Friday, 9 September 2011

CADANGAN PEMENTASAN TEATER MOYANGKU DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH

AWANG KARIM KADIR:

Pagi jumaat yang syahdu; awan rindu merinjiskan gerimis
kasih rahmat-Nya ke bumi nan sepi. Katanya: Hei, kita
sudah terlalu lama bermimpi. Esok kita akan bangkit kembali
bersama kenangan abadi...

You and 16 others like this.

Rabeah Mohd Ali Assalammualaikum duhai anak cucu-cicit
Pahlawan Sabah...moga pagi Jumaat yang berkat ini
bertambah kekuatanmu beramal padaNya.

Ku ingin memberikan cadangan padamu duhai sahabat yang
kuhormati...sudi ke kau terima cadangan ku ini?

Rabeah Mohd Ali:

Pecah kaca pecah gelas,
Lepas baca kasih sayang terbalas;
Sesudah pentas jiwa patriotik sayangkan Malaysia berbalas!
Semuanya rajin tak jadi bermalas-malas.

Yang ingin kucadangkan padamu duhai sahabatku...
Apa kata kau arahkan satu teater bertajuk. 'MOYANGKU DATU
PADUKA MUHAMMAD SALEH PAHLAWAN SABAH!"
Apa pandanganmu mengenai  mengenaiku ini duhai sahabatku?

16 hours ago · Like

        MOYANG KAMI DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH PAHLAWAN SABAH!

        Aduhai...cucu cicit pejuang negeri Sabah dari
        penjajahan Inggeris dan Jepun.
        Apakah dengan pengorbanan suci ini dibalas sedemikian rupa?
        Terkedu aku. Darah dan nyawa dipertaruhkan untuk negeri Sabah
        bukan penghargaan dibalas tapi dibiarkan terseksa dan terhina!
        Kerana ada darah perjuangan yang mengalir di tubuhmu ...
        kalian masih lagi bersabar...demi keamanan negeri Sabah?
        Tapi sampai bila?

        Apalah ertinya kemerdekaan yang dilaungkan jika harga
        pejuang-pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh dilayan seperti kain buruk
        yang digunakan untuk mengelap air mata anak cucu-cicitnya...

        Aduhai...terkedu aku dalam sengsara mereka itu...
        dan sengsara mereka itu meresap ke dalam jantung hatiku.

        DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
        DI MANA BUDI DISEMAI DI SITU LETAKNYA KEMEGAHAN
        TAPI KEMEGAHAN MENJADI RACUN BERBISA!
        BUDI DISEMAI MEMAKAN DIRI HINGGA SAMPAI BILA?

        Duhai anak cucu cicit pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh
        Jika benarlah darah yang mengalir itu adalah darah pahlawan
        Ayuh....sempena Hari Malaysia ini

        Laungkan Kami Mahu Hak Kami!
        Kami mahukan pembelaan untuk kami!
        Kalau tidak sia-sialah darah moyang kami gugur di bumi bertuah ini!

        Karya Rha NS
        8 September 2011
        16 hours ago · Unlike · 1 person
       
        Sekarang aku tak bermimpi lagi!
        Aku bangkit kembali bersama sejarah Moyangku Datu Paduka
        Muhammad Saleh Pahlawan Sabah!
       
        16 hours ago · Like
       
        Rabeah Mohd Ali
       

        SALAM KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA!


        Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
        Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
        Tersenyum megah penuh bangga,
        Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.

        Kau tak pernah erti kalah,
        Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
        Di mana pun berada kau berkibar megah,
        Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.

        Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
        Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
        Semangat rakyatnya terus membara-bara,
        Menjadikan realiti impian 1Malaysia.

        Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
        Semoga puasa membawa keberkatan;
        Jasamu sentiasa mewangi di hati,
        Perjuangan terdahulu masih diteruskan.

        Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
        Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
        Membela nasib rakyat di mana saja berada,
        1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.

        1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
        Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
        Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
        Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.

        Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
        Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
        Sehati senada sejiwa saling memahami,
        Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.

        Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
        Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
        Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
        Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.

        Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
        Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
        Yang difikirkan keamanan negara ini,
        Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.

        Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
        Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
        Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
        Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.

        Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
        Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
        Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
        Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.

        Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
        Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
        Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
        Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.

        Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
        Buat Negaraku Malaysia tercinta:
        Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
        Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.

        Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-54 ini kuberjanji,
        Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
        Moga kau tidak akan disakiti lagi,
        Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.

        Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
        Moga kau sentiasa gembira selalu;
        Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
        Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.

        Karya: Rha NS
        1 Ogos 2011
        (Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
        Malaysia Ke-54 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2011)
        Like · · Unsubscribe · August 27 at 10:46am

        Adie Adnan and 4 others like this.

        Zullsuarezs Luis Amin aku jempol rabeah 99kali

        August 27 at 10:54am via mobile · Like

        (PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
        27 Ogos 2011
        16 hours ago · Unlike · 1 person
        Rabeah Mohd Ali


        TOLONGLAH YB KU!

        Masalah air di Kudat bila nak selesai YB ya,
        Kesihan rakyat Kudat kita ni;
        Katanya air yang diminum amat menakutkannya,
        Tolonglah YBku tolonglah selamatkan mereka ni.

        Tolonglah YBku tolonglah selamatkan mereka ni,
        Jangan tunggu sampai pilihan raya baru nak diuruskan;
        Walaupun sudah 30 thn masih setia mengundi,
        Mengundi YB tapi adakah ini balasan yang diberikan.

        Jangan tunggu sampai mereka naik bosan,
        Nanti jangan salahkan rakyat pula:
        Kerana tak mahu mengundi YB yang membosankan,
        Kalau YB di tempat mereka macam mana pula.

        Demi negara mereka tetap setia,
        Mengundi YB agar mengasihani;
        Perwira pertaruh nyawa demi negara,
        Rakyat Kudat pertaruh air tercemar demi negara ini.

        Moga YB terbuka hati celekkan mata,
        Bertindak segera demi rakyat Kudat ini;
        Semuanya pejuang yang harus dibela,
        Berjuangkan negara biarpun sengsara di hati.

        'SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA & HARI KEMERDEKAAN
        NEGARA TERCINTA KE-54' Moga Hari Malaysia ini
        memberi erti kepada Rakyat Kudat seluruhnya!
        Kalian semua pejuang-pejuang sejati!

        Karya Rha NS
        8 September 2011
        16 hours ago · Unlike · 1 person
        Rabeah Mohd Ali
        Syair Bapa Kemerdekaan
        Tunku Abdul Rahman

        Tersebutlah kisah seorang putera,
        Tunku Abdul Rahman diberi nama;
        Dikasihi semua rakyat jelata,
        Baik budinya tidak terkira.

        Menyayangi rakyat sepenuh hati,
        Perjuangannya tidak pernah terhenti;
        Disambung oleh pemimpin terkini,
        Cintakan perjuangan tidak bertepi.

        Sokongan rakyat Tunku gembira,
        Rela berkorban harta dan nyawa;
        Demi kerana negara tercinta.
        Asalkan rakyat hidup bahagia.

        Bersama Tun Razak Tunku ke London,
        Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
        Penat dan lelah tidak dihiraukan,
        Asalkan pulang membawa kejayaan.

        Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
        Disambut penuh dengan kegembiraan;
        Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
        Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

        Tunku laungkan merdeka penuh membara,
        Rakyat menyambut laungan membara-bara;
        Demi kerana negara merdeka,
        Untuk diwarisi rakyat jelata.

        Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
        Penuh dengan penat dan lelah;
        Walaupun tiada pertumpahan darah,
        Agar generasi dapat berteduh.

        Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
        Pertahankan negara tanpa jemu;
        Rakyat aman sudahlah tentu,
        Generasi mendatang mendapat restu.

        Tanpa diduga komunis bertandang,
        Menceroboh masuk terus meradang;
        Tunku memikir merasa bimbang,
        Keselamatan negara tidak tergoyang.

        Tunku berbincang secara aman,
        Dengan Chin Peng membuat keputusan;
        Komunis berundur dengan aman,
        Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

        Jepun menyerang ke negara kita,
        Ingin berkuasa merebut tahta;
        Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
        Makan dan minum berair mata.

        Sana sini mayat bergelimpangan,
        Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
        Asalkan hati penuh kepuasan,
        Kerana hati bertuhankan syaitan.

        Para perajurit ramai terkorban,
        Mempertahankan negara habis-habisan;
        Nyawa di badan jadi taruhan,
        Asalkan negara menjadi aman.

        Perajurit dibantu tentera Inggeris,
        Jepun terus bermuka bengis;
        Berlawan mereka terus menerus,
        Gugurnya perajurit terus ditangis.

        Pergilah perajuritku dengan aman,
        Perjuanganmu menjadi kenangan;
        Kau gugur dalam kemenangan,
        Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

        Jepun mengalah lalu berundur,
        Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
        Sudah terlambat Jepun nak sedar,
        Rakyat mereka ramai yang gugur.

        Tunku hargai jasa perwira,
        Pertahankan negara ke hujung nyawa;
        Rakyat juga amat berbangga,
        Kerana jasamu rakyat terbela.

        Tungku memerintah penuh berhati,
        Rakyat hidup bersatu hati;
        Ke mana pergi Tunku dihormati,
        Pengorbanamu Tunku terus diingati.

        Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
        Memerdekakan negara demi keamanan;
        Agar generasi turut pertahankan,
        Menjadi warisan sejak berzaman.

        Karya: Rha NS
        31 Ogos 2011
        16 hours ago · Unlike · 1 person
        Rabeah Mohd Ali
       

        SYAIR PEJUANG RAKYAT MALAYSIA

        Tersebutlah kisah suatu cerita,
        Malaysia negaraku yang tercinta;
        Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
        Merealisasikan impian demi Negara.

        Saling menghormati bersatu hati,
        Tolong menolong amalan murni;
        Tiada rasa berdengki hati,
        Semua kerana Malaysia dicintai.

        Melayu Cina India dalam perpaduan,
        Bersatu hati merealisasi impian;
        Berganding bahu bersama kerajaan,
        Jadi realiti Negara berperlembagaan.

        Jika Negara kucar kacir,
        Nasib rakyat sentiasa tercicir;
        Kerajaan dibina menjadi hancur,
        Angkara rakyat selalu engkar.

        Ingatlah peristiwa 13 Mei,
        Rusuhan kaum sentiasa diingati;
        Berpadulah demi Malaysia disayangi,
        Agar 13 Mei tidak berulang kembali.

        Kalau diingat perjuangan Tunku,
        Perjuangannya tak pernah jemu;
        Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
        Biarpun mengharungi perjuangan berliku.

        Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
        Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
        Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
        Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.

        Begitu juga berbincang dengan komunis,
        Tunku bincang dengan cara harmonis;
        Hinggakan mengalah ketua komunis,
        Menjadi legenda kenangan manis.

        Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
        Biarpun lama rakyat menunggu;
        Sabar menunggu tak pernah jemu,
        Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu

        Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
        Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
        Jiwa kental sentiasa muafakat,
        Berkorban apa saja demi rakyat.

        Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
        Pemimpin bersara rakyat hargai;
        Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
        Barulah aman Negara ini.

        Rakyat dan pemimpin seia sekata,
        Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
        Masalah diatasi dengan bijaksana,
        Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.

        Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
        Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
        Sanggup berpening memikirkan,
        Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.

        Permintaan rakyat untuk rakyat,
        Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
        Didengari semua wakil Rakyat,
        Apabila tertunai sukanya rakyat.

        Rakyat Malaysia harus bersatu,
        Demi kerana Malaysia yang satu;
        Negara aman berkat bersatu,
        Syukur generasi kini dan terdahulu.

        Sama-sama merealisasikan impian,
        Majunya Malaysia dalam pemodenan;
        Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
        Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.

        Karya: Rha NS
        13 Mei 2011
        15 hours ago · Unlike · 1 person
       


        Saunah Brahim Btul.. RMA..Masalah air dikudat amat-amat
        membimbangkan...sudhlah selalu tiada ..dan kalau adapun
        keluar warna kemerah-merahan.. kami bilang macam betaggar ...
        15 hours ago · Unlike · 1 person
       
       

        PAHLAWAN SASTERAKU AWANG KARIM KADIR

        Pahlawan Sasteraku
        Awang Karim Kadir
        Kaulah Pahlawan Sasteraku
        merangkap guruku
        merangkap idolaku
        merangkap lambang inspirasiku.

        Jangan kau harapkan mereka,
        bangunlah dengan kudrat mata penamu sendiri
        jadilah kau pahlawan
        menghunus mata penamu
        bertarung di gelanggang alam maya
        bertarunglah semahumu
        membela penulis dan sastera
        menepis musuh
        dengan berpandukan minda akalmu
        membela penulis
        membela sastera
        berlandaskan keikhlasanmu mempertahannya.

        Dengan ketajaman mata pena
        dengan kebijaksaan mindamu
        bisa kau menakluki
        dunia sasteramu!
        dunia sasteraku!
        dan
        dunia pecinta sastera.

        Namamu mewangi
        sewangi jiwa kepahlawananmu
        membela kami pecinta sastera
        sudah lama kami nantikan
        akan berlaku revolusi sastera itu
        adalah kau Pahlawan Sasteraku.

        Kepahlawananmu membela kami
        tidaklah kami terpencil sendiri
        dalam dunia sastera yang diminati
        hilang bersama pena unik tapi
        masih berdakwat untuk
        berkarya dan terus berkarya
        hingga terhenti nafas
        justeru tanpamu Pahlawan Sasteraku
        siapalah kami
        peminat sastera hingga ke mati!

        Karya: Rha NS
        21 Mei 2011
        July 30 at 12:38pm · Like · · Unsubscribe

        Panggil Dinda Saja and Naga Pamungkas like this.
        (PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
        15 hours ago · Like · 1 person
  

        PANTUN BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA TYT DI ISTANA NEGERI SABAH

        Nampak gembira di wajah masing-masing,
        Apabila bergambar bersama TYT di Istana Negeri Sabah;
        Menjadi kenangan untuk dikenang,
        Dikenangkan juga seluruh rakyat Sabah.

        Tahniah Datuk dan semuanya,
        Moga Sabah aman sentiasa;
        Mempunyai pemimpin berhati waja,
        Sabah aman dan sejahtera.

        Tahniah Datuk dan juga rombongan,
        Teruskan perjuangan mentadbir Sabah;
        Rakyat Sabah memerlukan pembelaan,
        Membela nasib semua rakyat Sabah.

        Terima kasih Datuk Jem,
        Memberi sokongan pada Warisan Seni;
        Sama-sama ucapkan tahniah dikirim,
        Dikirimkan di alam maya tanda menghargai.

        Di alam maya menyambungkan persahabatan,
        Sahabat yang diingati disampaikan ucapan;
        Sejambak kalungan tahniah ingin disampaikan,
        Kepada para Datuk dan juga rombongan.

        Ahli perniagaan Sabah berhati murni,
        Bersama kerajaan membangunkan Sabah;
        Tiada rasa pentingkan diri sendiri,
        Keuntungan dinikmati bersama rakyat Sabah.

        Bertuahnya rakyat Sabah mempunyai pemimpin,
        Pemimpin berganding bahu dengan ahli perniagaan;
        Saling bekerjasama demi pembangunan,
        Negeri Sabah sentiasa dalam kecemerlangan.

        Apa jua masalah dikongsi bersama,
        Antara rakyat dan juga pemimpin;
        Perdana Menteri sentiasa memberi kerjasama;
        Agar Semenanjung dan Sabah sentiasa bergandingan.

        Rakyat Sabah dan Sarawak sentiasa tidak dilupakan,
        Kerajaan Malaysia amat prihatin;
        Susah senang sama ditempuhi dalam kesabaran,
        Moga 1Malaysia hidup dalam keharmonian.

        Kami Sayang Sabah Kami Sayang Malaysia,
        Jasa Raja dan Pemimpin sentiasa diingati;
        Moga 1Malaysia aman sejahtera,
        Mengekalkan Kemerdekaan dihargai hingga ke mati.

        Karya: Rha NS
        7 Julai 2011
        August 24 at 9:09pm · Like · · Unsubscribe

        Datuk Mohd Jeffry Rosman, 'prince Mohãmmãd Shãidi
        Rãhmãdãn and 4 others like this.
       
        (PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
         15 hours ago · Like · 1 person
       

        PANTUN TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG

        Beta selaku Yang di-Pertuan Agong negara ini,
        Mahukan kerajaan dan agensi terlibat menangani isu ini;
        Kumpulan Bersih Berhimpun beramai-ramai,
        Akan mengganggu ketenteraman rakyat yang Beta cintai.

        Beta yakin kepimpinan YAB Perdana Menteri,
        Boleh menangani sebaik mungkin masalah ini ;
        Demi keharmonian dan kestabilan negara dicintai,
        Berpakat bersama-sama memajukan negara tercinta ini.

        Beta menyeru kepada pihak kerajaan,
        Melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat;
        Secara adil dan penuh kebijaksanaan,
        Agar permusuhan dengan kerajaan tiada wujud di hati rakyat.

        Kita sebagai masyarakat yang bertamadun,
        Boleh menyelesaikan masalah secara rundingan;
        Tidak mengikut segala perasaan,
        'Yang DiKejar Tak Dapat Yang DiKendong Berciciran'.

        Demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan,
        Walaupun niat asalnya untuk kebaikan;
        Apa pun alasan semuanya demi kesejahteraan,
        Semua perkara dirunding demi keharmonian.

        Semua pihak haruslah memikir memajukan negara,
        Bukan mencipta masalah membuatkan negara terkebelakang;
        Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan Lautan Mana Tidak Bergelora,
        Justeru bermuafakat bersama mencipta negara Gemilang.

        Yang penting adalah sifat kesederhanaan,
        Bertolak ansur demi kesejahteraan negara;
        Sabarnya pemimpin terdahulu dalam perjuangan,
        Diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

        Sekian sahaja pantun Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong,
        Daulat Tuanku! Ampun Tuanku;
        Patik karangkan bagi pihak Yang Di-Pertuan Agong,
        Demi semata keharmonian negara patik dan juga Tuanku.

        Karya: Rha NS
        4 Julai 2011
        15 hours ago · Like · 1 person
        Rabeah Mohd Ali
        PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

        Sultan Mizan Agong berwibawa,
        Memerintah negara adil saksama;
        Rela berkorban demi rakyat tecinta,
        Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

        Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
        Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
        Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
        Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.

        Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
        Kepentingan rakyat amat dirasai;
        Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
        Sejak generasi dahulu hingga kini.

        DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
        Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
        Budi disemai Allah berkati,
        Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

        Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
        Kebajikan rakyat amat diutamakan;
        Bertuah sungguh rakyat Pahang,
        Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

        Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
        Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
        Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
        Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

        Sultan Kedah amat dihormati,
        Menabur budi tidak terhingga;
        Ke mana pergi rakyat mentaati,
        Rakyat Kedah amat berbangga.

        Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
        Kepentingan rakyat amat dijaga;
        Masalah rakyat diberi perhatian,
        Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

        Sultan Kelantan berhemah tinggi,
        Memerintah Kelantan adil saksama;
        Rakyat Kelantan takkan rugi,
        Raja dan rakyat berkerjasama.

        Negeri Terengganu pesat membangun,
        Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
        Tengku Muhammad bersopan santun,
        Rakyat Terengganu amat terpesona.

        Karya: Rha NS
        31 Ogos 2010
        15 hours ago · Like · 1 person
        Rabeah Mohd Ali
       

        GURINDAM SEORANG PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT

        Subhanallah
        sejuk perut ibumu
        mengandungkanmu
        melahirkanmu
        membesarkanmu
        mendidikmu
        dengan ilmu dunia
        jua ilmu akhirat
        kau menjadi
        anak yang soleh

        Alhamdulillah
        Syukur padaNya
        kerana dikurniakan
        seorang anak
        yang berjiwa pemimpin
        sanggup berkorban
        demi rakyatnya
        suka duka bersama
        derita rakyat
        air mata rakyat
        pemasalahan belia Sabah
        ingin dikongsi bersama
        lalu difikir
        diselesaikan dengan
        semampu mungkin
        sekudrat pemikiran
        diperah habis
        peluh setitik
        tidak dipersiakan
        kerana terlalu
        amat berharga
        untuk rakyat tersayang
        untuk negara tercinta
        maka bergemalah
        lagu patriotik
        'Kusayaang Rakyatku DemiNya'
        di setiap pelosok daerah
        di bawah pimpinanmu
        dan disahut penuh gemuruh
        lagu rakyat untuknya
        'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
        Dan siapa yang mendengar
        pasti mengharu-birukan kalbu
        lalu menangislah
        pemimpin kesayangan rakyat itu
        bersama-sama dengan rakyatnya
        lalu mengundang rahmat
        Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
        Suasana sepi seketika
        Bertafakur dalam kesyukuran padaNya

        Allahu Akhbar
        Dengan KebesaranMu Tuhan
        Kau Kurniakan seorang pemimpin
        Berjiwa Rakyat
        Kami Syukuri Dalam Sujud!

        Kami sayang pemimpin kami
        Hadirnya kami hargainya
        Perginya kami iringi doa restuMu
        Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
        Dengan SyurgaMu
        Dan kami ingin bersamanya di Syurga juga
        Amin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya: Rha NSl
        24 Ramadhan 1432H
        24 Ogos 2011
        (DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YBHG DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN)
        15 hours ago · Like · 1 person
        Rabeah Mohd Ali
       

        SYAIR TUANKU MIZAN SENTIASA DI HATI RAKYAT MALAYSIA
       

        Tersebutlah kisah Agong tersohor,
        Tuanku Mizan yang penuh sabar;
        Biarpun hidup penuh mencabar,
        Agar rakyat tidak terbiar.

        Permaisuri Nur Zahirah yang bijaksana,
        Cantik rupawan bagai bulan purnama;
        Memberi sokongan kepada baginda,
        Agar rakyat terus terbela.

        Bahagia hidup keluarga Diraja,
        Dikurniakan puteri dan juga putera;
        Dibesarkan dalam adat istana,
        Ayahanda dan bonda jadi idola.

        Genap 49 Tahun Tuanku Mizan diputerakan,
        Disambut keputeraaan penuh kesyukuran;
        Semua rakyat gembira meraikan,
        Raja dan rakyat tidak dapat dipisahkan.

        Terengganu negeri keputeraan baginda,
        Mempunyai ilmu penuh di dada;
        Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
        Raja dan rakyat berpisah tiada.

        Berbudi bahasa berhemah tinggi,
        Baginda bertitah rakyat dengari;
        Semua jemputan baginda hadiri,
        Asalkan rakyat rasa dihargai.

        Tuanku Mizan mencemar Duli,
        Menziarahi rakyat bantuan diberi;
        Rakyat gembira tiada terperi,
        Kebaikan baginda lekat di hati.

        Sultan Mizan bertitah memuji,
        Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
        Memerintah negara amanlah damai,
        Rakyat terbela itulah dihajati.

        Raja dan rakyat berpisah tiada,
        Masalah rakyat dikongsi bersama;
        Rakyat mengangkat Institusi Diraja,
        Raja dan rakyat rasa bahagia.

        Tuanku Mizan selalu menyeru,
        Inginkan rakyat bersatu padu;
        Buat keputusan tidak terburu,
        Asalkan rakyat terus maju.

        Tuanku Mizan percaya rancangan kerajaan,
        Mampu dinikmati segenap lapisan;
        Rakyat bersatu dalam perpaduan,
        Negara makmur dalam kemajuan.

        Raja dan rakyat amat rapat,
        Ke mana pergi rakyat diingat;
        Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
        Tuanku datang disambut hormat.

        Tuanku Mizan Agong ketiga belas,
        Dengan rakyat berkasihan belas;
        Tidak pernah rasa malas,
        Rakyat berpadu rasa terbalas.

        Istana Agong tersergam indah,
        Apabila bertitah penuh bermadah;
        Kuasa yang tinggi tiada diendah,
        Bersama rakyat tetap merendah.

        Bersemayam baginda dalam istana,
        Rakyat diundang pergi ke sana;
        Raja kami yang bijaksana,
        Ikatan raja dan rakyat terus terbina.

        Masalah rakyat sama dikongsi,
        Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
        Ikatan terus jadi serasi,
        Tercipta nostalgia untuk generasi.

        Sukacita Agong negara maju,
        Pemerintahan Agong terus dipacu;
        Warkah dihantar Agong dituju,
        Mendoakan Agong terus di mercu.

        Putera kesayangan ayahanda dan bonda,
        Cemerlang negara amat sukacita;
        Raja dan rakyat berpisah tiada,
        Bijaksana memerintah negara tercinta.

        Sejarah kesultanan patut dihayati,
        Dipelajari oleh generasi terkini;
        Personaliti Raja amat dikagumi,
        Ke mana pergi tetap dihormati.

        Pemerintahan Agong adil saksama,
        Cadangan rakyat semua diterima;
        Perintahkan Memanda Perdana Menteri beri kerjasama,
        Agar negara jadi ternama.

        Tuanku Mizan Raja kesayangan rakyat,
        Ke mana pergi pentingkan rakyat;
        Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
        Tuanku sentiasa di hati rakyat.

        Tuanku Mizan Zainal Abidin Agong ternama,
        Berjiwa rakyat adil dan saksama;
        Pentingkan rakyat walau di mana,
        Galakkan rakyat sentiasa berkerjasama.

        Selamat menyambut Hari Keputeraan Tuanku Mizan,
        Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
        Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
        Dilanjutkan usia dalam keberkatan.

        Sekian sahaja syair Tuanku Mizan sentiasa di hati rakyat,
        Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
        Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
        Ampun Tuanku! Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.

        Ampun Tuanku,
        Daulat Tuanku,
        Sembah patik harap diampun.
        Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan,
        ‘Syair Tuanku Mizan Sentiasa Di Hati Rakyat untuk tatapan
        rakyat Malaysia tercinta.

        Patik percaya Syair ini dapat mencetuskan rasa cinta
        yang amat mendalam kepada Institusi Diraja dan secara
        tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan
        Institusi Diraja walaupun ke titisan darah terakhir.

        Ampun Tuanku.

        Sembah patik harap diampun.

        Akhir bicara patik doakan moga Tuanku sekeluarga
        dirahmati Allah di dunia jua di akhirat.
        Amin Ya Rabbal A' Lamin.

        KARYA: Rha NS
        4 Jun 2011
        (Bersempena Hari Keputeraan Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
        Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Seri Paduka Baginda
        Yang di-Pertuan Agong Ke-XIII)
        15 hours ago · Like · 1 person
        Rabeah Mohd Ali
       

        Saunah Brahimku ... sebab kerana ku terlalu simpati pada rakyat kudat...
        ku mahu rakyat Kudat sendiri yang celek mata membela diri...
        justeru makanya dicadangkan supaya Awang Karim Kadir Mengadakan
        Pementasan Teater , "MOYANGKU DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH" ..
        bahan-bahan pengisian kemerdekaan telah kuberikan kepadanya...
        pandai-pandailah dia memikirkan macam mana ye..
        apapun kudoakan moga masalah rakyat kudat dapat diselesaikan
        dengan segera Amin Ya Rabbal A'Lamin.
       
        15 hours ago · Like · 1 person
       

        Tj Young Tj Young SAYA MENCALONKAN DIRI JADI HERO....
        BOLEHKAN???? KLAU XBOLEH PENJAHATPUN JADILAH!!!!
        8 hours ago · Like
       

        Rabeah Mohd Ali Hihihi cayalah sama Tj Young Tj Young ni...
        kucadangkan jadi hero boleh dipertimbangkan tak tuan pengarah
        Awang Karim Kadir? Hihihi...macam ada respon je cadangan ku ini.
        Tapi tuan empunyai diri senyap je.... hai tak kan tak nak
        sahut cabaran? Cucu-cicit Pahlawan Sabah? Hehehe
        8 hours ago · Like
       

        Awang Karim Kadir Maaf coz baru dapat hadir; rupanya forum
        puisi gurindam dan syair sedang rancak berlangsung.Siap dengan
        pementasan drama lagi.Terima kasih di atas perhatian dan cadangan.
        Insaalah akan diperhatikan ...
        3 hours ago · Like
      


        Rabeah Mohd Ali Macam ni baru betul cucu-cicit Datu Paduka
        Muhammad Saleh! Mesti Moyangmu bangga dengan mu duhai pahlawanku!
        Kerana darahnya yang gugur ke bumi tidak kau persiakan dan generasimu
        akan berbangga denganmu! Moga Allah permudahkan segala dengan
        izinNya juga. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
   

        (PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADAR)
        10 September 2011)
  

0 comments:

Post a Comment

 
;