Saturday, 10 August 2013

TEATER BANGSAWAN DIRAJA, 'BICARA TUAH UNTUK DIHADAMI' (3)




  • PERWIRAKU BERJUANGLAH DIKAU HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR...MOGA SYAHIDLAH TEMPATMU AAMEEN.
    By: Ratu Rimba Niagara
    22 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara TITAH RAJA SENTIASA TERJUNJUNG UNTUK DILAKSANAKAN

    You, Sri Pemangku Adat and 4 others like this.

    Ratu Rimba Niagara BIARPUN ILMU PERSILATAN DITAKLUKI TAPI TIDAK PERNAH WUJUD RASA UNTUK MEMBANGGAKAN DIRI TETAP BERADAT DAN BERADAP. TITAH RAJA SENTIASA TERJUNJUNG UNTUK DILAKSANAKAN.
    July 31 at 5:57pm · Like · 1

    Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara jika seseorang Gelar Darjat Penggawa @ Penghulu Adat Istiadat bersikap sentiasa rendah diri dikalangan rakyat/masyarakat adat dan sentiasa taat setia kepada raja dan negaranya maka HARMONIlah hidup kita semua, amin ya allah.
    July 31 at 7:11pm · Like · 1

    Ratu Rimba Niagara DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA TERCINTA

    RAJA BERJIWA RAKYAT
    MENGUTAMAKAN RAKYAT
    MEMAHAMI PENDERITAAN RAKYAT
    MEMBANTU SELAGI DAYA DEMI RAKYAT
    TAK PERNAH SOMBONG PADA RAKYAT
    TIADA RAKYAT TIADA RAJA TIADA RAJA TIADA RAKYAT
    RAJA BERKORBAN UNTUK RAKYAT
    RAJA DIKASIHI RAKYAT
    RAKYAT OH! RAKYAT
    BETA SENTIASA BERSAMAMU RAKYAT
    CUMA YANG BETA MAHU PADA RAKYAT
    JANGAN PERNAH LUPA , BETA SENTIASA DI HATIMU RAKYAT
    SELAGI NYAWA BETA ADA BETA PERJUANGANKAN UNTUK MU RAKYAT
    AYUH KITA BERSAMA MERAIH KEGEMILANGAN DUNIA AKHIRAT
    AGAR KITA TIDAK MERANA DI AKHIRAT
    MAKA DARI ITU KITA BERSAMA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB BERAT
    RINGAN SAMA DIJINJING
    BERAT SAMA DIPIKUL 
    AMANAH DIJUJUNG
    PENGORBANAN DISANJUNG
    ITU AMALAN KITA
    BUDAYA MELAYU
    TAK PERNAH LUPA SEJARAH
    SEJARAH DIRAJA DIMARTABATKAN
    DEMI RUMPUN MELAYU NUSANTARA
    DEMI PEWARIS BANGSA
    TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
    ITU SUMPAH LAKSAMANA HANG TUAH
    TAAT SETIA HANG TUAH KEPADA RAJA
    RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI RAJA
    ASALKAN INSTITUSI DIRAJA DIHORMATI DISANJUNGI
    PANTANG PAHLAWAN MELAYU NUSANTARA
    MENJADI RAKYAT DERHAKA
    RELA NYAWA DIPERTARUHKAN
    DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA TERCINTA
    DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    25 Febuari 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAJA NOOR JAN SHAH PEWARIS KERABAT DIRAJA SULTAN MELAKA)

    (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
    August 1 at 12:39pm · Like · 1

    Ratu Rimba Niagara TERUSKAN PERJUANGANMU NUSANTARA DICINTAI

    Sekalung bintang emas diterima,
    Daripada Keraton Nusantara;
    Syukur Allahamdulillah dari-Nya,
    Berkat berbakti pada semua.

    Karang mengarang minat hamba,
    Bangsawan diRaja amat diminati;
    Dikarangkan penuh suka,
    Hingga tak ingat berhenti.

    Telah banyak kisah bangsawan diRaja,
    Hamba karangkan untuk rakyat dan Raja;
    Dengan harapan terealisasilah Institusi diRaja,
    Itulah matlamat dikarang bangsawan diRaja.

    Bahagia rasa hati matlamat tercapai,
    Bilamana dipentaskan dipertontonkan;
    Pada raja dan rakyat yang dikasihi,
    Dipanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.

    Pelbagai tema ditulis bangsawan diRaja,
    Agar rakyat tahu pengorbanan Raja;
    Menghormati menyanjungi institusi diRaja,
    Raja perlukan rakyat , rakyat perlukan Raja.

    Nusantara milik kita bersama,
    Negaraku negaramu seia sekata;
    Senada seirama merealisasikan bersama,
    Ke puncak jaya demi nusantara tercinta.

    Nusantara oh! nusantara tercinta,
    Bumi melayu adalah nusantara;
    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itulah sumpah Hang Tuah tercinta.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Jika melayu bersatu hati;
    Kikiskan budaya buruk sangka,
    Kita berusaha menyatukan hati.

    Andainya hari ini nafasku terhenti,
    Perjuangan jangan terhenti;
    Teruskan perjuanganmu nusantara dicintai,
    Barulah aman rohku di sana nanti.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    25 Febuari 2013

    PETIKAN DARIPADA WALL GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    1 Ogos 2013.
    August 1 at 12:43pm · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara BANGKITLAH SEMUA PAHLAWAN MELAYU DEMI FISABILILAH MEMBELA SAUDARA SEISLAMMU YANG DIZALIMI SYIAH TANPA EHSAN! 

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Bersatulah Melayu sedunia,
    Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

    Pendekar melayu menjadi sanjungan,
    Dulu kini dan selamanya;
    Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
    Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.

    Melayu sakit semuanya sakit,
    Kerana jiwa melayu berakar umbi;
    Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
    Itulah bukti melayu sudah satu hati.

    Melayu pencetus kebangkitan ummah,
    Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
    Pendekar melayu akan satukan ummah,
    Kerana mahu mati dalam fisabilillah.

    Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
    Anak jantan melayu pantang dicabar;
    Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
    Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

    Melayu hina melayu kepantang melayu,
    Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
    Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
    Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

    Melayu kuat kerana bersatu,
    Kutuk mengutuk hina menghina;
    Bukan jiwa pendekar melayu,
    Yang ada membela yang teraniaya.

    Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
    Raja sekarang selalu muafakat;
    Muafakat Raja bersama rakyat,
    Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

    Hulubalang sultan sedia berbakti,
    Pada raja berjiwa hamba-Nya;
    Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
    Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

    Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
    Raja dan rakyat saling menyanjungi;
    Kata sepakat semua rumpun melayu,
    Barulah mengundang Rahmat Kaseh Ilahi.

    Melayu oh! melayu
    Perwira oh! perwira
    Pahlawan oh! pahlawan
    Pendekar oh! pendekar
    Laksamana oh! laksamana
    Hulubalang oh! hulubalang

    Berjuanglah kalian
    Hingga ke titisan darah terakhir
    Fisabilillah lah kamu jangan jemu
    Syahidmu di medan juang
    Allah sayang padamu
    Syurga Firdausi tempatmu
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
    Syahid ke jalan-Nya
    Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
    Aku bangga denganmu
    Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
    Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
    Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR PENDEKAR MELAYU YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
    August 1 at 2:38pm · Edited · Like ·
  • Ratu Rimba Niagara SELURUH BENUA INI AKAN KURENJISKAN TINTA BERDARAH
    DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI

    JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
    JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
    HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
    DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.

    BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
    ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
    HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
    ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.

    AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
    MENENTANG MUSUH DURJANA;
    DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
    MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.

    JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
    DUHAI SEMUA PAHLAWAN NUSANTARA;
    KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
    SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NUSANTARA.

    NUSANTARA INI KITA YANG PUNYA,
    MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
    TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
    LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.

    BIARPUN BUMI NUSANTARA INI BERMANDIKAN DARAH,
    AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
    DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
    AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN NUSANTARAKU.

    SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
    TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NUSANTARA TERCINTA;
    KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
    MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA. 

    PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
    BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
    BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
    SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU.

    CUMA HARAPAN KU SATU,
    JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
    MELAYU ITU CUMA SATU;
    MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.

    MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
    MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
    BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
    KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PAHLAWAN NUSANTARA)
    August 1 at 2:55pm · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara PENDEKAR MELAYU TAK MUDAH MENGAKU KALAH

    Melayu hina melayu,
    Takkan kubiarkan;
    Kerana aku jiwa melayu,
    Kusahut segala cabaran.

    Melayu sentiasa hidup,
    Takkan kubiarkan diinjak-injak;
    Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
    Makanya bangsaku mestinya bijak.

    Pendekar melayu pantang dicabar,
    Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
    Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
    Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

    Sedikit ilmu badan binasa,
    Akan kusahut cabaranmu itu;
    Bertulangkan besi beruratkan suasa,
    Satu lawan satu aku sedang menunggu.

    Satu lawan satu itulah anak jantan,
    Pukulan maut takkan ku gentar;
    Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
    Biar apa terjadi jangan undur.

    Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
    Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
    Ingat pesanan guru jangan mengalah,
    Kerana pendekar melayu tak takut mati.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    9 Ogos 2012
    20 Ramadan 1433H
    (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
    July 31 at 7:23pm · Like · 1
  • Ratu Rimba Niagara AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG

    Tika aku terlantar parah begini...
    Mana pergi anak-anak muridku...
    Yang mengaku akan menuntut bela
    Darahku yang jatuh ke bumi
    Walaupun setetes!
    Ini bukan setetes...
    Tubuhku dipenuhi darah....
    Sesuka hati mereka
    Menetak ...menghentak
    Memukul ...menyepak terajangku
    Bukan aku tidak boleh melawan mereka
    Mereka terlalu ramai
    Kalau benar mereka anak jantan
    Kenapa tidak satu lawan satu?
    Biarpun begitu pantang
    Anak jantan lari di medan juang
    Biarpun mereka ramai
    Aku seorang
    Aku kerahkan segala tenaga kejantananku
    Hingga tak kuhiraukan
    Darahku merecik sana sini
    Lagi kuat hayunan parangnya
    Lagi kuat hayunan
    Sepak terajangku
    Karena mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
    Aku tidak bersenjata
    Karena
    Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
    Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
    Karena aku percaya
    Tuhan Mahu Mengujiku
    Karena adalah suratan takdirku
    Aku terima dengan redho
    Cuma jika dipanggil Ilahi
    Adakah anak-anak jantan melayu
    Di luar sana masih membisu dan kaku
    Aku tidak minta ditebus kematianku
    Tapi jagalah bangsa melayuku
    Agar tidak menerima nasib sepertiku
    Diserang hendap tanpa dugaku
    Dan pantang aku
    Bangsa aku ditindas dan tertindas
    Tanpa sebab musabab....
    Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
    Makanya bangsaku
    Kalau melayu tak sokong melayu
    Siapa lagi?

    Pahlawanku yang teraniaya...
    Sabarlah...
    Tuhan bersamamu tika ini
    Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
    Andai kau dijemput Ilahi...
    Syurga menantimu
    Insya-Allah Aamin

    Karya : Putri Rimba Niagara
    24 April 2012
    (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012)
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN SATRIA

    Hajat hati nak jadi perwira,
    Tiada kudrat apalah dayaku;
    Namun begitu bersemangat satria,
    Relaku mati demi negaraku.

    Kata ibu datukku seorang pahlawan,
    Keturunan hulubalang Raja Bugis;
    Aku bersyukur berdarah pahlawan,
    Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

    Rupanya aku tidak keseorangan,
    Di luar sana menyokong perjuanganku;
    Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
    Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

    Takkan hilang melayu di dunia,
    Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
    Melayu bersatu bermuafakat bersama,
    Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

    Berjuang tetaplah berjuang jua,
    Pantang undur sebelum berjuang;
    Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
    Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

    Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
    Jasamu mewangi hingga ke mati;
    Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
    Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

    Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
    Bersiap siaga setiap masa;
    Menangani jenayah begitu cermat,
    Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

    Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
    Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
    Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
    Keamanan Malaysia di puncak jaya.

    TLDM tidak kurang hebatnya,
    Berada di laut bersiap siaga;
    Musuh yang datang akan ditentangnya,
    Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

    Pasukan RELA rela berkorban,
    Berkorban masa dan juga tenaga;
    Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
    Demi rakyat dan negara tercinta.

    Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
    Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
    Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
    Semangat perjuangan terus membara.

    PERKASA kusanjung jasamu,
    Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
    Tidak pernah berputus asa di hatimu,
    Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

    PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
    Roh perjuangan tepat dan jelas;
    Semangat membara-bara hidup di hatimu,
    Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

    Seni persilatan melayu amat dikagumi,
    Kepahlawananmu tiada tandingannya;
    Generasi muda minat mempelajari,
    Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

    Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
    Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
    Jutaan rakyat bangkit memberontak,
    Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

    Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
    Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
    Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
    Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

    Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
    Pemimpin Malaysia cintakan negara;
    Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
    Saling berkorban demi negara.

    Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
    Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
    Negara sentiasa terus aman,
    Kedaulatan negara sejak berzaman.

    Pahlawan melayu pantang berundur,
    Rela bermandikan darah dihujani peluru;
    Demi pewaris takkan berudur.
    Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

    Berkibarlah benderaku terus berkibar,
    Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
    Rakyat Malaysia jangan dicabar,
    Roh perjuangan meniti zaman.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    12 Rabiulawwal 1434H
    25 Mac 2013M
    (PANTUN SATRIA DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI POLIS MALAYSIA
    PDRM KE-206 PADA 25 MAC 2013 DENGAN SLOGAN,'KOMINITI SEJAHTERA KOMITMEN KAMI' MOGA SEMUA YANG BERGELAR PERWIRA MALAYSIA TERUS BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR KAMI SELURUH RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENYOKONG PERJUANGANMU MENGHARGAI SETIAP TITISAN DARAH DAN NYAWAMU DEMI IBU PERTIWI TANPAMU SIAPALAH KAMI MOGA ALLAH SWT MEMBALAS SYAHIDMU DI MEDAN JUANG AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)

    (KARYA DISIARKAN DI WALL PERDANA MENTERI & WALL POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
    19 Mei 2013
  • Ratu Rimba Niagara YA ALLAH BALASLAH CINTAKU DENGAN SYAHIDKU KE JALAN-MU

    ALLAH DI HATI
    ALLAH DI KALBU
    ALLAH MATLAMATKU
    ALLAH HIDUP MATIKU
    ALLAH KURINDU
    ALLAH KUKASIH
    ALLAH KUCINTA
    ALLAH SEGALANYA BAGIKU
    ALLAH MENENTUKAN TAKDIRKU
    ALLAH SEGALA KEPUTUSANMU KUAKUR
    ALLAH KUREDHA JIKA ITU TAKDIR-NYA
    ALLAH KUMAHU HIDUP MATIKU DALAM REDHAMU
    ALLAH DEMI-MU KURELA LUPAKAN KEPENTINGAN SENDIRI
    ALLAH DEMI-MU KURELA PERTARUHKAN NYAWAKU
    ALLAH DEMI-MU KURELA TAK PUNYAI APA HARTA
    ALLAH KARNA AKU CINTAKAN-MU BALASLAH CINTAKU
    ALLAH BALASLAH CINTAKU DENGAN SYAHIDKU KE JALAN-MU
    ALLAH SYAHIDKU ADALAH LAMBANG CINTAKU PADA-MU
    ALLAH BERILAH AKU PELUANG UNTUK AKU MATI SYAHID
    ALLAH SYAHIDKU SYAHID RAKAN SEPERJUANGANKU
    ALLAH MAKBULKAN SEGALA CITA-CITA SEBELUM SYAHID
    ALLAH PERJUANGANKU ADALAH SYURGAKU DI DUNIA
    ALLAH SYUKURKU KAU SUDI PILIH AKU KEKASIH-MU
    ALLAH SYUKUR AKU KAU SUDI PILIH AKU SYAHID KE JALANMU
    ALLAH KUSYUKUR SEBANYAK-BANYAK-NYA
    ALLAH BAGI-MU SEGALA PUJI-PUJIAN
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    MAHA SUCI BAGI ALLAH
    SYUKUR KEPADA ALLAH SEBANYAK-BANYAK-NYA
    ALLAH MAHA BESAR
    KUASA-MU MENGATASI SEGALA-NYA
    BERSUJUD SELURUH PARA HAMBA-NYA
    TANDA RINDU, KASIH DAN CINTA PADA-MU ALLAH
    MAKA-NYA BALASLAH CINTA PARA PEJUANG SYAHID-MU
    AAMEEN AAMEEN AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
    (PUISI-PUISI BERTEMAKAN PEJUANG SYAHID DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PERWIRA NEGARA YANG GUGUR DI MEDAN PERANG ATAU SEDANG BERPERANG..SETIAP LANGKAHMU ADALAH PERJUANGANKU JUA)
    August 1 at 2:26pm · Like ·
  • Ratu Rimba Niagara PARA ULAMA PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW

    PARA ULAMA ADALAH PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW
    KEKASIH ALLAH
    DICINTAI RASULULLAH
    MENYEBARKAN DAKWAH TANPA MEMIKIRKAN KEUNTUNGAN DUNIA

    PERJUANGAN DI DUNIA ADALAH SYURGANYA
    SENYUMANNYA SENYUMAN AHLI SYURGA
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    MOGA SYURGALAH TEMPATMU DUHAI MUJAHID ALLAH
    KUKAGUM DENGAN DAKWAHMU
    TAK KIRA PAGI PETANG SIANG MALAM
    AMALANMU BERDAKWAH
    BERDAKWAH... BERDAKWAH...BERDAKWAH...
    MENCURAHKAN ILMU SEBANYAK-BANYAK-NYA SELAGI TERDAYA
    KAMI MENGUTIPNYA BAGAIKAN
    PERMATA-PERMATA SYURGA YANG GUGUR KE BUMI
    BAGAIKAN SALJI
    SEJUK DAN TENANG ROH KAMI MENDENGARNYA
    BAGAIMANA KAU TAK JEMU BERDAKWAH
    KAMI TAK JUGA JEMU
    MENDENGAR MENGHAYATI SATU PERSATU
    AGAR DAPAT DIPASAKKAN IMAN DI KALBU
    TAK TERGUGAT BIARPUN TIKA DILAMBUNG TSUNAMI
    PABILA ILMU SUDAH SEBATI DALAM PASAKKAN TAUHID
    TIADA APA YANG BERHARGA DI DUNIA INI
    MELAINKAN MEMBAWA KALIMAH TAUHID
    TIADA TUHAN DISEMBAH KECUALI ALLAH
    ITULAH KALIMAH YANG DI-AGUNG-AGUNGKAN
    SEMUA HAMBA-NYA YANG BERIMAN AKAN HARI AKHIRAT
    DI HARI ITU TIADA APA YANG DAPAT MENOLONG KECUALI IMAN...
    MOGA KITA TERGOLONG DALAM HAMBA-NYA YANG BERIMAN
    AKAN HARI AKHIRAT ITULAH ILMU TAUHID YANG INGIN DIPASAKKAN
    DI KALBU IMAN OLEH PARA ULAMA PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW

    RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
    (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PARA ULAMA PEWARIS
    NABI MUHAMMAD SAW MOGA SYURGALAH TEMPATMU AAMEEN)
    August 1 at 1:17pm · Like · 1

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
    Unable to post comment. Try Again
  • Ratu Rimba Niagara KITA DIKENALKAN ALLAH SWT UNTUK SALING BERBAGI/KONGSI ILMU ITULAH HIKMAH-NYA BUKAN UNTUK SALING MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM.

    ILMU ALLAH BUKAN UNTUK DICEMBURUI
    ILMU ALLAH BUKAN UNTUK DIBANGGAI
    ILMU ALLAH BUKAN UNTUK DISEPIKAN
    ILMU ALLAH BUKAN UNTUK DIPRASANGKAKAN
    ILMU ALLAH BUKAN UNTUK MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
    TAPI ADALAH NTUK DIKONGSIKAN/BAGIKAN BERSAMA DALAM SYUKUR PENUH INSAF
    AGAR SEMUANYA MENDAPAT MANFAAT 
    JIKA KITA HIDUP SALING MEMBERI DAN MENERIMA
    ITU BARULAH HIDUP SEMUANYA RASA MENANG MENANG
    MENANG MENANG BUKAN BERTUJUAN UNTUK SALING MEMBANGGA DIRI
    TAPI ADALAH UNTUK SALING MENGHARGAI DI ANTARA SATU SAMA LAIN

    JIKA KITA SIBUK DENGAN DUNIA KITA TANPA MEMIKIRKAN KEADAAN SEKELILING
    KITA ...LEBIH BAIK KITA MENYENDIRI DENGAN PENDERIAAN KITA 
    KITA YANG MEMBUAT PILIHAN DENGAN DIRI KITA SENDIRI
    TIADA SIAPA MEMAKSA KITA 
    JIKA KITA RASA KITA BER FB SUKA YANG SEPI MENYEPI 
    WUJUD SEBAGAI RAKAN FB SEPERTI TIDAK WUJUD
    KITA BERKAWANLAH DENGAN RAKAN FB YANG BEGITU JUGA
    BIAR LAMAN FB SEPI SAMA SEPI
    BARU TAK MENYEPI
    BARU SEHATI SEJIWA
    MEMANG TIDAK DINAFIKAN DIAM ITU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BERKATA-KATA
    TAPI KALAU DIAM TIDAK MEMBERI MAKNA UNTUK BERKATA-KATA YANG BAIK-BAIK
    TERUSLAH DIAM 
    KEPADA RAKAN FB SAYA YANG SUDAH TAK MENJADI RAKAN FB SAYA TOLONG MAAFKAN SAYA ...TIADA NIAT DI HATI SAYA UNTUK MEMUTUSKAN PERSAHABATAN KITA...FB SAYA ADALAH TEMPAT SAYA BERSASTERA MAKANYA SAYA HANYA MENERIMA MEREKA YANG SUDI MEMBERI KOMENTAR KEPADA KARYA SAYA....JIKA TIDAK DI FB TAPI DI GRUP ITU PUN SUDAH MEMADAI. HARAP SUDI MEMAHAMI DUNIA SAYA. DAN KEPADA MEREKA YANG TAK MAHU BERKAWAN DENGAN SAYA PUN SAYA MEMINTA MAAF ....YANG PENTING KITA SALING MEMAHAMI DAN SALING MEMAAFKAN BARULAH TIADA DENDAM MENDENDAMI DAN TERLUKA HATI ATAS PILIHAN KITA SENDIRI MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENJADI RAKAN FB YANG GIMANA KITA MAHUKAN. 

    KITA DITEMUKAN BIARPUN CUMA DI ALAM MAYA PASTI ADA HIKMAHNYA HIKMAHNYA UNTUK SALING BERBAGI ILMU DALAM UKHUWAH KASIH 
    YANG SENTIASA MEWANGI TANPA SEPI...JIKA SEPI MENYEPI HILANGLAH IKATAN ILMU TAPI TIDAK HILANG IKATAN TALI SIRATURRAHIM.

    SALING BERKONGSI ILMU PADA YANG SUDI
    PADA YANG TAK SUDI 
    BARANGKALI ILMU KU TAK SETANDINGMU
    BIARLAH AKU MENANTI MEREKA YANG SUDI
    SENTIASA SUDI BERBAGI ILMU DENGANKU

    KITA MESTI TAHU KENAPA KITA DITEMUKAN ALLAH DI ALAM MAYA
    PASTINYA UNTUK SALING BERBAGI ILMU
    JIKA SEKADAR SEPI MENYEPI
    SEPI ITU PILIHANMU
    MAKANYA JANGAN SALAHKU JIKA KARYAKU PERGI
    TIDAK SAMA SEKALI MEMUTUSKAN TALISIRATURRAHIM
    DI ALAM REALITI DITAKDIRKAN KETEMU KITA PASTI SALING
    MENGUKIRKAN SENYUMAN TALI SIRATURRAHIM MEMOHON MAAF MENYESALI

    SYUKUR KEPADA ALLAH SWT DENGAN RAHMAT KASIH-NYA MELIMPAH RUAHKAN ILHAM UNTUK HAMBA YANG FAKIR INI MENULIS DAN DIKONGSI/DIBAGIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ALAMMAYA YANG DIKASIHI DUNIA AKHIRAT AAMIIN
    TERIMA KASIH KEPADA ADMIN GRUP SRI PEMANGKU ADAT YANG SUDI MENGIZINKAN HAMBA UNTUK MENYIARKAN KARYA SASTERA WALAUPUN TERPAKSA DIULANG KARYA YANG SAMA DAN TERIMA KASIH ATAS CETUSAN GAMBAR YANG DISIARKAN TELAH MENCETUSKAN INSPIRASI UNTUK BERKARYA SESUAI DENGAN GAMBAR YANG DISIARKAN. KEPADA RAKAN-RAKAN GRUP YANG LAIN DI UCAPKAN JUTAAAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENYOKONG KARYA-KARYA YANG DI SIARKAN , HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA SEMUA AAMIIN .
    HAMBA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MEMOHON MAAF JIKA SEKIRANYA ADA KEKHILAFAN BERSASTRA DI SEPANJANG BERSIARAN. 

    SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI
    MAAF ZAHIR BATHIN DARI HAMBA
    MOGA UKHUWAH KASIH TIDAK SEPI
    SUDILAH BERBAGI ILMU DENGAN HAMBA

    RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ramadhan 1434H
    1 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara KARYA SASTERA PENDEKAR MELAYU JASAMU SENTIASA DIKENANG SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN 

    Sent Today
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "PUISI PAHLAWANKU Pahlawanku… Kau gagah..." 3:37pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "SEMARAKLAH BUNGA-BUNGA CINTA IBU..." 3:35pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "RAKYAT DI LUAR SANA MENANTIKAN..." 3:35pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "JAGAILAH WARISAN MOYANGMU Tak akan..." 3:35pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "JADILAH RAJA YANG UTAMAKAN RAKYAT..." 3:35pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "SALAM UKHUWAH DOA KASIH ANTARA BRUNEI &..." 3:35pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "JAYALAH INDONESIAKU,JAYALAH..." 3:35pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU! .." 3:35pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN! .." 3:34pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "PUISI-PUISI BERTEMAKAN PATRIOTIK..." 3:34pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "Aamiin Ya Allah" 3:34pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN ..." 3:34pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "KITA MELANGKAH TERUS MELANGKAH HINGGA..." 3:34pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "SYAHIDMU MEWANGI SAMPAI SYURGA Duhai..." 3:33pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "TENTERA GERILA RIMBA NIAGARA BERANI..." 3:33pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "PUISIMU MEMBAKAR SEMANGAT PERJUANGAN..." 3:33pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "JIWA PAHLAWAN MELAYU TAK TAKUT MATI! .." 3:33pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "SEKUNTUM BUNGA HULUBALANG KEPADA SEMUA..." 3:33pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "PERWIRAKU PERGILAH DIKAU DENGAN AMAN..." 3:33pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "DEMI-NYA BERJUANG HINGGA KE TITISAN..." 3:33pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "TENTERA DARAT UDARA LAUT POLIS & SEMUA..." 3:33pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "TANDA AKU CINTA PADA IBU PERTIWI ..." 3:32pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "MOGA KAMU SEJAHTERA DI DUNIA SENJAHTERA..." 3:32pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "HULUBALANGKU... HULUBALANGKU... AKU..." 3:32pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "TELAH TERCATAT SEJAK AZALI AKU PEJUANG..." 3:32pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "BERSAMA MEMPERTAHANKAN NEGARA BERSAMA..." 3:32pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "HULUBALANGKU... HULUBALANGKU... AKU..." 3:32pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "HULUBALANG TAK TAKUT MATI DI MEDAN..." 3:32pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "MOGA KAMU SEJAHTERA DI DUNIA SENJAHTERA..." 3:32pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "TENTERA GERILA RIMBA NIAGARA BERANI..." 3:31pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "PANTUN SATRIA Hajat hati nak jadi..." 3:31pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA..." 3:31pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "PENDEKAR MELAYU TAK MUDAH MENGAKU KALAH..." 3:31pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "TERUSKAN PERJUANGANMU NUSANTARA..." 3:30pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA..." 3:30pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "SUBHANALLAH KUASA-NYA MENGATASI APA..." 3:30pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "PARA ULAMA PEWARIS NABI MUHAMMAD SAW ..." 3:30pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "SELURUH BENUA INI AKAN KURENJISKAN..." 3:29pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "BANGKITLAH SEMUA PAHLAWAN MELAYU DEMI..." 3:29pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "PAHLAWAN MELAYU TAK TAKUT MATI DI MEDAN..." 3:29pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "YA ALLAH BALASLAH CINTAKU DENGAN..." 3:29pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "JIWA PAHLAWAN MELAYU TAK TAKUT MATI! .." 3:23pm
    Sri Pemangku Adat likes your comment: "INILAH BARISAN KITA YANG RELA BERJUANG ..." 3:23pm
    Dauz Baex, Tuan Suhaimi and 4 others like your post in Tentera Fisabilillah (30)™. 1:34pm
    Dauz Baex, Mohd Shahid and 3 others like your post in Tentera Fisabilillah (30)™. 1:06pm
    Khairuddin Al-Young Riau II likes your link on his timeline. 1:04pm
    Khairuddin Al-Young Riau II likes your link on his timeline. 1:04pm
    Pram Mudia likes your post in "RAJA AND SULTANATE OF NUSANTARA NATIONAL GATHERING". 12:10pm
    Bustamin Muhammad likes your post in KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA. 10:16am

    (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA RATU RIMBANI NIAGARA)
    4 Syawal 1434H
    11 Ogos 2013M
  • Ratu Rimba Niagara SULTAN DITAKDIRKAN MENJADI SULTAN UNTUK MEMBELA RAKYAT YANG DIZALIMI DAN DIBANTU SELAGI MAMPU SEPERTI SULTAN SALEHUDDIN AL AYUBI SEHINGGA SELURUH HARTANYA DIBERIKAN KEPADA RAKYAT MEMERLUKAN SEHINGGA DI HARI KEMANGKATANNYA CUMA ADA 4 DIRHAM TIDAK CUKUP UNTUK MEMBELI KAIN KAFAN BAGINDA YANG MEMBELIKAN KAIN KAFANNYA ADALAH SALAH SEORANG MENTERINYA SUBHANALLAH MOGA AKAN WUJUD SULTAN SEPERTI SALEHUDDIN AL-AYUBI AAMIIN

    SITI KHADIJAH PERNAH BERKATA ANDAINYA TULANG BELULANGNYA BOLEH DIJUAL UNTUK DIINFAKKAN KE JALAN ALLAH AZZAWALLAH GALIKANLAH KUBURNYA DAN DIJUAL TULANG BELULANGNYA ...ALLAHU AKBAR BETAPA KERDILNYA AKU DI HADAPAN ALLAH SWT ...MOGA AKAN WUJUD JIWA FISABILILLAH SEPERTI SULTAN SALEHUDDIN AL-AYUBI DAN SITI KHADIJAH. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP TENTERA FISABILILLAH & RATU RIMBA NIGARA)
4 Syawal 1434H
11 Ogos 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;