AMIRA SUHADIS:
JIKA INGIN BICARA
jika ingin bertanya tentang rindu
tanya kan pada bayu
yang semilirnya sentiasa membisik
membelai mesra tampa kata
ASMIRA SUHADIS:
jika ingin bicara tentang pemuja
tanyakan pada sang pungguk
yang berabad memuja bulan
sedang bulan lena dipelok awan
jika ingin bicara tentang setia
tanyakanlah pada nesan dipusara
yang tidak pernah mahu berganjak
walau pun jasat tidak bernyawa
kalau ingin bicara tentang cinta
tanyakan saja pada tun teja
yang rela meninggalkan keluarga
sedangkan Tuah berpaling darinya....
dan aku
masih bagai teritip lekat dibatu...
4 hours ago · Like · · Unsubscribe
Naga Pamungkas likes this.
Jaya Ramba Wulan:
merindu biar pun boneka.. sang kelawar kesiangan
pasti bergayut di hujung kelambu mama
3 hours ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali:
Jika cintamu bagaikan teritip lekat di batu...
Dengarlah puisi cinta teritip ini khas kukurangkan
untukmu duhai Asmira Suhadis! Moga kau terhibur membacanya.
CINTA TERITIP
Indah sungguh permandangan di situ
Di sebuah pulau taman teritip
Memutih permandangan
Kesemua batu di pulau tersebut dipenuhi teritip
Memutih permandangan
Saujana mata memandang
Terpukau mata memandang
Keindahan yang memukau pandangan mata
Disinari mentari dia tetap di situ
Berkilauan cahayanya
Berpinar mata memandang
Dipukul ombak mengganas dia tetap di situ
Tanpa melawan namun bertahan
Di malam bulan purnama
Aduhai...! Cantiknya taman teritip di kala itu
Bersinar bergemerlapan seperti kelipan bintang kejora
Aku terpukau sambil memuji Tuhanku
Esoknya kucari teritip kejora yang berkilau itu
Lalu kuambil kubawa pulang
Kuhadiahkan kepada Si dia
Untuk menyuntingmu
Lalu diletakkan di taman hati berbunga cinta suci.
Karya: Rha NS
26 Julai 2011
Asmira Suhadis:
SubhANALLAH... TERIMA KASIH Rabeah Mohd Ali,
bagitulah..teritipku masih lekat dibatu..
tak siapa yg mahu membawa pulang kerana
hanya tinggal cengkerang... ia tetap setia
walau sudah tidak bernyawa...
Rabeah Mohd Ali:
Tak apa kalau tak bernyawa ...setidak-tidaknya
menjadi jambangan bunga untuk pengantin baru
atau dijadikan tasbih cinta lagi afdal
betul tak Asmira Suhadis sahabatku...?
Apapun keputusan yang kau buat aku menyokongmu
asal namanya kebaikan yang ada nilaian di sisi Allah Taala.
3 hours ago · Like
Asmira Suhadis:
Terima kasih sahabatku Rabeah Mohd Ali,
beginilah aku..selamanya menjadi seorang perindu yang
kadang tidak tahu apa sudahnya..menyambung kehidupan
dari sisa-sisa penderitaan yg masih belum berpenghujung...
mencari cinta entah sampai bila.....yg pasti Allah masih
mahu mencuba dan moga aku tidak akan putus asa...
bangga memiliki sahabat-sahabat seperjuangan seperti
anda Jaya Ramba Wulan, Poul Nanggang Naga Pamungkas..
2 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Sabarlah Suhadis sahabatku...Tuhan sentiasa bersamamu ...
selagi mana kau sabar atas ujianNya selagi itulah
cintaNya ada bersamamu...selagi kau tak jemu mencintaiNya...
selagi itulah didugamu kerana Dia Maha Tahu kau dipilih
menghadapi ujian ini atas kemampuanmu tidak lebih dari kemampuanmu...
Insya-Allah akan hadirlah cinta yang seperti Yang Dia Aturkan ...
itu lebih bermaknakan sayangku Asmira Suhadis?
Kalau tak ada di dunia Insya-Allah di akhirat menanti pasti...
Bersangka baiklah dengan Allah Taala...pasti dirimu akan tenang sayang....!
about an hour ago · Like · 1 person
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
26 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment