KU MENULIS KARNA KUSAYANG SEMUA SAUDARA SEISLAMKU DEMI-NYA
Ku menulis tanda aku Syukuri Kurniaan Allah Azzawajallah padaku yang Mengurniakan aku bakat menulis mana bisa mungkin aku biarkan tanpa memberi manfaat dunia akhirat buat diriku dan yang membaca karya-karyaku.
Ku menulis tanda aku cintakan semua yang DiiCiptakan Allah swt di langit dan di bumi
Ku menulis tanda aku pernah berhidup di muka bumi ini dan tanda aku sayang dan kasih sepenuh jiwa pada semua insan di dunia ini kasihku kasih dunia akhirat.
Semua hamba Allah kusayang tanpa terkecuali kerana semuanya adalah saudara seislamku, moga kasihku tersimpul mati di Syurgawi dan bersama memandang Allah Azzawajallah di Syurgawi. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR.
Indahnya tali persaudaraan atas dasar semua-Nya setulus ikhlas karena Allah Taala
keuntungan dunia tidak akan difikirkan sama sekali melainkan keuntungan dunia untuk dibawa ke Akhirat . Itulah harta kita yang abadi bekalan kita di Padang Mahsyar di Hari yang tiada jual beli lagi yang ada saham akhirat penebus kita ke Syurga-Nya
SUBHANALLAH ALAHMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga kita tergolong dalam hamba-Nya yang sentiasa bersiap sedia membawa bekalan akhirat yang DiTerima-Nya. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
AKU BUKANLAH SEORANG RATU
MEMADAILAH AKU RATU PUJANGGA DI HATIMU
SENTIASA BERPUJANGGA NAN INDAH-INDAH
SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA.
RATU PUJANGGAMU SETULUS IKHLAS MENGASIHIMU DEMI-NYA,
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
5 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M
(PUISI-PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN ULANGTAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA PADA 13 OGOS 2013, KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013 & KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013)
6 Syawal `1434H
13 Ogos 2013M
0 comments:
Post a Comment