KDYMM MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN BERJIWA PAHLAWAN FISABILILLAH DEMI RAKYAT DAN NUSANTARA AKAN DIPERTAHANKAN SEHINGGA KE TETESAN DARAH TERAKHIR
SEMBAH TAHNIAH! DAULAT TUANKU! MOGA KERAJAAN MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN DIRAHMATI ALLAH SWT AAMIIN
DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI
RAKYAT BETA YANG DIKASIHI, MARILAH BERSAMA BETA; PERTAHANKAN BUMI NUSANTARA INI, SUSAH SENANG KITA BERSAMA.
BETA PERTARUHKAN NYAWA, DEMI RAKYAT NUSANTARA TERCINTA; INILAH TANDA CINTA BETA, PADA RAKYAT & NUSANTARA TERCINTA.
TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SEINCI, DI BUMI BERTUAH NUSANTARA INI; KITA LAYARKAN PERJUANGAN ILAHI, AGAR KITA SEMUA DIBERKATI.
USAHLAH DIBIMBANG DUHAI RAKYAT, KASIH BETA ADALAH MENGUTAMAKAN RAKYAT; KARENA ITU TANGGUNGJAWAB BETA PADA RAKYAT, BERUSAHA SELAGI DAYA MAJUKAN RAKYAT.
JANGANLAH DARJAT MEMISAHKAN KITA, DARAH KITA WARNA YANG SAMA; BERSAMALAH MAJUKAN NEGARA KITA, SUSAH SENANG KITA BERSAMA.
ANDAI BETA DIJEMPUT ILAHI, JAGALAH BUMI NUSANTARA INI; AGAR DAPAT GENERASI WARISI, BARULAH TENANG DI SANA NANTI.
KIRIMAN DOA AMAT DINANTI, JANGAN DILUPAI SAMA SEKALI; ALAM BARZAH TEMPAT ABADI, SEMENTARA QIAMAT DATANGI.
MOGA KITA BERTEMU LAGI, DI SYURGA NEGERI ABADI; SEGALA KEINDAHAN DIKECAPI, DI SYURGA KASIH TERSIMPUL MATI.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA (GURINDAM KALBU DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK MAHARAJA KUTAI MULAWARMAN & SELURUH RAKYAT NUSANTARA TERCINTA) 5 Syawal 1434H 12 Ogos 2013M
0 comments:
Post a Comment