Saturday, 10 August 2013

GURINDAM PUISI KASIH SEPENUH JIWA RATU RIMBA NIAGARA (8)



  • TULUS IKHLAS DARIPADA:
    PUTRI RIMBA NIAGARA
    17 Julai 2012
  • Ratu Rimba Niagara GURINDAM PUISI KASIH SEPENUH JIWA
    UNTUK PUTRI RIMBA NIAGARA

    Terima kasih Tuhan
    Hadirkan kami hamba-Mu
    Tuan Putri tuk kami
    Kami syukuri dalam iman

    Kami dapat menumpang kasih
    Kami sayang Tuan Putri kami Tuhan
    Kami bahagia hidup bersamanya Tuhan
    Hari-hari hidup kami bahagia
    Dibajai dengan kasih sepenuh kasih
    Hari-hari semakin kasih
    Hari-hari semakin sayang

    Jika berjauhan kami rindukannya Tuhan
    Kami rindukan candanya
    Kami rindukan puisinya
    Maka kami tak sanggup berjauhan
    Darinya Tuhan

    Melalui tinta yang dicurahkan
    di kanvas daunan ukiran kasih
    kami baca kami hayati
    Lagi kami baca
    Lagi kami teruja
    Untuk merindui dan mencintai-Mu Tuhan
    Syukur kami Tuhan
    Kau kurniakan kami
    Tuan Putri yang
    Tak lelah tuk
    Berbahasa indah
    Mengajak kami
    Mencintai-Mu Merindui-Mu Tuhan
    Syukur Syukur Syukur
    Pada-Mu Tuhan
    Kurniakan kami Tuan Putri
    Yang sayangkan kami demi-Mu Tuhan

    Syukur kami Tuhan
    Karya yang ditulis oleh tuan putri rimba
    Membuatkan manusia di luar sana
    Menghargai kami dan menyayangi kami
    Tiada siapa yang menzalimi kami Tuhan
    Kami hidup aman damai di rimba ini
    Tanpa ada rasa takut dan bimbang Tuhan
    Syukur kami Tuhan
    Tuan Putri sanggup pertaruhkan nyawanya
    Tuk melindungi kami Tuhan
    Makanya kami juga begitu juga Tuhan
    Akan pertahankannya
    Kami saling sayang menyayangi karena-Mu Tuhan
    Makanya berkatilah hidup kami sehingga akhir hayat kami
    Dan kami ingin hidup bersamanya di Syurga-Mu juga Tuhan
    Makanya makbulkanlah doa kami ini Tuhan

    Duhai Maha Pengurnia Cinta
    Duhai Maha Pengurnia Rindu
    Cinta dan rindu kami kerana-Mu Tuhan
    Kurniakanlah kebahagiaan milik kami selamanya
    Di dunia jua di akhirat
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    Putri Rimba membaca dalam keadaan tersekat-sekat
    Kerana lagi dibaca lagi tersayat hatinya bagaikan
    Ditusuk sembilu pilu...
    Putri Duyung Mas Ayu dan Putri Duyung Mas Merah
    Juga menangis penuh hiba....
    Masing-masing tidak dapat membendung perasan
    Sedih yang amat sangat memilukan...
    Biarpun mereka telah terpisah alam
    Tapi hati masih lagi bersatu
    Ibarat Cinta Ilusi Dalam Mimpi Realiti

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    18 Julai 2012
  • Ratu Rimba Niagara HARI PERTABALAN PUTRI RIMBA MENJADI RATU RIMBA NIAGARA

    Istana Rimba dihias indah kerana seluruh penghuni rimba akan meraikan hari paling bersejarah di Rimba Niagara iaitu Pertabalan Putri Rimba Niagara sebagai Ratu Rimba Niagara. Dengan pertabalan itu nanti maka termetrilah sudah Ratu Rimba sebagai Ratu yang memerintah seluruh Rimba Niagara.

    Seluruh Penghuni Rimba menyambut berita ini dengan gembira dan berita gembira inilah yang ditunggu-tunggu sejak berkurun lamanya.

    Mereka semua bergotong royong untuk meraikan majlis paling bersejarah itu.

    Di hari tersebut Putri Rimba didandan indah oleh jurusolek yang terkenal dan pakaian Tuan Putri ditaja oleh seorang hamba Allah yang meminati ukiran daunan kasih Tuan Putri dan sentiasa menyokong Tuan Putri dari mula mengenali hingga ke akhirnya.

    Hari Pertabalan tersebut di adakan pada Tanggal 13 hb Ogos 2012.
    Semua mata tertumpu kepada Tuan Putri Rimba Niagara tika itu.
    Ketika mahkota di letakkan di atas kepala Tuan Putri Rimba Niagara
    bergema...ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR

    Putri Rimba yang sudah bergelar Ratu Rimba Niagara tertunduk
    sambil menitiskan airmata. Ratu Rimba Niagara bertitah ...

    BismillahirRahmanirRahim
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Kepada seluruh penghuni rimba yang beta kasihi dunia akhirat.
    Beta bersyukur ke hadrat Ilahi dengan pengurniaan ini kepada
    beta.

    Biarpun sudah ditabalkan menjadi Ratu untuk
    memerintah seluruh Rimba Niagara ini...beta tetaplah seorang
    hamba-Nya yang kerdil di Sisi-Nya.

    Beta ditabalkan menjadi Ratu di Rimba Niagara ini adalah atas Ketentuan Ilahi makanya beta terima dengan redha dengan harapan semoga beta dapat menjalankan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu yang bertanggungjawab kepada semua rakya di Rimba Niagara ini. Jika beta mengabaikan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu pasti di akhirat nanti beta akan ditanya oleh Allah Azzawajallah maka dengan ini beta merayu kepada seluruh penghuni Rimba Niagara memberi kerjasama kepada beta untuk melestarikan keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara ini demi seluruh rakyat Rimba Niagara agar dapat hidup aman damai tenteram bahagia dalam Redho Ilahi berkekalan selama-Nya selagi ada bulan dan matahari. Aammin Ya Rabbal A'Lamin.

    Setelah Ratu Rimba Niagara habis bertitah bergemalah suara seluruh rakyat Rimba Niagara.

    DAULAT TUANKU RATU! DAULAT TUANKU RATU!
    DAULAT TUANKU RATU!

    KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
    18 Julai 2012
  • Ratu Rimba Niagara PELANGI CINTA BERBUNGA SYURGA

    Pabila rindu dendam
    sudah terpadam
    hilang segala cinta terpendam
    yang ada derita di tungku hati remuk redam
    api cinta terus terpadam

    Keyakinan menghidupkan cinta
    terlalu menyeksakan
    ketabahan perlu
    dengan adanya ketulusan hati
    bercinta karena-Nya
    pasti pelangi cinta
    berbunga Syurga
    terkuntum di kalbu
    serinya dipelukan rindu
    syahdu dalam gaun pengantin
    bersuterakan
    kiriman dari Syurga Ilahi
    bahagia dinanti
    di perdu rindu Syurga
    bagaikan pengantin diRaja
    dari Merak Kayangan
    cantik jelita
    rupawan tertawan
    di sejadah cinta
    Syukurlah pada Ilahi

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    20 Jun 2012
    Wednesday at 8:13am · Like

    (PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA MAS & PUTRI RIMBA NIAGARA)
    29 Julai 2012
    Like · · Unfollow Post · 17 hours ago
    Seen by 3
    Maria Aradia, Ahmad Tajuddin and 2 others like this.

    Maria Aradia Alhamdulillah..masih lagi hamba teringat akan puisi itu, DALAM DIRI MU.

    nah...ini buat mu, Puteri Salju-

    o Puteri Salju!
    kuntumkan-lah wangi rindu mu memecar ke langit biru
    biar tiada lagi rahasia
    dalam garis-garis aksara :
    bahwa; dalam diri mu engkau menghimpun putihnya Cinta!

    kecup-lah sirr dalam kudusnya jantung syahadah
    biar bahtera kita menyatu dalam SATU arah
    mengulum rajut janji
    dalam saksi menyaksi pada Cinta yang hakiki :
    La Illa Ha Illallah
    Muhammadur Rasulullah.
    o Puteri Salju Rimba Niagara
    hembuskan kerinduan mu pada mandala semesta
    moga rerumputan mengelus kasih
    pada Rindu mu yang tertasbih!

    peluk-lah aku dalam putih qasidah mu yang berlagu
    biar darah ku bergelora mengeja waktu
    dalam himpun rimbun rindu pada tiang-tiang perahu
    yang engkau layar pada lautan jiwa Al Afuw
    sungguh..aku mengasihi mu, Puteri Salju ku
    hamparkan-lah lorong Rindu
    pada jiwa ku yang membeku dungu!
    16 hours ago via mobile · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara KITA SAMA-SAMA MERINDUI-NYA

    Duhai dinda Maria Aradia...
    tika air mata ini tertumpah
    di kalbumu
    berpadu dalam Nur Kasih Ilahi
    pasti kau mendengar
    senduku
    betapa aku rindu padamu
    telah lama aku kehilangan
    jejak-jejak kasihmu
    menghilang entah di mana
    ditelan kabus jingga
    yang menyeksakan
    yang menyesakkan
    jiwa ragaku
    bertambah lara
    setiap hari
    setiap masa
    kumerayu
    pada Tuhan
    pertemukan
    aku denganmu
    percantumkan
    semula kasihmu
    kasihku
    yang terlerai
    entah di mana khilafnya
    itu semua atas tidak
    kesempurnaanku
    mentaksir
    dirimu
    menyepi sepikan
    rinduku padamu
    kau tega sepikan
    rinduku di ombak senja
    biarpun di musim tengkujuh
    kutetap menunggu kehadiran
    rindumu tuk menyapa rinduku
    tapi tidak juga kau memunculkan diri
    kerana tak mahu terdera rindukanmu
    kuhanyutkan rindumu di ombak rindu
    kusangkakan aku boleh lupakanmu
    tapi rupanya lagi menyesakkan jiwa
    di setip purnama malam
    jadilah aku si pungguk rindukan rang bulan
    sejujurnya aku benar rindukanmu
    dan Allah memakbulkan
    kita bertemu di sini
    dalam saling membalas rindu
    dan kita bisa semula menjadi
    sepasang kelkatu
    terbang bebas membelah angkasa raya
    untuk sama-sama
    memuji-Nya
    memuja-Nya
    di sebilang waktu dan ketika
    saat kau dan aku nantikan...
    berjanjilah padaku
    biar apa jua
    yang cuba memisahkan kita
    kita takkan terpisah kasih lagi
    kerana dalam diam
    dalam perih
    kita sama-sama
    saling rindu saling cinta demi-Nya
    .

    KANDAMU YANG MERINDUIMU
    RATU RIMBA NIAGARA
    16 hours ago · Like · 2

    Maria Aradia duhai kanda Ratu buana Rimba Niagara!
    pada kersip bintang suraya
    aku mencari mu dalam biru kejora
    hingga jemala malam menghantar lirih nan parah
    bahwa; aku mungkin terbuang dari buana mu yang indah
    ohh kanda ku yang dirindu
    masih-kah kelkatu berterbangan seperti slalu
    ketika peradaban kasih kita sudah berlalu?
    ah aku yang slalu hanyut pada jiwa yang semu
    mencari, mencari dan mencari tanpa jemu
    pun karam di lautan Al Afuw,
    aku mahu..kanda ku!
    16 hours ago via mobile · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara SAMPAI TERHENTI DETAKAN JANTUNG

    adinda maria aradia
    Tuhan temukan kita
    bukan tuk berpisah
    tapi bersama mengabdi
    meng-Agungkan cinta-Nya
    kerna kau dan aku
    telah bertemu
    sejak Azali lagi
    kerana kerasian cinta
    kau dan aku ditemukan
    di alam maya
    biarpun tak bertemu jasad
    hanya saling kenal
    melalui bahasa hati
    yang dikirimkan
    pada sang bayu
    kita sama menjadi kelkatu
    berterbangan
    biarpun kita tak sehebat elang
    kita berupaya
    melayangkan puisi-puisi cinta
    pada mereka seperti kita
    mahu berangkat pulang
    ke destinasi pasti
    menanti
    menjemput
    tanpa tahunya kita
    bilakah saat itu
    bertemu
    DIA yang kau cinta
    DIA yang aku cinta
    DIA yang semua cinta
    CINTA CINTA CINTA
    Cinta setulus hati setulus iman
    Moga DIA membalas
    Cintaku cintamu cinta semua
    Memuji-Nya Memuja-Nya
    Tanpa jemu
    Sampai terhenti detakan jantung....

    RATU RIMBA NIAGARA
    11 Oktober 2012
    15 hours ago · Like · 2

    (DISIARKAN DI WALL KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH & PRINCE ABDUL MALIK & KEDATON KRATON WAHYU UTAMA, SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURO, PERKUMPULAN KARATON NUSANTARA, KARATON NUSANTARA, KESULTANAN INDRAPURA, KESULTANAN MATARAM,TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ, TENGKU MULYA AMRIL AMAN SALEH, HABIB MA ASSAGGAF, LAKSAMANA MAS, PANGLIMA DAEK , LEFTENAN ADAM SAKEENAH , TUAN AHMAD TAJUDDIN, MAHADHER CUCU TOK AWANG, KHAIRUDDIN AL YOUNG , GARIJITO GONDOKUSUMO DAN DJ RAMZ @ DJ NAKHODA RADIO ALAM MAYA SASTERA MUZIKA SENUSANTARA SATU DUNIA 1 SUARA)

    DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK PEMBACA ALAM MAYA:

    SEMUA KERABAT DIRAJA MALAYSIA
    SEMUA KERABAT DIRAJA INDONESIA
    SEMUA KERABAT DIRAJA BRUNEI
    SEMUA KERABAT DIRAJA SINGAPURA
    SEMUA KERABAT DIRAJA THAILAND
    SEMUA KERABAT DIRAJA SENUSANTARA
    SEMUA KERABAT DIRAJA DI SELURUH DUNIA

    SEMUA PEMIMPIN MALAYSIA
    SEMUA PEMIMPIN INDONESIA
    SEMUA PEMIMPIN BRUNEI
    SEMUA PEMIMPIN SINGAPURA
    SEMUA PEMIMPIN THAILAND
    SEMUA PEMIMPIN SENUSANTARA
    SEMUA PEMIMPIN DUNIA

    SEMUA PAHLAWAN PEWARIS HANG TUAH
    SEMUA LAKSAMANA
    SEMUA YANG BERGELAR PAHLAWAN NEGARA SENUSANTARA
    SEMUA YANG BERGELAR PAHLAWAN DUNIA
    SEMUA PEJUANG SASTERA
    SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI SELURUH DUNIA
    GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA

    SEMUA GROUP YANG DISERTAI RATU RIMBA NIAGARA
    RAKAN FB YANG MENGENALI RATU RIMBA NIAGARA
    SEMUA PEMBACA ALAM MAYA YANG MEMINATI KARYA RATU RIMBA NIAGARA TERSAYANG JAUH DI MATA DEKAT DI HATI

    SEMUA ANAK CUCU YANG TERCINTA & TERSAYANG
    NENDA SAYANG KAMU SAMPAI KAPAN PUN KARYA NENDA
    DIKARANG SEPENUH JIWA UNTUK DIWARISKAN PADA CUCUNDA
    TERCINTA KENANG NENDA DALAM DOAMU

    SEMUA PEMBACA ALAM MAYA TERCINTA
    YANG MEMBACA KARYA-KARYA RATU RIMBA NIAGARA

    JIKA DI SEPANJANG MEMBACA KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    ADA TERKASAR BAHASA HARAP SUDI MAAFKAN SAYA
    KERANA SETIAP YANG BAIK ITU ADALAH DATANG DARI ALLAH SWT
    DAN YANG LEMAH ITU ADALAH KELEMAHAN SAYA SENDIRI

    "MOGA BERKAT KITA BERKASIH SAYANG DEMI-NYA MEMATRIKAN CINTA KITA SEMUA DI SYURGAWI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN"

    Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:

    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    ADMIN GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    12 Oktober 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL PRINCE ABDUL MALIK )

    (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    4 Syawal 1434H
    11 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & SULTAN HASANAL BOLKIAH)
    15 Rabiulawwal 1434H
    28 Januari 2013
    Agar kita boleh dengar dengar sejelas-jelasnya...
    13 minutes ago · Like · 1

    Like · · · Share · Promote
    Ratu Rimba Niagara shared SULTAN HASANAL BOLKIAH's status update.

    SULTAN HASANAL BOLKIAH

    Allaahumma innii auudzu bika min ‘ilmin laa yanfa’, 
    wa min qalbin laa yakhsya’, wa min nafsin laa tasya’, 
    wa min da’watin laa yustajaabulahaa”

    artinya:
    “Ya Allah, 
    aku berlindung kepada-MU dari ilmu yang tidak bermanfaat, 
    hati yang tidak khusyu, 
    jiwa yang tidak pernah puas, dan doa yang tidak terkabulkan”

    ♠̇Aamiin 
    Yaa Rabbal 'alamiin
    Like · · Share · Promote · 20 seconds ago ·
    Aamiin 
    Yaa Rabbal 'alamiin
    Unlike · · Share · Promote · 4 minutes ago · 

    You like this.

    Ratu Rimba Niagara Ya Allah setiap yang baik datang dari-Mu
    Berikan aku dan sahabatku ilmu yang bermanfaat
    Hati yang kusyuk
    Jiwa yang tenang 
    Doa yang sentiasa KAU makbulkan
    Aameen Ya Rabbal A'Lameen
    a few seconds ago · Unlike · 1

    (PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN HASANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA)
    15 Rabiulawwal 1434H
    27 Januari 2013M)
  • Ratu Rimba Niagara SEMARAKLAH BUNGA-BUNGA CINTA IBU PERTIWI NEGARAKU NEGARAMU!

    Senyumlah
    Andai kau terbaca coretan ini dari permulaannya
    Aku benar-benar harap matamu tetap setia merenung coretan ini
    Ianya bukan hanya rekaan semata-mata
    Tapi tanda kusayang negaraku negaramu
    Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand
    Lima negara berjiran yang akrab
    Abadi jalinan ukhuwah kasih kerana-Nya

    INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    2 OGOS 2012
    13 Ramadan 1433H
    (PUISI-PUISI KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA BERTEMAKAN PATRIOTIK MALAYSIA/INDONESIA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN
    INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 & MALAYSIA 31 OGOS 2012)
    MOGA DENGAN TERSIARNYA PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA DAPAT MENYATUKAN JALINAN UKHUWAH KASIH TALISIRATURRAHIMI ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA DUA NEGARA BERJIRAN YANG SALING BEKERJASAMA SENADA SEIRAMA ABADI SELAMANYA DEMI SEBUAH SENYUMAN ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA)
    2 Ogos 2012
    13 Ramadan 1433H
    July 31 at 7:09pm · Like · 1

    Ratu Rimba Niagara TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!

    Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
    di serata pelosok bumi Malaysia

    Biarpun kumengerti menempuh gelombang
    ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!

    Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
    “Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
    Untuk anak cucu kita menumpang teduh!

    Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
    Akan kuingat pesananmu itu!
    Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
    di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!

    Demi cintaku pada Malaysia
    akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
    Biarpun ke titisan darah terakhir!

    Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    Karya : Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2007
    (Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta Yang Ke-55
    Pada 31 Ogos 2012)
    7 hours ago · Like

    HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!

    Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
    Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
    Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.

    Salam Kemerdekaan dariku untukmu
    dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!
    Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
    Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
    diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
    Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
    Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .

    "Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
    Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    29 Ogos 2012
    (SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)
  • Ratu Rimba Niagara PUISI-PUISI BERTEMAKAN PATRIOTIK DISIARKAN DI WALL POLIS DIRAJA MALAYSIA SEMPENA MERAIKAN HARI PAHLAWAN 2013

    Ratu Rimba Niagara Selamat Hari Pahlawan .. moga ceria selalu .. nah lagu pembakar semangat .. semoga terhibur 
    http://www.youtube.com/watch?v=9XOphn3RyLc&feature=related

    Pahlawan Ku
    www.youtube.com
    Pahlawan Ku.....untuk pembakar semangat juangmu di medan perang!

    Ahmad Tajuddin ~ Terima kasih! Demi untuk keamanan semua yang tercinta !

    Ahmad Tajuddin ~ makasih smue! slmt hari raya buat smue trutama rakan seperjuangan yg beraya di perbatasan negara..soldier on!! we salute!!

    (PETIKAN DARIPADA WALL AHMAD TAJUDDIN)
    4 Ogos 2012

    Pahlawan Ku
    www.youtube.com
    Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..
    23 hours ago ·

    WARISAN

    Abdul Jamal Abdul Azid http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=A-EgGGZjZno

    sudirman:warisan
    www.youtube.com
    Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan ( korus ) Andai ku terbuang tak diterima And...
    Thursday at 6:49pm · Unlike · 1

    Putri Rimba Niagara:

    DJ memahami jiwa pendengar biar pun tak kira pendengar berada di mana jua pun....biarpun berada...nun......di Rimba Niagara....
    Thursday at 6:52pm · Like · 1

    sudirman:warisan
    www.youtube.com
    Warisan Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cit...
    See More
    22 hours ago ·

    SEMARAKLAH BUNGA-BUNGA CINTA IBU PERTIWI NEGARAKU NEGARAMU!

    Senyumlah
    Andai kau terbaca coretan ini dari permulaannya
    Aku benar-benar harap matamu tetap setia merenung coretan ini
    Ianya bukan hanya rekaan semata-mata
    Tapi tanda kusayang negaraku dan semua wira negaraku

    INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    22 Ramadhan 1434H
    31 Julai 2013M
    (PUISI-PUISI KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA BERTEMAKAN PATRIOTIK SEMPENA MERAIKAN HARI PAHLAWAN , KEMERDEKAAN MALAYSIA & INDONESIA ,MOGA DENGAN TERSIARNYA PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA DAPAT MENYATUKAN JALINAN UKHUWAH KASIH TALISIRATURRAHIMI ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA DUA NEGARA BERJIRAN YANG SALING BEKERJASAMA SENADA SEIRAMA ABADI SELAMANYA DEMI SEBUAH SENYUMAN ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA)
    22 Ramadhan 1434H 
    31 Julai 2013M
    www.youtube.com
    Pahlawan Ku...buat sendiri nih...untuk kenang-kenangan..
  • Ratu Rimba Niagara PEWARIS MESTI MEWARISI ILMU KEPAHLAWANAN NENEK MOYANG MEREKA AGAR TAK PUPUS DITELAN ZAMAN.
    July 31 at 6:50pm · Like · 1

    MENCARI PEWARIS KERIS 

    Gus Anggi EL Rey
    alhamdulillah saya dapat mengeluarkan sebuah keris lama di daerah pantai pasir lanun mersing. beberapa hari lepas..
    setelah saya bawa pulang,saya dapat mimpi ni keris mencari tuan yg berhak memiliki..
    keris yg hebat suruh berdiri bisa berdiri.. suruh pusing bisa pusing....
    sesiapa tahu dan berhak memiliki harap hubungi saya.. secepatnya.

    Pangeran Adipati Agong Keris pendekar berdarjat kerabat
    pendekar terbilang sabong berperang
    takkan mundur sabong pendekar beradat
    pendekar digelar jalak melintang disandang

    keris dipaparkan dipangkuan
    putera keturunan dari bangsawan
    ada namanya dalam sejarah disebutan
    jalak lenteng bukan sembarangan

    Ratu Rimba Niagara 

    SUMPAH KERAMAT LAKSAMANA HANG TUAH

    Sesuatu berita yang amat penting diketahui samada kerabat diRaja atau rakyat jelata .
    Jika sekiranya melayu dan islam dapat didaulatkan
    dan dimartabatkan barulah bangsa melayu tidak mudah diperkecilkan, apatah lagi di pandang sebelah mata oleh bangsa lain. Maka benarlah , sumpah keramat Laksamana Hang Tuah, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA!' semua-Nya dengan izin-Nya jua. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    RATU RIMBA NIAGARA
    17 Disember 2012
  • Ratu Rimba Niagara PERWIRAKU PERGILAH DIKAU DENGAN AMAN SEJAHTERA

    Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
    Pemergiaanmu kutangisi
    Dalam sedu sedan
    Kaulah perwiraku
    Yang rela gugur di medan juang
    Demi kesejahteraan rakyat Malaysia

    Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
    Hatimu Semurni Syurga...
    Tanpa mementingkan diri sendiri
    Kau rela dihujani peluru
    Bermandikan darah
    Demi membela nusa dan bangsa yang tercinta

    Perwiraku pergilah dikau dengan aman senjahtera
    Setitis peluhmu
    Setitis darahmu
    Yang gugur ke bumi
    Akan kami bela
    Tak akan kami biarkan kamu mati tanpa dibela

    Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
    Tika kalian dibunuh dengan kejam oleh pengganas ...
    Syurga sedang tersenyum menantimu
    Kami di sini bagaikan ditoreh disiat-siat hati kami
    Alangkah bahagianya jika kami ada di saat itu...
    Kita berjuang bersama-sama
    Bersama dihujani peluru
    Bersama bermandikan darah
    Sambil melaungkan
    Takbir
    ALLAHU AKBAR
    Allah kami datang kepada-Mu Allah...
    Kami sedang bermati-matian untuk-Mu Allah...
    Untuk-Mu kurela berkorban apa saja demi-Mu
    ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
    Waktu paling indah kita berzikir membesarkan Nama Allah...
    Di saat-saat dihujani peluru bermandikan darah...
    ALLAHU AKBAR syahdunya di kala itu
    Terlalulah indah tak dapat hendak dibayangkan
    Bagi kami yang dambakan mati syahid...

    Perwiraku pergilah dikau dengan aman sejahtera
    Kami di sini rakan seperjuanganmu akan menyusulmu
    Tunggulah kami di pintu Syurga Firdausi...
    Menikmati kemenangan Islam di bumi Allah tercinta demi-Nya

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    1 Ogos 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERWIRA YANG GUGUR DI MEDAN JUANG & PERWIRA YANG SEDANG BERJUANG DI MEDAN PERANG)
    August 1 at 11:14am · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara TERUSKAN PERJUANGANMU NUSANTARA DICINTAI

    Sekalung bintang emas diterima,
    Daripada Keraton Nusantara;
    Syukur Allahamdulillah dari-Nya,
    Berkat berbakti pada semua.

    Karang mengarang minat hamba,
    Bangsawan diRaja amat diminati;
    Dikarangkan penuh suka,
    Hingga tak ingat berhenti.

    Telah banyak kisah bangsawan diRaja,
    Hamba karangkan untuk rakyat dan Raja;
    Dengan harapan terealisasilah Institusi diRaja,
    Itulah matlamat dikarang bangsawan diRaja.

    Bahagia rasa hati matlamat tercapai,
    Bilamana dipentaskan dipertontonkan;
    Pada raja dan rakyat yang dikasihi,
    Dipanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.

    Pelbagai tema ditulis bangsawan diRaja,
    Agar rakyat tahu pengorbanan Raja;
    Menghormati menyanjungi institusi diRaja,
    Raja perlukan rakyat , rakyat perlukan Raja.

    Nusantara milik kita bersama,
    Negaraku negaramu seia sekata;
    Senada seirama merealisasikan bersama,
    Ke puncak jaya demi nusantara tercinta.

    Nusantara oh! nusantara tercinta,
    Bumi melayu adalah nusantara;
    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itulah sumpah Hang Tuah tercinta.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Jika melayu bersatu hati;
    Kikiskan budaya buruk sangka,
    Kita berusaha menyatukan hati.

    Andainya hari ini nafasku terhenti,
    Perjuangan jangan terhenti;
    Teruskan perjuanganmu nusantara dicintai,
    Barulah aman rohku di sana nanti.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    25 Febuari 2013

    PETIKAN DARIPADA WALL GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    1 Ogos 2013.
  • Ratu Rimba Niagara HATI KITALAH RAJA

    Hati kitalah raja
    Anggota badan kita mengikut segala kehendak kita
    Jika hati kita baik, baiklah semua rakyatnya
    Hati inilah yang hendak dibawa sampai mati
    Jika hati kita tidak dibersihkan sebelum mati
    Malanglah kita sepanjang di alam barzah
    Sepanjang menempuh alam akhirat
    Samalah kita saling muhasabah diri
    Memperingati saat-saat sakaratul maut...
    Ikutlah kata hati kita
    Yang baik kita ikutkan
    Yang tak baik diketepikan
    Moga bahagia dan cemerlang kita dunia akhirat
    In Shaa Allah Aameen.

    SELAMAT TAHUN BARU 1.1.2013
    MAAF DIPINTA SEPANJANG HAMBA BERSIARAN DI SINI

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:

    RATU RIMBA NIAGARA
    1 Januari 2013

    HIDUPLAH KITA SEPERTI POHON YANG BERBUAH LEBAT

    Hiduplah seperti pohon yang berbuah lebat
    hidup di tepi jalan dan ketika di lempari orang
    dengan batu,tetapi dibalas dengan buah".

    By: Muhammad Agus Shafii

    Tengku Ali Indra Jaya like this.

    Ratu Rimba Niagara:

    PUISI PEPOHON IMAN

    Ingin kusemai bunga-bunga cinta
    agar apabila bertunas nanti
    segar disinari cahaya iman
    akarnya menjadi pasakkan
    iman yang kukuh bercambah
    akarnya merata tempat.

    Merimbunlah dikau tunas-tunas
    cinta keimanan
    menjadi pepohon rendang
    dewasa dalam keindahan iman
    rimbunan dedaun menghijau
    saujana mata memandang
    dedaunanmu merimbun
    ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
    melentok-lentok sambil mengalunkan
    zikir munajat memuji Tuhannya.

    Alunan zikirmu padaNya
    membuatkan aku terkesima
    dalam rindu mendalam padaNya
    dan aku mencemburuimu
    kerana hidupmu...
    tiada lain kecuali
    berbakti kepada Tuhanmu
    dan menabur jasa kepada
    penghuni bumi.

    Bertambah mengindahkan lagi
    pepohon iman itu berbunga
    gugusan kuntum bunga
    memukau panorama...

    Wangian bunga pepohon iman
    dapat dihidu di seluruh benua
    tiada apa yang dapat diucapkan
    melainkan SUBHANALLAH.

    Setelah habis musim bunga
    tiba masanya pepohon iman berbuah
    gugusan buah melebat
    memenuhi pepohon iman
    terkesima mata memandangnya.

    Apabila gugusan buah pepohon iman
    sudah ranum daripada tangkainya
    sedia dipetik penghuni bumi
    lalu berkata, ”Makanlah buah pepohon imanku ini...

    Moga... Cahaya keimanan meresap
    dalam roh dan jasadmu, itu doaku.”

    Setelah penghuni bumi
    makan buah pepohon iman itu...
    Sisa buah pepohon iman tersebut
    dilemparkan ke sungai deras mengikut
    kederasan air terjun
    lalu terdampar ke hutan belantara
    di situlah bermulanya penghidupan
    baru kepada pepohon iman
    meneruskan kelangsungan hidup baru
    pasrah dan redha
    dengan asal kejadiannya!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    1.1.2013

    (PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA)
    12 Ramadhan 1434H
    21 July 2013M
  • Ratu Rimba Niagara TENTERA GERILA RIMBA NIAGARA BERANI MATI DI MEDAN JUANG!

    PUTRA ARJUNA DATANGMU DI MEDAN PERANG SASTRA NUSANTARAKU DATANG DISAMBUT DIRAIKAN OLEH GERILA TENTERA GORILA RIMBA NIAGARA TENTERA-TENTERA GERILA, KOMANDO KU SUDAH DILATIH TERLATIH DALAM ILMU
    PERANG...SETIAP HARI KAMI ADA KOMANDO-KOMANDO TENTERA MELATIH PASUKAN TENTERA KAMI...TENTERA KAMI SEMUANYA HATI KERING TAK TAKUT MATI...JIKA SEINCIPUN BUMI RIMBA NIAGARA DICEROBOH MUSUH DURJANA SENGAJA MAHU MEMBUAT BENCANA BERARTI MAUT SEDANG MENUNGGU MEREKA. MEREKA BILANG MEREKA BERANI MATI DAN TENTERA KAMI PUN BERANI MATI.....MATI MEREKA MATI KATAK...TAPI MATI KAMI MATI SYAHID ...ITU BEZANYA KAMI DENGAN MEREKA WALAUPUN KAMI DAN MEREKA BERAGAMA ISLAM...BUKAN KAMI TAK AJAK BERUNDING CARA BAIK CARA PALING SANTUN TAPI MEREKA TERGAMAK MEMBUNUH TENTERA GERILA KAMI BEGITU KEJAM! TAHAP KESABARAN KAMI HILANG...DAN KAMI BUKAN PENGECUT...MAKANYA KAMI ISTIHARKAN PERANG SYAHID....TENTERA RIMBA NIAGARA SEMUANYA PAKAR DALAM PENGGUNAAN SENJATA CANGGIH...SETAKAT TENTERA MEREKA YANG ADA ITU...IN SHAA ALLAH MEREKA AKAN MENYERAH DIRI DALAM MASA TERDEKAT INI...JIKA MEREKA MASIH BERDEGIL TIDAK MAHU TINGGALKAN RIMBA NIAGARA BERARTI MAUT MENANTI MEREKA...!

    MULAI HARI INI DAN DETIK INI...KAMU ADALAH SALAH SEORANG DISAHKAN MENJADI TENTERA GERILA KAMI...JIKA KAMU SUDAH MASUK DI KEM TENTERA KAMI JANGAN NGGAK-NGGAK KAMU CUBA PERSENDAKAN SETIAP SYARAT-SYARAT YANG TELAH RATU RIMBA NIAGARA KENAKAN ATAS KAMU...JIKA KAMU MELANGGARNYA MAKANYA HUKUMAN PANCUNG SAMPAI PUTUS LEHERMU...ADAKAH KAMU SANGGUP DUHAI PUTRA ARJUNA? JIKA KAMU NGGAK SANGGUP LEBIH BAIK KAMU MUNDUR SEKARANG!

    RATU RIMBA NIAGARA
    RATU YANG MEMERINTAH RIMBA NIAGARA 
    1 Ogos 2013
  • Ratu Rimba Niagara SYAHIDMU MEWANGI SAMPAI SYURGA

    Duhai malam...
    Bisakah kau mengerti
    Denyut nadiku
    Seakan terhenti
    Memikirkan kenapa menjelmanya malam
    Sedangkan aku masih mahu mencintai ibu pertiwi sepenuh hati
    Memohon datangnya ilham dari-Nya
    Agar aku terus menarikan jemariku ini
    Dengan syair puisi nan indah
    Untuk kukarangkan pada perwira-perwiraku
    Yang sedang berjuang di medan perang
    Tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri
    Rela pertaruhkan nyawa demi ibu pertiwi
    SUBHANALLAH
    Betapa suci murni cinta perwiraku pada ibu pertiwi
    Duhai perwiraku
    Setitis keringatmu
    Setitis darahmu
    Yang gugur di bumi
    Menjadi saksi syahidmu di medan juang
    Teruskan perjuanganmu
    Jangan kamu mundur biarpun setapak
    Jika kamu cuba mundur berarti rakan seperjuanganmu akan
    Menembakmu karna pantang anak jantan mundur di medan perang...
    Duhai perwiraku...aku tahu kau tak akan mundur
    Karna matlamatmu jelas dalam perjuangan
    Mahu mati dimedan juang
    Demi agama bangsa dan negara...

    Di kala kau mencari musuh
    Nyawamu sudah berada di hujung tanduk
    Tapi itu tidak kau hiraukan
    Kau biarkan tubuhmu dihujani peluru
    Kau biarkan tubuhmu bermandikan darah
    Sambil tersenyum
    Memandang ke langit ke tujuh
    Bidadari Syurga sedang menantimu di pintu Syurga
    Selamat berbahagia dikau duhai perwiraku
    Atas syahidmu ke jalan-Nya
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR...
    Setitis keringat dan darahmu
    Ada Nilaian Di Sisi-Nya...
    Perjuangan syahidmu mewangi sampai di Syurga
    AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 Ogos 2013
    (DIILHAMKAN PUISI,'SYAHIDMU MEWANGI SAMPAI SYURGA' ISTIMEWA UNTUK PARA PERWIRA YANG SEDANG BERJUANG DI MEDAN PERANG)
    August 1 at 10:55am · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara KITA MELANGKAH TERUS MELANGKAH HINGGA KE GARISAN PENAMAT

    JANGAN PERKECILKAN LANGKAH KECIL
    KERANA TANPA LANGKAH KECIL LANGKAH SETERUSNYA AKAN TERHENTI BILA LANGKAH SETERUSNYA TERHENTI TERPADAMLAH SEGALA CITA-CITA
    BILA TERPADAMNYA CITA-CITA BERERTI STRATEGI KE LANGKAH LAIN MESTI DIBUAT ...
    JIKA KITA TAHU SUDAH TERSALAH LANGKAH
    KITA TIDAK BERHATI-HATI 
    KITA PASTI TERSALAH LANGKAH
    BILA TERSALAH LANGKAH PASTI AKAN TERJATUH
    BILA TERJATUH PASTI YANG MEMUSUHI KITA AKAN BERTEPUK TANGAN
    CIRI ORANG BERJAYA 
    BIARPUN SUDAH BANYAK KALI TERJATUH KERANA TERSALAH LANGKAH...ITU TIDAK AKAN MEMATIKAN SEMANGATNYA UNTUK MENCAPAI SEGALA CITA ASALKAN DIA PASTIKAN RANGKAIAN LANGKAH-LANGKAH KECIL BERPADU DENGAN HATI YANG BERSIH TANPA IRI, DENGKI MENDENGKI DENDAM MENDENDAM BARULAH LANGKAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN TERBENTANG LUAS DALAM PADUAN INGIN SALING BERBAGI/KONGSI KEJAYAAN BERSAMA...KEJAYAAN ADALAH MILIK SETIAP INSAN YANG INGIN BERJAYA DAN KITA DILAHIRKAN ADALAH UNTUK BERJAYA DAN KEJAYAAN TIDAK BERMAKNA JIKA SEKADAR MERAIH KEJAYAAN DUNIA TIDAK AKHIRAT...LANGKAH YANG BETUL ADALAH LANGKAH KE AKHIRAT KERANA AKHIRAT ADALAH NEGERI YANG KEKAL ABADI DAN REALITI. ITULAH KEJAYAAN YANG MESTI DIFOKUSKAN KENAPA MESTI HENDAK BERJAYA
    MOGA KITA BERJAYA DUNIA AKHIRAT
    M0GA KITA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT
    MOGA KITA TERPILIH SEBAGAI CALUN SYURGA
    SETELAH CUBA MELANGKAH TERUS MELANGKAH SEHINGGA KE GARISAN PENAMAT IN SHAA ALLAH AAMIIN

    RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara BERAKHIR SUDAH SUMPAHAN PUTERI ARNAB

    Duhai Puteri Arnabku sayang
    Janganlah menangis sayang
    Siapakah yang telah melukakan hatimu sayang
    Mari sini sayang...
    Kanda bawakan lobak kuning kegemaranmu
    Yang kanda ambil dari di Taman Istana Merak Kayangan...
    Sesudah dinda Puteri Arnab makan lobak kuning diRaja ini
    Tamatlah sumpahan tuan puteri
    Akan menjadi puteri nan jelita....
    Jangan merajuk lagi ye...
    Kesedihanmu telah dapat dirasai oleh semua
    Yang menyayangimu di luar istana....

    Apa yang Tuan Puteri Arnab perjuangkan
    Untuk memartabatkan Institusi diRaja
    Sedikit masa lagi akan menjadi kenyataan
    Dengan tamatnya sumpahan
    Tuan Puteri menjadi arnab
    Sejak sekian lama
    Oleh mereka yang menafikan hak pemerintahan diRaja
    Untuk memerintah rakyat dengan adil dan saksama
    Akan menajdi kenyataan...
    Makanlah lobak kuning diRaja
    Duhai Puteri Arnab
    Jika mahukan sumpahan ini
    Ditamatkan segera...
    Bertawakallah setelah Tuan Puteri berusaha sedaya upaya
    Manalah tahu Tuhan kasihan
    Menamatkan sumpahan ini
    Rakyat di luar sana
    Sedang menantikan
    Berita gembira ini,,,
    Moga Allah makbulkan
    Institusi diRaja SeNusantara
    Dimartabatkan segera
    Sumpahan ini juga ditamatkan segera
    Insya-Allah Aamiiin.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    8 Muharram 1434H
    22 November 2012
  • Ratu Rimba Niagara JAGAILAH WARISAN MOYANGMU

    Tak akan sumbang langkah kakimu,
    Kerna kepahlawananmu sudah terbilang;
    Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
    Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.

    Tenaga sikit bisa menang,
    Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
    Biar berputih mata jangan berputih tulang,
    Bersatu hatilah demi perjuangan.

    Melayu tak mudah layu,
    Jangan iri sesama melayu;
    Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
    Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.

    Dari pagi hingga ke petang,
    Mencari ilmu dibawa pulang;
    Berkorban demi generasi mendatang,
    Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.

    Moyang kita selalu berpesan,
    Sesama melayu seperti ikatan lidi;
    Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
    Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.

    Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
    Agar tak tersilap di kesani musuh ;
    Pantang pahlawan melayu bermusuh,
    Musuh dalam selimut itu yang susah.

    Duri dalam daging.
    Api dalam sekam;
    Ada masalah kita berunding,
    Menjadi indah tidak terakam.

    Melayu jangan suka membanding.
    Di depan manis di belakang menikam;
    Melayu sedarah sedaging,
    Sakit melayu semua mencengkam.

    Tiada masa untuk menunggu,
    Pada yang leka teruslah leka;
    Perjuangan jangan mudah terganggu,
    Masa berlalu pergi tak menunggu kita.

    Jangan hari ini semangat besok dah layu,
    Jiwa perjuangan tak pernah layu;
    Makanya bangunlah bangsa melayuku,
    Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.

    Sudah jauh perjalanan melayu,
    Bangunlah demi anak bangsa;
    Saling sokong menyokong demi melayu,
    Agar terbinanya budaya bangsa.

    Putra putriku kau pewaris bangsa,
    Usia kami beransur senja kini,
    Kelemahan kodrat kian terasa,
    Kalianlah sandarkan harapan kami.

    Ketiadaan kami jangan ditangisi,
    Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
    Kalian sentiasa kami sayangi,
    Dalam doamu kenangilah kami.

    Moyang mu ingin berpesan.
    Kami tinggalkan warisan bangsa ;
    Untuk kalian teruskan perjuangan,
    Agar berkekalan sepanjang masa.

    Hargailah peninggalan moyangmu ini,
    Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
    Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
    Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.

    Senyuman anak cucu,
    Kebahagian moyangmu;
    Jagailah warisan moyangmu,
    Itulah lambang cinta yang berpadu.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    5 April 2012
    Yesterday at 10:57pm · Like
    KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:

    SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
    SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
    SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
    LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.

    SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI.

    DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:

    KERABAT DIRAJA MALAYSIA
    KERABAT DIRAJA INDONESIA
    PEMIMPIN MALAYSIA
    PEMERINTAH INDONESIA
    RAKYAT MALAYSIA
    RAKYAT INDONESIA
    BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
    PENCINTA BAHASA MELAYU
    PENCINTA SASTRA MELAYU
    PENCINTA SASTERAKU DUNIAKU
    WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
    PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA

    RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN
    UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...

    MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.

    SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,

    RATU RIMBA NIAGARA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA
    7 Ogos 2012
    18 Ramadan 1433H
    (DISIARKAN KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ 31 OGOS 2012)
    July 31 at 7:07pm · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA)
4 Syawal 1434H
11 Ogos 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;