Wednesday, 27 July 2011

MOGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKAN PUTERI SULUNGKU

Setiap kali puteri sulungku keluar rumah mencari rezeki dia
akan salam tanganku dan mengucup dahiku.

"Ibu doakan Zana ye...ibu...mana tahu ada yang berminat mengambil
Takaful Etiqa dengan Zana," kata Zana bersungguh-sungguh.

"Ya Allah Kau berikan rezeki yang berkat melimpah ruah kepada anakku
dan dengan rezeki yang berkat itu dapat mendekatkan dirinya kepadaMu .
Insya-Allah kita sekeluarga dapat hidup bahagia di Syurga.
Amin Ya Rabbal A'Alamin."

Aku selalu berpesan kepada puteri sulungku.

"Zana...Tuhan itu Maha Kaya biarpun hari ini kita diuji dengan kemiskinan...
sabarlah ye...mana tahu esok lusa diberikan kekayaan tapi yang amat ibu
takuti jika Allah uji dengan kekayaan kita lupa diri macam mana?

"Ya Allah jika kekayaan itu membuatkan aku lupa padaMU... aku rela begini
sehingga ke hujung hayatku... biarlah kami sekeluarga dipandang hina
oleh manusia kerana tidak mempunyai apa-apa ...hidup sederhana. Yang paling
aku takuti apabila di akhirat nanti aku dipandang hina olehMu Ya ... Allah."

Dengan linangan air mata aku berkata dengan puteri sulungku.

"Biarpun Allah tidak memberi ibu harta yang banyak...tapi Allah itu Maha Kaya...
Dia berikan ibu rezeki ilham yang melimpah ruah...ibu amat mensyukuriNya kerana
apa yang ingin ibu dapatkan sesuatu ilham Dia akan beri dalam kadar yang segera,
nak ikutkan logik memang tak lojik kerana ilham yang datang itu selalunya di luar
batas kemampuan ibu untuk memikirkan. Bagi Allah tiada yang tak logik jika Dia
menginginkan sesuatu . Aku amat berterima kasih dan bersyukur kepadaMu atas
KurniaanMu padaku."

Zana kau anak yang baik...sanggup hidup susah senang bersama ibu. Memahami
apa yang ibu minat dalam hidup ini.

Yang lucunya bila pena ibu kehabisan dakwat dan kehabisan kertas untuk menulis ...
kau segera membelinya ..biarpun sumber kewanganmu amat terhad. Terima kasih anakku.
Bersyukur ibu dikurniakan Allah anak sebaikmu.

Kerana kebaikanmu itu...ibu amat terharu dan amat menyanjung tinggi...
Ibu doakan Allah akan membalas segala kebaikanmu itu dengan dimurahkan rezeki
melimpah ruah yang berkat-berkat, berjaya segala cita-citamu dan kita sekeluarga
mendapat balasan Syurga. Amin Ya Rabbal A' Lamin.

Athaya Nabila, Mai Az, Abdul Razak Khasbullah and 3 others like this.


Poul Nanggang:

Doa dari seorang ibu.... pasti akan digenapi oleh yang ada di atas.
July 19 at 9:33am · Like


Rabeah Mohd Ali:


Terima kasih kawanku atas perhatianmu. Kudoakan Tuhanku memberi
Nur Hidayah KasihNya padamu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
July 19 at 10:08am · Like · 1 person


Rabeah Mohd Ali Hatiku gembira dapat seorang kawan,
Namanya Poul Nanggang seorang budiman;
Kami mempunyai minat seiringan,
Penulis yang tak bernama tapi mahu menabur kebaktian.
July 19 at 10:16am · Like · 2 people     

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Bunga Seroja sahabat setiaku,
Kerana tidak jemu memberi sokongan padaku;
Biarpun di alam maya kita bertemu,
Moga hatimu hatiku Allah Merestu.
July 19 at 10:21am · Like


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Rans Romeo sahabatku,
Kau pencetus ilhamku;
Sokongan darimu tak pernah jemu,
Moga Allah membalas segala kebaikanmu.
July 19 at 11:39am · Like


Abdul Razak Khasbullah Semoga sukses dan bahagia sekeluarga
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
July 19 at 12:15pm · Like


Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih YB Abdul Razak Khasbullah sahabatku,
Pemimpin berjiwa rakyat idola semua;
Kepimpinanmu menjadi inspirasi dalam karyaku,
Ilmu kepimpinanmu dapat dikongsi semua.
July 19 at 1:38pm · Like


Abdul Razak Khasbullah Amin yarabal alamin.....
July 19 at 4:51pm · Like

Bunga Seroja Amiiin.
July 19 at 10:41pm · Like


Rabeah Mohd Ali:


Terima kasih Mai Az sahabatku,
Kerana sudi berkongsi rasa kalbuku;
Terkeduku membaca puisimu,
Moga persahabatan kita Allah Merestu.
July 20 at 12:14pm · Like · 1 person


Athaya Nabila:

semoga bunda sekeluarga selalu sehat dan bahagia,,,,
salam sayang nanda untuk bunda,,,
July 22 at 12:33am · Like

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih nanda Athaya Nabila,
Kerana sudi doakan bunda sekeluarga;
Sayang nanda disambut dengan air mata,
Terharu bunda dikurniakan nanda hatinya mulia.
July 22 at 4:16am · Like · 1 person

Athaya Nabila Terima kasih bunda..
July 22 at 9:07am · Like


Abdul Razak Khasbullah Anak yang solehah.....amin.
July 22 at 10:21am · Like


Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin.
July 22 at 10:24am · Like


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
22 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;