Wednesday, 27 July 2011

APABILA PUTERA DUYUNG DIHARGAI

Putera Duyung tajuk cerita,
Kisah percintaan penuh tragis;
Berlatarkan laut dan bulan purnama,
Berkorban nyawa demi cinta setulus ikhlas.

Mendapat ilham tika melancong,
Melancong sambil belajar ke Indonesia;
Berada di lautan fikiran terus melayang,
Maka tercetuslah ilham tanpa diduga.

Khazanah laut yang memukau,
Penghuninya tenteram dan harmoni;
Deruan ombak buat hati terpukau,
Alunan zikir yang tak pernah henti.

Mas Merah bertukar menjadi duyung,
Setelah menerima pendermaan hati Putera Duyung;
Terpikat dengan kehidupan alam duyung,
Hidup harmoni saling sayang menyayang.

(Kisah seterusnya ada di blog: sasterakuduniaku.blogspot.com
Tajuk: Syair Putera Duyung, Sinopsis Putera Duyung, Lirik lagu:
Terlewat Aku Membalas Cinta, Lukaku Parah Cinta Berdarah -
PUTERA DUYUNG DALAM PROSES UNTUK DIPENTASKAN ARAHAN SAUDARA AWANG KARIM KADIR
Insya-Allah - mohon dapat sokongan daripada teman-teman seperjuangan seni
sastera di Malaysia , Indonesia dan Tak kira di mana berada - sebarang
pandangan dan cadangan amat diperlukan dan dihargai selagi hayatku ada)
10 hours ago · Like · · Unsubscribe

Naga Pamungkas, Mahabbah El-ahMead and 3 others like this.


Jaya Ramba Wulan pantun Beah
        9 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:
     

Sudahkah saudara melayari blogku itu dan apa pendapatmu tentang cerita
Putera Duyung yang disyairkan leibh kurang 50 buah rangkap syair.
Segala pendapatmu mengenai syair tersebut amat dihargai kerana aku
bukanlah penulis yang ada nama ...menulis kerana minat yang terlalu
mendalam kerana karyaku duniaku sejak puluhan tahun...kini di alam maya
mahu berkongsi idea dan ilmu dengan teman-teman sastera melayu yang
ada di seluruh dunia. Harap teman-teman peminat sastra sudi menerimaku
sebagai rakan seperjuangan sastra tanpa ada rasa prejudis. Aku menyayangi
kalian keranaNya dan aku menulis keranaNya moga apa yang ditulis mendapat
nilaian di SisiNya. Amin.

8 hours ago · Like


Jaya Ramba Wulan memang kias dan berisi. penuh dengan cerita
8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Terima kasih saudara Jaya Ramba Wulan kerana sudi melayari blogku dan
sudi memberi pendapat...dengan sokongan tersebut memberi kekuatan
padaku untuk terus berkarya selagi hayatku ada. Aku sentiasa mengalu-alukan
pandangan dan pendapat darimu dan teman-teman sastra yang lainnya.
Terima kasih untuk segalanya.

8 hours ago · Like


Naga Pamungkas:


Aku kagum. Dan terhibur. Aku ulang-ulang membaca syair putri duyung ini.
Perempuan penyair yg hebat. Pantas lah, Malaysia punya penyair seperti
rabeah mohd ali. Untuk sementara ini, syair ini belum mendapat kekurangan.

8 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali:


Nangis aku dalam sendu , tak pantas aku menerima penghargaan darimu itu
kerana selama ini aku menulis dalam duniaku sendiri...mencipta...menghayati...
dan berbicara sendiri dengan karya-karyaku...berbicara dengan watak-watak
yang kubina dengan alam...haiwan yang melata...dan kepada Maha Pencipta
Semesta Alamlah kumohon ilhamkan padaku agar Dia merestui apa yang kutulis...
sejak puluhan tahun tersimpan karyaku dan kini dengan rasa rendah hati ingin
kukongsi segala ilham KurniaanNya sebelum aku dijemput pulang. Dan ia juga
tanda kasih sayang setulusnya dan kenangan abadi dariku untuk semua mereka
yang kusayang di alam ini. Apapun terima kasih saudara Naga Pamungkas
kerana sudi menghayati karyaku. Budimu sentiasa terjunjung di kalbuku.

7 hours ago · Like · 1 person


(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
(25 Julai 2011)

0 comments:

Post a Comment

 
;