Saturday, 10 August 2013

TEATER BANGSAWAN DIRAJA,' BICARA TUAH UNTUK DIHADAMI (4)




  • (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA RATU RIMBANI NIAGARA)
    4 Syawal 1434H
    11 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara SULTAN DITAKDIRKAN MENJADI SULTAN UNTUK MEMBELA RAKYAT YANG DIZALIMI DAN DIBANTU SELAGI MAMPU SEPERTI SULTAN SALEHUDDIN AL AYUBI SEHINGGA SELURUH HARTANYA DIBERIKAN KEPADA RAKYAT MEMERLUKAN SEHINGGA DI HARI KEMANGKATANNYA CUMA ADA 4 DIRHAM TIDAK CUKUP UNTUK MEMBELI KAIN KAFAN BAGINDA YANG MEMBELIKAN KAIN KAFANNYA ADALAH SALAH SEORANG MENTERINYA SUBHANALLAH MOGA AKAN WUJUD SULTAN SEPERTI SALEHUDDIN AL-AYUBI AAMIIN

    SITI KHADIJAH PERNAH BERKATA ANDAINYA TULANG BELULANGNYA BOLEH DIJUAL UNTUK DIINFAKKAN KE JALAN ALLAH AZZAWALLAH GALIKANLAH KUBURNYA DAN DIJUAL TULANG BELULANGNYA ...ALLAHU AKBAR BETAPA KERDILNYA AKU DI HADAPAN ALLAH SWT ...MOGA AKAN WUJUD JIWA FISABILILLAH SEPERTI SULTAN SALEHUDDIN AL-AYUBI DAN SITI KHADIJAH. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
  • Ratu Rimba Niagara KITA LAHIR KE DUNIA BERGELAR KHALIFAH ALLAH AZZAWAJALLAH

    Kita lahir kedunia ini tanpa apa-apa
    Mati pun tanpa apa-apa
    Cuma kain putih pembalut jasad yang kaku bakal dimakan ulat-ulat
    Cantik. tanpan. berdarjat, berpangkat, jutawan, miskin kaya
    Semuanya bakal bergelar tengkorak
    Jadi mana perginya darjah dan pangkat kita
    Itu yang kita paham pada pemahaman mata kasar

    Jika kita paham dengan pahaman mata hati
    Kita lahir ke dunia ini tanpa apa-apa
    Mati cuma kain putih bukan kain kuning pembalut jasad
    Kalau mahukan kain kuning juga kerana mahu jaga darjat silakan
    Tak sapa pun nak melarang kerana kita pencinta adat kekuningan
    Kafan kuning ke kafan putih ke
    Yang bakal ditanya di alam barzah nanti
    Adakah kita pasti dapat menjawabnya kelima-lima soalan kubur
    Tapi gimana kita hendak menjawab soalan kubur jika
    Semasa hidup tidak menjadi amalan hidup kita.

    Yang kita tahu hari-hari
    aku keturunan diraja
    aku keturunan bangsawan
    aku kaya raya
    makanya semua mesti hormat aku
    semua kata-kata mesti didengar
    simiskin ini padaku
    hanyalah hama membawa hina padaku
    ALLAHU AKBAR!
    sampai begitu sekali hinanya si miskin pada pandangan yang berdarjat

    Duhai yang gilakan darjat
    Adakah darjatmu itu dapat membantu rakyatmu
    Sedangkan darjatmu belum lagi dimartabatkan oleh rakyatmu
    Jangan kerana gilakan darjatmu itu hinggakan rakyat tak mahu mengitirafkanmu

    Apa guna ada darjat tak ada kuasa untuk membela rakyat
    Seperti harimau hilang taringnya
    Apa guna ada harta bertimbun tapi untuk ditimbunkan ke kubur saja

    Manusia dialhirkan di dunia ini memang tak ada apa-apa
    Dengan izin-NYa diKurniakan darjat
    Terus dimartabatkan rakyat
    Terus mahu menjadi pengabdi rakyat membela rakyat semampu daya
    Rezeki yang diberi melimpah ruah terus diagih-agihkan kepada rakyat
    Yang memerlukan tanda syukur
    Itulah darjat yang berkuasa
    Yang ada taring untuk membela rakyat dan membantu
    Itulah darjat yang mahu dimartabatkan oleh rakyat
    Nyawa jadi taruhanpun sanggup rakyat pertaruhkan

    Itulah tanda Kebesaran Tuhan mengurniakan hamba pilihan-NYa
    berdarjat tapi untuk menjadi hamba-Nya sebagai khalifah di muka bumi ini
    bukan sebagai pengabdi darjat membanggakan diri sendiri sampai mati.

    Duhai rakyat sekalian
    Mana satukah pilihan kalian
    Orang yang berdarjat untuk kepentingan sendiri
    Atau orang yang mahukan darjat tapi untuk kepentingan rakyat jelata
    Kunantikan jawapan darimu ok
    Kalau tak nak jawab kamu tak akan membaca karyaku lagi
    Serius ni dong....

    'SELAMAT AIDILFITRI HARI KEMENANGAN ORANG YANG BERPUASA'
    'MAAF ZAHIR DAN BATHIN'

    RATU RIMBA NIAGARA
    27 Ramadhan 1434H
    5 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara JANGAN PENTINGKAN DARJAT DAN PANGKAT SAMPAI MATI

    BAHASA ALLAH MENZAHIRKAN KEIMANAN

    CANTIK BUDI INDAH BAHASA,
    BAHASA MELAYU PENUH SANTUN;
    KITABULLAH TIADA TANDINGAN BAHASA,
    BAHASA ALLAH MENZAHIRKAN KEIMANAN.

    BERFIKIR DULU SEBELUM BERBAHASA,
    TERSALAH BAHASA MENGUNDANG LUKA;
    ZAHIRKAN KEIMANAN DALAM BERBAHASA,
    AGAR BUKU AMALAN DITERIMA TIDAK BERDUKA.

    MASA HIDUP BERBAHASA IKUT SUKA,
    RAMAI YANG TERSAKITI MERANA HATI,
    WAJAH BERSERI TERUS MENCUKA,
    DIPENDAM DUKA DI DALAM HATI.

    SETIAP DIKATA AKAN DICATAT,
    MALAIKAT MENCATAT PENUH TAAT,
    YANG BAIK TERUS DICATAT,
    YANG JAHAT JUGA DICATAT.

    SELAGI BERKATA SELAGI ITU DICATAT,
    DALAM BUKU AMALAN SETIAP HAMBA-NYA,
    BERUNTUNGLAH HAMBA-NYA YANG TAAT,
    YANG ENGKAR PASTILAH MENYESAL AKHIRNYA.

    ALLAH BERIKAN KITA AKAL BUAT PILIHAN,
    BAHASA MENGUNDANG PAHALA ATAU DOSA,
    KITA AMALKAN BAHASA MENDATANGKAN IMAN,
    MOGA DIRAHMATI ALLAH DIBALAS SYURGA.

    AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN

    RATU RIMBA NIAGARA
    27 Ramadhan 1434H
  • Ratu Rimba Niagara UKHUWAH SYURGA MEWANGI DI HATI

    DALAM HATI ADA TAMAN,
    TAMAN KASIH BERBUNGA IMAN,
    NIAT HATI MENCARI TEMAN,
    TEMAN BAIK LAGI BERIMAN.

    TEMAN BAIK LAGI BERIMAN,
    MENGANGGAP TEMAN AHLI SYURGA,
    BILA BERKATA MENDATANGKAN IMAN,
    ITU LAMBANG TEMAN BERHATI SYURGA.

    SESAMA KITA MENGANGGAP AHLI SYURGA,
    ADAP DAN SANTUN BILA BERBICARA,
    KEPADA SEMUA SILATURAHMI TERJAGA,
    TERPADAMLAH SEGALA DENDAM MEMBARA.

    SUASANA SYURGA INDAH SEKALI,
    TIADA TANDINGAN DI DUNIA INI,
    AHLI SYURGA SENTIASA MENSYUKURI,
    MENDAPAT NIKMAT YANG ALLAH BERI.

    AHLI SYURGA SENTIASA MEMBERI SALAM,
    SALAM SEJAHTERA SESAMA AHLI,
    SENYUMAN TERUKIR KEINDAHAN SALAM,
    MEMBERI MENJAWAB SALAM KEHEBATAN SYURGAWI.

    AHLI SYURGA TIADA BERPERASANGKA,
    SALING HORMAT MENGHORMATI MENJAGA HATI,
    PADAH MENGUNDANG JIKA SUKA PRASANGKA,
    AKAN TERJADI SALING MENYAKITI HATI.

    BILA HATI SALING MENYAKITI,
    PASTI UKHUWAH RETAK SERIBU,
    HILANG SEGALA BAIK DAN BUDI,
    MASYA-ALLAH RUGINYA JIKA BEGITU.

    SEMUANYA LAYAK MENJADI AHLI SYURGA,
    ASALKAN ADA SIFAT-SIFAT YANG ALLAH SUKA,
    MARILAH KITA BERAZAM MENJADI AHLI SYURGA,
    SALING MENTARBIYAH AGAR SYURGA PUN SUKA.

    AHLI SYURGA SUKA MEMBERI SALAM,
    AHLI SYURGA SUKA SALING BERMAAFAN,
    AHLI SYURGA SUKA SEGALA AMALAN,
    AMALAN SOLEH YANG ALLAH NILAIKAN.

    KU BERI SALAM PADA SEMUA,
    AHLI SYURGA YANG ADA DI DUNIA MAYA,
    KUMOHON MAAF PADA SEMUA,
    ATAS SEGALA KEKHILAFANKU DI DUNIA MAYA.

    "SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATHIN"

    DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,

    SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
    RATU RIMBA NIAGARA
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    3 Syawal 1434H
    10 Ogos 2013M

    Like · · Unfollow Post · 11 hours ago
    Seen by 1

    Dtk Seri Ab Latiff Menarik-indah puisi ini. Salam Aidil-fitri dari DS utk semua.
    10 hours ago · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara Saling menghargai itulah sahabat sejati,
    Senyuman terukir membawa seribu rahmat,
    Kita bersahabat saling menjaga hati,
    Hidup dan mati mendapat berkat.
    8 hours ago · Unlike · 1
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN PERTAHANKAN INSTITUSI DIRAJA MELAYU NUSANTARA!

    Tangan berjabat senyuman terukir,
    Terjalin sudah ikatan dua negara; 
    Dunia bersorakkan kedamaian terukir,
    Ikatan raja dan rakyat sentiasa mesra.

    Senyuman terukir seikhlas hati,
    Nampak menawan mendamaikan jiwa;
    Pengorbanan raja sentiasa disanjungi,
    Dihargai sepenuh jiwa dan raga.

    Raja adil Raja berdaulat,
    Disanjungi rakyat di mana berada;
    Raja berjasa sentiasa didaulat,
    Karena pengorbanan Raja rakyat sejahtera.

    Rakyat sayangkan Institusi DiRaja,
    Raja pertaruhkan nyawa demi kemerdekaan;
    Lambang kasihnya Raja kepada rakyatnya,
    Makanya Institusi DiRaja akan dipertahankan.

    Tiada Raja tiada negara,
    Tiada negara tiada rakyat;
    Bersatu hati demi negara,
    Majulah negara demi rakyat.

    Walaupun sejarah telah lama ditinggalkan,
    Tapi sejarah tidak akan dilupakan;
    Makanya jasa bakti Raja tidak akan dilupakan,
    Dunia akhirat mendapat ganjaran.

    Raja dan rakyat bersatu hati,
    Saling faham memahami;
    Berkorban demi rakyat dikasihi,
    Ikatan raja dan rakyat kekal di hati.

    Rakyat hargai raja,
    Raja hargai rakyat;
    Saling menghargai jasa,
    Demi negara dan rakyat.

    Negara aman rakyat sejahtera,
    Institusi DiRaja sentiasa didaulatkan;
    Dipertahankan hingga ke akhirnya,
    Agar sejarah kesultanan melayu dimartabatkan.

    Sejarah kesultanan melayu dimartabatkan,
    Akan majulah bangsa melayu di seluruh dunia;
    Raja melayu sentiasa didaulatkan,
    Negara asing memartabatkan jua.

    Dunia melayu dunia kita,
    Rumpun nusantara melayu;
    Bersatu hati untuk Raja kita,
    Raja kita memartabatkan hak melayu.

    Hak melayu hak rumpun nusantara,
    Saling mempertahankan demi melayu;
    Sumpah Hang Tuah kian membara,
    Pertahankan Institusi DiRaja melayu.

    Selagi nyawa di kandung badan,
    Akan dipertahankan Institusi DiRaja;
    Karena itu lambang perpaduan,
    Raja dan rakyat berpisah tiada.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    1 Syawal 1434H
    8 Ogos 2013M

    (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA/SASTRA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    1 Syawal 1434H
    8 Ogos 2013M
    Yesterday at 6:04pm · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara GONG ISTANA AKAN BERGEMA

    Pangeran Adipati Agong:

    kentung sudahpun dipalu
    sekian alam berserta sama
    gong istana akan bergema
    penantian kini sudah tiba kedatangannya RAJA

    Panglima Daek ALLAH HU AKBAR!! 3x

    Raja Sabrie Palakka Alhamdulillah.. syukur

    Ratu Rimba Niagara
    Penantian sudahlah lama,
    Kedatangan Raja dipalu;
    Bergemalah gong istana ,
    Menandakan Raja ditunggu.
    6 hours ago · Like · 2

    Ratu Rimba Niagara
    Gong istana bergema,
    Dipalu penuh gembira;
    Disambut syukur dirasa,
    Raja & rakyat berpisah tiada.

    Sultan Hussin kentong sudah berbunyi Alam semesta Alam hanya menanti keagongan Tuhan yg maha esa tinggal menanti Hadir nya Raja Sekelian Alam Allahu Akbar X 33

    Mohd Rusdy Rusli Pssjrm
    gong kerabat gong pusaka,
    dipalu oleh kerabat baginda,
    daulat keramat keagonggan raja,
    7 paluan bergema rakyat sejahtera.

    Ratu Rimba Niagara
    Daulat keramat keagongan raja,
    7 paluan bergema rakyat sejahtera,
    Kesetiaan rakyat berarti pada raja,
    Raja adil rakyat sejahtera selamanya.

    MaharajaPancung Pancar Temasik
    Selamat bertahkta tapi jangan sekali bermaharajalela...ingat Surah AlKahfi Ayat 83-98..Raja Pilihan ALLAH..utk manusia yg bertaraf Raja contohi

    (PETIKAN DARIPADA GROUP WALL MAJLIS PANGKUAN DIRAJA MELAYU ISLAM NUSANTARA & RATU RIMBA NIAGARA)
    1.12.2012
    July 31 at 7:13pm · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara MARILAH BERSAMA BETA SUSAH SENANG KITA BERSAMA

    TUANKU DIRAJA NUSANTARA BERJIWA KEPERWIRAAN
    DEMI AGAMA RAKYAT DAN NEGARA NUSANTARA AKAN
    DIPERJUANGKAN HINGGA KE TETESAN DARAH TERAKHIR...

    DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI

    RAKYAT BETA YANG DIKASIHI,
    MARILAH BERSAMA BETA;
    PERTAHANKAN BUMI NUSANTARA INI,
    SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

    BETA PERTARUHKAN NYAWA,
    DEMI RAKYAT NUSANTARA TERCINTA;
    INILAH TANDA CINTA BETA,
    PADA RAKYAT & NUSANTARA TERCINTA.

    TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI,
    DI BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
    KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI,
    AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.

    USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT,
    KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT;
    KERANA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT,
    BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.

    JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA,
    DARAH KITA WARNA YANG SAMA;
    BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA,
    SUSAH SENANG KITA BERSAMA.

    ANDAI KATA BETA DIJEMPUT ILAHI,
    JAGALAH BUMI BERTUAH NUSANTARA INI;
    AGAR DAPAT GENERASI WARISI,
    BARULAH TENANG DI SANA NANTI.

    KIRIMAN DOA AMAT DINANTI,
    JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI;
    ALAM BARZAH TEMPAT ABADI,
    SEMENTARA QIAMAT DATANGI.

    MOGA KITA BERTEMU LAGI,
    DI SYURGA NEGERI ABADI;
    SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI,
    DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KERABAT DI RAJA
    NUSANTARA & RAKYAT NUSANTARA TERCINTA)
    8 Muharram 2434H
    22 November 2012M
  • Ratu Rimba Niagara TAHTA UNTUK RAKYAT

    Jiwa seorang raja
    adalak untuk rakyat
    tiada difikirkan
    kepentingan sendiri

    tahta yang dimiliki
    hak rakyat
    bahagia rakyat
    bahagia raja
    derita rakyat
    terseksa raja

    harta yang dipunyai
    adalah harta rakyat
    diagih-agih
    pada rakyat
    memerlukan
    karna dia tahu
    harta
    yang diberikan
    itulah
    harta sebenarnya
    milik abadi
    dibawa pulang
    ke negeri abadi

    tahta raja
    bukan untuk
    kemegahan
    kebanggaan
    untuk
    direbut-rebut
    kekuasaan
    tapi
    yang ada
    dijiwa raja
    tahtanya
    adalah untuk
    berbakti pada
    rakyat sepenuh
    jiwa dan raga
    karna
    jika salah
    gunakan tahta diRaja
    akan dipertanggungjawabkan
    kepada Yang Maha Berkuasa
    Daripada Segala Yang Berkuasa
    Raja Segala Raja,
    Yang Menguasai
    Hari Pembalasan
    Allah Robbul Idzatii

    tahta raja
    adalah untuk rakyat
    karna
    jiwa dan raganya
    dipikiran
    rakyat...rakyat...rakyat...
    mahukan rakyat hidup
    sejahtera
    di bumi bertuah SeNusantara
    karna itu
    tahta raja adalah untuk rakyat
    SeNusantara tercinta
    dan demi rakyat
    bukan setakat tahta
    diberikan untuk rakyat
    malah nyawanya
    menjadi taruhan
    untuk rakyat
    SeNusantara tercinta...

    Itulah raja dambaan rakyat
    yang mahu dimartabatkan oleh
    seluruh rakyat SeNusantara
    biarpun nyawa jadi taruhan
    demi raja berjiwa hamba
    ALLAH ROBBUL IDZATII

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    8 Muharram 1434H
    22 November 2012M
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIAGARA)
4 Syawal 1434H
11 Ogos 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;