KITA LAHIR KE DUNIA BERGELAR KHALIFAH ALLAH AZZAWAJALLAH
Kita lahir kedunia ini tanpa apa-apa
Mati pun tanpa apa-apa
Cuma kain putih pembalut jasad yang kaku bakal dimakan ulat-ulat
Cantik. tanpan. berdarjat, berpangkat, jutawan, miskin kaya
Semuanya bakal bergelar tengkorak
Jadi mana perginya darjah dan pangkat kita
Itu yang kita paham pada pemahaman mata kasar
Jika kita paham dengan pahaman mata hati
Kita lahir ke dunia ini tanpa apa-apa
Mati cuma kain putih bukan kain kuning pembalut jasad
Kalau mahukan kain kuning juga kerana mahu jaga darjat silakan
Tak sapa pun nak melarang kerana kita pencinta adat kekuningan
Kafan kuning ke kafan putih ke
Yang bakal ditanya di alam barzah nanti
Adakah kita pasti dapat menjawabnya kelima-lima soalan kubur
Tapi gimana kita hendak menjawab soalan kubur jika
Semasa hidup tidak menjadi amalan hidup kita.
Yang kita tahu hari-hari
aku keturunan diraja
aku keturunan bangsawan
aku kaya raya
makanya semua mesti hormat aku
semua kata-kata mesti didengar
simiskin ini padaku
hanyalah hama membawa hina padaku
ALLAHU AKBAR!
sampai begitu sekali hinanya si miskin pada pandangan yang berdarjat
Duhai yang gilakan darjat
Adakah darjatmu itu dapat membantu rakyatmu
Sedangkan darjatmu belum lagi dimartabatkan oleh rakyatmu
Jangan kerana gilakan darjatmu itu hinggakan rakyat tak mahu mengitirafkanmu
Apa guna ada darjat tak ada kuasa untuk membela rakyat
Seperti harimau hilang taringnya
Apa guna ada harta bertimbun tapi untuk ditimbunkan ke kubur saja
Manusia dialhirkan di dunia ini memang tak ada apa-apa
Dengan izin-NYa diKurniakan darjat
Terus dimartabatkan rakyat
Terus mahu menjadi pengabdi rakyat membela rakyat semampu daya
Rezeki yang diberi melimpah ruah terus diagih-agihkan kepada rakyat
Yang memerlukan tanda syukur
Itulah darjat yang berkuasa
Yang ada taring untuk membela rakyat dan membantu
Itulah darjat yang mahu dimartabatkan oleh rakyat
Nyawa jadi taruhanpun sanggup rakyat pertaruhkan
Itulah tanda Kebesaran Tuhan mengurniakan hamba pilihan-NYa
berdarjat tapi untuk menjadi hamba-Nya sebagai khalifah di muka bumi ini
bukan sebagai pengabdi darjat membanggakan diri sendiri sampai mati.
Duhai rakyat sekalian
Mana satukah pilihan kalian
Orang yang berdarjat untuk kepentingan sendiri
Atau orang yang mahukan darjat tapi untuk kepentingan rakyat jelata
Kunantikan jawapan darimu ok
Kalau tak nak jawab kamu tak akan membaca karyaku lagi
Serius ni dong....
'SELAMAT AIDILFITRI HARI KEMENANGAN ORANG YANG BERPUASA'
'MAAF ZAHIR DAN BATHIN'
RATU RIMBA NIAGARA
27 Ramadhan 1434H
5 Ogos 2013MThe Fairmont Makkah Clock Royal Tower. — at The Fairmont Makkah Clock Royal Tower.
RATU RIMBA NIAGARA)
27 Ramadhan 1434H
5 Ogos 2013M
0 comments:
Post a Comment