Harlina... dibawa pulang ke kampung
oleh kedua orang tuanya kerana dikatakan
fikirannya sudah terganggu dengan tubuh
badannya tinggal isi dengan tulang
kurus melidi.
Kesihan aku melihatmu di kala itu Harlina
berkata-kata sendirian dengan tidak mahu
mandi berhari-hari.
Dulu kau seorang yang ahli solat sudah tidak bersolat
Dulu kau seorang yang suka mengaji sudah tidak suka mengaji
Di merata tempat kedua orang tuamu bawa berubat
Insya-Allah kau beransur sembuh
Kau mula
mandi
berhias diri
solat
mengaji
Menjalini kehidupan normal seperti biasa
Syukur Alhamdulillah
Hidup tidak lagi seperti bunga di pandang pasir tandus
Tapi sekuntum bunga yang mewangi
disinari pelangi di siang hari
disimbahi cahaya pernama di malam hari
Setelah sebulan kau mengecapi kehidupan yang ceria
Tiba-tiba telah mengubah segalanya yang ceria
Pabila kau terima surat yang datangnya dari pejabat Agama Islam
Dalam surat itu mengatakan talak telah digugurkan oleh dia yang kau cinta
Kau menangis semahunya
Dan rus membalas surat itu membela diri
"Macam ini tak adillah talak digugurkan tanpa memanggil saya
kalau saya ada anak ...tidakkah ini satu ketidak adilan untuk saya?"
Tidak sampai sebulan talak digugurkan...Dia ditimpa lumpuh separuh badan.
Dia menelefon Harlina.
"Harlina...abang...perlukan Lina...Lina pulanglah ke pangkuan abang semula ye...
Kasihan nilah abang...tiada siapa untuk menguruskan abang..."
Harlina menangis menahan sebak.
"Abang sabarlah ye...nanti Lina uruskan bagaimana kita boleh rujuk semula
dan bolehlah Lina menjaga abang..." kata Harlina dengan nada yang lembut.
Harlina...Harlina....Harlina... Kenapa kau harus menerimanya semula Harlina?
Terang-terang dia telah menzalimi dan meracuni cintamu tapi kau masih mahu
membalas cinta beracunnya dengan layanan isteri soleha.
Badanmu yang kurus melidi itu mana larat hendak menguruskan dia yang sudah
lumpuh itu. Untuk apa kau mengabdikan cinta untuknya? Sedangkan selama ini
racun berbisa yang kau terima?
Ramai yang yakin jika ditakdirkan dia sembuh semula... mahu dia memcampakmu
seperti sampah yang hina yang tak berguna! Adakah itu namanya cinta Harlina?
Fikir-fikirkanlah Harlina...
Kepada anda yang budiman ...boleh tak beri pandangan samada Harlina harus
meneruskan cintanya atau melupakan terus cintanya yang beracun itu?
Karya: Rha NS
4 Syawal 1432H
2 September 2011
Like · · Unsubscribe · September 2 at 11:06am near Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment