Bismillahhirramanirrahim pembuka kata,
Salam sejahtera para hadiran;
Saya Zana perunding Takaful Etiqa,
Moga fahami saya terangkan.
Takaful Etiqa sudah diyakini,
May Bank rakan kongsi;
Jenama Etiqa amat berkualiti,
Perkhidmatan diberi setulus hati.
Perkhidmatan Etiqa tidak perlu disangsi,
Perunding kami sedia berbakti;
Penerangan diberi sepenuh hati,
Perhatian anda amat kami hargai.
Etiqa bekerja penuh etika,
Kerja profesional meyakinkan ahli;
Hasil diperolehi percayanya mereka,
Demi kerana kepuasan ahli.
Semua orang perlu berasa ihsan,
Begitu juga dengan Etiqa;
Walau di mana sentiasa dikesan,
Mencari waris walau dimana.
Etiqa membantu mereka ditimpa bencana,
Menghulur bantuan bukan kerana nama;
Melabur saham akhirat ahli jagaannya,
Manfaat diperolehi ahli semuanya.
Etiqa sentiasa ke hadapan,
Membela ahlinya dengan tulus;
Etiqa menjamin masa depan,
Perkhidmatan diberi sentiasa ikhlas.
Tiada siapa yang dapat menolongmu,
Kecuali dirimu sendiri;
Dikau senang mereka mendekatimu,
Dikau susah mereka menjauhimu.
Susahmu Etiqa ambil peduli,
Bahagiamu Etiqa gembira;
Perkhidmtan yang terbaik daripada kami,
Moga anda sekeluarga sentiasa bahagia.
Hari ini kita sihat,
Esok hari kita tidak tahu;
Duduk hospital sihat walafiaat,
Semuanya ditanggung oleh Etiqamu.
Setiap manusia ada kehidupan,
Kehidupan sebagai khalifah Allah;
Pelbagai masalah sebagai dugaan,
Amalan ikhlas diterima Allah.
Sebelum ke Sana mesti ada bekalan,
Bekalan akhirat adalah keimanan;
Meninggalkan keluarga dengan aman,
Insya-Allah berjumpa Allah dalam ketenangan.
Datang musibah kita tidak tahu,
Cuma bersedia sebelum terkena;
Etiqa sedia datang membantu,
Kepada mereka menjadi ahli Etiqa.
Etiqa insan mengihsankan hidupmu,
Memberi perlindungan di kala dukamu;
Hilang masalah pening kepalamu,
Meringakan beban tanggunganmu.
Kesempurnaan hidup atas kebijaksanaan,
Kebijaksanaan menguruskan kewangan;
Kehidupan sempurna menjadi idaman,
Etiqa insani menyempurnakan kehidupan.
Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan,
Jika bijak semuanya boleh diatasi;
Datang ke Etiqa boleh dirundingkan,
Berjumpa dengan perunding kami.
Tiada hari tanpa Etiqa,
Kerja berpasukan kami amalkan;
Percaya mempercayai perunding Etiqa,
Kepentingan ahli sentiasa diutamakan.
Kepuasan hati anda matlamat kami,
Memberi perkhidmatan berkualiti tinggi;
Kepercayaan anda kami hargai,
Bahagia dunia akhirat kami doakan.
Terima kasih sudi berurusan dengan kami,
Meluangkan masa mendengar penerangan kami;
Ikatan kita jangan terhenti,
Diperpanjangkan hingga ke akhirat nanti.
Sekian sahaja pantun Etiqa insani,
Dengan harapan anda terbuka hati;
Kebahagian anda kebahagian kami,
Jalinan talisiraturrahim tidak terhenti.
Karya: Rha NS
25 Mei 2011
(Diilhamkan khas untuk Takaful Etiqa dan mereka yang berurusan dengan Takaful Etiqa
moga berjaya dunia akhirat. Amin Ya Rabbal A’ Lamin)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment