- Slmt ULTAH...kanda semogga bahagia sllu....Rahayu
- ANTARA KEKASIH DAN SAHABAT
Ratu Rimba Niagara shared PUISI syair & KATA hati's status update.
PUISI syair & KATA hati
★ PACAR VS SAHABAT SEJATI★
Aku mencintai pacarku,
tapi Aku lebih menyayangi sahabatku.
Aku berkorban untuk pacarku,
tapi Aku lebih rela melakukan apapun demi sahabatku.
Aku merindukan pacarku,
tapi Aku lebih menginginkan sahabatku.
Pacarku adalah segalanya,
tapi sahabatku adalah bagian dari hidupku.
Pacarku sering membuatku menangis,
tapi sahabatku sering membuatku tertawa.
Pacarku mungkin akan meninggalkanku,
tapi sahabatku akan setia bersamaku.
Nah kalau kamu, pilih pacar atau sahabat sejati, sob?
---> 1 Like 1 komentar.
"Jangan Lupa Tulis ADD ME"
(( Capt
Ratu Rimba Niagara shared PUISI syair & KATA hati's status update.
Unlike · · about an hour ago ·
You like this.
Ratu Rimba Niagara ANTARA KEKASIH DAN SAHABAT
antara kekasih dan sahabat
kekasih bersandiwara
berkata tak selari hati
suka berikrar palsu
janji palsu
hati berubah
antara kekasih dan sahabat
kekasih pandai mencuri hati
agar jatuh hati
bila dah jatuh hati
merindu selalu mencintai selalu
malam bagai siang... siang bagaikan malam
puji memuji puja memuja
bersinar cinta bagaikan mentari pagi
antara kekasih dan sahabat
bila sudah ada kekasih lain
mula sepikan rindu
mula sayang jadi benci
mula cinta jadi debu
mencipta berjuta alasan
tinggalkan hati remuk redam
dalam cinta luka berdarah
perih pilu memilukan
ternyata cinta kekasih penuh
madah berhelah
antara sahabat dan kekasih
sahabat selalu menghargai
terima apa adanya
berkata semurni Syurga
tiada bersandiwara palsu
berkata sejujur hati
antara sahabat dan kekasih
selalu berkomunikasi
memberi kata-kata positif
melafazkan kata-kata indah
kata-kata dilafaz seindah Syurga...
setiap janji dikotakan
rela berkorban nyawa
untuk kebahagiaan sahabat
antara sahabat dan kekasih
sahabat sentiasa mengingatkan mati
sentiasa mendoakan agar dapat
terpatri kaseh hingga ke Syurga
rasa diri dihargai sampai mati
antara sahabat dan kekasih
sahabat tak jemu memberi sokongan
tak jemu berkata indah
tak jemu mendoakan
tak jemu menjadi sahabat
berkekalan hingga akhir nafas terhenti
antara sahabat dan kekasih
sahabat tak akan berkata jelek
tak akan menyakitkan hati
jauh sekali mengguriskan hati
hati dijaga bagaikan permata
agar sentiasa berkilauan
tanpa calar hingga tak dapat
ditembusi mana-mana onar
datang untuk memusnahkan
antara sahabat dan kekasih
sahabat saling sayang menyayangi
sahabat saling kasih mengasihi
saling berkata nan indah-indah
kata-kata penyejuk iman dan takwa
sentiasa mengajak jalan-jalan ke Syurga-Nya
antara sahabat dan kekasih
sahabat menghargai sebuah persahabatan
tiada tandingan nilainya
tidak dapat dinilaikan
dengan alam dan seisinya
karna sahabat itu
adalah sahabat akhirat
yang menemani di kala
sepi di alam barzah
berkat bersahabat dengannya
sahabat oh! sahabat!
kuseru namamu
di perdu rindu
bertandanglah di hatiku
untuk menerangi
ketandusan imanku
kaulah penawar dukaku
kaulah intan
kaulah permata Syurga
kiriman dari Ilahi
untuk kusyukuri
di sejadah cinta
ku bersyukur pada-Nya
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Rabiulakhir 1434H
12 Febuari 2013M
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA RATU RIMBA NIAGARA)
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M - PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH
Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
Bersahabat mereka impikan Syurga,
Moga terpilih menjadi ahli Syurga.
Tiada lebih berharga di dunia ini,
Mendapat sahabat beroleh hidayahNya;
Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
Saling ingat mengingat dalam Nur KasihNya.
Tiada diduga perkenalan kita,
Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
Moga saling berbaik sangka sesama kita,
Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redhaNya.
Bersahabat atas dasar kerana Allah,
Saling berkorban untuk redhaNya;
Berkorban biar dipandang Allah,
Kupanjatkan syukur mendapat restuNya,
Seorang sahabat hatinya tulus,
Sentiasa ingat mengingati;
Demi persahabatan suci ikhlas,
Apabila tiada akan diingati.
Duhai sahabatku yang dikasihi,
Hidupmu seperti pelangi;
Apabila bertutur setulus hati,
Moga dikau menjadi sahabat sejati.
Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
Perkenalan kita tidak disengajakan;
Moga persahabatan berkekalan,
Dibalas Allah dengan keberkatan.
Jangan dipendam segala perasaan,
Sahabatmu ini sedia dengari;
Pasti hidupmu tiada kesepian,
Agar ceria hidupmu setiap hari.
Ibumu sakit hatimu bimbang,
Hatimu pilu bukan kepalang;
Jasa ibumu takkan hilang,
Kau jaganya dengan kasih dan sayang.
Sahabatku kalau itu bagai dikata,
Akulah sahabat paling bertuah;
Gembira hati tidak terkata,
Ikatan persahabatan jangan mengalah.
Kuucapkan salam perkenalan,
Untukmu Bunga Serojaku;
Di alam maya kita disatukan,
Senyumanmu menghiburkan hatiku.
Serojaku kau bagaikan anakku,
Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
Justeru sentiasa doakan ibumu,
Budinya membawamu ke alam Syurga.
Anakku Seroja yang dikasihi,
Balaslah cintanya kerana Allah;
Kerana itu kau akan dihormati,
Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.
Kita tak boleh menilai diri sendiri,
Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
Moga dikau menjadi insan terbaik.
Tiga sahabat wajah berseri,
Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.
Alhamdulillah syukur tidak terucap,
Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
Kehadiranmu penyeri hidup,
Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.
Semua orang berhak jatuh cinta,
Kerana itu lumrah manusia;
Cintamu ditolak jangan terasa,
Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.
Cintailah dia kerana Allah,
Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
Membalas cintamu kerana Allah,
Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.
Rupamu menawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hatiku;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.
Jika cinta telah tertulis di Sana,
Itulah cinta seutuhnya;
Kehadirannya membawamu ke Sana,
Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restuNya.
Cintailah pilihanmu kerana Allah,
Jangan seiring kehendakmu;
Biarlah seiring kehendak Allah.
Pasti cintamu tiada rasa jemu.
Jangan ada benci di antara kita,
Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
Tutur katamu seperti di Syurga,
Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.
Yang baik itu dari Allah,
Yang kurang dari diriku sendiri;
Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
Tiada langsung perasaan iri.
Bersahabat bercinta kerana Allah,
Serasa hidup di alam Syurga;
Berkasih sayang kerana Allah,
Nikmat kehidupan seperti di Syurga.
Karya: Ratu Rimba Niagara
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M - PANTUN TIGA SAHABAT DI HATI BERBUNGA CINTA SYURGA
Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.
Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.
Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.
Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.
Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.
Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.
Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.
Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.
Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.
Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.
Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.
Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.
Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.
Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.
Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.
Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.
Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.
Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.
Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.
Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.
Karya: PUTRI RIMBA NIAGARA
26 April 2012
(PANTUN IMAJINASI KANAK-KANAK KREATIF INI ISTIMEWA UNTUK PERI KECIL PALING CANTIK DEWI SEKAR TANJUNG TERSAYANG) - SELAMAT HARI BAPA
Bapaku seorang yang penyayang, serius dan alim
bapaku menyintai ibuku sepenuh jiwa raganya
katanya ibukulah cinta pertama dan terakhirnya
Sampai Syurga Bercinta.
Di kampung ibuku digilai oleh seluruh teruna
atas kejelitaannya dan sikap ramah tamahnya
kerana telalu jelita hingga hendak keluar rumah untuk ke sekolah
di ganggu oleh teruna-teruna kampung sampai ibuku tidak ke sekolah
begitu cantiknya ibuku...aduhai ibuku tak ke sekolah kerana diganggu teruna...
Bila ibuku meningkat remaja berusia 15 belas tahun ramai yang datang meminang ibuku tapi ditolak atas faktor umurnya yang masih muda.
Berita kejelitaan ibuku di kampung telah terhidu oleh bapaku yang tinggal di kampung sebelah. Kerana rasa ingin melihat wajah ibuku yang jelita itu...bapaku sanggup memanjat pokok kelapa mengintai ibuku dari jauhpun sudah memadai...
usaha bapaku berjaya memandang wajah ibuku. Bapaku terus jatuh cinta. Tak tidur malam bapaku rindu bayang sama ibuku. Makan tak lalu tidur tak lena. Hari-hari terkenangkan ibuku dan rindu sama ibuku.
Bapaku berhasrat untuk mencuba nasib melamar ibu. Datukku terima pinangan bapaku tapi nenekku tak terima kerana bapaku berkulit hitam tak sepadan dengan ibuku. Kakak kepada ibuku selalu menyindir ibuku....
"Engkau tak padanlah dengan dia...bagaikan pinang dibelah kapak.
Bagaikan langit dengan bumi...manalah padan si hitam nak kahwin dengan si putih,"
ejek kakak kepada ibuku.
Takdir mengatasi segalanya. Bapaku berjaya dalam percintaannya bilamana pinangannya diterima.
Jadilah bapaku ...suami kepada ibuku.
Melayani ibuku bagaikan seorang permaisuri diRaja.
Atas percintaan yang terlalu mendalam itu dikurniakan anak sepuluh...aku yang ke sembilan.
Bapaku memanglah seorang yang penyayang...
Bila musim buah durian...sanggup borong durian berikan kepada anak-anaknya...
Bila tiba Ramadhan bapakulah yang menyediakan makanan sahur untuk ibuku dan
anak-anaknya...anak-anakpun dilayan bagaikan menatang minyak yang penuh.
Yang aku masih ingat lagi...setiap kali kukuku panjang..duduk dalam ribaan bapaku
sambil memotong kukuku...amat bahagia berada dalam pelukan kasih sayang bapaku...bapaku tahu aku suka menulis...dia hadiahkan aku pen setiap kali harijadiku. Aku amat bahagia mendapat seorang bapa yang penyayang.
Bertuah ibuku memiliki cinta sejati dari bapaku.
Ku berdoa kepada Tuhan agar roh bapaku dimasukkan ke dalam roh-roh hamba-Nya yang beramal soleh. Moga di Syurga kita sekeluarga dapat bersatu kasih. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
'SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR BAPA'
Ucapan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
2 Syaaban 1434H
11 Jun 2013 - KAWAN SEJATI KAWAN SAMPAI MATI KAWAN SAMPAI SYURGA
Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari
Orang yang hatinya baik suka cari kawan & sayangkan hubungan silaturrahim berbeza dengan orang yang hatinya dah busuk dan berulat di dalam suka bermusuh & gemar rosakkan hubungan silaturrahim.
Ratu Rimba Niagara Moga datuk faiz bisa jadi kawan yang terbaik kepada semua kawan-kawan datuk faiz ya...kawan sampai mati...kawan sampai Syurga. Itulah kawan dunia akhirat. Kawan sejati.Aamiin.
KAWAN SEJATI
Apa yang kamu paham dengan kawan sejati ratu?
Berkawan atas dasar karena Allah Taala...
Maksudnya?
Apa matlamat dia berkawan dengan aku
Kenapa dia hendak menjadi kawan aku
Kenapa aku terima dia sebagai kawan aku
Jawapannya?
Aku tak suka berkawan tanpa matlamat
Saja suka-suka...nak berkawan...
Sepi menyepi tanpa kabar berita...
Maksudnya?
Sejujurnya aku terima dia menjadi kawan aku
Matlamatnya dia dukung/sokong perjuanganku
Aku sokong/dukung perjuangan dia
Kamu ini serius sangat fb ini sekadar laman sosial tempat canda-canda ..berbangga diri, hilangkan kesunyian , luahkan isi hati dan apa saja kamu nak ceritakan mengenai kamu...begitulah yang aku paham ratu...
Itu kamu tapi tidak dengan aku...
Sejujurnya mana yang sekadar wujud tapi tak wujud di fb aku...aku terpaksa undurkan diri...
Tidak kah itu namanya memutuskan talisiraturrahim ratu? tega kamu gitu...
ahh...jangan gitu dong....jangan putuskan talisiraturrahim Allah tak suka orang yang memutuskan talisiraturrahim...insaflah ratu ...muhasabah dirimu...sebelum kamu muhasabah diri orang lain....
Allahu Akbar...tiada niat ratu mahu putuskan hubungan talisiraturrahim...ratu cuma mahu rakan fb ratu sentiasa sudi memahami dunia ratu...jika dia seorang kawan yang baik semestinya dia paham kenapa dia mahu menjadi kawan fb ratu...bukankah kita sebelum membuat keputusan mahu berkawan dengan seseorang rakan fb kita bergantung kepada nawaitu kita. Allah lembutkan hati kita saling terima persahabatan dengan tulus ikhlas. Kenapa setelah berjaya Allah izinkan bertalisiraturrahim atas nawaitu karena-Nya...kita saling merusakkan talisiraturrahim itu. Siapa yang salah dalam hal ini.
Dua-dua salah. Yang mahu berkawan salah karena tak tepati janji. Yang menerima salah kerana tak sabar dengan kawannya yang tak memahami.
Jika kamu dalam kedudukan aku gimana? Aku terima kau sebagai kawan untuk menberi dukungan minatku bersastra ..lepas itu kamu sengaja sakitkan hati ...sepikan berhari-hari berminggu-minggu ...berbulan-bulan...? Adakah itu namanya kawan sejati?
Oo...jadinya kamu mencari kawan sejatilah ni ya gitu maksudmu?
Mestilah...itu nawaitu aku terima kamu sebagai rakan fbku. Engkau ingat aku terima kau sekadar suka-suka sebagai kawan sebab kau golongan bangsawan lagi hartawan...tolong sikit kalau kamu berpikir begitu...aku bukan jenis kawan yang begitu...yang aku pentingkan hati engkau semurni hati Syurga. Paham....
Ooo...engkau nak cari kawan hati semurnia Syurga. Engkau tu hati semurni Syurga ke?
Sebab hati aku tak semurnia Syurgalah aku mencari kawan hatinya semurni Syurga...biar wangian hatinya semurni Syurga itu melekat di hatiku ...itu yang aku mahukan...mana tahu berkawan seikhlas hati atas dasar karena Allah sama-sama dapat menjadi Kekasih Allah...sama-sama dapat menyambung persahabatan sampai Syurga.
Engkau agak-agak (pikir) hati aku ini semurni Syurga tak?
Itu aku tak tahu...engkau sendiri yang tahu hati engkau dah sampai tahap mana murninya...
Engkau rasa dah sampai tahap mana hati aku ni...
Entah aku tak tahu...yang aku tahu engkau baca karya aku tapi tak like dan komentarpun karya aku...kamu ini tiada calun untuk menjadi rakan sejati aku. Jika karya-karyaku merajuk atas pelit idemu itu kamu jangan marah ya...jangan kamu tuduh aku pemutus talisiraturrahim dengan mu...
Tak semestinya aku tak like dan komentar karya-karya kamu...aku tak suka karya-karya kamu...
Ahhh...katakan saja tak suka...jika suka mesti buktikan apa nawaitu sebenar kamu pengen jadi kawan fbku...sejujurnya aku berkawan fb atau ber group semuanya ada matlamatku...bukan sengaja sebagai canda-canda kosong....harap kau boleh memahami aku ya...dan sudi memaafkan aku jika aku berlalu pergi...izinkan aku mencari kawan sejati yang lain yang sentiasa sudi memberi dukungan kepada dunia sastra ayng aku dambakan....
Makanya kau doakan aku agar dapat menjadi rakan sejatimu yang setia ya...berapa yang kau cari rakan sejati mu duhai ratu pujangga nusantara...
Buat masa ini aku menghadkan cuma 50 orang sahaja...yang 50 orang ini aku pastikan semuanya memberi impak yang besar dalam dunia sastraku ...begitu juga group... jika group itu tidak memberi impak apa-apa...malah sepikan aku ...aku terpaksa berlalu pergi....hidup ini terlalu singkat...jadinya aku suka pada prinsip atas dasar suka sama suka...kalau sudah tak suka....bawalah haluan masing-masing...jika itu boleh membahagiakan hati kita. Prinsip hidup aku senang...berbudi pada yang sudi yang tak sudi ...tak suka...tak apalah ...siapalah aku di hatimu.....
Jangan gitu dong...kau tetap di hatiku...di hati semua...
Bener...bener nich....
Syukur Alhamdulillah moga Allah merahmat persahabatan kita ya....Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Rakan fb , group & alammayamu,
Pujangga alammayamu yang pengen setia sampai mati jika kau sudi,
RATU RIMBA NIAGARA
11 Jun 2013 - assalamualaikum... salam ku kerana ALLAH.. Selamat ulang tahun kelahiran... moga di kurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.. moga dipermudahkan didalam segala urusan ... dilimpahkan hidayah olehNYA... semoga terus berkarya..
Tuesday, 13 August 2013
JANGAN BERHENTI BERKARYA RATU , TAPI REHATLAH SEKEJAP SEMBARI MELEPASKAN LELAH MEMBANTU MASUKNYA INSPIRASI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment