SALAM SYAWAL BUAT SEMUA
Salam Syawal buat sahabatku,
Kukirimkan jutaan ampun di angin lalu;
Salah tutur bicara maafkan daku,
Biarpun di pagi Syawal kita tak ketemu.
Di pagi Syawal kita tak ketemu,
Bersama sanak saudara bermaaf-maafan;
Takbir di pagi Aidilfitri mendayu-dayu,
Buat hatiku terharu sendu sendan.
Hatiku terharu sendu sendan,
Teringatkan permergiaan keluarga tercinta;
Kubacakan Yassin di kuburan,
Pengubat rindu buat mereka yang tiada.
Pengubat rindu mereka yang tiada,
Moga dicucuri rahmat roh yang tercinta;
Moga Allah ampunkan segala dosa,
Menerima segala amalan ketika hidupnya.
Pergi ke masjid berwangi-wangian,
Bertakbir Raya Di Aidilfitri;
Takbir Raya didengar penuh penghayatan,
Kesyahduan takbir menusuk hati.
Takbir Raya menusuk hati,
Air mata mengalir meninggalkan Ramadhan;
Pergi Ramadhan selalu dirindui,
Moga berjumpamu lagi di tahun hadapan.
Wajah berseri-seri pakaian serba baru,
Meraikan Syawal penuh kesyukuran;
Pelbagai juadah untuk tetamu,
Bersalam salaman penuh keceriaan.
Bersalam-salaman penuh keceriaan,
Saling bermaaf-maafkan di antara kita;
Mengundang rahmat dari Tuhan,
Dosa tersimpan terampun buat hatiku lega.
Sambil bersalaman bermuhasabah diri,
Jangan diulangi kesilapan lalu;
Tutur bicara perlu dikaji,
Agar ianya tidak memakan diri.
Selesai bersalaman kita dijamu juadah,
Pelbagai jenis terhidang sudah;
Semuanya ramah tamah,
Di pagi Syawal sememangnya indah.
Senyuman Syawal semanis kurma,
Kedatangan Syawal dari Tuhan untuk hambaNya;
Moga amalan kita diterimaNya,
Berkat kesabaran menahan segala cabarannya.
Senyuman Syawal semanis kurma,
Senyuman hambaNya mengundang keberkatan;
Bermaafan kita dalam redhaNya,
Bertalisiraturrahim penuh keberkatan.
Moga Allah cucuri rahmat kepada kita semua,
Begitu juga setelah mati mendapat rahmatNya;
Syukurku kita bertalisiraturrahim di alam maya,
Bertukar pandangan berkongsi ilmu demiNya.
Selamat Aidilfitri kepada semua sahabatku,
Salah dan silap harap maafkan daku;
Mana tahu ada tutur kataku yang menguriskan hatimu.
Kuhulurkan salam memohon maaf darimu.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
26 Ramadhan 1434H
4 Ogos 2013MKhairuddin Al-Young Riau II was tagged in Wahyu Black's photo. — with Tinatania Selaluada Untuqmu and 5 others.
BIARPUN SERIBU TAHUN TETAP MENCINTAIMU
OMBAK RINDU
OMBAK CINTA
OMBAK TANPA EHSAN
NAMUN BEGITU
KU TETAP MERINDUI OMBAK RINDU DAN CINTA
BIARPUN DITERJANG OMBAK TANPA EHSAN
KUSABAR MENANTI OMBAK CINTA
KARENA ALLAH PASTI PERKENANKAN
AKU MEMILIKI CINTAMU
DUHAI SEKALIAN ANAK CUCU NUSANTARAKU
KARENA KAMU
AKU RELAKAN DITERJANG OMBAK TANPA EHSAN
KARENA AKU TAHU ITU TANDA CINTA DARI-NYA
SAMADA AKU IKHLAS ATAU TIDAK
LAYAK MEMILIKI CINTA-NYA DAN KASIH SAYANG
ANAK CUCUKU YANG KUSAYANG
WALAUPUN SERIBU TAHUN
AKU SUDAH TIADA DI DUNIA INI
CINTA , KASIH DAN RINDU KITA DI DUNIA INI
AKAN BERPADU DI SYURGA-NYA
JIKA KITA SALING MENGHARGAI
CINTA , KASIH DAN SAYANG
SETULUS HATI KERANA-NYA
IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
MOYANGMU,
RATU RIMBA NIAGARA
26 Ramadhan 1434H
4 Ogos 2013M
(PUISI BUAT ANAK CUCU NUSANTARA TERCINTA)YA ALLAH RAHMATILAH SEMUA SAHABATKU YANG SUDI MENYOKONG/MENDUKUNG PERJUANGANKU DALAM DUNIA SASTRA YANG KUMINATI INI. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Sent Today
Kumbang Segak, Amylia Izzaty Norilhal and 21 others commented on Kumbang Segak's photo of you. 3:21pm
Ku Azhar Ku Mansor also commented on a post in Tentera Fisabilillah (30)™: "Assalamualaikum... anta dari simpang3 Kota Kuala..." 3:08pm
...
www
0 comments:
Post a Comment