Tuesday, 7 April 2015

SASTERA ITU INDAH (407) KERANA GST RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN KEPADA KERAJAAN


SASTERA ITU INDAH (407) KERANA GST RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN KEPADA KERAJAAN



You wrote on Najib Razak's timeline. View post in "Posts To Page".
Hari ini, saya telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Pelan ini mengandungi 10 lonjakan iaitu
i) Graduan Holistik Berciri Keusahawanan dan Seimbang,
ii) Kecemerlangan Bakat
iii) Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
iv) Graduan Pendidikan
v) Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
vi) Kemampanan Kewangan; Pemantapan Tadbir Urus
vii) Ekosistem Inovasi
viii) Keunggulan Global
ix) Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global dan
x) Transformasi Pendidikan Tinggi.
Lonjakan ini akan menyokong lima aspirasi sistem pendidikan yang memberi tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan.
Saya yakin pelan ini akan memangkin transformasi dan ia boleh menentukan masa depan yang lebih cemerlang untuk negara Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, sila layarihttp://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4662
Unlike · Comment · 
  • You, Lee Chong Wei 李宗伟 and 5,067 others like this.
  • QuranicFoods KangenMaster Gst menyusahkan rakyat menkayakan yg dh kaya
    Like · Reply · 52 mins
  • Eng Yap Gst
    Like · Reply · 50 mins
  • Freddi Add Hidup najib mati rakyat
    Like · Reply · 3 · 48 mins
  • Kamarizal Samsuri Sy syorkan..
    1.Pelan Menjawab asakan Tun M..
    2.Pelan Pintu Belakang..

    3.Pelan pelan kayuh..
    Like · Reply · 1 · 45 mins
  • Edwin Tan hi najib
    Like · Reply · 43 mins
  • Edwin Tan GST baik 1 malaysia hidup baik
    Like · Reply · 42 mins
  • Rabeah Binti Mohd Ali PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PENDIDIKAN TINGGI) 
    2015-2025 


    Jika berjaya dilaksanakan,

    1) Akan melahir warganegara Malaysia yang 
    Cemerlang Gemilang Terbilang di peringkat global mahupun glokal

    2) Impian kerajaan untuk menjana rakyat Malaysia berpendapatan tinggi menjelang 2020 akan menjadi kenyataan. Jika rakyat berpendapatan tinggi 
    kerajaan tidak perlu bimbang lagi untuk menaikkan harga minyak, GST dan apa sekali cukai pun yang dikenakan kepada rakyat pasti rakyat mampu membayarnya tanpa ada sebarang rungutan. Apabila ekonomi rakyat sudah stabil apa hendak dikisahkan dengan tekanan cukai dari kerajaan dan untuk menjelaskan hutang PTPTN tidak lagi menjadi masalah kepada pelajar universiti tak perlu lagi kerajaan hendak senarai hitamkan nama pelajar yang gagal menjelaskan hutang semua hutang beres dibayar. Pelajar tak merungut dan kerajaan senang hati.

    3) Generasi muda akan menghargai kerajaan dengan memberi idea yang bernas tanpa mengeluarkan kata-kata untuk melemahkan semangat kerajaan agar terus memajukan rakyat dan negara. Rakyat maju negara maju dan sejahtera.

    4) Malaysia menjadi pusat pelancongan pendidikan bertaraf dunia kerana menghasilkan produk pelajar pengajian tinggi yang seimbang dengan pembangunan modal insan berminda kelas pertama.

    5) Semangat cintakan negara mengatasi kepentingan diri sendiri. Sentiasa ingin mencurahkan bakti setulus ikhlas kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia.

    Semoga pelan pembangunan pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) berjaya 
    dilaksanakan kerana banyak memberi impak yang positif kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia.

    'INDAH HIDUP SALING BERJASA DAN MEMBALAS JASA DALAM SYUKUR'

    Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,

    RABEAH MOHD ALI @ RATU RIMBA NIAGARA
    SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
    PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
    PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    17 JAMADIL'AKHIR 1436H
    7 APRIL 2015

    PANTUN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

    1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    Semua benda ada penciptanya,
    Tuhanku Pencipta Semesta Alam;
    Apa dicipta penuh bijaksana,
    Demi kebaikan seisi alam.

    2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    i) Ampun tuanku beribu ampun,
    khilaf patik harap diampun;
    Di setiap karya patik nyatakan,
    Rakyat kasihi tuanku sampai bila-bila pun.

    ii) Kucinta negaraku sepenuh hati,
    Rela berkorban nyawa demi negaraku;
    Pemimpin dan rakyat bersatu hati,
    1Malaysia sayangkan negaraku.

    3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    Di parlimen tempat besidang,
    Para pemimpin pilihan rakyat;
    Masalah rakyat dan negara semua dicadang,
    Diselesaikan masalah selari kehendak rakyat.

    4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    Negara aman ketangkasan polis bertindak,
    Menggadai nyawa membanteras jenayah;
    PDRM & ATM berjiwa patriotik,
    Apabila berjuang tidak pernah mengalah.

    5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    i) Apabila bicara tentang Ketuhanan,
    Jiwa tenang setenang air di kali ;
    Seruan yang indah kata yang santun,
    Pasti membaca berulang kali.

    ii) 1Malaysia idea Perdana Menteri,
    Galakkan rakyat bersatu padu;
    Pelbagai kaum hormat menghormati,
    Agar negara terus di mercu.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    17 April 2013

    SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbananmu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011
    8 hours ago ·
    (PETIKAN DARIPADA WALL KERABAT D'RAJA KELANTAN & KHAI NOOR & RATU RIMBA NIAGARA)
    8 Mei 2012

    KARYA DISIARKAN DI PAGE PM NAJIB RAZAK

    PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
    SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
    PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
    PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
    202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    18 JAMADIL'AKHIR 1436H
    8 APRIL 2015
    Like · Reply · 36 mins
  • Ismail Hadeny Tahniah kerana melaksanakan POTA...Nampaknya sampai kiamat umno bakal memerintah....Tahniah najib,kamu kebal....Sy benci kamu sampai mati kerana Allah SW.T....Kamu ZALIM!
    Like · Reply · 1 · 35 mins
  • Norman Ismail Janji dicapati rakyat dicanai. Itu sarapan pagi dan makanan tengah hari saya hari hari sejak perlaksanaan GST dah meluat Ku makan baru seminggu macam manalah mahu sampai tua aku jamu jibby.
    Like · Reply · 2 · 6 mins · Edited
  • Muhammad Anuar sampai mampuh pun mung idop tak senang
    Like · Reply · 1 · 32 mins
  • Chin Vian Bla nak resign
    Like · Reply · 1 · 30 mins
  • Muhammad Zuhaili Sila hentikan gst..saya da semakin miskin..hutang semakin banyak..dan hampir kehilangan kerja kerana gst..
    Like · Reply · 2 · 28 mins
  • Ahmi Fahmi Lantak ko la najib
    Like · Reply · 1 · 28 mins
  • Asry Razak Buat plan pembangunan pendidikan.kemudian Ds najib masuk untuk belajar dulu pelan itu.Dah pandai nanti,apply jd menteri.insyaallah ok.pm sekarang byk subjek dia tak tau lg.lebih lebih lg kemampanan kewangan,pemantapan dan tadbir urus.hancor.
    Like · Reply · 28 mins
  • Seruling Bambu Pm membeban rakyat.. Mohon tukar
    Like · Reply · 3 · 26 mins
  • Mohamad Razif Tajuk hebat....apa pengisiaannya. Jangan jadi macam manifesto pilihanraya umum dah le.
    Like · Reply · 24 mins
  • Mohd Suhaimi Plan yg mgungtungkan
    Like · Reply · 1 · 17 mins
  • หวังเล็ก เล็ก ได้แค่หวัง Knpa t04 kedai runcit kna gst jugak.kejap dlm brita ckp tak ada gst.em
    Like · Reply · 17 mins
  • Siti Hawah Syabas dn tahnih Datuk Seri Nazib,,dn juga para penuntut2,dn para pelajar2 yg meghayati setiap pembelajaran dn ilmu yang d pelajari dn pergunkanlah ia sebaik mungkin...
    Like · Reply · 17 mins
  • Chris Tina Gji org. Sabah sarawak x kena gst ka.tlg2 lh kita gji keci je kt KL sni.mcmna?.mau byar rmh,lgipn rmh pn naik.api,air mkn ,ank sklah lgi.gji rm2000.mna ckup pm.
    Like · Reply · 16 mins
  • Andymus Prime Bila turun harga kereta yang dijanjikan pada pilihan raya? Harga kereta sekarang baru turun RM3.70 untuk Ford Ranger
    Like · Reply · 14 mins
  • Aku Yang Disyaki pages ni boleh dijadikan bahan lawak jenaka la....
    Like · Reply · 1 · 9 mins
  • Melati Ku Aini Dear PM.. please tambah kn peluang pekerjaan.. bukan tambah kn kos sara hidup.
    Like · Reply · 6 mins
  • Tok Mudin Matkilau Hahahahahahahaha
    Like · Reply · 6 mins
  • Muhammad Azanmudin Tajudin Bila nk turun pak jib
    Like · Reply · 1 · 6 mins
  • Khir Ariffin Mansuhkan GST
    Like · Reply · 1 · 5 mins
  • Kaizar Maidin Undilah pmbngksng.. biar cina memrintah.. biar jadi hsmba mcm melayy singapore.. hidup umno..
    Like · Reply · 5 mins
  • Mohd Izwan Yg ssh lgi ssh... yg senang mkin senang ni la lumrah hidup skng..
    Like · Reply · 4 mins
  • Biru Putih Ws Teruskann
    Like · Reply · 4 mins
  • Kaizar Maidin Pembngkng cuba melaga-lagakn tun m dn pm najib.. jadikn gst sebagai senjata bodohkn minda penyukung..
    Like · Reply · 3 mins

PETIKAN PAGE PM NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA
18 JAMADIL AKHIR 1436H
8 APRIL 2015

0 comments:

Post a Comment

 
;