
►
June 13
(11)
►
June 6
(11)
►
May 30
(7)
►
May 23
(7)
►
May 16
(12)
►
May 9
(6)
►
May 2
(7)
►
April 25
(4)
►
April 18
(9)
►
April 11
(5)
►
April 4
(8)
►
March 28
(7)
►
March 21
(9)
►
March 14
(7)
►
March 7
(6)
►
February 28
(5)
►
February 21
(8)
►
February 14
(17)
►
February 7
(9)
►
January 31
(9)
►
January 24
(12)
►
January 17
(10)
►
January 10
(12)
►
January 3
(6)
►
2020
(1030)
►
December 27
(15)
►
December 20
(12)
►
December 13
(8)
►
December 6
(17)
►
November 29
(15)
►
November 22
(22)
►
November 15
(27)
►
November 8
(26)
►
November 1
(25)
►
October 25
(33)
►
October 18
(25)
►
October 11
(30)
►
October 4
(31)
►
September 27
(20)
►
September 20
(33)
►
September 13
(39)
►
September 6
(32)
►
August 30
(35)
►
August 23
(39)
►
August 16
(33)
►
August 9
(24)
►
August 2
(19)
►
July 26
(19)
►
July 19
(31)
►
July 12
(23)
►
July 5
(41)
►
June 28
(22)
►
June 21
(17)
►
June 14
(18)
►
June 7
(19)
►
May 31
(11)
►
May 24
(22)
►
May 17
(17)
►
May 10
(25)
►
May 3
(14)
►
April 26
(24)
►
April 19
(20)
►
April 12
(23)
►
April 5
(10)
►
March 29
(19)
►
March 22
(14)
►
March 15
(8)
►
March 8
(8)
►
March 1
(8)
►
February 23
(5)
►
February 16
(7)
►
February 9
(8)
►
February 2
(4)
►
January 26
(9)
►
January 19
(5)
►
January 12
(10)
►
January 5
(9)
►
2019
(629)
►
December 29
(11)
►
December 22
(14)
►
December 15
(9)
►
December 8
(15)
►
December 1
(6)
►
November 24
(14)
►
November 17
(14)
►
November 10
(5)
►
November 3
(12)
►
October 27
(9)
►
October 20
(15)
►
October 13
(16)
►
October 6
(13)
►
September 29
(12)
►
September 22
(13)
►
September 15
(14)
►
September 8
(11)
►
September 1
(13)
►
August 25
(13)
►
August 18
(7)
►
August 11
(12)
►
August 4
(12)
►
July 28
(14)
►
July 21
(9)
►
July 14
(7)
►
July 7
(5)
►
June 30
(10)
►
June 23
(19)
►
June 16
(27)
►
June 9
(15)
►
June 2
(12)
►
May 26
(16)
►
May 19
(5)
►
May 12
(16)
►
May 5
(12)
►
April 28
(10)
►
April 21
(12)
►
April 14
(20)
►
April 7
(7)
►
March 31
(12)
►
March 24
(12)
►
March 17
(15)
►
March 10
(15)
►
March 3
(8)
►
February 24
(13)
►
February 17
(17)
►
February 10
(10)
►
February 3
(10)
►
January 27
(11)
►
January 20
(15)
►
January 13
(7)
►
January 6
(8)
►
2018
(885)
►
December 30
(7)
►
December 23
(20)
►
December 16
(17)
►
December 9
(24)
►
December 2
(16)
►
November 25
(8)
►
November 18
(9)
►
November 11
(15)
►
November 4
(15)
►
October 28
(9)
►
October 21
(17)
►
October 14
(12)
►
October 7
(17)
►
September 30
(15)
►
September 23
(12)
►
September 16
(15)
►
September 9
(15)
►
September 2
(13)
►
August 26
(9)
►
August 19
(8)
►
August 12
(10)
►
August 5
(3)
►
July 29
(7)
►
July 22
(13)
►
July 15
(13)
►
July 8
(8)
►
July 1
(15)
►
June 24
(10)
►
June 17
(17)
►
June 10
(20)
►
June 3
(21)
►
May 27
(21)
►
May 20
(35)
►
May 13
(32)
►
May 6
(31)
►
April 29
(22)
►
April 22
(23)
►
April 15
(35)
►
April 8
(30)
►
April 1
(20)
►
March 25
(19)
►
March 18
(20)
►
March 11
(21)
►
March 4
(30)
►
February 25
(12)
►
February 18
(16)
►
February 11
(14)
►
February 4
(30)
►
January 28
(20)
►
January 21
(15)
►
January 14
(9)
►
January 7
(20)
►
2017
(1204)
►
December 31
(14)
►
December 24
(14)
►
December 17
(13)
►
December 10
(9)
►
December 3
(11)
►
November 26
(11)
►
November 19
(10)
►
November 12
(12)
►
November 5
(8)
►
October 29
(17)
►
October 22
(18)
►
October 15
(21)
►
October 8
(17)
►
October 1
(16)
►
September 24
(18)
►
September 17
(23)
►
September 10
(22)
►
September 3
(22)
►
August 27
(16)
►
August 20
(11)
►
August 13
(19)
►
August 6
(31)
►
July 30
(27)
►
July 23
(21)
►
July 16
(26)
►
July 9
(23)
►
July 2
(23)
►
June 25
(23)
►
June 18
(30)
►
June 11
(25)
►
June 4
(37)
►
May 28
(28)
►
May 21
(21)
►
May 14
(26)
►
May 7
(27)
►
April 30
(24)
►
April 23
(25)
►
April 16
(40)
►
April 9
(47)
►
April 2
(33)
►
March 26
(26)
►
March 19
(24)
►
March 12
(33)
►
March 5
(32)
►
February 26
(32)
►
February 19
(27)
►
February 12
(22)
►
February 5
(26)
►
January 29
(22)
►
January 22
(18)
►
January 15
(31)
►
January 8
(23)
►
January 1
(29)
►
2016
(2200)
►
December 25
(45)
►
December 18
(56)
►
December 11
(50)
►
December 4
(30)
►
November 27
(24)
►
November 20
(21)
►
November 13
(30)
►
November 6
(41)
►
October 30
(30)
►
October 23
(54)
►
October 16
(44)
►
October 9
(43)
►
October 2
(43)
►
September 25
(43)
►
September 18
(62)
►
September 11
(52)
►
September 4
(59)
►
August 28
(51)
►
August 21
(51)
►
August 14
(60)
►
August 7
(39)
►
July 31
(63)
►
July 24
(53)
►
July 17
(47)
►
July 10
(33)
►
July 3
(17)
►
June 26
(66)
►
June 19
(58)
►
June 12
(30)
►
June 5
(43)
►
May 29
(49)
►
May 22
(52)
►
May 15
(63)
►
May 8
(36)
►
May 1
(49)
►
April 24
(61)
►
April 17
(72)
►
April 10
(31)
►
April 3
(18)
►
March 27
(15)
►
March 20
(17)
►
March 13
(27)
►
March 6
(57)
►
February 28
(22)
►
February 21
(38)
►
February 14
(37)
►
February 7
(16)
►
January 31
(26)
►
January 24
(44)
►
January 17
(29)
►
January 10
(61)
►
January 3
(42)
►
2015
(2495)
►
December 27
(59)
►
December 20
(47)
►
December 13
(31)
►
December 6
(35)
►
November 29
(39)
►
November 22
(53)
►
November 15
(40)
►
November 8
(35)
►
November 1
(50)
►
October 25
(52)
►
October 18
(43)
►
October 11
(50)
►
October 4
(21)
►
September 27
(16)
►
September 20
(49)
►
September 13
(36)
►
September 6
(49)
►
August 30
(58)
►
August 23
(12)
►
August 16
(39)
►
August 9
(46)
►
August 2
(32)
►
July 26
(48)
►
July 19
(65)
►
July 12
(47)
►
July 5
(45)
►
June 28
(70)
►
June 21
(64)
►
June 14
(79)
►
June 7
(78)
►
May 31
(54)
►
May 24
(68)
►
May 17
(57)
►
May 10
(74)
►
May 3
(61)
►
April 26
(77)
►
April 19
(48)
►
April 12
(40)
►
April 5
(34)
►
March 29
(48)
►
March 22
(44)
►
March 15
(27)
►
March 8
(47)
►
March 1
(56)
►
February 22
(47)
►
February 15
(49)
►
February 8
(44)
►
February 1
(18)
►
January 25
(49)
►
January 18
(51)
►
January 11
(33)
►
January 4
(81)
►
2014
(4201)
►
December 28
(98)
►
December 21
(81)
►
December 14
(78)
►
December 7
(51)
►
November 30
(45)
►
November 23
(75)
►
November 16
(57)
►
November 9
(67)
►
November 2
(71)
►
October 26
(76)
►
October 19
(79)
►
October 12
(64)
►
October 5
(42)
►
September 28
(22)
►
September 21
(82)
►
September 14
(37)
►
September 7
(76)
►
August 31
(69)
►
August 24
(52)
►
August 17
(80)
►
August 10
(107)
►
August 3
(83)
►
July 27
(48)
►
July 20
(69)
►
July 13
(68)
►
July 6
(97)
►
June 29
(81)
►
June 22
(72)
►
June 15
(94)
►
June 8
(70)
►
June 1
(86)
►
May 25
(93)
►
May 18
(88)
►
May 11
(104)
►
May 4
(153)
►
April 27
(135)
►
April 20
(96)
►
April 13
(78)
►
April 6
(115)
►
March 30
(84)
►
March 23
(103)
►
March 16
(118)
►
March 9
(87)
►
March 2
(99)
►
February 23
(81)
►
February 16
(98)
►
February 9
(94)
►
February 2
(89)
►
January 26
(88)
►
January 19
(84)
►
January 12
(64)
►
January 5
(73)
▼
2013
(3710)
►
December 29
(119)
►
December 22
(94)
►
December 15
(83)
►
December 8
(110)
►
December 1
(104)
►
November 24
(62)
►
November 17
(84)
►
November 10
(81)
►
November 3
(74)
►
October 27
(60)
►
October 20
(52)
►
October 13
(55)
►
October 6
(49)
►
September 29
(52)
►
September 22
(95)
►
September 15
(22)
►
September 8
(74)
►
September 1
(91)
►
August 25
(103)
►
August 18
(100)
►
August 11
(88)
▼
August 4
(74)
GURINDAM PUISI KASIH SEPENUH JIWA RATU RIMBA NIAGA...
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'BICARA TUAH UNTUK DIHADA...
TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'BICARA TUAH UNTUK DIHADAMI'
TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,' BICARA TUAH UNTUK DIHAD...
TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'BICARA TUAH UNTUK DIHADA...
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' BICARA HANG TUAH UNTUK H...
TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' BICARA TUAH UNTUK DIHADA...
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'BICARA TUAH UNTUK DIHADA...
TEATER BANGSAWAN DIRAJA , ' BICARA TUAH UNTUK DIHA...
TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'BICARA TUAH UNTUK DIHADA...
SALAM SYAWAL SEWANGI SYURGA SEMERBAK KASTURI KEMER...
SALAM SYAWAL SEWANGI SYURGA SEMERBAK KASTURI KEMER...
JUNJUNG ZIARAH HARI RAYA PERTAMA KERABAT DIRAJA BR...
SALAM SILATURRAHIM SYAWAL MEWANGI SAMPAI SYURGA AA...
YA ALLAH JADIKANLAH AKU ROH SUCI ASAL KEJADIANKU Y...
YA ALLAH KEMBALKANLAH ROH ASALKU YANG SUCI MURNI ...
YA ALLAH BERIKAN AKU SEBUAH HATI SEPERTI TAMAN-TAM...
KEMBALI ROH ASAL YANG SUCI MURNI AAMIIN YA RABBAL ...
MAJLIS RUMAH TERBUKA KETUA POLIS NEGARA & UCAPAN S...
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU YANG SU...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT YAB DATO' SERI M...
SALAM AIDILFITRI & SALAM KEMAAFAN BUAT KESULTANAN ...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT KESULTANAN INDRA...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT MAHARAJA KUTAI M...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT YM KEDATON KRATO...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT DYMM SULTAN & DY...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT DYMM SULTAN IBRA...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SULTAN HASSANA...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SULTAN HASSANAL ...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SULTAN HASSANAL ...
"BERKARYALAH PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA UNT...
TAKBIR RAYA AIDILFITRI BERGEMA DI SELURUH ALAM
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR SEGALA PUJI...
TAKBIR RAYA AIDIL FITRI KE-ANGUNGAN HANYA UNTUK AL...
SAHABAT KAU PERMATA SYURGAKU
KAU SAHABAT DUNIA AKHIRATKU!
BERSAMA MENUJU JALAN-JALAN REDHO ILAHI AGAR MATI D...
SELAMAT AIDIL FITRI KEPADA SEMUA PEMBACA KARYA SAS...
SALAM DARI RIMBA NIAGARA...MAAF TEGA KAMU PERGI TA...
SALAM SYAWAL UNTUK SULTAN HASSANAL BOLKIAH MOGA AL...
YA ALLAH KAU BALASLAH KEBAIKAN SEMUA RAKAN ALAMMAY...
SALAM SYAWAL UNTUK SEMUA PDRM YANG DIKASIHI DUNIA ...
KATAKANLAH:SESUNGGUHNYA SEMBAHYANGKU, IBADATKU, HI...
RAJA SALEHUDDIN AL-AYUBI & SITI KHADIJAH RELA INFA...
SALAM SYAWAL NAN INDAH DI PAGI AIDIL FITRI 1434H (2)
SALAM SYAWAL NAN INDAH DI PAGI AIDIL FITRI 1434H (1)
SESUNGGUH-NYA KEJADIAN LANGIT DAN BUMI TERDAPAT TA...
MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN PELESTARI BUDAYA MELAYU ...
KITA AMALKAN BAHASA MENDATANGKAN IMAN ,' SALAM SYA...
GURINDAM KASIH DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YANG AMAT...
KARYAKU ADALAH KHAZANAH WARISAN BANGSA ANAK CUCU S...
MOGA KITA SEMUA TERGOLANG HAMBA-NYA YANG BERKASIHA...
JADILAH MANUSIA KREATIF YANG PUNYA HATI DAN PERASA...
PUTERA ABDUL MALIK BERANGKAT MENYEMPURNAKAN PENGU...
SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MEMOHON MAAF KEPADA ...
INDAHNYA JIKA SALING MENGHARGAI ANTARA RAJA DAN RA...
INDAHNYA JIKA SEMUA NAWAITU KERANA ALLAH TAALA AA...
YA ALLAH DI AKHIR RAMADHAN PENUH BERKAH DAN MENJEL...
'ALLAH SWT MENYUKAI HAMBA-HAMBA-NYA BERHIMPUN MENY...
PERJALANAN DALAM PERJUANGAN AKAN TAMAT BILA SUDAH ...
AIDILFITRI HARI KEMENANGAN MOGA RAMADHAN AL MUBARA...
MOGA ALLAH TERIMA RAMADHANMU . RAMADHANKU RAMADHAN...
MOGA ALLAH TERIMA RAMADHANMU . RAMADHANKU RAMADHAN...
ULAR BERKEPALA TUJUH MENANTI DI KUBUR JIKA ZALIM S...
'TERUSKAN BERKARYA DENGAN KARYA ITU ALAM BERSAKSI ...
KITA LAHIR KE DUNIA BERGELAR KHALIFAH ALLAH AZZAWA...
SENDA RIA DI PAGI SYAWAL, 'SALAM SYAWAL MAAF ZAHI...
SALAM SYAWAL DAN SALAM KEMAAFAN SEPANJANG BERSIARA...
SALAM SYAWAL BUAT SEMUA RAKAN ALAMMAYA KU YANG DIK...
SALAM SYAWAL BUAT SEMUASalam Syawal buat sa...
BIARPUN SERIBU TAHUN TETAP MENCINTAIMU!
WARKAH UNTUK KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH
SYUKUR ALHAMDULILLAH ATAS KEPUTERAAN SEORANG PUTER...
KARYA PUJANGGA RATU RIMBA NIAGARA DISIARKAN DI HAR...
►
July 28
(95)
►
July 21
(93)
►
July 14
(87)
►
July 7
(84)
►
June 30
(110)
►
June 23
(130)
►
June 16
(57)
►
June 9
(51)
►
June 2
(51)
►
May 26
(71)
►
May 19
(59)
►
May 12
(73)
►
May 5
(70)
►
April 28
(111)
►
April 21
(76)
►
April 14
(78)
►
April 7
(46)
►
March 31
(37)
►
March 24
(49)
►
March 17
(39)
►
March 10
(36)
►
March 3
(52)
►
February 24
(70)
►
February 17
(75)
►
February 10
(51)
►
February 3
(63)
►
January 27
(64)
►
January 20
(81)
►
January 13
(25)
►
2012
(4233)
►
December 30
(59)
►
December 23
(47)
►
December 16
(61)
►
December 9
(96)
►
December 2
(43)
►
November 25
(156)
►
November 18
(75)
►
November 11
(73)
►
November 4
(57)
►
October 28
(66)
►
October 21
(44)
►
October 14
(26)
►
October 7
(25)
►
September 30
(37)
►
September 23
(11)
►
September 16
(26)
►
September 9
(52)
►
September 2
(58)
►
August 26
(44)
►
August 19
(21)
►
August 12
(49)
►
August 5
(54)
►
July 29
(48)
►
July 22
(40)
►
July 15
(67)
►
July 8
(81)
►
July 1
(58)
►
June 24
(106)
►
June 17
(104)
►
June 10
(109)
►
June 3
(78)
►
May 27
(156)
►
May 20
(96)
►
May 13
(106)
►
May 6
(72)
►
April 29
(77)
►
April 22
(99)
►
April 15
(71)
►
April 8
(75)
►
April 1
(111)
►
March 25
(134)
►
March 18
(76)
►
March 11
(77)
►
March 4
(75)
►
February 26
(45)
►
February 19
(173)
►
February 12
(187)
►
February 5
(99)
►
January 29
(83)
►
January 22
(134)
►
January 15
(129)
►
January 8
(147)
►
January 1
(140)
►
2011
(2011)
►
December 25
(72)
►
December 18
(330)
►
December 11
(73)
►
December 4
(45)
►
November 27
(68)
►
November 20
(60)
►
November 13
(55)
►
November 6
(49)
►
October 30
(54)
►
October 23
(58)
►
October 16
(33)
►
October 9
(60)
►
October 2
(57)
►
September 25
(162)
►
September 18
(143)
►
September 11
(55)
►
September 4
(78)
►
August 28
(44)
►
August 21
(20)
►
August 14
(131)
►
August 7
(69)
►
July 31
(87)
►
July 24
(37)
►
July 17
(13)
►
July 10
(9)
►
July 3
(18)
►
June 26
(25)
►
June 19
(5)
►
June 12
(26)
►
May 29
(33)
►
May 22
(1)
►
May 15
(41)
Powered by
Blogger
.
;
0 comments:
Post a Comment