SASTERA ITU INDAH (387) MAJLIS ISTIADAT BERSURUH DIRAJA YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA ABDUL MALIK DENGAN YANG MULIA DAYANGKU RAABI'ATUL ADAWIYYAH
YANG Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah sudah terbiasa dengan didikan keagamaan dan sikap bersopan santun daripada kedua-dua ayahanda dan bonda dalam menjaga akhlak dan juga sikap hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain bahkan keupayaannya dalam menjaga adinda-adinda ketika keduanya sibuk dengan tugasan merupakan satu kelebihan yang dimilikinya.
Sikap dan keupayaan Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah tertanai begitu sebati dalam diri membawanya melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan yang paling menonjol ialah keagamaan. Berkat didikan keagamaan yang begitu kuat daripada sekolah agama lagi serta bimbingan daripada ayahanda dan bonda yang begitu memperhatikan pendidikan agama, lebih-lebih lagi bondanya Pengiran Hajah Noor'aismah binti Pengiran Haji Ismail, seorang guru agama mengajar pelajaran Al-Qur'an telah memberi inspirasi kepadanya mengikuti beberapa Peraduan Membaca Al-Qur'an antaranya mewakili sekolah agama dan menyertai pertandingan tersebut yang diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah pada tahun 2005 dan mengikuti Skim Tilawah Al-Qur'an Remaja pada tahun 2008 serta menyertai Pertandingan Dikir Dabai'ie Di Antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara pada tahun 2008, di samping pernah mengikuti program Membaca Mandiri Minda di Sekolah Menengah Menglait pada tahun 2005. Dengan kejayaan ini turut membawanya berjaya mendapat gelaran Pembaca Al-Qur'an Terbaik Muslimah (Best Muslimah Al-Qur'an Recital) keseluruhan dari kesemua aspek pada tahun 2013 apabila berjaya mewakili negara dalam Pertandingan Wanita Muslimah di Republik Indonesia yang bersangkut-paut dengan aktiviti keagamaan.
Tidak hairanlah jika Yang Mulia Dayangku Raabi'atul 'Adawiyyah begitu aktif dalam aktiviti kebajikan yang melibatkan kaum Muslimah dan membolehkannya memberikan pertolongan sewaktu mengikuti Pertandingan Wanita Muslimah yang menghendaki mengikuti beberapa aktiviti yang bermanfaat. Kejayaannya dalam usia yang begitu muda memegang gelaran Pembaca Al-Qur'an Terbaik Muslimah keseluruhan setelah berjaya mengalahkan peserta-peserta dari negara-negara Islam yang lain seharusnya dijadikan contoh dan ikon bagi remaja dan wanita Brunei kitani dalam memperjuangkan hak asasi wanita di negara ini bahkan penyertaan tersebut bukan hanya sekadar suka-suka tetapi telah membuktikan keupayaan Muslimah negara ini menjalankan apa jua aktiviti-aktiviti kebajikan dan keagamaan setaraf dengan negara-negara Islam di dunia. Perjuangannya dalam menyertai pertandingan tersebut bukan terhenti di situ sahaja setelah berjaya merangkul gelaran tersebut bahkan semangat yang dimiliki Yang Mulia terus diperjuangkan setelah kembali ke negara ini dengan berhasrat menyumbangkan aktiviti amal kebajikan terutama sekali kepada hal ehwal kesejahteraan kaum wanita, ibu-ibu dan remaja.
Dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya, Yang Mulia terkenal sebagai seorang pelajar yang berhemah tinggi, bersopan santun dan sangat menghargai kedua-dua orang tua dan guru, di samping seorang peramah, suka beramah mesra dengan semua peringkat. Bagi ayahanda dan bonda, Yang Mulia memang kakanda contoh yang sangat menyayangi adindaadindanya. Dari sejak awal lagi, Yang Mulia sudah dilatih dengan sifat keibuan oleh ayahanda dan bonda bilamana Yang Mulia sering kali dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memeduli keperluan adinda-adinda yang lain sepanjang ketiadaan kedua-dua ayahanda dan bonda keluar menjalankan tugas.
Semasa lapang, Yang Mulia gemar bermain badminton dan skuasy serta mendengar muzik. Dengan sifat ketekunan itu, Yang Mulia adalah sumber inspirasi dengan kejayaan wanita di negara ini.
- BANDAR SERI BEGAWANMonday, April 6, 2015HIS Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, yesterday officially started his son’s Royal wedding proceedings with the Istiadat Bersuruh Diraja, or Royal marriage proposal ceremony.The monarch dispatched a Royal entourage to Pg Hj Bolkiah Pg Hj Jaluddin’s house to ask for Dk Raabi’atul ‘Adawiyyah Pg Hj Bolkiah’s hand in marriage, on behalf of His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik.Steeped in Royal traditions and customs, the ceremony took place at Istana Nurul Iman and at the bride-to-be’s residence, Darul Fadhl, on Jalan Permaisuara.Among the traditions seen at Istana Nurul Iman yesterday were the distribution of bintang petian to aristocrats and dignitaries who were bestowed with titles.Bintang petian is a small round tray with a kandi (teapot) and two small cups made of wood. The kandi has gold, silver or bronze engravings in accordance to the status of the person present at the ceremony.The ceremony also saw Awang-awang carrying four candles, Dian Tunggal and later Dian Empat, where the former signified the arrival of His Majesty to the event and the latter symbolised the start of the Royal marriage proposal ceremony.The tikar, an embroidered Royal mattress covered in silk for Royal family members to sit on, was also used at the ceremony. It is usually made of pandan leaves.The event began with the arrival of HRH Prince Hj Sufri Bolkiah, head of the ceremony, who acknowledged that the ceremony was ready to begin as announced by YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, the chief of Adat Istiadat.His Majesty arrived moments later, along with HRH Crown Prince Hj Al-Muhtadee Billah, HRH Prince Mohamed Bolkiah, HRH Prince Hj Jefri Bolkiah, HRH Prince Hj ‘Abdul ‘Azim, HRH ‘Abdul Mateen and HRH Prince ‘Abdul Wakeel.This was followed by YAM Pengiran Anak Hj Abdul Aziz instructing YAM Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Hj Idris Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar to present himself before His Majesty to receive a titah (Royal decree).In his titah, the monarch gave his approval to YAM Pengiran Anak Hj Idris to lead an entourage to convey the marriage proposal of HRH Prince ‘Abdul Malik to Dk Raabi’atul ‘Adawiyyah’s family at Darul Fadhl.The entourage then left for Darul Fadhl and was received by the representative of the bride-to-be’s family, YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Hj Abdul Rahim Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak Dr Kemaludin Al-Haj.Acknowledging His Majesty’s message, Head of ceremony at Darul Fadhl YAM Pengiran Anak Hj Abdul Rahim accepted the proposal on behalf of the bride-to-be’s father, and expressed hopes that the Royal wedding will be carried out smoothly with the blessings of Allah SWT.Returning to Istana Nurul Iman, YAM Pengiran Anak Hj Idris then announced to His Majesty that the bride-to-be’s family has accepted the Royal proposal. A doa selamat was then read out by State Mufti YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Hj Abdul Aziz Juned to bless the ceremony.Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (Rtd) Dato Seri Pahlawan Hj Mohammad Pg Hj Daud then informed YAM Pengiran Anak Hj Abdul Aziz that the Istiadat Bersuruh Diraja had been carried out smoothly. This was conveyed to His Majesty who agreed for the ceremony to conclude.Also present at the ceremony were Pengiran Cheterias, cabinet ministers, members of the Privy Council, deputy ministers, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin Manteris, Manteri Pedalaman, foreign diplomats, Legislative Council members, and senior government officials.The Brunei Times
- You, Alam Pren Adni Mpn and 362 others like this.
- Write a comment...
- Rabeah Binti Mohd Ali SELAMAT PENGANTIN BAHARU BUAT PRINCE ABDUL MALIK & YANG MULIA DAYANGKU RABIATUL ADAWIYAH
Selamat pengantin baharu buat Prince Abdul Malik & Yang Mulia Dayangku Rabiatul Adawiyah moga bahagia sampai Syurga
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
' SEMOGA MAHLIGAI YANG DIBINA MAWADDAH WARAHMAH AAMIIN'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
RABEAH MOHD ALI @ RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
5 JAMADIL'AKHIR 1436H
5 APRIL 2015 - Prince Alamid Raja Lapulapu Salamualaicum my great grandfather.. i would like to entroduce regarding our activity herein mactan island pls. Give me and sponsors. This coming april 27 2015 kadaugan in mactan..
- Annur Cahaya Tahniah!Daulat KEBAWAH Duli Tuan Patik.
PETIKAN PAGE PRINCE ABDUL MALIK , KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH & RATU RIMBA NIAGARA
17 JAMADIL'AKHIR 1436H
7 APRIL 2015
0 comments:
Post a Comment