Sunday, 11 August 2013

BERSAMA MARTABATKAN WARISAN MELAYU HINGGA KE AKHIR ZAMAN (1)





    • TEATER BANGSAWAN DIRAJA ,'BICARA TUAH UNTUK DIHADAMI' (1)

      Jebat, tahukah kau betapa terseksanya aku
      bila Bendahara membawa khabar tentang penderhakaanmu.
      ...Continue Reading
      Like ·  ·  · Promote · 2 hours ago · 
    • BICARA TUAH UNTUK DIHADAMI

      Jebat, tahukah kau betapa terseksanya aku
      bila Bendahara membawa khabar tentang penderhakaanmu.

      Semalam aku tidak tidur
      gelombang serba salah menghempas ke dadaku
      aku menimbang dan mengenang
      kaulah sahabat yang kusayang
      bagaimana dapat kutusuk keris itu ke badanmu.

      Alangkah sukarnya membuat pilihan
      jika aku pulang membunuh Jebat
      aku akan kehilangan kawan
      tapi jika aku membiarkan kau menderhaka
      bangsaku akan kehilangan Tuah.

      Lalu aku pilih untuk mengorbankan
      sahabat kesayanganku sendiri
      walaupun kelak aku dituduh sebagai pengampu
      atau dikutuk kerana kesetiaan yang melulu.

      Biarkanlah
      kuharap disuatu waktu nanti
      bila bangsaku berpecah belah
      mereka akan menyedari
      bahawa si Tuah bukan menentang Jebat
      tetapi menentang penderhakaan dan perebutan kuasa
      yang kupertahankan bukan raja
      tetapi kerajaannya
      tanpa kerajaan tidak kan wujud sebuah negara
      tanpa negara apalah ertinya sebuah bangsa.

      Jebat, aku mungkin tidak begitu bijaksana
      tetapi inilah usaha terakhirku
      agar tanah airku tidak akan hilang kerajaanya
      bangsaku tidak akan hilang ketuanannya
      dan Melayu tidak akan hilang di dunia.

      -HE-

      cc, Warisan Senjata Melayu
      Unlike ·  · Friday at 1:52am · 
      • You, Kiddzharai Seven Fold and 78 others like this.
      • Kamhazman Oman AkU mendurhaka kerana mu abang tuah..
      • MomokSiam Pattaya BICARAKU PADA PEMBENCI TUAH! 

        Kalian yang mengutuk Tuah,
        kemari!
        Kita berbicara.

        Apalah ikhtiar Tuah:
        Di kanan, hukum Raja berkuasa.
        Di kiri, teman yang sudah derhaka.
        Jebat tinggal seorang diri.
        Kasturi, Lekir, Lekiu bukan sahabat lagi.
        Di pinggang
        menggeletek Pamong Sari Bukit Siguntang.

        Kalau kalianlah Tuah, tertitah
        membuang Jebat
        apa bisa kalian buat?

        Dari riak muka kalian
        sudah tahu aku:

        Kalian adalah Tuah, Kasturi,
        Lekir dan Lekiu.
        Kalian patuh pada tuan.
        Jebat kan jadi habuan
        di tangan kalian.

        Usahlah Tuah kalian kutuk
        kalau kalian sepertinya mengikut telunjuk.

        Kalian yang menjulang Jebat
        kemari!
        Kita bicara.

        Di kanan, Tuah mati ditikam.
        Di kiri, Raja berlaku kejam.
        Kasturi, Lekir, Lekiu tak ambil peduli.
        Jebat, nekad dalam bara api
        Mau dibayarnya budi.

        Di pinggang
        menggelepar keris Taming Sari.
        Tiada gentar lagi Jebat pada mati.

        Kalau kalianlah Jebat
        bersugul kematian sahabat
        apa bisa kalian buat?
        Dari raut muka kalian
        sudah tahu aku:
        Kalian adalah Tuah, Kasturi,
        Lekir dan Lekiu.
        Takkan berani kalian melawan tuan.
        Takkan ada pada kalian
        semangat setiakawan pada yang
        keseorangan.

        Usah berpura menyanjung Jebat
        Kalau yang kalian ucap, bukan yang terbuat

        Puisi ditulis oleh: KhalifahGayong
      • Adik Nakal Terbaikkk...
      • Kamhazman Oman “Wahai orang-orang Melaka, apabila kamu merasa tidak puas hati atau tidak berkenan akan sesuatu maka hendaklah kamu memberitahu kepada anak isteri kamu, kaum keluarga kamu, sahabat taulan kamu, jiran tetanga kamu, orang-orang kampung kamu. Janganlah hendaknya tidak ada orang yang tidak kamu beritahu akan rasa geram hati kamu dan amarah kamu itu.

        Maka hendaklah kamu kumpulkan anak bini kamu, sanak-saudara kamu, sahabat taulan kamu, jiran tetangga kamu, orang kampung kamu, kumpulkan semua orang-orang Melaka dan bawalah berita itu hendaknya ke Lubuk China hingga ke Tanjung Tuan hingga ke Linggi hingga hendaknya sampai ke Rembau Labu dan Lukut dan hendaknya sampailah berita ini hingga ke Seri Menanti.
        Bawalah berita ini kepada Jakun dan Biduanda, Semelai dan Sakai agar hendaknya mereka sama mendengar kematian Tun Hukum dibunuh Raja Melaka difitnah Sang Kitul Kerala difitnah Sang Linggam anak cucu Nina Manikam. Hendak-hendaknya mereka akan bersama kita menyumpit yang jahat membuluh yang zalim.

        Wahai orang-orang Melaka pada malam ini di atas Bukit China maka berjanjilah kita semua dan ingat mengingatilah kita semua bahawasanya kematian Tun Hukum itu akan membawa bencana ke atas negeri Melaka.

        Wahai-orang Melaka apabila kamu merasa tidak puas hati maka kamu beraraklah dan berjamonglah beramai-ramai menuju ke istana. Maka hendaklah kamu mengepung istana dan jika sekiranya di jalan kamu bertemu sesiapa sahaja maka ajaklah mereka datang bersama-sama untuk pergi mengepung istana. Jika sekiranya kamu bertemu Juak dan Sida istana maka hendaklah kamu duduk bicara menerangkan angkara yang amarah kamu yang amat sangat terhadap raja.

        Hendaklah kamu membawa gendang dan palu agar raja yang sentiasa beradu akan bangun dan bertanya apakah angkara orang Melaka dimalam hari hingar dan bising. Apakah angkara hingar dan bising mengganggu beta yang sedang nyenyak beradu.

        Wahai orang-orang Melaka berkumpul dan beraraklah kita pada malam ini ke istana. Amarah kamu itu adalah amarah aku juga. Amarah aku itu adalah amarah seluruh roh di Bukit China. Amarah kamu itu adalah amarah cucu-cicit Penghulu Tanjung Keling. Amarah kamu ini adalah amarah cucu-cicit Wan Empok Wan Melini anak cucu-cicit dari Bukit Seguntang Mahameru.

        Wahai orang-orang Melaka pada malam ini panglima kita telah segak siaga anak cucu-cicit Penghulu Sidata Tanjung Keling, anak cucu-cicit Hang Li Po dan Panglima Besar Tun Bersih. Bersama-sama sebahulah kamu wahai orang-orang Melaka.

        Inilah janji aku kepada kamu wahai orang-orang Melaka, bukan janji aku untuk menjadi raja bukan janji aku untuk menjadi tuan. Di atas Bukit China ini seperti Musa di atas Bukit Sinai seperti Isa di atas Bukit Zaiton inilah aku Jebat anak cucu-cicit Wan Empok Wan Melini dari Bukit Seguntang Mahameru asal
        usul keturunan aku Raja Suran yang turun ke laut anak cucu kepada Iskandar Zulkarnian maka marilah kita bersama-sama mengepung istana raja Melaka.
        Akulah Jebat yang akan diingat hendak-hendaknya oleh seru sekelian alam dengan kata-kata Raja Adil Raja Di Sembah Raja Zalim Raja di Sanggah. Marilah kita bersama-sama berarak pada malam ini dan ketika ini dengan obor jamong dan pelita mengepung Istana Raja.”

        ”INGATLAH WAHAI ORANG ORANG MELAKA DUNIA INI HANYA UNTUK MEREKA YANG BERANI !!!”
      • Kamhazman Oman KALAU JEBAT TIDAK MENDERHAKA
        ADAKAH KITA AKAN INGAT KEPADA HANG TUAH HARI INI?

        Kongres Kebudayaan Melayu ke 2 telah diadakan pada 16 dan 17 Mach di Wisma Sejarah Kuala Lumpur.

        Antara yang hangat diperbincangkan di situ sudah tentulah tentang nasib Melayu, survival bangsa Melayu dan pentingnya mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu.

        Prof Abdullah Zakaria meriwayatkan dengan panjang lebar kisah kewujudan raja dan sultan-sultan di Tanah Melayu. Dewan semakin panas bila beliau menceritakan bagaimana berkuasanya British di dalam menentu dan mencorakkan hal-hal raja dan kerajaan ini.

        Saya terfikir apakah segala yang diriwayatkan oleh Abdullah Zakaria kepada peserta kongres itu telah pernah diceritakan kepada semua raja-raja Melayu agar baginda-baginda itu sedar dan insaf untuk menjaga diri jika tidak sejarah akan berulang lagi?Ya, memang kita mahu mempertahankan ketuanan Melayu. RAJA dan takhta adalah lambang ketuanan Melayu. Saya pun teringat kepada sajak saya Korban Hang Tuah yang diperkatakan oleh Raja Nazrin, Pak Lah dan Hishamuddin.

        Dan saya terfikir, alangkah bertuahnya bangsa Melayu jika raja dan pemimpin yang berkuasa telah telah menaungi dan membela kita. Saya percaya dengan kekuatan raja-raja dan keikhlasan pemerintah hari ini kita telah menjadi bangsa yang kuat di dunia.

        Tetapi mengapa kita tidak menjadi bangsa yang kuat? Setiap hari kita bercakap tentang martabat Melayu yang semakin terhakis.

        Maka bangunlah rakyat yang berani menyoal. Maka berderetanlah penulis-penulis blog yang berani bersuara.

        Antaranya menyebut "Kami setuju tanpa ragu-ragu I bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. 

        Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu? 

        Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu? 

        Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? 

        Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka? 

        Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

        Kata banyak orang: Punca masalah-masalah ini adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri. 

        Hang Tuah dan ketuanan Melayu.
        Ya, memang kita akui bahawa RAJA dan takhta adalah lambang ketuanan Melayu. Hang Jebat telah menderhaka lalu dia dikutuk.

        Namun ada soal-soal lain yang perlu kita fikirkan.
        - Apa akan terjadi kalau Jebat tidak menderhaka? Maksud saya, apa akan jadi kepada Hang Tuah jika Jebat patuh kepada amanatnya untuk setia kepada Sultan?

        Kata saya kalau Hang Jebat tidak menderhaka sudah tentu Tuah tidak akan dipanggil balik ke Melaka. Hang Jebat dan penderhakaannyalah yang menyebabkan Sultan dan orang-orang Melaka ingat kembali kepada Hang Tuah. Jika tidak Hang Tuah akan berterus-terusan duduk di dalam hutan sehingga dia mati dan dilupakan. Jika Hang Jebat tidak menderhaka kita tidak akan ingat kepada Hang Tuah sepertimana kita mengingatinya pada hari ini.

        Hal ini telah saya kemukakan di dalam sajak JEBAT YANG TIDAK JADI MENDERHAKA yang dimuatkan di dalam antologi Salasilah (DBP 2005, hlm 36-37).

        Jebat yang Tidak Jadi Menderhaka

        Sepanjang hidupnya
        Jebat mendengar Tuah berkata:
        pantang Melayu menderhaka.

        Kata-kata itu diulang-ulang
        pantang Melayu menderhaka
        pantang Melayu menderhaka.

        Tuah mengajar mereka menghafalnya
        Tuah meminta mereka berjanji
        untuk mentaati.

        Sehinggalah pada hari itu
        Tuah dihukum tanpa usul periksa
        Tuah yang setia dituduh menderhaka
        Tuah yang dikasihi dihukum mati
        siapakah yang dapat berdiam diri.

        Dengan marah yang menggelegak
        Jebat mahu memberontak
        tetapi dia tergamam
        terbayang wajah Tuah
        bersungguh-sungguh meminta
        agar tidak menderhaka
        kata-kata orang yang disayangi
        memang selalu dikenang
        amanat orang yang disayangi
        akan tetap dipegang
        jika Jebat menderhaka
        akan tercemar persaudaraan mereka.

        Kerana kasihnya kepada Tuah
        Jebat tidak jadi membantah
        dia pun tunduk
        menerima segala tugas can anugerah
        yang telah dilucutkan daripada Tuah.

        Tidak ada apa-apa
        yang berlaku di Melaka
        kerana Jebat tidak jadi menderhaka
        tidak ada apa-apa yang mengganggu
        ketika raja lena beradu
        didodoi dayang diulit lagu.

        Kerana Jebat tidak menderhaka
        Tuah tidak dijemput pulang ke Melaka
        Hiduplah dia di hutan
        sehingga mati dan dilupakan.
      • Brader T Ice Tuah tu poyo lebey.termaktub dalam sejarah tikam curik sedara sendiri.
        Friday at 9:05am via mobile · Edited · Like · 1
      • Hiznul Mukmin Syahideen tpi pemeritah yg adil saja layak di sanjung.. bkn menarik benang yg basah..
      • MomokSiam Pattaya Ada orang cakap yang Tuah tidak mengikut ajaran agama kerana mematuhi apa yang disuruh oleh Sultan apabila Jebat dijatuhkan hukuman mati. 

        Tapi tahukah anda hukumnya di dalam Islam haram sama sekali untuk kalian menjatuhkan pemerintah walau apa pun sebabnya, walau sezalim manapun pemerintah itu selagi dia memegang kalimah syahadah? Hang Tuah tidak pernah langsung bersalah dalam hal ini. Hayati hadis di bawah:

        “Sebaik-baik pemimpin kalian adalah yang mereka mencintai kalian dan kalian mencintai mereka, mereka mendoakan kalian dan kalian mendoakan mereka. Dan sejelek-jelek pemimpin kalian adalah yang mereka membenci kalian dan kalian membenci mereka, mereka mengutuk kalian dan kalian mengutuk mereka.” Beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, bolehkan kami memerangi mereka?” Beliau menjawab, “Tidak, selagi mereka masih mendirikan shalat di tengah-tengah kalian. Jika kalian melihat dari pemimpin kalian sesuatu yang tidak baik maka bencilah tindakannya, dan janganlah kalian melepas diri dari ketaatan kepada mereka.” (HR. Muslim no. 1855)

        Prinsip hang tuah seiring dengan prinsip wali songo di Indonesia dengan tidak menentang pemerintah majapahit walau kerajaan tersebut zalim. Walhal pada masa itu pengaruh wali songo cukup kuat di Indonesia. Hang Tuah di tempat yang benar.

        Dan apa yang berlaku pada Tuah juga bukan dalil untuk menghalalkan Jebat mengamuk sehingga Sungai Melaka berdarah dengan Taming Sarinya. Tuah mematuhi apa yang digariskan oleh Islam.

        -HE-

        wallahualam bissawab
      • Hiznul Mukmin Syahideen da tuah badan nk wat cm ne.
        Friday at 3:12pm via mobile · Like · 1
      • Brader T Ice kalau betul dia wujud pun,dah lama meninggal dah,walau apa pun pendapat peribadi,apa yang termaktub tinggal dalam lipatan sejarah.nilaikan erti kesetiaan tuah pada raja dan kesetian Hang Jebat pada saudara sahabat.
      • MomokSiam Pattaya Yup............ apa yg termaktub tersurat dan tersirat pada hikayat sejarah semua untuk renungan kita....... untuk BANGSA MELAYU (BANI TA-MIM) kita bersatu dan jangan sesekali beradu domba sesama sendiri kelak keuntungan diperolihi bangsa yg satu lagi........
      • Brader T Ice tapi kalau tak silap aku,dari pembacaan hikayat hg tuah,jebat lagi tinggi ilmu permainn dia cuma masa bertarung dgn hang tuah,jebat tidak bersungguh2.hanya bermain melayan tuah sebab tak tergamak membunuh saudara yg dia sayangi.kalau aku tak salah la
      • MomokSiam Pattaya wallahualam bissawab......

        tapi ader baris2 yg mengatakan " Beliau (Hang Jebat) rela mati ditangan kekanda nya (Hang Tuah)... " ader berkemungkinan juga apa yg TuanBrader T Ice katakan ...
      • Laksamana Kasturie mohon momoksiam add freinds.....
        Yesterday at 1:27am via mobile · Like · 1
      • Laksamana Kasturie Terima kasih sahabat MomokSiam Pattaya.....
        Yesterday at 1:36am via mobile · Like · 1
      • Aise Chenta Orang yang Berilmu , Luas Isinya .
        Luasnya isi tu , Allah saja Yang Mengetahui .
      • MomokSiam Pattaya alhamdulillah ....... salam kasih sayang dan salam ukhwah den hulurkan Tuan Laksamana Kasturie ..... 
      • Laksamana Kasturie Samo2 la waghih......afwan billah....
        Yesterday at 1:38am via mobile · Like · 1
      • Kamhazman Oman • Raja Melaka menitahkan Hang Tuah beradu tenaga dengan Hang Jebat kerana amukannya yang dianggap menderhakai raja.
        • Hang Jebat terkejut melihat kemunculan Hang Tuah di tengah-tengah taman istana dan pergelutan berlaku pada hari itu juga.
        • Hang Tuah Tidak Dapat menewaskan Hang Jebat selagi keris Taming Sari masih di tangan Hang Jebat.
        • Hang Tuah berjaya mengambil Keris Taming Sari daripada Hang Jebat ketika mereka sedang berehat keletihan.Hang Jebat berjaya ditikam dengan keris tersebut.
        • Hang Jebat mengamuk di tengah pasar negeri Melaka.
        • Hang Tuah berkhalwat selama tiga hari tiga malam dan tidak boleh bercakap.
        • Hang Jebat berjumpa dengan Hang Tuah dan menyampaikan wasiatnya tentang anaknya. Beliau mati di pangkuan Hang Tuah.
        • Mayat Hang Jebat digantung di tengah-tengah jalan besar selama tujuh hari tujuh malam untuk tontonan rakyat.
        • Dang Baru melahirkan anak lelaki yang diberi nama Hang Kadim.
        • Hang Kadim dihantar ke Inderapura untuk dijaga oleh ayahanda Tun Teja.
        14 hours ago · Unlike · 2
      • Ratu Rimba Niagara HANG TUAH & HANG JEBAT KISAH PENDEKAR MELAYU YANG TAK LAPUK DEK HUJAN YANG TAK LEKANG DEK PANAS

        Hang Tuah dihukum mati oleh Sultan Melaka tanpa usul periksa
        Hang Jebat memberontak atas kematian Hang Tuah sahabatnya
        Lalu menjadi derhaka kepada Sultan Melaka...
        Sultan Melaka menitahkan Hang Tuah membunuh Hang Jebat setelah tahu Hang Tuah masih hidup.
        Hang Tuah patuh pada perintah Sultan Melaka walaupun tahu Hang Jebat jadi begitu untuk membela kematiannya.

        "Tuah adakah ini balasan engkau? Aku membela kematianmu
        engkau pula mahu membunuhku?"

        "Pantang anak melayu menderhaka kepada raja?
        Aku dihukum bunuh oleh raja kerana difitnah?"

        "Haa.... tahu pun engkau?
        Adakah raja yang zalim mahu ditaat setia lagi
        Menghukum tanpa bukti?
        Makanya salahkan aku sahabat pendekarmu membela engkau?"

        "Memanglah tak salah tapi aku pantang anak melayu menderhaka
        kepada raja?"

        "Tuah raja apa namanya itu tuah? 
        Raja adil raja disanjung
        Raja zalim wajib diderhaka..."

        "Cukup....! Cukup...! Cukup....!
        Sekarang ini aku terpaksa hapuskan engkau dengan keris taming sari ini kerana ternyata engkau anak melayu yang derhaka ..."

        "Silakan tuah...! Jika itu membuatkau engkau rasa bahagia sebagai pendekar melayu yang menyokong raja yang zalim...silakan...silakan bunuh aku sahabatmu yang membelamu tapi ini balasanmu. apa yang kau dapat daripada raja? Selepas kematianku ini ...aku pasti raja akan kurniakan engkau darjah kebesaran yang dibanggai oleh semua pendekar melayu."

        "Ciss Jebat! Jaga tutur katamu itu...bukan nama dan sanjungan yang aku harapkan tapi...aku pantang anak melayu derhaka kepada raja tak kira apa alasan pun!"

        "Kalau begitu cepat bunuhlah akan Tuah. Dengan kematianku nanti ...namamu akan dikenang sebagai pendekar melayu yang terbilang dan termahsyur di bumi Nusantara ini....dan aku digelar penderhaka raja selamanya tapi aku yakin akan wujud pendekar melayu anak cucuku yang membersihkan namaku bukan sebagai penderhaka raja tapi pendekar yang taat setia kepada sahabatnya dan membela rakyat yang dizalimi sultan.Jika aku berada dipihak yang benar aku bersumpah di Melaka ini tak akan ada Raja buat selamanya."

        "Jebat...engkau bukan penentu takdir....di Melaka ini aku akan pastikan tiada siapa yang akan menghapuskan Raja di Melaka ini kerana Raja adalah lambang kewujudan melalyu di tanah melayu. Aku tak mahu melayu hilang di dunia..."

        Perlawanan silat yang hebat di antara hang tuah dan hang jebat memakan masa yang begitu lama...dan akhirnya hang jebat sengaja memberi peluang kepada hang tuah membunuhnya kerana dia tidak sampai hati membunuh sahabat baiknya hang tuah yang sudah dianggap sahabat dunia akhiratnya.

        Sehingga sekarang kisah hang tuah dan hang jebat menjadi perbualan kisah pendekar melayu yang paling popular hingga ke abad ini.Dan hingga kini Sultan Melaka masih lagi tiada wujud di melaka. Sedangkan sejarah sultan bermulanya di melaka. Kenapa jadi begini. Adakah sumpah Hang Jebat telah termakbul atau menunggu Doa Hang Tuah temakbul wujudnya kembali Sultan Melaka?

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        4 Syawal 1434H
        11 Ogos 2013M
        6 hours ago · Edited · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

        HANG JEBAT :

        Apa salahnya kita bermaaf-maafan...
        kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku selama ini membela kau.

        HANG TUAH :

        Ya...betul katamu Jebat...
        kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
        Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
        Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
        Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah rakyat yang setia ...
        Apa yang terjadi selama ini adalah cuma salah faham saja angkara fitnah.
        Raja pasti boleh terima apa yang kukatakan.

        HANG JEBAT:

        Betul ke Tuah.

        HANG TUAH :

        Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.
        Begitu juga rakyat sayangkan Raja dan negara melebihi kepentingan sendiri.

        HANG JEBAT:

        Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

        HANG TUAH :

        Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
        Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati.
        Tiadalah sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan
        datang pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

        HANG TUAH/HANG JEBAT:

        DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

        RAJA:

        SAYANG RAKYAT!

        Karya: Ratu Rimba Niagara
        30 Jun 2011

        (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
        31 Ogos 2012
        6 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara KERIS MENJADI SAKSI BISU HEBATNYA PERTEMPURAN!

        Keris menjadi saksi bisu
        hebatnya pertempuran mu duhai keris
        kehebatan mu di gelanggang pertempuran di akui sejak berzaman
        kau sentiasa dikenang sepanjang zaman
        kau sentiasa di hatiku
        kan ku perjuangkan kepahlawananmu
        hingga ke titisan darah terakhir
        biarpun nyawaku jadi taruhan
        agar kau mengerti
        yang aku cintakan mu
        selagi nafas ku ada
        lambang cinta
        lambang setiaku
        padamu keris....
        yang tak pernah jemu
        mencintaimu
        untuk mempertabatkanmu
        agar dicintai juga anak bangsa
        sejak zaman berzaman

        Karya Ratu Rimba Niagara
        31 Ogos 2012
        6 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara KERIS LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

        Keris lambang kepahlawanan melayu,
        Keris juga lambang kekuasaan Kesultanan Melayu;
        Kepahlawan dan kedaulatan sultan tak pernah layu,
        Akan di pertahankan hingga ke titisan darah terakhir generasi melayu.

        Tak akan hilang melayu di dunia,
        Itulah sumpah Laksamana Hang Tuah;
        Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
        Berbangga menjadi bangsa melayu di bumi bertuah.

        Ilmu persilatan diminati sejak dahulu,
        Diperturunkan hingga ke generasi baru;
        Bersama mempertahankan kedaulatan kesultanan melayu,
        Akan dibanggai sehingga ke anak cucu.

        Pahlawan melayu sudah terbilang,
        Kepahlawanannya demi agama bangsa dan negara;
        Ilmu persilatan tak akan hilang,
        Akan diperturunkan dengan semangat yang membara.

        Salam silaturrahim salam kepahlawanan,
        Kepada semua pejuang bangsa yang tersanjung di hati;
        Kukagumi kalian kerana semangat perjuangan,
        Yang tak jemu berbakti dan menabur budi.

        AKU BERSYUKUR KERANA AKU MELAYU

        Aku bersyukur karena aku MELAYU
        Aku redho karena aku MELAYU
        Aku gembira karena aku MELAYU
        Aku bangga karena aku MELAYU
        Karena aku cuma mendengar satu saja bangsa yang
        tak akan hilang di dunia yaitu BANGSA MELAYU ( Kata Wakil Anak Melayu Seluruh Dunia)

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
        Melayu bersatu bermuafakat bersama,
        Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

        Berjuang tetaplah berjuang jua,
        Pantang undur sebelum berjuang;
        Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
        Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

        (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
        31 Ogos 2012
        6 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara AKU TAK MAHU MENJADI PENDERHAKA RAJA

        "Raja adil raja disembah...Penderhaka Raja mesti kubunuh!"
        "Engkau pengampu Raja...apa yang engkau dapat? Kurniaan diRaja!"
        "Bukan itu yang aku mahukan...cuma aku mahu menjadi rakyat yang setia...setia kepada Raja."
        "Setia...sebelum berkuasa bolehlah! Dah berkuasa tengok...rakyat ditindas?"
        "Bedebah! Bukan Raja yang menindas rakyat tapi pemerintah !Engkau tahu tak? Tak akan rakyat hendak menindas rakyat..."
        "Kalau pemerintah menindas rakyat mana buktinya?"
        "Buktinya engkaulah yang menafikan kedaulatan diRaja!!!"
        "Kedaulatan diRaja? Macam mana tu?"
        "Pemerintah mengiktirafkan institusi diRaja...rakyat pun aman ."
        "Kenapa engkau kata macam tu?"
        "Sebab tiada Raja tiada negara tiada negara tiada rakyat ...ada rakyat ada pemerintah kerana rakyat adalah pemerintah...."
        "Engkau ini cakap berbelit-belit bikin aku nggak faham!Cakap bikin aku faham bisa nggak?"
        "Senang cerita lah...sebab apa aku kata rakyat itu pemerintah...siapa yang memilih pemerintah?
        "Rakyatlah!"
        "Pandaipun engkau....makanya pemerintah itu rakyat...rakyat itu pemerintah...makanya rakyat perlukan Raja yang adil barulah negara jadi sempurna...ada negara ada rakyat ada rakyat ada Raja..."
        "Itu macam kah...baru aku faham....betul kata engkau .....kalau macam ini tak jadi gaduhlah...kita bisa jadi kawan boleh nggak?"
        "Tentulah boleh...sebab engkau tidak jadi penderhaka...aku suka."
        "Hehehehehe"
        "Sukalah tu!"
        "Pastilah suka...."
        "Kenapa suka?"
        "Perjuangan kau sudah tercapai"
        "Maksud engkau?"
        "Engkau sudah berjaya menyedarkan aku makanya aku tak mahu lagi jadi rakyat penderhaka kepada Raja."
        "DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!"

        Karya RATU RIMBA NIAGARA
        23 Mac 2012
        Like · · Unfollow Post · 3 hours ago near Melaka, Malaysia
        6 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara PENDERHAKA ITU APA MAKNANYA 

        Erwin Agus Pengelana penderhaka itu artiya apa ya ?

        Ratu Rimba Niagara Yang menentang atau tidak taat perintah raja

        Erwin Agus Pengelana sedang pengampu apa non ?

        Ratu Rimba Niagara Suka puji-puji raja

        Erwin Agus Pengelana terima kasih non .......
        salam persahabatan dalam kedamaian.....

        Ratu Rimba Niagarai Kalau di Indonesia apa pula bahasanya...boleh bilang sama ratu...ratu pun mahu belajar ni...
        agar boleh ditukar bahasanya....hihihihi

        Ratu Rimba Niagara Salam damai juga...jadinya apa pendapatmu tentang apa yang ditulis di atas...adakah sudah kau memahaminya 100%

        Erwin Agus Pengelana pemerintah=rakyat, rakyat butuh seorang raja ?.....bentuk Negara Malaysia = perdana menteri yang menjalankan roda pemerintahan dengan restu raja atas pilihan rakyat banyak ?......atau bagaimana non, belum 100% saya tahu.....

        Ratu Rimba Niagara Betul maksudnya itu Erwin...cumanya di Malaysia Institusi DiRaja diiktirafkan pemerintah dan rakyat tapi Indonesia gimana pula...? Tujuan ditulis agar rakyat dan pemerintah Malaysia sentiasa menghargai Institusi diRaja.

        Erwin Agus Pengelana Indonesia menganut sistem Presiden sebagai Kepala Negara dan Kepala Pemerintahan yang dibantu tugasnya oleh seorang Wakil Presiden dan beberapa Pembantu Presiden (Kementrian) atas pilihan rakyat, dan setiap penduduk (warga negara/orang yang telah lama tinggal di Indonesia/Pribumi asli) mempunyai kedudukan yang sama dimata hukum dan setiap penduduk berhak mencalonkan diri menjadi Presiden dan Wapres dengan memenuhi ketentuan-ketentuan yang diatur dalam perundang-undangan......Pilpres = Pemilihan Presiden-Wapres yang diadakan 5 tahun sekali, atas dasar Pilpres inilah (proses demokrasi Pancasila), seorang Presiden memiliki hak penuh sebagai Kepala Negara sehingga berhak pula menjalankan roda pemerintahannya selama periode (masa bhaktinya).......

        Erwin Agus Pengelana dan apabila seseorang Presiden mengingkari janji dan sumpah jabatan, maka selaku presiden bertanggung jawab pada Majelis Permusyawatan Rakyat (MPR), yang mana MPR ini adalah suatu lembaga tertinggi negara sebagai pelaksana dari pemegang kedaulatan tertinggi (rakyat).........

        Ratu Rimba Niagara Jadinya...apa yang ditulis oleh saya di atas...gimana pula...ada persamaan tak di Indonesia?

        Erwin Agus Pengelana ada....hanya bentuknya berbeda....bila tulisan diatas itu adalah berbicara tentang seorang raja yang kedudukannya dapat diwarisi oleh anak kandungnya (putra mahkota) secara silsilah kerajaan, sedang sistem di Indonesia tidak terwarisi secara kedarahan (silsilah keluarga)......kesamaannya : seorang raja dan seorang presiden adalah kedudukan sebagai Kepala Negara.....perbedaannya : dalam bentuk kerajaan yang menjalankan roda kepemerintahan adalah seorang Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat, sedang dalam sistem republik seorang kepala negara yang syah (memenangkan pilpres da sudah dilantik oleh MPR) berhak pula menjalankan roda pemerintahan selama kurun waktu 5 (lima) tahun masa jabatannya.......salam damai dalam persahabatan......

        Laksamana Mas Kepada Raja yang bijak, salam hormat ku kepada Paduka,.....

        Ratu Rimba Niagara Salam damai juga untuk kedua rakan seperjuangan yang dihormati lagi disanjungi di benua sana...moga negaramu kekal aman merdeka semerdeka negaraku yang mengiktirafkan sistem diRaja bersilsilah.Aamin

        RAJA RAKYAT PEMERINTAH 3 SERANGKAI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN SAMPAI KAPAN PUN! DUNIA PASTI AKAN TERSENYUM BANGGA!

        (PETIKAN DARIPADA GROUP KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA)
        23 Mac 2012
        5 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara JIWA PAHLAWAN MELAYU TAK TAKUT MATI!

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
        Bersatulah Melayu sedunia,
        Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

        Pendekar melayu menjadi sanjungan,
        Dulu kini dan selamanya;
        Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
        Disanjungi kerna kekuatan makrifatullahnya.

        Melayu sakit semuanya sakit,
        Kerana jiwa melayu berakar umbi;
        Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
        Itulah bukti melayu sudah satu hati.

        Melayu pencetus kebangkitan ummah,
        Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
        Pendekar melayu akan satukan ummah,
        Kerna mahu mati dalam fisabilillah.

        Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
        Anak jantan melayu pantang dicabar;
        Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
        Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

        Melayu hina melayu kepantang melayu,
        Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
        Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
        Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

        Melayu kuat karena bersatu,
        Kutuk mengutuk hina menghina;
        Bukan jiwa pendekar melayu,
        Yang ada membela yang teraniaya.

        Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
        Raja sekarang selalu muafakat;
        Muafakat Raja bersama rakyat,
        Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

        Hulubalang sultan sedia berbakti,
        Pada raja berjiwa hamba-Nya;
        Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
        Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

        Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
        Raja dan rakyat saling menyanjungi;
        Kata sepakat semua rumpun melayu,
        Barulah mengundang Rahmat Kaseh Ilahi.

        Melayu oh! melayu
        Perwira oh! perwira
        Pahlawan oh! pahlawan
        Pendekar oh! pendekar
        Laksamana oh! laksamana
        Hulubalang oh! hulubalang

        Berjuanglah kalian
        Hingga ke tetesan darah terakhir
        Fisabilillah lah kamu jangan jemu
        Syahidmu di medan juang
        Allah sayang padamu
        Syurga Firdausi tempatmu
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
        Syahid ke jalan-Nya
        Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
        Aku bangga denganmu
        Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
        Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
        Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        23 Ramadhan 1434H
        1 Ogos 2013M
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
        5 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara HULUBALANG TAK TAKUT MATI DI MEDAN PERANG!

        demi tanahairku yang tercinta
        aku akan perang habis-habisan
        darahku
        nyawaku
        perjuanganku
        hidup matiku hanya untuk Allah
        tak akan aku gentar
        walau beribu datang menyerang
        akan aku tentang habis-habisan

        aku hidup untuk Allah
        aku mati untuk Allah
        aku berjuang kerana Allah
        aku cumalah hamba Allah
        yang dipilih Allah untuk ke jalan-Nya
        perjuangan demi kerana Agama Bangsa & Negara adalah duniaku
        makanya aku tak takut mati jika aku mati di medan juang
        aku adalah tentera Allah yang berani mati demi-Nya
        aku redha hidupku sebagai seorang pejuang
        sudah tercatat di Azali aku seorang pejuang-Nya
        aku syukur sebanyak-banyak-Nya
        kerana aku berjuang demi agama bangsa dan tanahair
        untuk meraih cinta-Nya
        moga perjuanganku dibalas syahid...
        AAmeen Ya Rabba A'Lameen.

        Karya Ratu Rimba Niagara
        1 Ogos 2013
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK PARA HULUBALANG & SEMUA TENTERA FISABILILLAH YANG MAHU SYAHID KE-JALAN-NYA)
        ·
        5 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara HULUBALANGKU...

        HULUBALANGKU...
        AKU TABIK HORMAT DENGAN KEBERANIAN BERANI MATIMU DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA...MOGA SYAHIDMU DITERIMA ALLAH SWT AAMEEN.

        SEKALUNG BUNGA CINTA IBU PERTIWI KEPADA SEMUA WIRA NEGARA YANG RELA MATI DI MEDAN JUANG...SELAMAT BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!
        TANPAMU SIAPALAH KAMI ...PASTI SEMUA RAKYAT MALAYSIA TINGGAL DI BUMI SENDIRI DALAM KEADAAN TIDAK AMAN MAKA DARI ITU SETITIK KERINGATMU DAN DARAH PERJUANGANMU YANG GUGUR KE BUMI AKU AMAT HARGAINYA. MOGA SYURGALAH TEMPATMU ATAS SEGALA PENGORBANANMU PADA SEMUA RAKYAT NUSANTARA TERCINTA. AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.
        By Ratu Rimba Niagara
        1 Ogos 2013
        5 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara TELAH TERCATAT SEJAK AZALI AKU PEJUANG SYAHID DEMI-NYA 

        BERSAMA MEMPERTAHANKAN NEGARA DENGAN APA CARA SEKALI PUN....." BERAT SAMA DIPIKUL , RINGAN SAMA DIJINJING " PERPADUAN ASAS KEUTUHAN NEGARA 
        By: Khai Noor

        SIAPA BERANI MEMUSUHI IBU PERTIWIKU
        MERIAM INI AKAN TAK HENTI BERDENTAM DENTUM MEMBUNUHMU
        KALAU BERANI SILAKAN....
        INI ANAK JANTAN DARI KERABAT DIRAJA JEMBAL
        RELA MATI DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA BANGSA & NEGARA...
        By: Ratu Rimba Niagara

        MALAYSIA SELAMANYA MERDEKA SELAGI DUNIA BELUM KIAMAT!

        TIADA PEMIMPIN TIADA NEGARA
        TIADA NEGARA TIADA RAKYAT
        TIADA RAKYAT TIADA TENTERA
        TENTERA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT & PEMIMPIN
        SALING SOKONG MENYOKONG KE ARAH NEGARA SEJAHTERA
        TANPA SESIAPAPUN BERANI MENCEROBOH KEDAULATAN NEGARA TERCINTA! MERDEKALAH MALAYSIA SELAMANYA SELAGI DUNIA BELUM KIAMAT..
        IN SHAA ALLAH AAMEEN.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        1 Ogos 2013
        5 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara MOGA KAMU SEJAHTERA DI DUNIA SENJAHTERA DI SYURGA

        PANTANG ANAK JANTAN MELAYU DICABAR...
        MAKANYA TIADA MASA MENUNGGU MEREKA YANG PENGECUT
        PEJUANG FISABILILLAH SENTIASA BERSIAP SIAGA DI MEDAN PERANG DEMI MENYAHUT SEMBOYAN IBU PERTIWI!
        DUHAI PERWIRA-PERWIRA MALAYSIA
        KAMI RAKYAT MALAYSIA SENTIASA BERSAMA PERJUANGANMU
        KAMU BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN KAMI
        KAMI SYUKUR
        KAMI TERHARU
        KAMI DOAKAN KAMU SEJAHTERA JUGA
        SEJAHTERA DI DUNIA SEJAHTERA DI SYURGA...AAMEEN.

        RATU RIMBA NIAGARA
        1 Ogos 2013
        5 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara TANDA AKU CINTA PADA IBU PERTIWI

        INILAH BARISAN KITA
        YANG RELA BERJUANG
        TAK TAKUT MATI TIKA BERJUANG
        DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
        SENTIASA SIAP SIAGA
        SENTIASA GAGAH
        SENTIASA PERKASA
        SENTIASA BERTEGAS PADA MUSUH DURJANA
        TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SETAPAK
        BIAPUN AKU DIHUJANI PELURU
        BERMANDIKAN DARAH
        AKU RELAKAN
        ASALKAN NEGARAKU
        SEJAHTERA BUAT SELAMANYA
        TANDA AKU CINTA PADA IBU PERTIWI
        PADA TUHAN AKU MERAYU
        AGAR AKU MATI SYAHID
        ITULAH MATLAMATKU
        YANG KUDAMBAKAN DALAM WIRAKU PADA NEGARA
        IN SHA ALLAH AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        23 Ramadhan 1434H
        1 Ogos 2013M

        PERWIRAKU BERJUANGLAH DIKAU HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR...MOGA SYAHIDLAH TEMPATMU AAMEEN.
        By: Ratu Rimba Niagara
        22 Ramadhan 1434H
        1 Ogos 2013M
        5 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara TITAH RAJA SENTIASA TERJUNJUNG UNTUK DILAKSANAKAN

        You, Sri Pemangku Adat and 4 others like this.

        Ratu Rimba Niagara BIARPUN ILMU PERSILATAN DITAKLUKI TAPI TIDAK PERNAH WUJUD RASA UNTUK MEMBANGGAKAN DIRI TETAP BERADAT DAN BERADAP. TITAH RAJA SENTIASA TERJUNJUNG UNTUK DILAKSANAKAN.
        July 31 at 5:57pm · Like · 1

        Sri Pemangku Adat drpd. Karaton Nusantara jika seseorang Gelar Darjat Penggawa @ Penghulu Adat Istiadat bersikap sentiasa rendah diri dikalangan rakyat/masyarakat adat dan sentiasa taat setia kepada raja dan negaranya maka HARMONIlah hidup kita semua, amin ya allah.
        July 31 at 7:11pm · Like · 1

        Ratu Rimba Niagara DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA TERCINTA

        RAJA BERJIWA RAKYAT
        MENGUTAMAKAN RAKYAT
        MEMAHAMI PENDERITAAN RAKYAT
        MEMBANTU SELAGI DAYA DEMI RAKYAT
        TAK PERNAH SOMBONG PADA RAKYAT
        TIADA RAKYAT TIADA RAJA TIADA RAJA TIADA RAKYAT
        RAJA BERKORBAN UNTUK RAKYAT
        RAJA DIKASIHI RAKYAT
        RAKYAT OH! RAKYAT
        BETA SENTIASA BERSAMAMU RAKYAT
        CUMA YANG BETA MAHU PADA RAKYAT
        JANGAN PERNAH LUPA , BETA SENTIASA DI HATIMU RAKYAT
        SELAGI NYAWA BETA ADA BETA PERJUANGANKAN UNTUK MU RAKYAT
        AYUH KITA BERSAMA MERAIH KEGEMILANGAN DUNIA AKHIRAT
        AGAR KITA TIDAK MERANA DI AKHIRAT
        MAKA DARI ITU KITA BERSAMA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB BERAT
        RINGAN SAMA DIJINJING
        BERAT SAMA DIPIKUL 
        AMANAH DIJUJUNG
        PENGORBANAN DISANJUNG
        ITU AMALAN KITA
        BUDAYA MELAYU
        TAK PERNAH LUPA SEJARAH
        SEJARAH DIRAJA DIMARTABATKAN
        DEMI RUMPUN MELAYU NUSANTARA
        DEMI PEWARIS BANGSA
        TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
        ITU SUMPAH LAKSAMANA HANG TUAH
        TAAT SETIA HANG TUAH KEPADA RAJA
        RELA PERTARUHKAN NYAWA DEMI RAJA
        ASALKAN INSTITUSI DIRAJA DIHORMATI DISANJUNGI
        PANTANG PAHLAWAN MELAYU NUSANTARA
        MENJADI RAKYAT DERHAKA
        RELA NYAWA DIPERTARUHKAN
        DEMI RAJA DAN PEWARIS BANGSA NUSANTARA TERCINTA
        DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        25 Febuari 2013
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAJA NOOR JAN SHAH PEWARIS KERABAT DIRAJA SULTAN MELAKA)

        (PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
        23 Ramadhan 1434H
        1 Ogos 2013M
        August 1 at 12:39pm · Like · 1

        Ratu Rimba Niagara TERUSKAN PERJUANGANMU NUSANTARA DICINTAI

        Sekalung bintang emas diterima,
        Daripada Keraton Nusantara;
        Syukur Allahamdulillah dari-Nya,
        Berkat berbakti pada semua.

        Karang mengarang minat hamba,
        Bangsawan diRaja amat diminati;
        Dikarangkan penuh suka,
        Hingga tak ingat berhenti.

        Telah banyak kisah bangsawan diRaja,
        Hamba karangkan untuk rakyat dan Raja;
        Dengan harapan terealisasilah Institusi diRaja,
        Itulah matlamat dikarang bangsawan diRaja.

        Bahagia rasa hati matlamat tercapai,
        Bilamana dipentaskan dipertontonkan;
        Pada raja dan rakyat yang dikasihi,
        Dipanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.

        Pelbagai tema ditulis bangsawan diRaja,
        Agar rakyat tahu pengorbanan Raja;
        Menghormati menyanjungi institusi diRaja,
        Raja perlukan rakyat , rakyat perlukan Raja.

        Nusantara milik kita bersama,
        Negaraku negaramu seia sekata;
        Senada seirama merealisasikan bersama,
        Ke puncak jaya demi nusantara tercinta.

        Nusantara oh! nusantara tercinta,
        Bumi melayu adalah nusantara;
        Tak akan hilang melayu di dunia,
        Itulah sumpah Hang Tuah tercinta.

        Tak akan hilang melayu di dunia,
        Jika melayu bersatu hati;
        Kikiskan budaya buruk sangka,
        Kita berusaha menyatukan hati.

        Andainya hari ini nafasku terhenti,
        Perjuangan jangan terhenti;
        Teruskan perjuanganmu nusantara dicintai,
        Barulah aman rohku di sana nanti.

        Karya Ratu Rimba Niagara
        25 Febuari 2013

        PETIKAN DARIPADA WALL GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
        1 Ogos 2013.
        August 1 at 12:43pm · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara BANGKITLAH SEMUA PAHLAWAN MELAYU DEMI FISABILILAH MEMBELA SAUDARA SEISLAMMU YANG DIZALIMI SYIAH TANPA EHSAN! 

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
        Bersatulah Melayu sedunia,
        Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.

        Pendekar melayu menjadi sanjungan,
        Dulu kini dan selamanya;
        Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
        Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.

        Melayu sakit semuanya sakit,
        Kerana jiwa melayu berakar umbi;
        Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
        Itulah bukti melayu sudah satu hati.

        Melayu pencetus kebangkitan ummah,
        Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
        Pendekar melayu akan satukan ummah,
        Kerana mahu mati dalam fisabilillah.

        Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
        Anak jantan melayu pantang dicabar;
        Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
        Nyawa jadi taruhan jika dicabar.

        Melayu hina melayu kepantang melayu,
        Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
        Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
        Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.

        Melayu kuat kerana bersatu,
        Kutuk mengutuk hina menghina;
        Bukan jiwa pendekar melayu,
        Yang ada membela yang teraniaya.

        Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
        Raja sekarang selalu muafakat;
        Muafakat Raja bersama rakyat,
        Raja dan rakyat hidup penuh berkat.

        Hulubalang sultan sedia berbakti,
        Pada raja berjiwa hamba-Nya;
        Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
        Laksamana lambang kepahlawanan sejati.

        Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
        Raja dan rakyat saling menyanjungi;
        Kata sepakat semua rumpun melayu,
        Barulah mengundang Rahmat Kaseh Ilahi.

        Melayu oh! melayu
        Perwira oh! perwira
        Pahlawan oh! pahlawan
        Pendekar oh! pendekar
        Laksamana oh! laksamana
        Hulubalang oh! hulubalang

        Berjuanglah kalian
        Hingga ke titisan darah terakhir
        Fisabilillah lah kamu jangan jemu
        Syahidmu di medan juang
        Allah sayang padamu
        Syurga Firdausi tempatmu
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
        Syahid ke jalan-Nya
        Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
        Aku bangga denganmu
        Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
        Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
        Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        23 Ramadhan 1434H
        1 Ogos 2013M
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR PENDEKAR MELAYU YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
        August 1 at 2:38pm · Edited · Like ·
      • Ratu Rimba Niagara SELURUH BENUA INI AKAN KURENJISKAN TINTA BERDARAH
        DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI

        JANGAN BERPAYUNG DI BAWAH MENTARI,
        JIKA TAK BERANI MEMIJAK BARA DI BUMI;
        HANG TUAH RELA KORBANKAN DIRI SENDIRI,
        DEMI SYAHIDNYA KE JALAN ILAHI.

        BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
        ITU PRINSIP HANG JEBAT HANG TUAH;
        HANG TUAH HANG JEBAT RELA BERDEPAN AJAL,
        ASALKAN BUMI PERTIWI TIDAK DIJAJAH MUSUH.

        AYUH PAHLAWAN MELAYU BERSIAP SIAGA,
        MENENTANG MUSUH DURJANA;
        DI MANA-MANA MUSUH SENTIASA ADA,
        MENUNGGU MASA MERAMPAS KUASA.

        JANGAN LEKA JANGAN LALAI,
        DUHAI SEMUA PAHLAWAN NUSANTARA;
        KERANA MUSUH TAK PERNAH LALAI,
        SENTIASA MENCARI PELUANG MEMERINTAH NUSANTARA.

        NUSANTARA INI KITA YANG PUNYA,
        MOYANG KITA TINGGALKAN UNTUK KITA;
        TAK SEMUDAH ITU MEREKA NAK AMBILNYA,
        LANGKAH MAYATKU DULU SEBELUM NIATMU BERMULA.

        BIARPUN BUMI NUSANTARA INI BERMANDIKAN DARAH,
        AKAN KUTUNTUT BIARPUN SEINCI TANAH MOYANGKU;
        DI SELURUH BENUA INI AKAN KURENCISKAN TINTA BERDARAH,
        AGAR MEREKA TAHU BETAPA AKU CINTA AKAN NUSANTARAKU.

        SUDAH LAMA AKU HIDUP DI DUNIA INI,
        TIADA APA SEMAI BAKTIKU PADA NUSANTARA TERCINTA;
        KAN KUPERAH KERAHKAN OTAKKU INI;
        MENIUPKAN BARA PERJUANGAN SEMUA WIRA TERCINTA. 

        PERJUANGAN INI TIDAK AKAN PERNAH PADAM DI HATIKU,
        BIARPUN SELURUH PENDEKAR TIDAK MENDENGAR PUISIKU;
        BERJUANGLAH DIKAU DENGAN KEPERKASAANMU,
        SIAPALAH AKU HENDAK DIBANDINGKAN KEPAHLAWANANMU.

        CUMA HARAPAN KU SATU,
        JANGAN KAU LUPA PESANAN HANG TUAH;
        MELAYU ITU CUMA SATU;
        MAKANYA TAK AKAN HILANG MELAYU DI BUMI BERTUAH.

        MARILAH KITA BERSATU DEMI KEPENTINGAN MELAYU,
        MARILAH KITA BERSATU HATI DEMI TUNTUTAN ISLAM;
        BERKONGSI KUASALAH DEMI ANAK CUCU MELAYU,
        KERANA BEGITU INDAH-NYA KESUCIAN ISLAM.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        23 Ramadhan 1434H
        1 Ogos 2013
        (PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PAHLAWAN NUSANTARA)
        August 1 at 2:55pm · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara PENDEKAR MELAYU TAK MUDAH MENGAKU KALAH

        Melayu hina melayu,
        Takkan kubiarkan;
        Kerana aku jiwa melayu,
        Kusahut segala cabaran.

        Melayu sentiasa hidup,
        Takkan kubiarkan diinjak-injak;
        Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
        Makanya bangsaku mestinya bijak.

        Pendekar melayu pantang dicabar,
        Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
        Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
        Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

        Sedikit ilmu badan binasa,
        Akan kusahut cabaranmu itu;
        Bertulangkan besi beruratkan suasa,
        Satu lawan satu aku sedang menunggu.

        Satu lawan satu itulah anak jantan,
        Pukulan maut takkan ku gentar;
        Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
        Biar apa terjadi jangan undur.

        Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
        Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
        Ingat pesanan guru jangan mengalah,
        Kerana pendekar melayu tak takut mati.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        9 Ogos 2012
        20 Ramadan 1433H
        (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
        July 31 at 7:23pm · Like · 1
        5 hours ago · Like · 1
      • Ratu Rimba Niagara AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG

        Tika aku terlantar parah begini...
        Mana pergi anak-anak muridku...
        Yang mengaku akan menuntut bela
        Darahku yang jatuh ke bumi
        Walaupun setetes!
        Ini bukan setetes...
        Tubuhku dipenuhi darah....
        Sesuka hati mereka
        Menetak ...menghentak
        Memukul ...menyepak terajangku
        Bukan aku tidak boleh melawan mereka
        Mereka terlalu ramai
        Kalau benar mereka anak jantan
        Kenapa tidak satu lawan satu?
        Biarpun begitu pantang
        Anak jantan lari di medan juang
        Biarpun mereka ramai
        Aku seorang
        Aku kerahkan segala tenaga kejantananku
        Hingga tak kuhiraukan
        Darahku merecik sana sini
        Lagi kuat hayunan parangnya
        Lagi kuat hayunan
        Sepak terajangku
        Karena mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
        Aku tidak bersenjata
        Karena
        Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
        Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
        Karena aku percaya
        Tuhan Mahu Mengujiku
        Karena adalah suratan takdirku
        Aku terima dengan redho
        Cuma jika dipanggil Ilahi
        Adakah anak-anak jantan melayu
        Di luar sana masih membisu dan kaku
        Aku tidak minta ditebus kematianku
        Tapi jagalah bangsa melayuku
        Agar tidak menerima nasib sepertiku
        Diserang hendap tanpa dugaku
        Dan pantang aku
        Bangsa aku ditindas dan tertindas
        Tanpa sebab musabab....
        Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
        Makanya bangsaku
        Kalau melayu tak sokong melayu
        Siapa lagi?

        Pahlawanku yang teraniaya...
        Sabarlah...
        Tuhan bersamamu tika ini
        Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
        Andai kau dijemput Ilahi...
        Syurga menantimu
        Insya-Allah Aamin

        Karya : Putri Rimba Niagara
        24 April 2012
        (DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012)
      • Ratu Rimba Niagara PANTUN SATRIA

        Hajat hati nak jadi perwira,
        Tiada kudrat apalah dayaku;
        Namun begitu bersemangat satria,
        Relaku mati demi negaraku.

        Kata ibu datukku seorang pahlawan,
        Keturunan hulubalang Raja Bugis;
        Aku bersyukur berdarah pahlawan,
        Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

        Rupanya aku tidak keseorangan,
        Di luar sana menyokong perjuanganku;
        Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
        Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
        Melayu bersatu bermuafakat bersama,
        Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

        Berjuang tetaplah berjuang jua,
        Pantang undur sebelum berjuang;
        Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
        Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

        Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
        Jasamu mewangi hingga ke mati;
        Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
        Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

        Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
        Bersiap siaga setiap masa;
        Menangani jenayah begitu cermat,
        Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

        Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
        Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
        Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
        Keamanan Malaysia di puncak jaya.

        TLDM tidak kurang hebatnya,
        Berada di laut bersiap siaga;
        Musuh yang datang akan ditentangnya,
        Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

        Pasukan RELA rela berkorban,
        Berkorban masa dan juga tenaga;
        Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
        Demi rakyat dan negara tercinta.

        Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
        Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
        Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
        Semangat perjuangan terus membara.

        PERKASA kusanjung jasamu,
        Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
        Tidak pernah berputus asa di hatimu,
        Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

        PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
        Roh perjuangan tepat dan jelas;
        Semangat membara-bara hidup di hatimu,
        Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

        Seni persilatan melayu amat dikagumi,
        Kepahlawananmu tiada tandingannya;
        Generasi muda minat mempelajari,
        Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

        Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
        Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
        Jutaan rakyat bangkit memberontak,
        Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

        Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
        Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
        Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
        Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

        Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
        Pemimpin Malaysia cintakan negara;
        Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
        Saling berkorban demi negara.

        Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
        Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
        Negara sentiasa terus aman,
        Kedaulatan negara sejak berzaman.

        Pahlawan melayu pantang berundur,
        Rela bermandikan darah dihujani peluru;
        Demi pewaris takkan berudur.
        Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

        Berkibarlah benderaku terus berkibar,
        Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
        Rakyat Malaysia jangan dicabar,
        Roh perjuangan meniti zaman.

        Karya Ratu Rimba Niagara
        12 Rabiulawwal 1434H
        25 Mac 2013M
        (PANTUN SATRIA DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI POLIS MALAYSIA
        PDRM KE-206 PADA 25 MAC 2013 DENGAN SLOGAN,'KOMINITI SEJAHTERA KOMITMEN KAMI' MOGA SEMUA YANG BERGELAR PERWIRA MALAYSIA TERUS BERJUANG HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR KAMI SELURUH RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENYOKONG PERJUANGANMU MENGHARGAI SETIAP TITISAN DARAH DAN NYAWAMU DEMI IBU PERTIWI TANPAMU SIAPALAH KAMI MOGA ALLAH SWT MEMBALAS SYAHIDMU DI MEDAN JUANG AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)


(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
4 Syawal 1434H
11 Ogos 2013M


0 comments:

Post a Comment

 
;