Thursday, 8 September 2011

BERBAIK SANGKA PADA ALLAH DAN MANUSIA

Ku selalu berkata pada puteriku...

"Anakku...ibu sukakan tempat yang aman damai yang manusianya
sukakan kebaikan dan bercakap pun yang baik-baik hadir kita
disayangi dan dihargai dan saling hormat menghormati..."

"Ibu...tempat yang ibu suka tu...hanya ada di Syurga saja ibu..."

"Anakku....mustahil di dunia ini tak ada tempat yang begitu aman...
ibu yakin akan ada anakku asalkan kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah.
Anggap orang yang hadir dalam hidup kita semuanya baik-baik belaka kerana
asal kejadian dilahirkan seperti kain putih. Semua manusia tidak sempurna...
kerana itu ada neraka dan Syurga...kerana sifat Allah Maha Pengasih Dan
Penyayang Diberikan Pengampunan kepada yang mahu pulang ke pangkal jalan
hadirnya seperti kain putih."

"Betul kata ibu tu...kita sama-sama muhasabah diri agar menjadi hamba Allah
yang diredhai di kala hidup dan mati."

Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Kami berdoa bersama-sama serentak.

Karya Rha NS
8 September 2011
10 Syawal 1432H

0 comments:

Post a Comment

 
;