Friday, 16 August 2013

GEMA PUISI DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA & MALAYSIA KARYA RATU RIMBA NIAGARA (2)


Selembut Kapaspun masih tetap ada berbiji, dan Seindah Mawarpun masih tetap ada Berduri, Tak rasa sampai pula kita dalam Aidil Fitri. Andai tersilap khilaf dalam canda seta tergores luka dalam tingkah serta cakap dalam berkata maafkan lidah yang kurang terjaga.. MINAL AIDIN WALFAIZIN.. Mohon Maaf Lahir serta Batin.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 14 34 H , DYMM SULTAN MELAKA RAJA KESULTANAN MELAKA., DATUK PADUKA RAHIM WAHAB PENERUS KESULTANAN SIAK SRI INDRAPURA ., Selamat Ulang Tahun Kelahiran RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 Ogos 2013., DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013. . (Iwan Tirta , Komite Penegak Adat Dayak Republik Indonesia KOMPAK-RI, MARKAS BESAR PANGLIMA Panglima Besar GP-PAK Provinsi Kalimantan Timur Indonesia)..
By: I wan Tirta 
1Like ·  · Unfollow Post · 
  • Iwan Tirta and 6 others like this.
  • Ratu Rimba Niagara MOGA ALLAH PELIHARAKAN SULTAN MELAKA DARUL ISLAM - D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M RAJA TUAH SHAH

    PERHATIAN : KEPADA SEMUA BADAN-BADAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO), BETA AMAT BERHARAP SUPAYA SEMUA PERTUBUHAN - PERTUBUHAN YANG ADA DI MALAYSIA INI BERSATU PADU BERGABUNG TENAGA DAN BUAH FIKIRAN DEMI MEMPERTABATKAN AGAMA , BANGSA DAN BUDAYA . IBARAT KATA PEPATAH MELAYU “ BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DI JINJING”. "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT".
    Titah: Sultan Melaka Raja Noor Jan Shah

    AMPUN TUANKU
    SEMBAH PATIK HARAP DI AMPUN
    BENAR KATA-KATA TUANKU ITU
    PATIK SOKONG 100%
    MOGA DIDENGARI OLEH SEMUA RAKYAT JELATA 
    DI MALAYSIA INI & NUSANTAR
    Oleh: Ratu Rimba Niagara

    ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PENGANUGERAHAN GELARAN TOKOH-TOKOH DIRAJA SERTA PENYAMPAIAN WATIKAH KEPIMPINAN DAN MAJLIS SANTAPAN DIRAJA.
    MAJLIS DISEMPURNAKAN OLEH: KE BAWAH D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH 11 @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH

    RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA DARUL ISLAM

    RAJA BERDAULAT BERJIWA RAKYAT

    ALLAH PELIHARAKAN SULTAN MELAKA DARUL ISLAM

    D.Y.M.M.TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
    Raja Kerajaan Kesultanan Perak Ke-22 (1851-1857),
    PPJP (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
    D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang)2008,
    D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran : Pangeran Sentana)2010.

    RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA DARUL ISLAM
  • MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
  • Ratu Rimba Niagara MOGA RAMADHAN 1434H DITERIMA-NYA AAMIIN 

    SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
    DALAM PENUH KEHIBAAN 
    AKU MENANGIS MERATAPI NASIB DIRI

    ADAKAH AMALAN KU DITERIMA ATAU DITOLAK ALLAH SWT
    JIKA DITERIMA BERBAHAGIALAH AKU DUNIA AKHIRAT
    JIKA DITOLAK PASTILAH MERANA AKU
    HIDUP DI DUNIA INI SERASA KOSONG...KOSONG TANPA MAKNA
    HENDAK KUTUNGGU RAMADHAN DI TAHUN HADAPAN
    ENTAH KAN ADA 
    ENTAHKAN TIDAK
    MANALAH TAHU INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIRKU
    ALLAHU AKBAR MERANALAH AKU JIKA RAMADHANKU 
    TIDAK SUDI BERKAWAN DENGANKU LALU ALLAH MENOLAK AMALANKU...
    ALLAHU AKBAR 
    SELALU KUBAYANGKAN AKU SEMPAT MELAKUKAN SEGALA KEBAIKAN WALAUPUN SEDIKIT ASALKAN ALLAH TERIMA 
    LEBIH-LEBIH LAGI DI MALAM LAILATUL QADAR
    AKU MENULIS TERUS MENULIS 
    MUHASABAH DIRIKU MENGINSAFI DIRIKU
    ADAKAH AMALANKU DITERIMA OLEH ALLAH SWT
    ALLAHU AKBAR ALANGKAH BAHAGIANYA 
    JIKA AKU MENULIS DI KALA ITU ADALAH MALAM LAITUL QADAR
    JIKA ALLAH TERIMA SEOLAH AKU MENULIS SERIBU BULAN BERSAMAAN 80 TAHUN ...DIKIRA BUKAN 80 TAHUN DI DUNIA 80 TAHUN DI AKHIRAT...SEDANGKAN 1 HARI DI AKHIRAT SAMA DENGAN JUMLAHNYA 1000 TAHUN DI DUNIA...ALLAHU AKBAR
    YA ALLAH KERANA-MU AKU MENULIS
    MENULIS TENTANG-MU AGAR AKU TERTABIYAH DENGAN AJARAN-MU DAN LAMBANG KASIH SAYANGKU PADA RASULULLAH KEKASIH-MU DAN PENULISANKU ITU AKU KONGSIKAN/BAGIKAN DENGAN RAKAN-RAKAN ALAMMAYAKU ...AGAR MEREKA JUGA SAMA SEPERTIKU MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU DALAM DOSA TERAMPUN DAN JIWA YANG TENANG LAGI KAU REDHA REDHOI...ITULAH YANG AKU DAMBAKAN DAN SEMUA HAMBA-MU HARAPKAN YA ALLAH
    MAKANYA TERIMALAH AMALANKU ...TERIMALAH AMALAN KELUARGAKU...TERIMALAH AMALAN SAUDARA SEISLAMKU DAN SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU...
    JADIKANLAH KAMI SATU PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM YANG IKHLAS SALING BANTU MEMBANTU DEMI MERAIH RAHMAT KASIHMU SEHINGGA AKHIR NAFAS KAMI DAN SEHINGGA DI HARI PEMBALASAN NANTI AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

    1 Syawal 1434H
    8 Ogos 2013M

    MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
  • Ratu Rimba Niagara KITA LAHIR KE DUNIA BERGELAR KHALIFAH ALLAH AZZAWAJALLAH

    Kita lahir kedunia ini tanpa apa-apa
    Mati pun tanpa apa-apa
    Cuma kain putih pembalut jasad yang kaku bakal dimakan ulat-ulat

    Cantik. ganteng. berdarjat, berpangkat, jutawan, miskin kaya
    Semuanya bakal bergelar tengkorak
    Jadi mana perginya darjah dan pangkat kita
    Itu yang kita paham pada pemahaman mata kasar

    Jika kita paham dengan pahaman mata hati
    Kita lahir ke dunia ini tanpa apa-apa
    Mati cuma kain putih bukan kain kuning pembalut jasad
    Kalau mahukan kain kuning juga kerana mahu jaga darjat silakan
    Tak sapa pun nak melarang kerana kita pencinta adat kekuningan
    Kafan kuning ke kafan putih ke
    Yang bakal ditanya di alam barzah nanti 
    Adakah kita pasti dapat menjawabnya kelima-lima soalan kubur
    Tapi gimana kita hendak menjawab soalan kubur jika 
    Semasa hidup tidak menjadi amalan hidup kita.

    Yang kita tahu hari-hari
    aku keturunan diraja
    aku keturunan bangsawan
    aku kaya raya
    makanya semua mesti hormat aku
    semua kata-kata mesti didengar
    simiskin ini padaku
    hanyalah hama membawa hina padaku
    ALLAHU AKBAR! 
    sampai begitu sekali hinanya si miskin pada pandangan yang berdarjat 

    Duhai yang gilakan darjat
    Adakah darjatmu itu dapat membantu rakyatmu
    Sedangkan darjatmu belum lagi dimartabatkan oleh rakyatmu
    Jangan kerana gilakan darjatmu itu hinggakan rakyat tak mahu mengitirafkanmu

    Apa guna ada darjat tak ada kuasa untuk membela rakyat
    Seperti harimau hilang taringnya
    Apa guna ada harta bertimbun tapi untuk ditimbunkan ke kubur saja

    Manusia dialhirkan di dunia ini memang tak ada apa-apa
    Dengan izin-NYa diKurniakan darjat
    Terus dimartabatkan rakyat
    Terus mahu menjadi pengabdi rakyat membela rakyat semampu daya rezeki yang diberi melimpah ruah terus diagih-agihkan kepada rakyat yang memerlukan tanda syukur
    Itulah darjat yang berkuasa 
    Yang ada taring untuk membela rakyat dan membantu
    Itulah darjat yang mahu dimartabatkan oleh rakyat
    Nyawa jadi taruhanpun sanggup rakyat pertaruhkan 

    Itulah tanda Kebesaran Tuhan mengurniakan hamba pilihan-NYa
    berdarjat tapi untuk menjadi hamba-Nya sebagai khalifah di muka bumi ini bukan sebagai pengabdi darjat membanggakan diri sendiri sampai mati.

    Duhai rakyat sekalian
    Mana satukah pilihan kalian
    Orang yang berdarjat untuk kepentingan sendiri
    Atau orang yang mahukan darjat tapi untuk kepentingan rakyat jelata kunantikan jawapan darimu ok
    Kalau tak nak jawab kamu tak akan membaca karyaku lagi
    Serius ni dong....

    'SELAMAT AIDILFITRI HARI KEMENANGAN ORANG YANG BERPUASA'
    'MAAF ZAHIR DAN BATHIN' 

    RATU RIMBA NIAGARA
    28 Ramadhan 1434H
    6 Ogos 2013M

    MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'
  • Ratu Rimba Niagara SEMUA JASAD BAKAL DIMAKAN CACING DAN ULAT

    Secantik dan setampan apa-pun wajah kita. sesexi dan segagah apa-pun tubuh kita. Sekaya dan setinggi apa-pun jabatan kita. Jangan-lah terlalu berlebih-lebihan membanggakan diri dengan KESOMBONGAN..!!! Sesunggu
    hnya semua itu akan HANCUR kelak termakan CACING dan ULAT...!!!

    (PETIKAN DARIPADA SUARA AKHIRAT)
    16 Jun 2012

    ULAT ROH

    Semua orang pasti mati
    tak tahu bila masanya
    akan mati
    mahu tak mahu pasti tempuhi juga
    muda atau tua
    pasti mati
    aku tak terkecuali
    pasti mati
    adakah aku takut?
    Ya ...aku takut
    kalau matinya aku
    tanpa bekalan
    kalau aku yakin ada bekalan
    tapi aku tetap takut
    takut bekalan yang kubawa
    tidak diterimaNya
    lalu aku dicampakkan ke Neraka
    itulah yang kutakuti
    bukan aku takut mati
    aku takut...aku takut bekalanku tak diterimaNya nanti.

    Apabila mati...
    Jasadku tentu membusuk
    dimakan jutaan ulat
    jika itu hukum alam
    aku redha
    tapi jika amalanku
    dimakan ulat-ulat rohku
    macam mana?
    Allahu Akbar
    merana rohku
    merana yang tak tertebus!
    Nak menangis pun tak berguna
    jasad dah hancur dimakan ulat
    tangisan roh percuma saja.

    Ya Allah ... aku rela jasadku dimakan ulat
    tapi aku tak mahu amalanku dimakan ulat-ulat roh
    tolonglah Ya Allah kasihanlah aku
    izinkan aku melakukan amalan ikhlas semata keranaMu
    agar ianya menjadi
    bekalan yang Kau terima
    dan jauhkan bekalanku dimakan ulat-ulat roh.
    Amin Ya Rabbal A'Lamin.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    16 Jun 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL KHAI NOOR & PUTRI RIMBA NIAGARA)
    16 Jun 2012

    MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'

  • Ratu Rimba Niagara KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?

    Engkau ni keturunan puteri ke?
    Engkau suka berlagak kan?
    Meluat aku...

    Weeii kau cermin sikit muka kau tu
    Harap mekap je lebih
    Buang mekap
    Tengok...
    Hodoh....
    Maka dari itu cermin sikit
    Engkau tu siapa...

    Aku sentiasa sedar diri
    Aku siapa
    Yang tak secantikmu
    Yang tak semudamu
    Aku memang tak setandingmu

    Ha sedar pun
    Habis tu kenapa
    Kau berlagak macam
    Seorang puteri raja
    Tak malu ke
    Perasan?

    Salah ke aku
    Menghargai kecantikan
    Kurniaan dari Allah
    Kalau kau nak tahu
    Jika aku tak bermekap
    Wajahku hodoh
    Kalau ditarik lapisan kulit
    Wajahku ini lagi hodoh
    Seperti tengkorak berjalan
    Termasuk juga wajah
    Engkau tanpa kulit di wajah
    Engkau boleh bayangkan
    Jadi apa nak dikesahkan
    Pada kecantikan yang
    Sementara ini...

    Habis tu kenapa kau
    Berwatak seperti puteri diRaja
    Kau perasan nak jadi puteri ke
    Putera mana yang hendak
    Kau pikat dan
    Putera mana yang akan terpikat
    Denganmu
    Lainlah aku cantik dan masih muda
    Tak perlu mekap pun dah cantik
    Sekali aku senyum 10 yang terpikat
    Tapi aku tak semudah itu terpikat
    Selagi dia itu bukan bergelar jutawan atau kerabat diRaja

    Yelah kau cantik dan muda
    Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...

    Tak perlu kau doakan sudah ada pun
    Cinta gila-gila dengan aku
    Kerana kecantikan aku
    Aku pun anak orang berada
    Makanya kenalah setaraf denganku

    Syukur Alhamdulillah
    Moga kau bahagia sahabatku

    Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku
    Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia
    Yang diimpikan oleh semua orang....

    Habis yang kau berlagak macam puteri tu
    Tak pesona dunia ke tu...

    Teman...aku ini cuma
    Menghayati watakku
    Sebagai seorang puteri rimba
    Yang tinggal bersama dengan
    Penghuni rimba niagara
    Takkanlah memegang watak
    Sebagai puteri rimba pun
    Nak cemburu....
    Lainlah puteri untuk manusia
    Bolehlah kau cemburu

    Nasib baik puteri rimba
    Kalau puteri istana memang aku cemburu
    Dengan haiwan apa nak dicemburukan
    Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan
    Tak nak aku....

    Tahu tak apa...
    Mulai hari ini kau jangan cemburu ye
    Kau beri saja sokongan/dukungan padaku
    Dunia sastraku agar aku dapat berpena
    Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati
    Keikhlasan sokonganmu dalam karya
    SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    29 Jun 2012

    MERDEKA INDONESIAMU MERDEKA MALAYSIAKU UCAPAN TULUS IKHLAS SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 13 OGOS 2O13, DIRGAHAYU KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 DAN DIRGAHAYU KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013'




(PETIKAN DARIPADA WALL IWAN TIRTA & RATU RIMBA NIAGARA)
9 Syawal 1434H
16 Agustus 2013M

0 comments:

Post a Comment

 
;