Tuesday, 7 April 2015

SASTERA ITU INDAH (406) LUAHAN HATI RAKYAT GARA-GARA GST


SASTERA ITU INDAH (406)  LUAHAN HATI RAKYAT GARA-GARA GST
Hari ini, saya telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Pelan ini mengandungi 10 lonjakan iaitu
i) Graduan Holistik Berciri Keusahawanan dan Seimbang,
ii) Kecemerlangan Bakat
iii) Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
iv) Graduan Pendidikan
v) Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
vi) Kemampanan Kewangan; Pemantapan Tadbir Urus
vii) Ekosistem Inovasi
viii) Keunggulan Global
ix) Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global dan
x) Transformasi Pendidikan Tinggi.
Lonjakan ini akan menyokong lima aspirasi sistem pendidikan yang memberi tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan.
Saya yakin pelan ini akan memangkin transformasi dan ia boleh menentukan masa depan yang lebih cemerlang untuk negara Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, sila layarihttp://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4662
  • You, Lee Chong Wei 李宗伟 and 4,985 others like this.
  • Hamidah Abdullah Untuk kos pencarian kapal terbang hilang memakan belanja berjuta2 ringgit....semua ni menggunakan duit kerajaan juga....begitu banyak wang kerajaan keluar untuk pencarian kapal terbang yang hilang ini.... kamu semua fikirlah sendiri....
    Like · Reply · 2 hrs
    • Ahmad Sukri Untuk kos pembelian jet peribadi pn memakan belanja beratus2 juta ringgit....semua ni menggunakan duit kerajaan juga....begitu banyak wang kerajaan keluar untuk pembelian jet peribadi.... kamu semua fikirlah sendiri....
      Like · 2 · 2 hrs
    • Kaizar Maidin 10000x betul...
      Like · 2 hrs
    • Rahem Estokoblurgrey Itu baru kos pembelian belum masuk kos maintenance lagi....
      Like · 2 hrs
    • Wan Wan 2 bkn duit kerajaan mangkuk 2 duit rakyat bayar gst
      Like · 2 hrs
    • As Hanz Duit habis membazir cari kapal.soalan yer ada jumper..hutang makin bertambah.
      Like · 2 hrs
    • Rabeah Binti Mohd Ali
      Write a reply...
  • Nik Hasanie Syah Hashim Plan n paperwork bukan main tiptop tapi result tong sampah...
    Like · Reply · 1 · 2 hrs
  • Zaid Ziad PM yg paling kontroversi
    Like · Reply · 2 hrs
  • Zana Spears Kena cukai pada rakyat haram papa najib
    Buat rakyat derita Yg miskin tmbh susah
    Yg kaya tmbh kaya papa najib
    Like · Reply · 3 · 2 hrs
    • Rafidah Abdullah Ada dalil mngatakan cukai harus.. kalau tk maner nk byr gaji pnjawat awam.. keperluan hospital sekolah bagai...
      Like · 1 hr
    • Rafidah Abdullah Tk pun boleh rujuk ke pajabat agama, jgn risau, kbnyakan yg bekerja d pjbat agama org pas.. tdk mkn rasuah..
      Like · 1 hr
    • Rabeah Binti Mohd Ali
      Write a reply...
  • Zaid Ziad masuk poket depa pon berjuta2 juga rakyat kena tau
    Like · Reply · 2 · 2 hrs
  • Fazlie Zulmi GP Jangan lupe masukkan satu silibus baru dalam pembelajaran....silibus 'cukai'....biar anak2 membesar dan paham yg mereka sedang dizalimi pemimpin korup skang ni
    Like · Reply · 5 · 2 hrs
  • Nor Ismadi Muda Studen pun kono cukai...haram jadah
    Like · Reply · 2 · 2 hrs
  • Zam NizzAini Bila nak lancar kenaikan gaji pulak

  • Eliey Epul Doa sy agar D.Sri dberi kekuatan oleh Allah s.w.t utk teruskan perjuangan murni ini,,,biar semua org mengutuk D.Sri tp jgn sesekali lemah dgn dugaan ini,,, teruskan perjuangan D.Sri
    Like · Reply · 4 · 2 hrs
  • Kaizar Maidin 5 tahun lksakn gst pasti kita boleh capai wawasan 2020 sepertimn yg diilhamkn tun m..
    Like · Reply · 1 · 2 hrs
  • Sternistic Mike ssekor mgg
    Like · Reply · 2 hrs
  • Hamidah Abdullah Dalam parlimen pun dorang dash bahaskan ten tang pembelian jet ni....jet ni digunakan untuk urusan resmi oleh pemimpin dan menteri2.....begitu juga untuk kegunaan Yang Dipertuan Agung.....pembelian jet ini adalah untuk menggantikan jet yang lama dimana jet yang lama tu dah berusia 20 tahun ....untuk membaik pulih jet yang lama memakan belanja yang banyak jadi lebih baik beli yang baru.... kalau tak silap ada 5 lagi jet yang lama dalam perancangan untuk dijual....
    Like · Reply · 2 · 2 hrs
  • Kaizar Maidin Tolak fitnah pmbngkng kununnya hasil petroleum dn gas diambil ank2 pemimpin umno mca mic untuk jadi modal berniaga.. modal pmbngkng hanyalah air liur dn fitnah..
    Like · Reply · 2 · 2 hrs · Edited
  • Faridah Ismail Semuga pm sihat selalu.......
    Like · Reply · 2 hrs
  • Mat Despatch Dato seri..Tun M tnye..ape kabar???
    Like · Reply · 5 · 2 hrs
  • Nor Asiah Ismail Lonjakan minda seorg pemimpin yg adil sbgimana yg telah ditunjukkan oleh Rasulullah amat dperlukan pd zmn skrg. Bukannya rakyat menyampah & hilang hormat pd pemimpin.
    Like · Reply · 2 hrs
  • Selma Ali Mcm kita org susah kt mne kita nk minta bantuan klo ada keje utk warga tlg bgi tau akk ni area kulaijaya bkn nya kita nk minta duit kita minta insan diluar sana bg kita keje t/kasih
    Like · Reply · 2 hrs
  • Joyce Wong Kalau pentadbiran berterusan macam ini, tak tahu lah apa akan jadi pada anak-anak Dan cucu kita ....
    Like · Reply · 1 · 2 hrs
  • Muhamad Ariff pelan apa ni mcm best je nk join blh..
    Like · Reply · 2 hrs
  • Like · Reply · 2 hrs · Edited
  • Mohd Amerul Aidil Mansuhkan gst. Ramai Rakyat yg kekurangan duit skang pasal Benda ni
    Like · Reply · 1 · 2 hrs
  • Abu Suhaimie Al-Nusra Pemerintah yg kejam
    Like · Reply · 2 · 2 hrs
  • Hazrul Solihin Mohamad Assalamualaikum wbt..
  • Peter Beaty These are big words and hard to comprehend. How about we just adopt the American education system..they control the global economy..they've been to the moon..number one in latest technologies..miilitary superpower..their education is the best..why rein...See More
    Like · Reply · 2 hrs · Edited
  • Wan Wan Lawak btl najib ni haha
    Like · Reply · 1 · 2 hrs
  • Hamidah Abdullah GST baru bermula pada1april mana mungkin dah gunakan untuk beli jet....kelakarlah korang ni.....
    Like · Reply · 2 hrs
  • Wan Wan Buatla ape benda pn najib slagi ada gst gaji minimum rm900 rakyat tetap xske hg hahahaha
    Like · Reply · 1 · 2 hrs
  • Kamarul Alimi sy selaku wakil persatuan org2 gila malaysia menyokong penuh plaksanaan GST..oleh kepala bapak kau...bg mrialisasikan kegilaan kpd org yang tidak gila menjadi gila.. segila2nya...
    Like · Reply · 3 · 2 hrs
  • Ana Sal Yusof Jgn trlalu mgutuk Pm tp bg teguran yg membina tk pe
    Like · Reply · 2 hrs
  • Khairil Azuan jib nih xda prasaan ke..org duk ktuk2 dia wat xtau je..
    Like · Reply · 2 · 2 hrs
  • Abu Amsyar Dari baby sampai ke org tua..semua kena cukai...adakah INI yg dikatakan pemerintahan yg adil...tolong la pikiq balik
    Like · Reply · 2 · 2 hrs
  • Jaya Pandasan rakyat tak de duit...
    Like · Reply · 2 hrs
  • Mohd Azmy LA Ni hentikan sja gst.Ustaz pun kata gst Ni haram.sebagai pm bgi LA zakat kepada rakyat bukan mebebankan rakyat.
    Like · Reply · 2 hrs
  • Jamaluddin Borhan "Bila tun m brkta smua mentri mlenting prthankn njib. Knpa nk mlenting sdgkn apa tun m kata mmg bnar. Dia lbih mgtaui. Pmpinan sekrg mcm kuku besi mncgkam dlm tpung. Kita sbgai rkyat jdi apa hnya jdi pk turut. Mreka semua trsnyum trtawa besar krna pnuhkn kantung untuk sdra mara jga rkn trapat .tun mahathir mmimpin seblum ini aman damai tdk sperti pmimpin sekrg yg brmcm musibah bncana buruk btrusan hinga s
    Like · Reply · 2 · 2 hrs
  • Mohd Redzuan Abd Rahman GST is no good because our country hv a very well good income. Be moderated Mr PM, stop wasting money...in the end, we Rakyat gonna beared it for what you've done...think!
    Like · Reply · 2 · 2 hrs · Edited
  • Xiaodindang Dindang Kepada sesiapa yang suka undi BN = bohong najib .... Undilah lagi , saya percaya 5 tahun akan dtg matawang kita menjadi rupiah.... F..k off.
    Like · Reply · 1 · 2 hrs
    • Rabeah Binti Mohd Ali
      Write a reply...
  • Che Spettacolo Gst mana..ade lg y sokong ea..otak dungu
    Like · Reply · 2 · 2 hrs
  • Kaizar Maidin Umno sepatutnya betsatu bukan berbalah buka pekung masing2.. ingat rakyat khususnya pmbngkng sedang menunggu peluang nk lagakn pemimpin umno..
    Like · Reply · 2 hrs
  • Zulkif Kifly Dato sri!! Kenapa skit sgt 6% gst, mintak naik kan gst 90% blh tak.....
    Like · Reply · 4 · 1 hr
  • Mohd Azmy Lepas Ni jangan sokong bn sokong pas .hidup kan agama kita
    Like · Reply · 1 hr
  • Rabeah Binti Mohd Ali PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PENDIDIKAN TINGGI) 
    2015-2025 

    Jika berjaya dilaksanakan,

    1) Akan melahir warganegara Malaysia yang 
    Cemerlang Gemilang Terbilang di peringkat global mahupun glokal

    2) Impian kerajaan untuk menjana rakyat Malaysia berpendapatan tinggi menjelang 2020 akan menjadi kenyataan. Jika rakyat berpendapatan tinggi 
    kerajaan tidak perlu bimbang lagi untuk menaikkan harga minyak, GST dan apa sekali cukai pun yang dikenakan kepada rakyat pasti rakyat mampu membayarnya tanpa ada sebarang rungutan. Apabila ekonomi rakyat sudah stabil apa hendak dikisahkan dengan tekanan cukai dari kerajaan dan untuk menjelaskan hutang PTPTN tidak lagi menjadi masalah kepada pelajar universiti tak perlu lagi kerajaan hendak senarai hitamkan nama pelajar yang gagal menjelaskan hutang semua hutang beres dibayar. Pelajar tak merungut dan kerajaan senang hati.

    3) Generasi muda akan menghargai kerajaan dengan memberi idea yang bernas tanpa mengeluarkan kata-kata untuk melemahkan semangat kerajaan agar terus memajukan rakyat dan negara. Rakyat maju negara maju dan sejahtera.

    4) Malaysia menjadi pusat pelancongan pendidikan bertaraf dunia kerana menghasilkan produk pelajar pengajian tinggi yang seimbang dengan pembangunan modal insan berminda kelas pertama.

    5) Semangat cintakan negara mengatasi kepentingan diri sendiri. Sentiasa ingin mencurahkan bakti setulus ikhlas kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia.

    Semoga pelan pembangunan pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) berjaya 
    dilaksanakan kerana banyak memberi impak yang positif kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia.

    'INDAH HIDUP SALING BERJASA DAN MEMBALAS JASA DALAM SYUKUR'

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    RABEAH MOHD ALI @ RATU RIMBA NIAGARA
    SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
    PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
    PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    17 JAMADIL'AKHIR 1436H
    7 APRIL 2015

    PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.

    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    i) Ampun tuanku beribu ampun,
    khilaf patik harap diampun;
    Di setiap karya patik nyatakan,
    Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.

    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Rela berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    1Malaysia sayangkan negaraku.

    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.

    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.

    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
    Jiwa tenang setenang air di kali ;
    Seruan yang indah kata yang santun,
    Pasti membaca berulang kali.

    ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013

    SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbananmu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011
    8 hours ago ·
    (PETIKAN DARIPADA WALL KERABAT D'RAJA KELANTAN & KHAI NOOR & RATU RIMBA NIAGARA)
    8 Mei 2012

    KARYA DISIARKAN DI PAGE PM NAJIB RAZAK

    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
    PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
    PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    18 JAMADIL'AKHIR 1436H
    8 APRIL 2015
    Like · Reply · 

PETIKAN PAGE PM NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA
18 JAMADIL AKHIR 1436H
8 APRIL 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;