Wednesday, 27 July 2011

SINGGAHLAH CAMARKU INGIN KUKIRIM UTUSAN KEMANUSIAAN

ASMIRA SUHADIS:

WAKTU

Camar menunda angin
gelombang reda
mengapung buih-buih usia.

dan rama-rama itu
berputar dan bergulung
ditirai sepi.

Di sini
semacam tiada kepastian
bertapak di pasir
11 hours ago · Like · · Unsubscribe

Mahabbah El-ahMead and Amien Wangsitalaja like this.


Jaya Ramba Wulan:


Wah mama, ingin ku sambung yeah :

camar bertapaklah dedaunanku, angin sejuk, damai di dadaku,
10 hours ago · Like · 2 people

Naga Pamungkas:


Detik meniti tapak-tapak di pasir. menghibur camar yang sepi.
Kukirim mawar lewat bayu untuk mengusir sepi
9 hours ago · Like · 2 people


Rabeah Mohd Ali:


Singgahlah camarku untuk kukirimkan utusan kemanusiaan
agar kau sampaikan kepada dua orang wira duniaku yang
sedia berbakti untuk melihat dunia penderitaan tersenyum
kerana luka-luka penghuninya telah dijahit dengan benang
cintaku berkat keperkasaan mereka berdua.
7 hours ago · Like · 3 people


Asmira Suhadis:

Alhamdulillah...terima kasih para sahabat..sungguh ..
aku hanya penulis kerdil yg baru cuba terbang seperti kalian.....
Terima kasih keraana mahu menerima....
2 hours ago · Like

Panggil Dinda Saja:

Puisi nan indah. Teruslah terbang camar dengan kepak awan,
simpan sepi di ketenangan hati
2 hours ago · Like · 1 person


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
25 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;