Sunday, 4 August 2013

WARKAH UNTUK KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH


2Unlike ·  · 
  • You and 71 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH

    BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
    ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

    SALAM AIDILFITRI & SALAM KEMAAFAN 

    PATIK MENGAMBIL KESEMPATAN INI MEMOHON MAAF KEPADA KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH ATAS SEGALA KEKHILAFAN BERSASTERA SEPANJANG BERSIARAN DI WALL TUANKU.

    SALAM KEMAAFAN DIPINTA SEPENUH HATI
    DENGAN UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 
    HARI KEMENANGAN HARI MULIA BAGI UMAT ISLAM.

    SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI,
    MOGA ALLAH MERAHMATI,
    SEPANJANG HIDUP INI,
    SEHINGGA NAFAS TERHENTI.

    'MAAF ZAHIR BATHIN'

    Sekian. Wassalam.

    "MENULIS KERANA ALLAH TAALA & SAYANGKAN CIPTAAN-NYA' 

    Dengan ingatan tulus ikhlas,

    Daripada Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    26 Ramadhan 1434H
    4 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

    Segala puji hanya untuk Allah swt
    Pada-Nya Dipanjatkan Syukur Atas Kurniaan Bakat Menulis
    agar dapat terus berbakti kepada semua yang DiCiptakan-Nya

    Sekalung terima kasih kepada Maharaja Kutai Mulawarman
    atas penganugerahan 'Adat Budaya Melayu Nusantara' yang diberikan kepada patik. memang di luar jangkaan patik untuk mendapat penghargaan ini.

    Rasa terharu yang amat sangat kerana anugerah ini adalah hadiah patik untuk semua rakyat jelata SeNusantara yang sentiasa menyokong/mendukung kerjaya patik sebagai penulis. Tanpa sokongan /dukungan daripada mereka siapalah patik karena mereka adalah sumber inspirasi patik berkarya.

    Anugerah ini juga adalah hadiah patik kepada generasi kini dan akan datang , agar mereka tahu moyang mereka dihargai oleh seorang raja , 'MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN' seorang raja yang disegani dan disanjungi rakyat karena jiwa tawaduknya pada Ilahi dan berjiwa rakyat.
    Dalam kesibukkan tugas memerintah negara Tuanku Maharaja Kutai Mulawarman masih ada waktu untuk meluangkan masa membaca karya-karya yang patik tulis amatlah terharu dan diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terlafaz. Secara tidak langsung tuanku telah memberi sokongan/dukungan kepada patik. Moga Allah swt sahaja yang dapat membalas kebaikan tuanku.
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI,
    MOGA ALLAH MERAHMATI,
    SEPANJANG HIDUP INI,
    SEHINGGA NAFAS TERHENTI.

    'MAAF ZAHIR BATHIN'

    Sekian. Wassalam.

    "MENULIS KARENA MENGHARGAI KURNIAAN ALLAH TAALA'

    Dengan ingatan tulus ikhlas,

    Daripada Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    25 Ramadhan 1434H
    3 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK ADMIN GROUP PELESTARI BUDAYA MELAYU MALAYSIA

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Kepada DYMM Maharaja Kutai Mulawarman
    terima kasih kerana sudi menerima patik sebagai ahli group
    PELESTARI BUDAYA MELAYU MALAYSIA
    moga persahabatan ini memberi manfaat dunia akhirat Aamiin
    dapat mengeratkan lagi persahabatan antara dua negara Malaysia dan Indonesia berjiran baik selamanya selagi dunia ini belum Kiamat keharmonian antara dua negara ini dapat diteruskan oleh generasi Malaysia dan Indonesia setelah ketiadaan kita nanti In Shaa Allah Aamiin

    Kita diketemukan di alam maya ini pasti ada hikmah-Nya
    dan inilah hikmat-Nya
    saling berbagi ilmu dunia akhirat
    saling menyambungkan talisiraturrahim antara dua negara
    saling hormat menghormati
    saling menyanjungi dalam Ukhuwah Kasih Silaturrahim
    agar sentiasa mewangi sampai kubur sampai Syurga 
    In Shaa Allah Aamiin

    Dipanjatkan Syukur kepada Allah swt
    Atas Perkenan Limpah Kurnia-Nya
    Persahabatan atas dasar suci murni seikhlas hati kerana 
    Allah Taala diizinkan-Nya Syukur sebanyak-banyak-Nya akan kami jaga tali persaudaraan ini selagi hayat kami ada hanya kematian yang memisahkan kami Perkenalan dan pertemuan kami walaupun cuma di alam maya Kau yang izinkan , maka akan kami jaga persaudaraan ini sebaik mungkin agar tidak kecewa atau disakiti hati lantaran alpa berperasangka sesama sendiri, jauhkan kami daripada mementingkan diri sendiri , misi dan visi kami amatlah jelas kenapa Kau izinkan kami ditemukan di alam maya ini semata mahu saling berbakti dan menabur bakti kepada sekalian hamba-Mu yang bergelar saudara seislam kami yang ada di bumi-Mu ini...maka Kau kuatkan semangat kami untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang biarpun kami cuba diterjang tsunami yang ingin menghancurkan silaturrahim Kurniaan-Mu ini, biarlah hati kami hancur lulur asalkan silaturrahim ini dapat diteruskan dan diwariskan kepada anak cucu kami yang akan melangsungkan kelangsungan hidup untuk mendamaikan dan mensejahterakan bumi-MU ini dengan perdamaian tanpa persengketaan dan peperangan atas sifat kerakusan kuasa.

    Inilah misi dan visi kami mahu mensejahterakan bumi ini dengan dipenuhi penghuni bumi saling menghormati adat, budaya dan agama masing-masing dalam hati tanpa ada hasad dengki semuanya mahu saling berkasih sayang , berbelas kasihan, bantu membantu mengaman damaikan dunia ini selagi dunia ini belum Kiamat. 
    AAmeen Ya Rabbal A'Lameen.

    'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN BUAT MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN
    PADA 14-07-2013'

    'SELAMAT MENYAMBUNG TALISIRATURRAHIM ANTARA DUA NEGARA SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI HARI KEMENANGAN HARI MULIA'

    'SALAM PERSAHABATAN DUA NEGARA,'MALAYSIA DAN INDONESIA' 

    'MAAF ZAHIR & BATHIN'

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    25 Ramadhan 1434H
    3 Ogos 2013M
    9 minutes ago · Edited · Like · 3
  • Ratu Rimba Niagara DI SELURUH PELOSOK BUMI NUSANTARA BERGEMALAH DAULAT DIRAJA NUSANTARA!

    Assalamualaikum kekanda-kekanda diRaja,
    Darah Kepahlawananmu lambang kesatria diRaja;
    Rakyat jelata pasti gembira menantikan gema diRaja,

    Di seluruh pelosok bumi Nusantara bergemalah daulat diRaja.

    Dari dulu ditunggu kabar berita,
    Agar Institusi diRaja dimartabatkan;
    Dimartabatkan seluruh bumi Nusantara,
    Maka bergembiralah seluruh rakyat jelata.

    Perjuangan kanda sentiasa dinda dukungi,
    Agar kanda tak mudah berputus asa;
    Percayalah kanda telah ditakdirkan sejak Azali,
    Untuk memerintah rakyat di bumi Nusantara.

    Allah melantik kekanda menjadi raja di bumi ini,
    Pasti ada hikmah di sebalik takdir ini;
    Agar sentiasa membela nasib rakyat dizalimi,
    Maka itulah hikmah kenapa Allah memilih kanda terajui.

    Jika sebenar suci bersih niat kanda membela rakyat jelata,
    Dan kanda yakin ini adalah tanggungjawab kanda;
    Pasti kanda tidak mudah berputus asa,
    Akan memperjuangkan hingga berjaya.

    Percayalah kanda di setiap langkah kanda,
    Allah sentiasa menyertai niat suci kanda;
    Untuk membela hamba-hamba-Nya,
    Moga kanda selalu berada dalam Rahmat kasih-Nya.

    Jangan sekali menjadi raja penakut,
    Takut mengaku raja kerana tak mahu dipulaukan;
    Dinda tak suka raja yang penakut,
    Sedangkan kanda adalah kerabat yang dimuliakan.

    Dinda ditakdirkan menjadi pejuang diRaja,
    Jika kanda berputus asa memperjuangkan hak kanda;
    Tak apalah biarlah dinda perjuangkan bagi pihak kanda,
    Mungkin ada sebab tersendiri remuknya hati kanda.

    Kepada kekanda-kekanda di Raja yang lain,
    Adinda tabik dengan perjuangan kanda;
    Biarpun remuk dilambung tsunami sekalipun,
    Kekanda-kekanda tetap berjuang selagi hayat ada.

    Perjuangan kekanda adalah perjuangan adinda,
    Perjuangan adinda adalah perjuangan rakyat jelata;
    Makanya matlamat yang jelas itu adinda menyokong kanda,
    Harap kanda jangan sekali berundur demi harapan rakyat jelata.

    Kemenangan kekanda-kekanda adalah kebanggaan rakyat,
    Rakyat pasti berbangga punyai raja sehebat kanda;
    Matlamat kanda menjadi raja adalah untuk rakyat,
    Makanya rakyat jelata akan menyokong perjuangan kanda.

    Jangan kanda lupakan sejarah diRaja,
    Mempertaruhkan nyawa demi rakyatnya;
    Itulah jiwa kesatria sebenar diRaja,
    Rela gugur di medan juang demi rakyatnya.

    Inilah di sebalik hikmah takdir Ilahi,
    Memilih kanda sebagai kerabat diRaja;
    Untuk membela rakyat dizalimi,
    Maka rakyat mensyukuri Kurniaan dari-Nya.

    Moga doa rakyat dimakbulkan Tuhan,
    Institusi diRaja dimartabatkan;
    Maka bergemalah suara rakyat penuh kesyukuran,
    Daulat diRaja & Ketinggian Islam dimartabatkan.
    (Aamiin Ya Rabbal A'Lamin)

    Karya Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    27 Jun 2013
  • Ratu Rimba Niagara BERGEMALAH GONG ISTANA

    Pangeran Adipati Agong:

    kentung sudahpun dipalu

    sekian alam berserta sama
    gong istana akan bergema
    penantian kini sudah tiba kedatangannya RAJA

    Panglima Daek ALLAH HU AKBAR!! 3x

    Raja Sabrie Palakka Alhamdulillah.. syukur

    Ratu Rimba Niagara
    Penantian sudahlah lama,
    Kedatangan Raja dipalu;
    Bergemalah gong istana ,
    Menandakan Raja ditunggu.

    Ratu Rimba Niagara
    Gong istana bergema,
    Dipalu penuh gembira;
    Disambut syukur dirasa,
    Raja & rakyat berpisah tiada.

    Sultan Hussin kentong sudah berbunyi Alam semesta Alam hanya menanti keagongan Tuhan yg maha esa tinggal menanti Hadir nya Raja Sekelian Alam Allahu Akbar X 33

    Mohd Rusdy Rusli Pssjrm
    gong kerabat gong pusaka,
    dipalu oleh kerabat baginda,
    daulat keramat keagonggan raja,
    7 paluan bergema rakyat sejahtera.

    Ratu Rimba Niagara
    Daulat keramat keagongan raja,
    7 paluan bergema rakyat sejahtera,
    Kesetiaan rakyat berarti pada raja,
    Raja adil rakyat sejahtera selamanya.

    MaharajaPancung Pancar Temasik
    Selamat bertahkta tapi jangan sekali bermaharajalela...ingat Surah AlKahfi Ayat 83-98..Raja Pilihan ALLAH..utk manusia yg bertaraf Raja contohi

    (PETIKAN DARIPADA GROUP WALL MAJLIS PANGKUAN DIRAJA MELAYU ISLAM NUSANTARA & RATU RIMBA NIAGARA)
    1.12.2012
  • Ratu Rimba Niagara BERAKHIR SUDAH SUMPAHAN PUTERI ARNAB

    Duhai Puteri Arnabku sayang
    Janganlah menangis sayang
    Siapakah yang telah melukakan hatimu sayang
    Mari sini sayang...
    Kanda bawakan lobak kuning kegemaranmu
    Yang kanda ambil dari di Taman Istana Merak Kayangan...
    Sesudah dinda Puteri Arnab makan lobak kuning diRaja ini
    Tamatlah sumpahan tuan puteri
    Akan menjadi puteri nan jelita....
    Jangan merajuk lagi ye...
    Kesedihanmu telah dapat dirasai oleh semua
    Yang menyayangimu di luar istana....

    Apa yang Tuan Puteri Arnab perjuangkan
    Untuk memartabatkan Institusi diRaja
    Sedikit masa lagi akan menjadi kenyataan
    Dengan tamatnya sumpahan
    Tuan Puteri menjadi arnab
    Sejak sekian lama
    Oleh mereka yang menafikan hak pemerintahan diRaja
    Untuk memerintah rakyat dengan adil dan saksama
    Akan menajdi kenyataan...
    Makanlah lobak kuning diRaja
    Duhai Puteri Arnab
    Jika mahukan sumpahan ini
    Ditamatkan segera...
    Bertawakallah setelah Tuan Puteri berusaha sedaya upaya
    Manalah tahu Tuhan kasihan
    Menamatkan sumpahan ini
    Rakyat di luar sana
    Sedang menantikan
    Berita gembira ini,,,
    Moga Allah makbulkan
    Institusi diRaja SeNusantara
    Dimartabatkan segera
    Sumpahan ini juga ditamatkan segera
    Insya-Allah Aamiiin.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    8 Muharram 1434H
    22 November 2012
  • Ratu Rimba Niagara SUNAN PAKUBUWONO VI ,"WAHAI KAWULAKU, WARGA NUSANTARA AKU RAJAMU..."

    Sunan Pakubuwono VI...
    demi Nusantara tercinta kau rela
    pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru waktu
    tubuhnmu di hujani peluru
    ditembusi peluru di segenap tubuhmu

    ketika peluru tepat terkena di atas pelupuk mata
    sebelah kanan dan pada dahimu sebelah kanan
    tertembus peluru senjata, "Banker Rifle"

    tubuhmu bermandikan
    darah...darah...darah...
    merah...merah...merah...
    pekat...pekat...pekat...
    mengalir deras tanpa henti

    wajahmu tersenyum tenang
    lalu berkata,
    "Wahai kawulaku, warga Nusantara...
    Aku Rajamu...
    Aku rela pecahkan kepalaku
    dan tumpahkan darahku
    lewat senapang Banker Rifle dari
    tangan angkara penjajah Belanda,
    demi cita-cita kemerdekaanmu !”.

    Setelah habis berkata nafas pun terhenti
    dan mata pun terpejam rapat tapi masih
    tersenyum indah untuk diwariskan
    kepada seluruh warga Indonesia
    dengan harapan wasiatnya didengari
    lalu pertahankan kemerdekaan
    Indonesia hingga ke tetesan darah terakhir!

    Biarpun hampir seratus delapan tahun
    pemergian Sunan Pakubuwono VI
    jasa kepahlawananmu masih diingat
    hingga ke saat ini dan tidak akan dilupa
    sampai kapan pun!
    Memang selayaknyalah Pemerintah Republik Indonesia
    mengangkat mu sebagai ,
    'PAHLAWAN kEMERDEKAAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA!'

    Karya Ratu Rimba Niagara Rimba Niagara
    8 Mac 2012
    DISIARKAN PUISI BAGI MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA 31 OGOS 2012
    8 Ogos 2012
    19 Ramadan 1433H
  • Ratu Rimba Niagara SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!

    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia Tercinta
    Sekalung tahniah buatmu
    Merah putih sentiasa berkibar megah
    Semegah rakyat Indonesia
    Semegah ibu pertiwi Indonesia

    Setiap 17 Agustus kau sentiasa
    diraikan seluruh rakyat Indonesia
    penuh bangga
    penuh megah
    menyanjungimu menyayangimu
    karena memiikimu bukanlah mudah!
    darah para kasatria diRaja
    sebati di bumi
    untuk pertahankan ibu pertiwi
    nyawa jadi taruhan
    karena keberanian
    para ksatria diRaja
    rela mati di medan juang
    meraih kemerdekaan untuk Indonesia
    makanya Indonesia
    akan terus merdeka
    dalam arti kata yang sebenar-benarnya
    mengikut kehendak rakyat dan ibu pertiwi
    tak akan ada penyelewengan cinta
    pada ibu pertiwi
    karena segala pengorbanan kasatria diRaja
    akan menjadi percuma
    makanya Indonesia harus bersatu
    bagi mempertahankan bumi bertuah
    Indonesia daripada dijajah kembali
    karena kemerdekaan Indonesia
    adalah hadiah daripada tetesan darah kasatria diRaja
    untuk anak bangsa dan ibu pertiwi Indonesia!

    Berkibarlah! Berkibarlah! Berkibarlah Merah Putih!
    dengan penuh rasa megah dan bangga

    Garuda diRaja di angkasa raya berterbangan
    sambil mengibarkan merah putih
    lambang kemegahan Indonesia

    Merah putih akan sentiasa berkibar megah
    dikibarkan oleh semua rakyat Indonesia
    yang cintakan Indonesia
    lambang cinta pada Indonesia
    dan tanda menghargai jasa para kasatria diRaja
    yang rela gugur di medan juang!

    'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
    'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
    ' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
    'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI SENUSANTARA MASA HADAPAN'

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    17 Agustus 2012
    28 Ramadan 1433H
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT INDONESIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE-67 PADA 17 AGUSTUS 2012)
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA & WALL DEN MAT MANGKUBUMI & WALL GARIJITO GONDOKUSUMO & WALL RATU RIMBA NIAGARA)
  • Zanna Tamin Al-hamdulilah, Daulat Kebawah Duli Tuan Patik, Raja yang berjiwa rakyat dan berhati mulia...Semoga Allah sentiasa merahmati Negara Brunei Darussalam. Amin.
  • Ratu Rimba Niagara MARILAH BERSAMA BETA SUSAH SENANG KITA BERSAMA

    TUANKU DIRAJA NUSANTARA BERJIWA KEPERWIRAAN
    DEMI AGAMA RAKYAT DAN NEGARA NUSANTARA AKAN
    DIPERJUANGKAN HINGGA KE TETESAN DARAH TERAKHIR...

    DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI

    RAKYAT BETA YANG DIKASIHI,
    MARILAH BERSAMA BETA;
    PERTAHANKAN BUMI NUSANTARA INI,
    SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

    BETA PERTARUHKAN NYAWA,
    DEMI RAKYAT NUSANTARA TERCINTA;
    INILAH TANDA CINTA BETA,
    PADA RAKYAT & NUSANTARA TERCINTA.

    TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI,
    DI BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
    KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI,
    AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.

    USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT,
    KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT;
    KERANA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT,
    BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.

    JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA,
    DARAH KITA WARNA YANG SAMA;
    BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA,
    SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

    ANDAI KATA BETA DIJEMPUT ILAHI,
    JAGALAH BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
    AGAR DAPAT GENERASI WARISI,
    BARULAH TENANG DI SANA NANTI.

    KIRIMAN DOA AMAT DINANTI,
    JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI;
    ALAM BARZAH TEMPAT ABADI,
    SEMENTARA QIAMAT DATANGI.

    MOGA KITA BERTEMU LAGI,
    DI SYURGA NEGERI ABADI;
    SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI,
    DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KERABAT DI RAJA
    NUSANTARA & RAKYAT NUSANTARA TERCINTA)
    24 Ramadhan 1434H 
    2 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara TAHTA UNTUK RAKYAT

    Jiwa seorang raja
    adalak untuk rakyat
    tiada difikirkan
    kepentingan sendiri

    tahta yang dimiliki
    hak rakyat
    bahagia rakyat
    bahagia raja
    derita rakyat
    terseksa raja

    harta yang dipunyai
    adalah harta rakyat
    diagih-agih
    pada rakyat
    memerlukan
    karna dia tahu
    harta
    yang diberikan
    itulah
    harta sebenarnya
    milik abadi
    dibawa pulang
    ke negeri abadi

    tahta raja
    bukan untuk
    kemegahan
    kebanggaan
    untuk
    direbut-rebut
    kekuasaan
    tapi
    yang ada
    dijiwa raja
    tahtanya
    adalah untuk
    berbakti pada
    rakyat sepenuh
    jiwa dan raga
    karna
    jika salah
    gunakan tahta diRaja
    akan dipertanggungjawabkan
    kepada Yang Maha Berkuasa
    Daripada Segala Yang Berkuasa
    Raja Segala Raja,
    Yang Menguasai
    Hari Pembalasan
    Allah Robbul Idzatii

    tahta raja
    adalah untuk rakyat
    karna
    jiwa dan raganya
    dipikiran
    rakyat...rakyat...rakyat...
    mahukan rakyat hidup
    sejahtera
    di bumi bertuah SeNusantara
    karna itu
    tahta raja adalah untuk rakyat
    SeNusantara tercinta
    dan demi rakyat
    bukan setakat tahta
    diberikan untuk rakyat
    malah nyawanya
    menjadi taruhan
    untuk rakyat
    SeNusantara tercinta...

    Itulah raja dambaan rakyat
    yang mahu dimartabatkan oleh
    seluruh rakyat SeNusantara
    biarpun nyawa jadi taruhan
    demi raja berjiwa hamba
    ALLAH ROBBUL IDZATII

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    24 Ramadhan 1434HH
    2 Ogos 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAJA & RAKYAT SENUSANTARA YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT)
  • Ratu Rimba Niagara RAJA BERJIWA HAMBA

    RAJA YANG BERJIWA HAMBA
    DIBERI DARJAT DIRAJA
    TAPI MASIH MAHU
    MENUNDUKKAN DARJAT
    DI HADAPAN RAJA SEGALA RAJA
    YANG MEMERINTAH ALAM SEMESTA INI!
    KERANA TAHU TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG KHALIFAH-NYA
    MAKANYA BAGINDA YANG BERJIWA HAMBA SELALU AMBIL
    PERHATIAN DENGAN MASALAH RAKYAT UNTUK DIKONGSI SAMA
    SUSAH DAN SENANG!
    DAULAT TUANKU!
    PATIK TERHARU DENGAN SIFAT MERENDAH DIRINYA TUANKU
    DI HADAPAN ALLAH AZWAJALLAH DAN PADA SEKALIAN HAMBA-NYA JUGA...
    MOGA ALLAH LIMPAHKAN RAHMAT KASIH-NYA TANPA BATAS KEPADA TUANKU HINGGA KE NAFAS TERAKHIR TUANKU
    AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

    Daripada Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama ...
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    24 Ramadhan 1434H
    2 Ogos 1434M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK DYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH DAN RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM)
  • Ratu Rimba Niagara RAKAN FBKU KAULAH PEJUANG SASTRAKU ILHAM DARI-NYA

    KEPADA RAKAN FBKU YANG KUKASIHI
    YANG LAMA YANG BARU
    BERSAHABATLAH DENGAN KU KERANA ALLAH TAALA
    KARENA SALAH SATU IMPIAANKU PUNYAI SAHABAT BERHATI SYURGA
    AKU BUKANLAH SEMPURNA BAIK
    TAPI HASTAT HATIKU INGINKAN KEBAIKAN DALAM HIDUP SEHINGGA MATIKU
    MAKANYA AKU PERLUKAN KAWAN-KAWAN FB
    YANG MAHU MENYOKONG/MENDUKUNG NIAT BAIKKU
    MELALUI KARYA-KARYAKU
    DI SITULAH BERTAPAKNYA SEGALA KEBAIKAN YANG KUIMPIKAN
    KUN FAYAKUN
    JADILAH REALITI SEGALA YANG KUIMPIKAN
    AAMIIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    MAKA DI WALL INI HANYA YANG KU CARI SAHABAT SEJATI
    YANG MEMBERI IMPAK YANG BESAR DALAM DUNIA KARYAKU
    YANG SIBUK
    YANG SEPI MENYEPI
    YANG PELIT IDE
    YANG PELIT LIKE
    YANG TAK SUKA DALAM DIAM
    MAAFKAN AKU JIKA KARYAKU BERLALU PERGI KERANA KU HANYA PERLUKAN YANG BENAR-BENAR SERIUS MENDUKUNG DUNIA SASTERAKU
    RAKAN FBKU TERLALU TERHAD
    DIHADKAN CUMA 50 ORANG
    JIKA TERLEBIH JIKA MASIH TAK AKTIF
    SEKALI LAGI KUMOHON MAAF DIPINTA
    APA GUNA KITA BERTEMAN FB
    SEAKAN TAK WUJUD
    TAK SALING KENAL MENGENAL
    WUJUD SEPERTI TAK WUJUD
    SEDANGKAN ALLAH ITU WUJUD
    DAPAT DIRASAKAN KEWUJUDAN-NYA

    YA ALLAH AMPUNKAN AKU
    BUKAN AKU MAHU MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM
    MASAKU SUDAH TERLALU SUNTUK
    MAKANYA PELIHARALAH WALL FBKU INI
    AGAR SELAMAT DENGAN BAHASA-BAHASA NAN INDAH-INDAH
    BAHASA YANG KAU REDHAI
    JAUHKAN DARIPADA UMPAT MENGUMPAT
    KEJI MENGEJI
    HINA MENGHINA
    FITNAH MENFITNAH
    SINDIR MENYINDIR
    JAUHKAN AKU DARIPADA ORANG-ORANG SEPERTI ITU
    KARENA AKAN MEROSAKKAN PEMIKIRANKU UNTUK BERKARYA...

    MOGA KAU HADIRKAN RAKAN-RAKAN FBKU
    YANG SEMUANYA HATI SEMURNI SYURGA
    TIADA NIAT LAIN SEMATA MENJADIKAN AKU
    SAHABAT DUNIA AKHIRATNYA
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    SEBUAH HARAPAN UNTUK SEMUA RAKAN FBKU,

    RATU RIMBA NIAGARA 
    24 Ramadhan 1434H
    2 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara KITA MELANGKAH TERUS MELANGKAH HINGGA KE GARISAN PENAMAT

    JANGAN PERKECILKAN LANGKAH KECIL
    KERANA TANPA LANGKAH KECIL LANGKAH SETERUSNYA AKAN TERHENTI BILA LANGKAH SETERUSNYA TERHENTI TERPADAMLAH SEGALA CITA-CITA BILA TERPADAMNYA CITA-CITA BERERTI STRATEGI KE LANGKAH LAIN MESTI DIBUAT ...
    JIKA KITA TAHU SUDAH TERSALAH LANGKAH
    KITA TIDAK BERHATI-HATI
    KITA PASTI TERSALAH LANGKAH
    BILA TERSALAH LANGKAH PASTI AKAN TERJATUH
    BILA TERJATUH PASTI YANG MEMUSUHI KITA AKAN BERTEPUK TANGAN
    CIRI ORANG BERJAYA
    BIARPUN SUDAH BANYAK KALI TERJATUH KERANA TERSALAH LANGKAH...ITU TIDAK AKAN MEMATIKAN SEMANGATNYA UNTUK MENCAPAI SEGALA CITA ASALKAN DIA PASTIKAN RANGKAIAN LANGKAH-LANGKAH KECIL BERPADU DENGAN HATI YANG BERSIH TANPA IRI, DENGKI MENDENGKI DENDAM MENDENDAM ....
    BARULAH LANGKAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN TERBENTANG LUAS DALAM PADUAN INGIN SALING BERBAGI/KONGSI KEJAYAAN BERSAMA...KEJAYAAN ADALAH MILIK SETIAP INSAN YANG INGIN BERJAYA DAN KITA DILAHIRKAN ADALAH UNTUK BERJAYA DAN KEJAYAAN TIDAK BERMAKNA JIKA SEKADAR MERAIH KEJAYAAN DUNIA TIDAK AKHIRAT...LANGKAH YANG BETUL ADALAH LANGKAH KE AKHIRAT KERANA AKHIRAT ADALAH NEGERI YANG KEKAL ABADI DAN REALITI. ITULAH KEJAYAAN YANG MESTI DIFOKUSKAN KENAPA MESTI HENDAK BERJAYA
    MOGA KITA BERJAYA DUNIA AKHIRAT
    M0GA KITA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT
    MOGA KITA TERPILIH SEBAGAI CALUN SYURGA
    SETELAH CUBA MELANGKAH TERUS MELANGKAH SEHINGGA KE GARISAN PENAMAT IN SHAA ALLAH AAMIIN

    RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara KITA DIKENALKAN ALLAH SWT UNTUK SALING BERBAGI/KONGSI ILMU ITULAH HIKMAH-NYA BUKAN UNTUK SALING MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM.

    ILMU ALLAH BUKAN UNTUK DICEMBURUI
    ILMU ALLAH BUKAN UNTUK DIBANGGAI
    ILMU ALLAH BUKAN UNTUK DISEPIKAN
    ILMU ALLAH BUKAN UNTUK DIPRASANGKAKAN
    ILMU ALLAH BUKAN UNTUK MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
    TAPI ADALAH NTUK DIKONGSIKAN/BAGIKAN BERSAMA DALAM SYUKUR PENUH INSAF
    AGAR SEMUANYA MENDAPAT MANFAAT
    JIKA KITA HIDUP SALING MEMBERI DAN MENERIMA
    ITU BARULAH HIDUP SEMUANYA RASA MENANG MENANG
    MENANG MENANG BUKAN BERTUJUAN UNTUK SALING MEMBANGGA DIRI TAPI ADALAH UNTUK SALING MENGHARGAI DI ANTARA SATU SAMA LAIN

    JIKA KITA SIBUK DENGAN DUNIA KITA TANPA MEMIKIRKAN KEADAAN SEKELILING KITA ...LEBIH BAIK KITA MENYENDIRI DENGAN PENDERIAAN KITA
    KITA YANG MEMBUAT PILIHAN DENGAN DIRI KITA SENDIRI
    TIADA SIAPA MEMAKSA KITA
    JIKA KITA RASA KITA BER FB SUKA YANG SEPI MENYEPI
    WUJUD SEBAGAI RAKAN FB SEPERTI TIDAK WUJUD
    KITA BERKAWANLAH DENGAN RAKAN FB YANG BEGITU JUGA
    BIAR LAMAN FB SEPI SAMA SEPI
    BARU TAK MENYEPI
    BARU SEHATI SEJIWA
    MEMANG TIDAK DINAFIKAN DIAM ITU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BERKATA-KATA TAPI KALAU DIAM TIDAK MEMBERI MAKNA UNTUK BERKATA-KATA YANG BAIK-BAIK
    TERUSLAH DIAM KEPADA RAKAN FB SAYA YANG SUDAH TAK MENJADI RAKAN FB SAYA TOLONG MAAFKAN SAYA ...TIADA NIAT DI HATI SAYA UNTUK MEMUTUSKAN PERSAHABATAN KITA...FB SAYA ADALAH TEMPAT SAYA BERSASTERA MAKANYA SAYA HANYA MENERIMA MEREKA YANG SUDI MEMBERI KOMENTAR KEPADA KARYA SAYA....JIKA TIDAK DI FB TAPI DI GRUP ITU PUN SUDAH MEMADAI. HARAP SUDI MEMAHAMI DUNIA SAYA. DAN KEPADA MEREKA YANG TAK MAHU BERKAWAN DENGAN SAYA PUN SAYA MEMINTA MAAF YANG PENTING KITA SALING MEMAHAMI DAN SALING MEMAAFKAN BARULAH TIADA DENDAM MENDENDAMI DAN TERLUKA HATI ATAS PILIHAN KITA SENDIRI MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENJADI RAKAN FB YANG GIMANA KITA MAHUKAN.

    KITA DITEMUKAN BIARPUN CUMA DI ALAM MAYA PASTI ADA HIKMAHNYA
    HIKMAHNYA UNTUK SALING BERBAGI ILMU DALAM UKHUWAH KASIH
    YANG SENTIASA MEWANGI TANPA SEPI...JIKA SEPI MENYEPI HILANGLAH IKATAN ILMU TAPI TIDAK HILANG IKATAN TALI SIRATURRAHIM.

    SALING BERKONGSI ILMU PADA YANG SUDI
    PADA YANG TAK SUDI
    BARANGKALI ILMU KU TAK SETANDINGMU
    BIARLAH AKU MENANTI MEREKA YANG SUDI
    SENTIASA SUDI BERBAGI ILMU DENGANKU

    KITA MESTI TAHU KENAPA KITA DITEMUKAN ALLAH DI ALAM MAYA
    PASTINYA UNTUK SALING BERBAGI ILMU
    JIKA SEKADAR SEPI MENYEPI
    SEPI ITU PILIHANMU
    MAKANYA JANGAN SALAHKU JIKA KARYAKU PERGI
    TIDAK SAMA SEKALI MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM
    DI ALAM REALITI DITAKDIRKAN KETEMU KITA PASTI SALING
    MENGUKIRKAN SENYUMAN TALI SIRATURRAHIM MEMOHON MAAF MENYESALI

    SYUKUR KEPADA ALLAH SWT DENGAN RAHMAT KASIH-NYA MELIMPAH RUAHKAN ILHAM UNTUK HAMBA YANG FAKIR INI MENULIS DAN DIKONGSI/DIBAGIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ALAMMAYA YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT AAMIIN
    TERIMA KASIH KEPADA ADMIN GRUP SRI PEMANGKU ADAT YANG SUDI MENGIZINKAN HAMBA UNTUK MENYIARKAN KARYA SASTERA WALAUPUN TERPAKSA DIULANG KARYA YANG SAMA DAN TERIMA KASIH ATAS CETUSAN GAMBAR YANG DISIARKAN TELAH MENCETUSKAN INSPIRASI UNTUK BERKARYA SESUAI DENGAN GAMBAR YANG DISIARKAN. KEPADA RAKAN-RAKAN GRUP YANG LAIN DI UCAPKAN JUTAAAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENYOKONG KARYA-KARYA YANG DI SIARKAN , HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA SEMUA AAMIIN .
    HAMBA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MEMOHON MAAF JIKA SEKIRANYA ADA KEKHILAFAN BERSASTRA DI SEPANJANG BERSIARAN.

    SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI
    MAAF ZAHIR BATHIN DARI HAMBA
    MOGA UKHUWAH KASIH TIDAK SEPI
    SUDILAH BERBAGI ILMU DENGAN HAMBA

    RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

    Segala puji hanya untuk Allah swt
    Pada-Nya Dipanjatkan Syukur Atas Kurniaan Bakat Menulis 
    agar dapat terus berbakti kepada semua yang DiCiptakan-Nya

    Sekalung terima kasih kepada Maharaja Kutai Mulawarman
    atas penganugerahan ACCOLADE yang diberikan kepada patik
    memang di luar jangkaan patik untuk mendapat penghargaan ini.

    Rasa terharu yang amat sangat kerana anugerah ini adalah hadiah
    patik untuk semua rakyat jelata SeNusantara yang sentiasa menyokong/mendukung kerjaya patik sebagai penulis. Tanpa sokongan /dukungan daripada mereka siapalah patik karena mereka adalah sumber inspirasi patik berkarya.

    Anugerah ini juga adalah hadiah patik kepada generasi kini dan akan datang , agar mereka tahu moyang mereka dihargai oleh seorang raja , 'MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN' seorang raja yang disegani dan disanjungi rakyat karena jiwa tawaduknya pada Ilahi dan berjiwa rakyat.
    Dalam kesibukkan tugas memerintah negara Tuanku Maharaja Kutai Mulawarman masih ada waktu untuk meluangkan masa membaca 
    karya-karya yang patik tulis amatlah terharu dan diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terlafaz. Secara tidak langsung tuanku telah memberi sokongan/dukungan kepada patik. Moga Allah swt sahaja yang dapat membalas kebaikan tuanku. 
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI,
    MOGA ALLAH MERAHMATI,
    SEPANJANG HIDUP INI, 
    SEHINGGA NAFAS TERHENTI.

    'MAAF ZAHIR BATHIN' 

    Sekian. Wassalam.

    "MENULIS KARENA MENGHARGAI KURNIAAN ALLAH TAALA'

    Dengan ingatan tulus ikhlas,

    Daripada Ratu Rimba Niagara
    Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    24 Ramadhan 1434H
    2 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara DUHAI TENTERA FISABILILLAH SYURGA SEDANG MENANTIMU

    DUHAI RAKAN SEPERJUANGANKU
    GIMANA AKU MAHU MENGAJARKAN KAMU
    SEDANGKAN AKU MASIH BERTARUNG DENGAN DIRIKU SENDIRI
    KETIDAK DAYA UPAYAANKU UNTUK MENGAJAR KAMU 
    APA LAGI MAHU MEMBANTUMU 
    AGAR CITA-CITAMU SYAHID MENJADI KENYATAAN

    TAHUKAH KAMU
    HATIKU TUHAN SAJA YANG TAHU
    BETAPA INDAHNYA SYAHID
    SAAT YANG KUIMPIKAN JADI KENYATAAN

    BETAPA BAHAGIANYA HIDUPKU
    DAPAT MEMBANTU SAUDARA SEISLAMKU YANG DIZALIMI
    OLEH SYIAH DAN YAHUDI LAKNATULLAH

    MENDENGAR PENDERITAAN MEREKA...
    MELIHAT KEZALIMAN YANG DILAKUKAN KE ATAS MEREKA
    AKU MERAUNG TANPA TANGISAN
    SEAKAN HATIKU DISIAT-SIAT HANCUR SELUMATNYA
    BEGITU DAHSYAT KEKEJAMAN YANG DIPERLAKUKAN KE ATAS 
    SAUDARA SEISLAMKU BEGITU DAHSYATLAH DERITAKU INI
    SUDAH RASANYA TIDAK TERTANGGUNG AKU MELIHAT 
    MEREKA TERUS TERUSAN DIZALIMI

    MANA DIA PEJUANG FISABILILLAH
    KENAPA MEREKA MEMBATU 
    ADAKAH HATI MEREKA TELAH TERDINDING 
    ATAU SENGAJA DIDINDINGKAN KERANA MASIH LAGI 
    BELUM PUAS PADA PESONA DUNIA YANG DIKECAPI?

    JIKA MASIH LAGI TERDINDING HATI 
    TIDAK MAHU TERPANGGIL UNTUK 
    MENJADI PEJUANG FISABILILLAH 
    BIARKAN SAJA AKU MERAUNG PADA 
    TENTERA FISABILILLAH YANG ADA DI SYURGA
    AGAR SUDI MEMBANTU SELAMATKAN 
    SAUDARA SEISLAMKU YANG TERANIAYA 

    TAPI MANA BISA MUNGKIN
    PEJUANG FISABILILLAH YANG SUDAH SYAHID 
    AKAN HIDUP KEMBALI WALAUPUN MEREKA DIBERI PELUANG
    SYAHID BUAT KALI KEDUA DAN SETERUSNYA KERANA 
    NIKMAT SYAHID HANYA MEREKA YANG MERASAI SYAHID SAJA YANG BISA MENGERTI BETAPA INDAH DAN NIKMATNYA SYAHID...

    DUHAI TENTERA-TENTERA FISABILILLAH YANG MASIH HIDUP
    SYURGA SEDANG MENUNGGUMU
    BIDADARI SYURGA SEDANG MENUNGGU CINTAMU SEBAGAI BALASAN
    KAU SYAHID KE JALAN-NYA
    TIDAKKAH KAU MAHUKAN SYURGA?
    SEDANGKAN SYURGA ADALAH SEBAIK-BAIK TEMPAT ABADI YANG PENUH KENIKMATAN TIADA TANDINGANNYA DISAMPING CINTA SEJATI DARIPADA BIDADARI SYURGA

    JIKA KAU MASIH MENOLAK LAMBAIAN SYURGA
    TUNGGULAH AZAB YANG PEDIH MENDATANGI KAMU
    KERANA KAMU TELAH LARI DARI MEDAN JUANG
    KAMU MENGAKU TENTERA FISABILILLAH
    TAPI KAMU TAK MAHU BUKTIKAN
    MAKANYA TINGGALLAH KAMU BERSAMA-SAMA ORANG YANG TINGGAL...

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    24 Ramadhan 1434H
    2 Ogos 2013M 
    (PUISI DIILHAMKAN UNTUK SEMUA PEJUANG FISABILILLAH)
  • Ratu Rimba Niagara LIMPAHAN NUR HIDAYAH RAHMAT KASIH-MU

    LIMPAHAN NUR HIDAYAH RAHMAT KASIH-MU DARI TUJUH PETALA LANGIT TERUS TUJUH PETALA BUMI
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR 
    SESUNGGUH-NYA KUASA-MU MENGATASI SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI
    KUASA-MU MENDAHULUI NIAT HAMBA-MU
    MAKANYA YA ALLAH
    LIMPAHKAN MELIMPAH RUAH CAHAYA RAHMAT KASIH NUR-MU
    KEPADAKU, KELUARGAKU, SAHABATKU DAN SEMUA SAUDARA SEISLAMKU YANG MAHU MENJADI ROH-ROH SUCI SEMASA AWAL KEJADIAN KAMI SEMASA KAMI BERADA DI ALAM ROH BERSUMPAH SETIA MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI-MU YANG KAU PINJAMKAN SEMENTARA WAKTU UNTUK KAU DUGA ADAKAH KAMI TERGOLONG ORANG MENEPATI SUMPAH SETIA ATAU PUN TIDAK.

    ALLAHU AKBAR ANDAINYA KAMI DICABUT NYAWA DI SAAT INI
    BETAPA MALUNYA KAMI KERANA KAMI TIDAK LUNASI SUMPAH SETIA KAMI PADA-MU ALLAH TUHAN YANG MENCIPTAKAN KAMI...MAKANYA ALLAH BERILAH KAMI PELUANG UNTUK MEMBUKTIKAN SUMPAH SETIA KAMI PADA-MU...BAHAWA KAMI TERGOLONG DALAM ROH-ROH SUCI YANG SENTIASA MAHU MENSUCIKAN HATI SEMURNI HATI SYURGA....TANPA NUR HIDAYAH RAHMAT KASIH-MU SIAPALAH KAMI YA ALLAH...HANYALAH SEPERTI HAMA YANG HINA LAGI TAK BERMAKNA APA-APA PADA-MU...MAKA-NYA TOLONGLAH DAN BELAS KASIHANLAH PADA KAMI UNTUK SEIKHLAS HATI MAHU MENJADI HAMBA-MU YANG BENAR-BENAR IKHLAS YANG MAHU PULANG KEPANGKUAAN-MU DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG...

    JADIKANLAH HIDUP MATI KAMI HANYA UNTUK-MU
    BUKAN SELAIN DARI ITU
    JADIKANLAH HATI KAMI TERPANA DENGAN CINTA-MU
    BUKAN CINTA PESONA DUNIA YANG MENIPU
    JANGAN JADIKAN HARTA, PANGKAT. KELUARGA MELALAIKAN KAMI DARIPADA MENGUTAMAKAN-MU JADIKANLAH MEREKA
    SEBAGAI ASET UNTUK KAMI MENGUTAMAKAN-MU DALAM SEGALA PERKARA DAN LEMBUTKAN HATI KELUARGA DAN SAUDARA SEISLAMKU SENTIASA MENGUTAMAKAN-MU DI SEBILANG MASA DAN KETIKA DAN SENTIASA REDHO ATAS APA JUA TAKDIR YANG KAU TAKDIRKAN KEPADA KAMI.

    PERKENANKAN DOA KAMI YA ALLAH 
    KERANA KAMI YAKIN SEYAKIN-NYA
    ENGKAU SENTIASA BERSAMA DENGAN HAMBA-MU
    SELAGI HAMBA-MU MAHU BERAMAL SOLEH IKHLAS KARENA-MU 
    SESUNGGUH-NYA KAU MAHA MENEPATI JANJI
    KAMI YAKIN SEYAKIN-YAKIN-NYA
    MAKANYA CATATKANLAH NAMA KAMI SEBAGAI SYAHID
    KE JALAN-MU 
    ITULAH HADIAH DARI-MU YANG LEBIH BERHARGA DARI ALAM DAN SEISINYA
    AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    ........................................................................
    HAMBA-MU MAHU MENEPATI SUMPAH SETIA DI ALAM ROH
    TANPA NUR HIDAYAH RAHMAT KASIH-MU SIAPALAH AKU CUMALAH HAMBA-MU YANG KERDIL LAGI FAKIR...
    24 Ramadhan 1434H
    2 Ogos 2013M
4Unlike ·  · 

(PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA)
26 Ramadhan 1434H
4 Ogos 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;