You and 1,488 others like this.- Ratu Rimba Niagara TAKBIR RAYA AIDIL FITRI KEAGUNGAN HANYA UNTUK ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA UNTUK-MU
YA ALLAH JADIKANLAH AKU ROH SUCI YANG KAU MAHUKAN YANG AKU DAMBAKAN
TAKBIR RAYA AIDIL FITRI KE-ANGUNGAN HANYA UNTUK ALLAH
TUHAN SEKALIAN ALAM
TUJUH PETALA LANGIT
TUJUH PETALA BUMI
BERGEMA LANTUNAN
TAKBIR RAYA AIDILFITRI
HARI KEMENANGAN HAMBA-NYA YANG BERPUASA
TAKBIR RAYA AIDIL FITRI
DARI ARASY ALLAH SWT
HINGGA SELURUH ALAM
TAKBIR AIDILFITRI
DILAFAZKAN DENGAN PENUH KEINSAFAN RATAPAN
MENDAYU-DAYU....SAYU...SYAHDU...HIBA....
BETAPA HANYALAH ALLAH SEGALA PERGANTUNGAN HIDUP DAN MATI MENGAKU SEPENUH HATI TIADA TUHAN LAIN YANG DISEMBAH MELAINKAN DIA
ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKABAR....ALLAHU AKBAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR YANG TERAMAT BESAR
SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TERAMAT BANYAK
MAHA SUCI ALLAH WAKTU PAGI DAN PETANG
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
DAN TIADA LAIN YANG KAMI SEMBAH KECUALI DIA
KAMI IKHLAS KEPADA-NYA
MESKIPUN DIBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH YANG MAHA ESA
YANG MENEPATI JANJI-NYA
YANG MENOLONG HAMBA-NYA
DAN YANG MEMULIAKAN TENTERA-NYA
DAN DIA TELAH MENGHANCURKAN SEMUA KUMPULAN (PENENTANG)
DENGAN KEKUASAAN-NYA
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
ALLAH MAHA BESAR
SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA BAGI ALLAH"
YA ALLAH DI PAGI SYAWAL PENUH BERKAT INI
KAU AMPUNKAN AKU
KAU TERIMALAH TAUBATKU
SESUNGGUH-NYA AKU HAMBA-MU YANG HINA TAMPA PENGAMPUNAN DARI-MU
YA ALLAH JADIKANLAH AKU HAMBA-MU
DI MANA DARI AWAL KEJADIAN AKU ADALAH ROH SUCI PENUH TUNDUK TAWAUDUK
MAHU MENJADI HAMBA-MU YANG PATUH DAN TAAT KEPADA SEMUA PERINTAH-MU MENGAKU SEBENAR-BENAR MENGAKU KAU ADALAH TUHANKU TIADA TUHAN LAIN SELAIN ENGKAU...HANYA ENGKAU SAHAJA YANG LAYAK DISEMBAH MAKA DARI ITU AKU MAHU MENJADI HAMBA-MU SEPERTI KEJADIAN ASALKU
ROH SUCI YANG TAWAUDUK
YA ALLAH YANG MAHA MEMAKBULKAN SEGALA PERMINTAAAN
WUJUDKANLAH ROH SUCI KEJADIAN ASALKU DIJIWAKU YANG MASIH BERNAFAS INI SEHINGGALAH NAFAS TERAKHIRKU NANTI KAU TERIMALAH AKU SEBAGAI ROH SUCI YANG TENANG LAGI KAU REDHAI ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR SEGALA PUNYA HANYALAH UNTUK-MU
KAU MAHA MENEPATI JANJI
MAKANYA JADIKANLAH AKU ROH SUCI YANG KAU MAHUKAN DAN AKU DAMBAKAN TIADA APA YANG KUINGINI DI DUNIA INI LAGI HANYALAH MAHU KE JALAN-JALAN-MU
ITU SAJALAH YANG MENENANGKAN JIWAKU DI KALA INI
SUMPAH SETIA ROH SUCI
ITULAH YANG HENDAK KUPASAKKAN
DI JIWA DI KALBU AGAR AKU BENAR SEBENAR IKHLAS MENGOTAKAN SUMPAH SETIAKU PADA-MU
BIARPUN DIBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR
AKU TETAP MENGAJAK TENTERA-TENTERA-MU
BERJUANG BERMATI-MATIAN UNTUK MENYEBAR LUASKAN AGAMA SUCI-MU DI SERATA BENUA BUMI-MU INI.....DI MANA MANUSIA BERHIDUP DI SITULAH
TENTERA-TENTERA-MU AKAN MEMPERJUANGKAN-MU
AGAR SEMUA MANUSIA DI BUMI INI TAKUT DENGAN-MU
AKUR DENGAN PERINTAH-MU
MEMBESARKAN-MU
MENG-AGUNGKAN-MU
DI SEBILANG MASA DAN KETIKA
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR
SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA UNTUK-MU
KAU MAKBULKAN SEGALA DOA YANG KUPINTA
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
.........................................................
(HAMBA-MU YANG KERDIL DI SISI-MU)
1 Syawal 1434H
8 Ogos 2013M
· - Ratu Rimba Niagara SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT KESULTANAN INDRAPURA
MOGA DIRAHMATI ALLAH SWT DAN DITERIMA SEGALA AMALAN SOLEH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATHIN
UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
1 Syawal 1434H
8 Ogos 2013M - Ratu Rimba Niagara SALAM SYAWAL BUAT SEMUA
Salam Syawal buat sahabatku,
Kukirimkan jutaan ampun di angin lalu;
Salah tutur bicara maafkan daku,
Biarpun di pagi Syawal kita tak ketemu.
Di pagi Syawal kita tak ketemu,
Bersama sanak saudara bermaaf-maafan;
Takbir di pagi Aidilfitri mendayu-dayu,
Buat hatiku terharu sendu sendan.
Hatiku terharu sendu sendan,
Teringatkan permergiaan keluarga tercinta;
Kubacakan Yassin di kuburan,
Pengubat rindu buat mereka yang tiada.
Pengubat rindu mereka yang tiada,
Moga dicucuri rahmat roh yang tercinta;
Moga Allah ampunkan segala dosa,
Menerima segala amalan ketika hidupnya.
Pergi ke masjid berwangi-wangian,
Bertakbir Raya Di Aidilfitri;
Takbir Raya didengar penuh penghayatan,
Kesyahduan takbir menusuk hati.
Takbir Raya menusuk hati,
Air mata mengalir meninggalkan Ramadhan;
Pergi Ramadhan selalu dirindui,
Moga berjumpamu lagi di tahun hadapan.
Wajah berseri-seri pakaian serba baru,
Meraikan Syawal penuh kesyukuran;
Pelbagai juadah untuk tetamu,
Bersalam salaman penuh keceriaan.
Bersalam-salaman penuh keceriaan,
Saling bermaaf-maafkan di antara kita;
Mengundang rahmat dari Tuhan,
Dosa tersimpan terampun buat hatiku lega.
Sambil bersalaman bermuhasabah diri,
Jangan diulangi kesilapan lalu;
Tutur bicara perlu dikaji,
Agar ianya tidak memakan diri.
Selesai bersalaman kita dijamu juadah,
Pelbagai jenis terhidang sudah;
Semuanya ramah tamah,
Di pagi Syawal sememangnya indah.
Senyuman Syawal semanis kurma,
Kedatangan Syawal dari Tuhan untuk hambaNya;
Moga amalan kita diterimaNya,
Berkat kesabaran menahan segala cabarannya.
Senyuman Syawal semanis kurma,
Senyuman hambaNya mengundang keberkatan;
Bermaafan kita dalam redhaNya,
Bertalisiraturrahim penuh keberkatan.
Moga Allah cucuri rahmat kepada kita semua,
Begitu juga setelah mati mendapat rahmatNya;
Syukurku kita bertalisiraturrahim di alam maya,
Bertukar pandangan berkongsi ilmu demiNya.
Selamat Aidilfitri kepada semua sahabatku,
Salah dan silap harap maafkan daku;
Mana tahu ada tutur kataku yang menguriskan hatimu.
Kuhulurkan salam memohon maaf darimu.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
26 Ramadhan 1434H
4 Ogos 2013M - Ratu Rimba Niagara JANGAN PENTINGKAN DARJAT DAN PANGKAT SAMPAI MATI
BAHASA ALLAH MENZAHIRKAN KEIMANAN
CANTIK BUDI INDAH BAHASA,
BAHASA MELAYU PENUH SANTUN;
KITABULLAH TIADA TANDINGAN BAHASA,
BAHASA ALLAH MENZAHIRKAN KEIMANAN.
BERFIKIR DULU SEBELUM BERBAHASA,
TERSALAH BAHASA MENGUNDANG LUKA;
ZAHIRKAN KEIMANAN DALAM BERBAHASA,
AGAR BUKU AMALAN DITERIMA TIDAK BERDUKA.
MASA HIDUP BERBAHASA IKUT SUKA,
RAMAI YANG TERSAKITI MERANA HATI,
WAJAH BERSERI TERUS MENCUKA,
DIPENDAM DUKA DI DALAM HATI.
SETIAP DIKATA AKAN DICATAT,
MALAIKAT MENCATAT PENUH TAAT,
YANG BAIK TERUS DICATAT,
YANG JAHAT JUGA DICATAT.
SELAGI BERKATA SELAGI ITU DICATAT,
DALAM BUKU AMALAN SETIAP HAMBA-NYA,
BERUNTUNGLAH HAMBA-NYA YANG TAAT,
YANG ENGKAR PASTILAH MENYESAL AKHIRNYA.
ALLAH BERIKAN KITA AKAL BUAT PILIHAN,
BAHASA MENGUNDANG PAHALA ATAU DOSA,
KITA AMALKAN BAHASA MENDATANGKAN IMAN,
MOGA DIRAHMATI ALLAH DIBALAS SYURGA.
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
RATU RIMBA NIAGARA
27 Ramadhan 1434H
5 Ogos 2013M - Ratu Rimba Niagara KITA LAHIR KE DUNIA BERGELAR KHALIFAH ALLAH AZZAWAJALLAH
Kita lahir kedunia ini tanpa apa-apa
Mati pun tanpa apa-apa
Cuma kain putih pembalut jasad yang kaku bakal dimakan ulat-ulat
Cantik. tanpan. berdarjat, berpangkat, jutawan, miskin kaya
Semuanya bakal bergelar tengkorak
Jadi mana perginya darjah dan pangkat kita
Itu yang kita paham pada pemahaman mata kasar
Jika kita paham dengan pahaman mata hati
Kita lahir ke dunia ini tanpa apa-apa
Mati cuma kain putih bukan kain kuning pembalut jasad
Kalau mahukan kain kuning juga kerana mahu jaga darjat silakan
Tak sapa pun nak melarang kerana kita pencinta adat kekuningan
Kafan kuning ke kafan putih ke
Yang bakal ditanya di alam barzah nanti
Adakah kita pasti dapat menjawabnya kelima-lima soalan kubur
Tapi gimana kita hendak menjawab soalan kubur jika
Semasa hidup tidak menjadi amalan hidup kita.
Yang kita tahu hari-hari
aku keturunan diraja
aku keturunan bangsawan
aku kaya raya
makanya semua mesti hormat aku
semua kata-kata mesti didengar
simiskin ini padaku
hanyalah hama membawa hina padaku
ALLAHU AKBAR!
sampai begitu sekali hinanya si miskin pada pandangan yang berdarjat
Duhai yang gilakan darjat
Adakah darjatmu itu dapat membantu rakyatmu
Sedangkan darjatmu belum lagi dimartabatkan oleh rakyatmu
Jangan kerana gilakan darjatmu itu hinggakan rakyat tak mahu mengitirafkanmu
Apa guna ada darjat tak ada kuasa untuk membela rakyat
Seperti harimau hilang taringnya
Apa guna ada harta bertimbun tapi untuk ditimbunkan ke kubur saja
Manusia dialhirkan di dunia ini memang tak ada apa-apa
Dengan izin-NYa diKurniakan darjat
Terus dimartabatkan rakyat
Terus mahu menjadi pengabdi rakyat membela rakyat semampu daya
Rezeki yang diberi melimpah ruah terus diagih-agihkan kepada rakyat
Yang memerlukan tanda syukur
Itulah darjat yang berkuasa
Yang ada taring untuk membela rakyat dan membantu
Itulah darjat yang mahu dimartabatkan oleh rakyat
Nyawa jadi taruhanpun sanggup rakyat pertaruhkan
Itulah tanda Kebesaran Tuhan mengurniakan hamba pilihan-NYa
berdarjat tapi untuk menjadi hamba-Nya sebagai khalifah di muka bumi ini
bukan sebagai pengabdi darjat membanggakan diri sendiri sampai mati.
Duhai rakyat sekalian
Mana satukah pilihan kalian
Orang yang berdarjat untuk kepentingan sendiri
Atau orang yang mahukan darjat tapi untuk kepentingan rakyat jelata
Kunantikan jawapan darimu ok
Kalau tak nak jawab kamu tak akan membaca karyaku lagi
Serius ni dong....
'SELAMAT AIDILFITRI HARI KEMENANGAN ORANG YANG BERPUASA'
'MAAF ZAHIR DAN BATHIN'
RATU RIMBA NIAGARA
27 Ramadhan 1434H
5 Ogos 2013M - Ratu Rimba Niagara MAAF DIPINTA SEBAGAI PENEBUS SOALAN KUBURKU NANTI
MANUSIA ITU TIDAK PERNAH SEMPURNA
SEBAB ITU TUHAN MAHA PENGAMPUN
MOGA KITA SENTIASA TARBIYAHKAN DIRI KITA SENDIRI
TAKUT-TAKUT TAK SEMPAT MEMINTA MAAF KEPADA RAKAN-RAKAN...KERANA RASA TAK SEMPURNA MAKANYA SEMPENA SYAWAL KUMINTA MAAF PADA SEKALIAN RAKAN ALAM MAYAKU SAMADA BERDAJAT ATAU TIDAK.TAKUT-TAKUT TAK LEPAS NAK JAWAB SOALAN KUBUR SIAPAKAN SAUDARA KAMU DUHAI MAYAT? NAUZUBILLAHMINDZALIK.
KU MINTA MAAF SEGALA KEKHILAFANKU PADA KALIAN YA YANG MENGENALI SASTERAKU ATAU PUN TIDAK. MAAF SEBAGAI PENEBUS SOALAN KUBUR KU NANTI.
RATU RIMBA NIAGARA
27 Ramadhan 1434H
5 Ogos 2013M - Ratu Rimba Niagara SELAMAT TINGGAL RAMADHAN MOGA ALLAH SWT TERIMA AMALAN KITA AAMIIN
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
DALAM PENUH KEHIBAAN
AKU MENANGIS MERATAPI NASIB DIRI
ADAKAH AMALAN KU DITERIMA ATAU DITOLAK ALLAH SWT
JIKA DITERIMA BERBAHAGIALAH AKU DUNIA AKHIRAT
JIKA DITOLAK PASTILAH MERANA AKU
HIDUP DI DUNIA INI SERASA KOSONG...KOSONG TANPA MAKNA
HENDAK KUTUNGGU RAMADHAN DI TAHUN HADAPAN
ENTAH KAN ADA
ENTAHKAN TIDAK
MANALAH TAHU INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIRKU
ALLAHU AKBAR MERANALAH AKU JIKA RAMADHANKU
TIDAK SUDI BERKAWAN DENGANKU LALU ALLAH MENOLAK AMALANKU...
ALLAHU AKBAR
SELALU KUBAYANGKAN AKU SEMPAT MELAKUKAN SEGALA KEBAIKAN WALAUPUN SEDIKIT ASALKAN ALLAH TERIMA
LEBIH-LEBIH LAGI DI MALAM LAILATUL QADAR
AKU MENULIS TERUS MENULIS
MUHASABAH DIRIKU MENGINSAFI DIRIKU
ADAKAH AMALANKU DITERIMA OLEH ALLAH SWT
ALLAHU AKBAR ALANGKAH BAHAGIANYA
JIKA AKU MENULIS DI KALA ITU ADALAH MALAM LAITUL QADAR
JIKA ALLAH TERIMA SEOLAH AKU MENULIS SERIBU BULAN BERSAMAAN 80 TAHUN ...DIKIRA BUKAN 80 TAHUN DI DUNIA 80 TAHUN DI AKHIRAT...SEDANGKAN 1 HARI DI AKHIRAT SAMA DENGAN JUMLAHNYA 1000 TAHUN DI DUNIA...ALLAHU AKBAR
YA ALLAH KERANA-MU AKU MENULIS
MENULIS TENTANG-MU AGAR AKU TERTABIYAH DENGAN AJARAN-MU DAN LAMBANG KASIH SAYANGKU PADA RASULULLAH KEKASIH-MU DAN PENULISANKU ITU AKU KONGSIKAN/BAGIKAN DENGAN RAKAN-RAKAN ALAMMAYAKU ...AGAR MEREKA JUGA SAMA SEPERTIKU MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU DALAM DOSA TERAMPUN DAN JIWA YANG TENANG LAGI KAU REDHA REDHOI...ITULAH YANG AKU DAMBAKAN DAN SEMUA HAMBA-MU HARAPKAN YA ALLAH
MAKANYA TERIMALAH AMALANKU ...TERIMALAH AMALAN KELUARGAKU...TERIMALAH AMALAN SAUDARA SEISLAMKU DAN SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU...
JADIKANLAH KAMI SATU PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM YANG IKHLAS SALING BANTU MEMBANTU DEMI MERAIH RAHMAT KASIHMU SEHINGGA AKHIR NAFAS KAMI DAN SEHINGGA DI HARI PEMBALASAN NANTI AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
........................................................
hamba Allah yang kerdil di hadapan-Nya
27 Ramadhan 1434H
5 Ogos 2013M
Optio - Ratu Rimba Niagara SALAM SYAWAL NAN INDAH DI PAGI AIDIL FITRI 1434H
SALING MEMAAFKAN KITA SAUDARA SEISLAM
AGAR TALIAN SIRATURRAHIM SENTIASA MEWANGI
SEWANGI AMBAR KASTURI
MOGA SENYUMAN SYURGA MENANTI DI PAGI SYAWAL NAN INDAH DENGAN TAKBIR RAYA MENG-AGUNGKAN NAMA ILAHI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
SALAM SILATURRAHIM
SALAM AIDILFITRI
SALAM SAMPAI KE KUBUR
SALAM SAMPAI KE SYURGA
"SELAMAT AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATHIN'
LAFAZ TULUS IKHLAS DARIPADA,
RATU RIMBA NIAGARA
1 Syawal 1434H
8 Ogos 2013M
a few seconds ago · Unlike · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL KESULTANAN INDRAPURA &
RATU RIMBA NIAGARA)
1 Syawal 1434H
8 Ogos 2013M - Ratu Rimba Niagara KAU SAHABAT DUNIA AKHIRATKU
Sahabatku...
Kita pernah bersahabat
Tapi cuma di alammaya
Biarpun sekadar alammaya
Tapi ianya penuh dengan kata-kata penuh makna
Yang tersurat dan tersirat
Sahabatku....
Biarpun ku tak dengar suaramu... kau tak dengar suaraku
Tapi kita sering berbicara melalui bahasa roh tanpa suara
Bahasa halus bahasa rohani
Sahabatku...
Mana mungkin bahasa rohani
Saling menyakiti tersakiti hati
Jika ada bererti itu bukan bahasa hati nurani
Itu adalah kekhilafan kita sendiri
Sengaja menyakiti dan tersakiti
Itu bererti roh kita harus diubati segera
Barangkali hati kita masih berjerubu dengan kedengkian khianat
Ego dengan kesempurnaan diri yang ada
Jika sikap itu ada pada diriku tegurlah aku segera
Dengan bahasa yang paling berhikmah agar aku tersedar
Dari kekhilafanku dalam berbahasa berbisa-bisa.
Sahabatku...
Tidak pernah terfikirpun di kamus hidupku
Kau akan hadir dalam kamus hidupku
Biarpun sekadar sahabat di alammaya
Kerana itu semua sudah diaturkan oleh Tuhan
Aku amat menghargai setiap sahabat yang hadir
Dalam senarai alammayaku...
Sebagai rakan fb ataupun sebagai rakan grup
Semuanya aku hargai tanpa terkecuali
Sahabatku...
Kita pernah juga berpisah sebagai rakan fb
Atas kesibukkanmu barangkali
Kau tidak memperdulikan karya-karyaku yang bersiaran
Sebagai rakan fbku adalah suatu kewajiban mereka
Memberi komentar pada karya-karyaku bersiaran
Bukanlah bererti semua karyaku mesti diberi komentar
Memadailah apa yang termampu
Sahabatku...
Tahukah kau aku bukanlah pentingkan
Ramainya kawan fbku
Aku pun tak boleh mengambil rakan fb terlalu ramai
Ianya sangat terhad ....memandangkan
Ingin memberikan tumpuan kepada dunia karyaku
Yang mana tidak aktif sejujurnya aku minta maaf
Bukan sengaja aku mahu berpisah tapi ingin
Memberi peluang kepada yang benar-benar
Ikhlas mendukung/menyokong dunia karyaku
Moga sahabat sudi faham akan dunia sasteraku
Moga sahabat sudi maafkan aku andainya
Kerana sastera kita berpisah
Kerana satera kita bersahabat
Sahabatku....
Apapun sahabatku terima kasih kerana sudi
Menjadi sahabatku di kala susah senangku
Memperjuangkan sastera yang kuminati ini
Sahabatku...
Sempena Menyambut AidilFitri
Ku susun sepuluh jari memohon maaf
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
Jika dalam bersastera terlalu banyak kekhilafanku
Pada semua sahabatku
Samada yang pernah menjadi sahabatku
Tolong maafkan aku tolong sudi memahami duniaku
Jangan disalah anggapkan akan persahabatan kita
Percayalah persahabatan kita
Walaupun saling tersakiti luka melukai
Tapi di hati ini masih seperti dulu
Tetap menganggapmu sahabatku sampai kapanpun
In Shaa Allah biarpun kita tidak ketemu di alam realiti
Kita ketemu did Syurga Firdausi
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Sahabat Alammayamu,
Ratu Rimba Niagara
1 Syawal 1434H
8 Ogos 2013M - Ratu Rimba Niagara UKHUWAH SYURGA MEWANGI DI HATI
DALAM HATI ADA TAMAN,
TAMAN KASIH BERBUNGA IMAN,
NIAT HATI MENCARI TEMAN,
TEMAN BAIK LAGI BERIMAN.
TEMAN BAIK LAGI BERIMAN,
MENGANGGAP TEMAN AHLI SYURGA,
BILA BERKATA MENDATANGKAN IMAN,
ITU LAMBANG TEMAN BERHATI SYURGA.
SESAMA KITA MENGANGGAP AHLI SYURGA,
ADAP DAN SANTUN BILA BERBICARA,
KEPADA SEMUA SILATURAHMI TERJAGA,
TERPADAMLAH SEGALA DENDAM MEMBARA.
SUASANA SYURGA INDAH SEKALI,
TIADA TANDINGAN DI DUNIA INI,
AHLI SYURGA SENTIASA MENSYUKURI,
MENDAPAT NIKMAT YANG ALLAH BERI.
AHLI SYURGA SENTIASA MEMBERI SALAM,
SALAM SEJAHTERA SESAMA AHLI,
SENYUMAN TERUKIR KEINDAHAN SALAM,
MEMBERI MENJAWAB SALAM KEHEBATAN SYURGAWI.
AHLI SYURGA TIADA BERPERASANGKA,
SALING HORMAT MENGHORMATI MENJAGA HATI,
PADAH MENGUNDANG JIKA SUKA PRASANGKA,
AKAN TERJADI SALING MENYAKITI HATI.
BILA HATI SALING MENYAKITI,
PASTI UKHUWAH RETAK SERIBU,
HILANG SEGALA BAIK DAN BUDI,
MASYA-ALLAH RUGINYA JIKA BEGITU.
SEMUANYA LAYAK MENJADI AHLI SYURGA,
ASALKAN ADA SIFAT-SIFAT YANG ALLAH SUKA,
MARILAH KITA BERAZAM MENJADI AHLI SYURGA,
SALING MENTARBIYAH AGAR SYURGA PUN SUKA.
AHLI SYURGA SUKA MEMBERI SALAM,
AHLI SYURGA SUKA SALING BERMAAFAN,
AHLI SYURGA SUKA SEGALA AMALAN,
AMALAN SOLEH YANG ALLAH NILAIKAN.
KU BERI SALAM PADA SEMUA,
AHLI SYURGA YANG ADA DI DUNIA MAYA,
KUMOHON MAAF PADA SEMUA,
ATAS SEGALA KEKHILAFANKU DI DUNIA MAYA.
"SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATHIN"
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,
SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
3 Syawal 1434H
10 Ogos 2013M
PATUH DAN TAAT KEPADA-MU , MENGAKU TIADA TUHAN LAIN YANG LAYAK DISEMBAH KECUALI ENGKAU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
0 comments:
Post a Comment