Rabeah Mohd Ali
Salam Pejuang Seni
Saya berminat sekiranya saudara Awang dapat mengarahkan
drama teater saya bertajuk ,"Pengantin Raja Rimba" dan
"Putera Duyung"
dan banyak lagi skrip hasil karya saya.
Sekiranya ingin melihat Skrip Drama ,
"Pengantin Raja Rimba" Layari blog saya:
sasterakuduniaku.blogspot.com
Awang Karim Kadir
April 19
Oh menarik sekali tajuk itu Puan. Ke dua-duanya sangat menarik.
Insya-Allah saya akan baca naskah tu dan kita boleh bincangkan
pementasannya.
Saya juga memang sedang mencari-cari skrip karya penulis tempatan.
Mudah-mudahan kita dapat realisasikan hasrat kita yang murni.
Rabeah Mohd Ali
April 19
Terima kasih tak terucap saya amat menghargainya kerana itulah
cita-cita dan impian saya selama ini ingin melihat karya saya
dipentaskan atau berada dilayar perak. Di blog tersebut ada juga ,
"Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang" kalau saudara ada idea
untuk dipentaskan amat saya alu-alukan. Untuk skirp Putera Duyung
boleh tak berikan emel saudara kerana nanti saya boleh emelkan
skrip Putera Duyung kepada saudara. Terima kasih kerana sudi
merealisasikan impian saya. Hanya Allah saja yang membalasNya.
Awang Karim Kadir
April 19
Ini email saya. awgkar64@yahoo.com
Bagaiman saudari tahu bahawa saya ini orang teater yang masih giat
buat pementasan. Setahu saya sedikit sekali orang luar yang
mengikuti perkembangan teater saya khususnya di Sabah.
Kamu sebenar di mana , di Sabah atau di Semenanjung dan berkerja
sebagai apa.Maaf sekadar bertanya?
Rabeah Mohd Ali
April 19
Saya cuma seorang penulis biasa je tapi minat menulis sejak dari
kecil lagi. Justeru karya saya baru mahu dipromosikan di alam
maya mana tahu dalam usia yang selewat begini berjaya dalam
dunia yang amat diminati ini dan ada yang berminat untuk melamar
karya saya atau menjadi rakan niaga untuk buku-buku patriotik saya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi melamar
karya saya untuk dipentaskan. Saya di Selangor. Saya ternampak
nama saudara dalam ruangan teman fb saya.
Rabeah Mohd Ali
April 19
Ucapan Terima Kasih
Terima kasih duhai saudaraku,
Kerana terimaku menjadi sahabatmu,
Jiwa senimu jiwa seniku berpadu,
Moga direstui Allah Yang Satu.
Awang Karim Kadir
April 19
Oh, terima kasih juga kerana mempelawa saya. Saya juga sedang
mencari penerbitan dan percetakan untuk karya-karya drama, cerpen
dan puisi-puisi saya.
Kalau ada ruang dan cara boleh juga kita berkongsi perniagaan
kreatif ini.
Buku-buku patriotik kamu iaitu dalam bentuk novel atau bagaimana.
Berapa harga senaskah. Adakah ia buku bersiri atau bagai mana?
Saya dalam soal perniagaan kurang arif. Saya seorang karyawan saja.
Tapi cuba membantu sekadar yang terupaya.
Rabeah Mohd Ali
April 19
Saya sebenarya masih menunggu jawapan daripada seorang untuk
menjadi teman niaga saya tapi sampai sekarang masih belum
beri jawapan.
Tapi tak jadi masalah kerana tajuk buku patriotik saya banyak dan
siri buku kartun pun banyak. Saya berminat jika buku saya diiringkan
dengan cd cerita bersama muzik sekali mungkin kanak-kanak akan berminat.
Saya amat alu-alukan jika sekiranya saudara berminat menjadi rakan niaga
dan berkerjasama dalam apa jua bentuk idea bagi merealisasikan cita-cita
bersama dalam bidang seni ini. Untuk nampak gambaran serba sedikit
hayatilah blog saya mana thau dapat idea dan boleh dibincangkan
selepas itu. Terima kasih sekali lagi untuk segalanya.
Awang Karim Kadir
April 19
Terima kasih Rabeah.
April 19
Rabeah Mohd Ali
Selamat hayati karya-karya saya ye.
Rabeah Mohd Ali
April 20
Assalamualaikum, saya baru emelkan skrip Putera Duyung ,
dah terima beritahu saya ye. Terima kasih.
Awang Karim Kadir
April 20
Mereka yang berjiwa merdeka,menjadi penawar bagi jiwa yang parah,
menjadi pengikat bagi mereka yang dilanda cinta, dan seni itu juga
misteri penuh rahsia.
Mudah-mudahan begitulah hendaknya...
Rabeah Mohd Ali
April 21
Assalamualaikum. Sudah terima ke skrip Putera Duyung ? Dah terima
beritahu saya ye. Terima kasih untuk segalanya.
Rabeah Mohd Ali
April 22
Assalamualaikum, apa kabar, saya sudah emelkan skrip Putera Duyung
kepada saudara. Saudara sudah terima ke skrip tersebut.Kalau skrip
itu tidak sesuai saya faham kelemahan saya. Maaf sekiranya tersalah
bicara.
Awang Karim Kadir
April 22
Belum. Tapi saya akan usahakan.
April 22
Rabeah Mohd Ali
Kalau masih belum terima skrip Putera Duyung, nanti saya emelkan yang baru.
Apa pun terima kasih atas segalanya. Moga persahabatan seni ini perpanjangan
dan diberkati. Amin.
Rabeah Mohd Ali
April 23
Assalammualaikum, maaf ganggu kesibukan Awang,dah baca ke skrip Putera Duyung.
Orang yang hendak mereka muzik insyaAllah dah dapat dah, org Sabah juga ,
nanti bolehlah temujanji dengannya kalau dia dah siapkan muzik karyanya
untuk mengiringi cerita Putera Duyung atau Apabila Tapak Sulaiman Menjadi
Bintang. Namanya Satile Sagin. Kenal tak dengannya. Kalau kenal baguslah tu.
Terima kasih untuk segalanya. Segala budi amat dihargai.
Rabeah Mohd Ali
May 4
Assalamualaikum, apa kabar... baru tadi beah poskan cd gambaran penulis tentang kisah
cinta Putera Duyung dan Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang. Kalau ada
kelemahan faham-faham ajelah bukan arif dalam bidang ini tapi cuma minat
yang mendalam je, ha kalau dah terima beritahu ye. Ha ini nombor telefon ahli
Persatuan Seni Sabah namanya weerda , kalau ada yang hendak dibincangkan
mengenai seni boleh bincang dengannya ye. Terima kasih untuk segalanya.
Rabeah Mohd Ali
June 12
Assalamualaikum, apa kabar? Lama tak dengar berita...sibuk ke?
Awang Karim Kadir
June 12
Walaikummusalam.Maaf lama tak respon, agak sibuk sikit buat proposal
domumentari untuk Finas dan acara baca puisi di Kudat dan KK semalam
baru selesai.
Rabeah Mohd Ali
June 12
Iye ke....ingat dah merajuk ke... mana tahu ada buat salah tanpa sedar....
apapun ucapan tahniah untuk kerjaya mu sahabatku yang nun jauh di sana...
Awang Karim Kadir
June 13
Terima kasih atas perhatian dan dorongan, kita sama-sama pejuang seni zaman
berzaman. Semoga kamu juga akan beroleh kejayaan dalam usaha seni ini.
Rabeah Mohd Ali
June 13
Amin. Macam mana dah tengok ke blog sahabatmu, 'sasterakuduniaku'
apa pendapatmu pejuang seniku?
Rabeah Mohd Ali
June 16
Assalamualaikum, saudara karim sibuk ke? Macam mana dengan skrip
Putera Duyungku itu ye jadi ke seperti mana yang diimpikan?
Kalau tak jadi tak apa belum ada keIzinan dariNya yang penting
persahabatan jangan terputus kerana ini ye. Nak minta tolong boleh tak ?
Mana tahu Allah beri kita rezeki yang tak disangka-sangka.
Kalau tak boleh tak pe sekadar tanya je...
Awang Karim Kadir
June 21
Waalaikumusalam Beah saya masih membelek-belek sambil mengira-ngira
bagaimana harus
merombaknya ke pentas. Sambil-sambil mencari juga penaja.
Mudah-mudahan kita ada rezeki bersama. InsyaAllah.
Rabeah Mohd Ali
June 21
Alhamdulillah moga Allah membalas segala kebaikanmu, dah layari
ke blog beah: sasterakuduniaku.blogspot.com (di blog tersebut
ada dikarangkan syair putera duyung dan 2 lirik lagu Putera
Duyung dan 1 lirik lagu Mas Merah, cubalah tengok mana tahu
ada kesesuian untuk skrip Putera Duyung. Beah sekarang secara
tak langsung terlibat dalam penjualan hartanah kalau
saudara Awang ada orang yang berminat hendak membeli tanah di sekitar
Sabah beritahulah ye,nanti kawasan tempat yang hendak dijual diberi tahu,
mana tahu kalau laku tanah tersebut boleh dilaburkan kepada kerja-kerja
seni kita.Doakan juga penjualan tanah yang beah usahakan di Malaysia
ada hamba Allah terbuka untuk membelinya.
Awang Karim Kadir
June 21
Insya-Alah. saya turut mendoakan. Allah akan makbulkan niat murni Beah
untuk dunia seni kita dan hamba2nya. InsyaAllah.
Rabeah Mohd Ali
June 21
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Rabeah Mohd Ali
July 8
Asalamualaikum, apa kabar...lama tak dengar berita...sibuk ke?
Rabeah Mohd Ali
Yesterday
Assalamualaikum sahabatku ...apa kabar? Dah lama tak dengar berita...
dah lupakan sahabatmu di sini ke...
Awang Karim Kadir
Yesterday
Waalaikummusalam baik saja Beah. Cuma agak sibuk juga dengan shooting
filem dand siapkan beberapa puisi. Sekarang tengah menyiapkan novel etnik.
Doakan kejayaan usaha ini.
Rabeah Mohd Ali
Yesterday
Semoga semuanya dipermudahkan Allah dan berjaya apa yang dicita-citakan.
Berjaya dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Awang Karim Kadir
Yesterday
Terima kasih sahabat baikku Rabeah...
Rabeah Mohd Ali
Yesterday
Sama-sama sahabat baikku Awang Karim Kadir...untuk pengetahuanmu
sepanjang perkenalan kita di alam maya..petikan puisimu dan aku .
( ku siarkan di blogku: sasterakuduniaku.blogspot.com) Adakah saudara
mengiizinkannya dan saudara sudah membacanya? Atau tak sudi membacanya?
Atau kesibukan tugas senimu? Ha...Putera Duyung apa perkembangan ya...
Awang Karim Kadir
14 hours ago
Terim kasih di atas kesudian menempatkan puisi-puiai saya dalam blogmu.
Itu satu penghargaan kepada puisi-puisiku. Putera Dyung sedang dibedah
dan dikupas; dalam proses sedikit pengubahsuaian. Kalau dpt disiapkan
nanti saya hantar salinannya untuk diperakui oleh penulis. Nanti saya
lawati Bolg kita; terima kasih Beah.
Rabeah Mohd Ali
13 hours ago
Budimu sentiasa tersanjung moga Allah saja yang membalasNya.
(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
21 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment