PUISI-PUISI BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN BUAT INDONESIA TERCINTA (1)
Assalamualaikum Warrah Matullahi Wabarakatuh Yang Mulia Bunda Ratu, Dengan Penuh Ta'zim ijinkanlah kami memohon di maafkan segala kesalahan, kekhilafan kami lahir dan batin, seiring dengan Ucapan Selamat Aidil Fitri 1434 H. Rusdal_Dona dan Salsabila.
By: Kesultanan Inderapura
Unlike · · Unfollow Post · See Friendship
You, Rubianto Tanoto and Iwan Tirta like this.
Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam Wr Wb
terima kasih nanda Rusdal Fajr ST Inayatsyah
atas persahabatan dan persaudaraan kita di alammaya ini
nanda adalah pencentus inspirasi bunda berkarya
walaupun jarang berkomunikasi di alammaya
tapi amat bermakna bagi bunda setiap apa yang nanda siarkan
semuanya menjadi bahan sastera bunda
Sastra Nusantara yang bunda amat minati dan sukai
terima kasih atas dukungan/sokongan nanda pada bunda secara tidak langsung
moga Allah swt saja yang dapat membalas-Nya Aamiin.
sempena Aidilfitri ini bunda pun mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf
jika terdapat bahasa-bahasa sastera yang bunda karangkan membuatkan hati nanda terluka
'MAAF ZAHIR DAN BATIN " dipinta.
Moga teruslah sudi menyokong/mendukung dunia sastera bunda ya nanda....
Salam Syawal nan mulia
Salam Kemerdekaan untuk Indonesia Tercinta
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat Indonesia tercinta pada 17 Agustus 2013
Ini bunda ada karangkan puisi terbaru untuk Indonesia tercinta
Sudilah beri komentar pada puisi bunda untuk Indonesia tercinta ya nanda
Kalau tak sudi nak buat macam mana
Barangkali tak memenuhi citarasa rakyat Indonesia...hehehe
"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA"
Selamat menyambut hari kemerdekaan Indonesia tercinta
terlalu banyak rentetan sejarah penuh luka
yang dialami oleh para pejuang kemerdekaan Indonesia
air mata derita
gugurnya darah pejuang ksatria
rela pertaruhkan nyawa demi kemerdekaan Indonesia
kepentingan sendiri tidak pernah menjadi keutamaan
yang diutamakan adalah rakyat dan Indonesia
biarlah rakyat bahagia
biarlah Indonesia sejahtera
nyawa jadi taruhan demi rakyat dan Indonesia
akan diperjuangkan
perjuangan rakyat
perjuangan Indonesia
hingga ke tetesan darah terakhir
Selamat menyambut hari kemerdekaan Indonesia tercinta
moga hari penuh bersejarah ini
dikenang diraikan oleh semua rakyat Indonesia
sebagai hari penuh bersejarah
hari penting yang tak akan dilupakan
oleh semua generasi dulu kini dan selamanya
bahawa suatu masa dulu
gugurnya darah ksatria diRaja dan pahlawan-pahlawan diRaja
demi menghadiahkan sebuah kemerdekaan tuk semua rakyat Indonesia
agar dapat hidup dengan aman dan sejahtera hingga ke anak cucu
dijaga dan setiap masa dari dijajah semula.
Selamat menyambut hari kemerdekaan Indonesia tercinta
moga bertambah sukses dan bahagia
mengecapi nikmat kemerdekaan
sebuah negara yang aman damai
tanpa sesiapa brani menjajah Indonesia
yang sudah merdeka sejak 68 tahun
semua rakyatnya mahukan hidup
tanpa peperangan
tanpa persengketaan
tanpa menzalimi rakyat dengan pemerintahan yang tidak adil
kuasa yang diamanahkan rakyat adalah untuk membela rakyat setulus ikhlas
itulah kunci kegemilangan dalam ketamadunan hidup dalam negara yang merdeka
MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! UNTUK INDONESIAKU YANG TERCINTA
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Syawal 1434H
13 Agustus 2013M
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE-68 PADA 17 AGUSTUS 2013)
6 Syawal 1434H
13 Agustus 2013M
BERKIBARLAH! BERKIBARLAH! BERKIBARLAH MERAH PUTIH DENGAN PENUH BANGGA!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia Tercinta
Sekalung tahniah buatmu
Merah putih sentiasa berkibar megah
Semegah rakyat Indonesia
Semegah ibu pertiwi Indonesia
Setiap 17 Agustus kau sentiasa
diraikan seluruh rakyat Indonesia
penuh bangga
penuh megah
menyanjungimu menyayangimu
karena memiikimu bukanlah mudah!
darah para kasatria diRaja
sebati di bumi
tuk pertahankan ibu pertiwi
nyawa jadi taruhan
karena kebranian
para ksatria diRaja
rela mati di medan juang
meraih kemerdekaan tuk Indonesia
makanya Indonesia
akan terus merdeka
dalam arti kata yang sebenar-benarnya
mengikut kehendak rakyat dan ibu pertiwi
tak akan ada penyelewengan cinta
pada ibu pertiwi
karena segala pengorbanan ksatria diRaja
akan menjadi percuma
makanya Indonesia harus bersatu
bagi mempertahankan bumi bertuah
Indonesia daripada dijajah kembali
karena kemerdekaan Indonesia
adalah hadiah daripada tetesan darah ksatria diRaja
tuk anak bangsa dan ibu pertiwi Indonesia!
Berkibarlah! Berkibarlah! Berkibarlah Merah Putih!
dengan penuh rasa megah dan bangga
Garuda diRaja di angkasa raya berterbangan
sambil mengibarkan merah putih
lambang kemegahan Indonesia
Merah putih akan sentiasa berkibar megah
dikibarkan oleh semua rakyat Indonesia
yang cintakan Indonesia
lambang cinta pada Indonesia
dan tanda menghargai jasa para ksatria diRaja
yang rela gugur di medan juang!
'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN INDONESIA TERCINTA!'
'KUCINTA DAN SAYANGIMU SAMPAI KAPAN PUN!
' NYAWAKU INI JADI TARUHAN DEMI CINTAKU PADAMU'
'INILAH HADIAHKU UNTUK GENERASI SENUSANTARA'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Syawal 1434H
13 Agustus 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SELURUH RAKYAT INDONESIA TERCINTA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA KE-68 PADA 17 AGUSTUS 2013)
RAJA BERJIWA HAMBA
RAJA YANG BERJIWA HAMBA
DIBERI DARJAT DIRAJA
TAPI MASIH MAHU
MENUNDUKKAN DARJAT
DI HADAPAN RAJA SEGALA RAJA
YANG MEMERINTAH ALAM SEMESTA INI!
KARENA TAHU TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG KHALIFAH-NYA
MAKANYA BAGINDA YANG BERJIWA HAMBA SELALU AMBIL
PERHATIAN DENGAN MASALAH RAKYAT UNTUK DIKONGSI SAMA
SUSAH DAN SENANG!
DAULAT TUANKU!
PATIK TERHARU DENGAN SIFAT MERENDAH DIRINYA TUANKU
DI HADAPAN ALLAH AZWAJALLAH DAN PADA SEKALIAN HAMBA-NYA JUGA...
MOGA ALLAH LIMPAHKAN RAHMAT KASIH-NYA TANPA BATAS KEPADA TUANKU HINGGA KE NAFAS TERAKHIR TUANKU
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
Daripada Ratu Rimba Niagara @ Putri Alam Nilam Purnama ...
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
6 Syawal 1434H
13 Ogos 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA KERABAT DIRAJA INDONESIA & SEMUA RAKYAT INDONESIA YANG AKAN MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN PADA 17 AGUSTUS 2013 YANG KE-68 TAHNIAH MOGA MERDEKA SELAMANYA DALAM KESEJAHTERAAN AAMIIN )
Assalamualaikum Warrah Matullahi Wabarakatuh Yang Mulia Bunda Ratu, Dengan Penuh Ta'zim ijinkanlah kami memohon di maafkan segala kesalahan, kekhilafan kami lahir dan batin, seiring dengan Ucapan Selamat Aidil Fitri 1434 H. Rusdal_Dona dan Salsabila.
BUNGA-BUNGA PUISI CINTA KEMERDEKAAN INDONESIA
KARYA RATU RIMBA NIAGARA DI SIARKAN SEMPENA
ULANG TAHUN KELAHIRAN PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
PADA 13 OGOS 2013 , KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2013
KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 2013.
0 comments:
Post a Comment