Rabeah Mohd Ali:
Terima kasih Mat Kr puteraku,
Kerana sudi bersahabat denganku;
Kepandaianmu berpantun telah menarik hatiku,
Untuk menjadi sahabat berpantunmu duhai sahabatku.
Mat Kr:
Terimakasih perkenalan ini,
Tanda persahabatan ikhlas dihati;
Teringat Rabeah sampai termimpi-mimpi,
Berkongsi cerita dapat juga kita berpantun lagi.
Rabeah Mohd Ali:
Berbalas pantun kita tempoh hari ,
Telah kuabadikan di blogku;
Kalau sudi silalah layari,
Blog: sasterakuduniaku.
Tajuknya Menghargai Warisan Datuk Nenek Moyang kita,
Banyak lagi tajuk-tajuk karyaku ada;
Tolong beri pendapat duhai saudara,
Ku nantikanmu jawapannya seikhlas yang ada.
(Blog: sasterakuduniaku.blogspot.com)
Mat Kr:
Insya'Allah ya jawapanku beri,
Takut tersalah rangkai kata diberi;
Maklum saja tak pandai berkomunikasi,
Diketawakan orang malulah diri.
Rabeah Mohd Ali:
Tuan hamba ni jangan merendah diri,
Hamba di sini mahukan jawapan darimu;
Jawapan dipinta seikhlas hati,
Mahukan pendapat tentang blog hamba itu.
Mat Kr
Gunung di daki berbelah empat,
Peluh mengalir tolak ke tepi;
Bukan tak sudi memberi pendapat,
Masih mencari dimana blog tuan hamba bersembunyi.
Rabeah Mohd Ali:
Dah jumpa ke belum puteraku,
Ku di sini sedang nantikan penuh debaran;
Untuk mendapat komen darimu,
Agar boleh kutahu segala kelemahan.
Rabeah Mohd Ali:
Karyaku duniaku minatku,
Jiwaku mati jika tak berkarya;
Justeru amat kuperlukan sokonganmu,
Untuk aku terus menerus berkarya.
Mat Kr:
Awal pagi dah senam seni,
Program bermula di awal pagi;
Izinkan saya mengundur diri,
Esok kita berjumpa lagi.
Insyaallah... ku bantu dirimu seikhlas hati,
akan ku cari blogmu nanti...
Rabeah Mohd Ali:
Terima kasih duhai saudaraku,
Pergilah tidur selena-lena;
Esok pagi biar sihat dirimu,
Segala yang sihat termasuk minda.
Mat Kr:
Terima kasih sekali lagi,
Tugasan esok perlu ku lalui;
Mendoakan kelancaran semuanya dinanti,
Agar berjaya sepanjang hari.
Rabeah Mohd Ali:
Ku di sini doakanmu,
Agar berjaya sepanjang hari;
Kerjayamu rezekimu,
Biar berkat lagi diredhai.
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
21 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment