Thursday, 8 September 2011

AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA

AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA
by Rabeah Mohd Ali on Wednesday, September 7, 2011 at 9:46am
Your note has been created.

Terima kasih Rush Cash kerana sudi memberi sokongan padaku...
bertahun lamanya aku menulis dari muda hingga ke usia begini. ..
ketika di usia belia aku seorang belia yang aktif suka sangat
pergi menghadiri kursus penulisan anjuran mana-mana persatuan
penulis, yang lucunya sepanjang berbengkel tiada karya pun yang
aku hasilkan. Aku tak tahu kenapa aku suka sangat belajar
ilmu-ilmu penulisan hinggakan aku menjadi pelajar dikenali kerana
banyak sangat soalan dikemukakan.

Lama sudah aku bersara dari berbengkel penulisan kerana faktor
usia barangkali...kalau dulunya aku membawa karya-karyaku pada
masyarakat untuk mendapat maklum balas mengenai karya-karyaku agar
tulisan yang kuhasilkan boleh diterima masyarakat atau tidak...
ternyata di luar kotak pemikiranku rata-rata mereka mengatakan
karya-karyaku menepati citarasa masyarakat dan mendoakan suatu hari
nanti aku berjaya....bukan seorang dua kata begitu tapi ribuan yang
kata begitu buatkan aku benar-benar terharu! Ku pergi sekolah-sekolah
minta pendapat anak-anak murid sekolah, pendapat guru-guru besar,
pelajar universiti IPTA/IPTS pakar akademik ,pelbagai kerjaya yang disandang...
waima yang bergelar pemimpin pun...mengatakan karyaku bagus!Inilah yang
membuatkan aku menulis hingga sampai saat ini....kalaulah semua mereka
katakan aku ni penulis syok sendiri dah lama aku menyepi diri....
Aku menulis bukan kerana mencipta nama ....orang tak kenal aku pun
tak mengapa...bagiku inilah sumbanganku setelah ku tiada nanti...
menandakan aku pernah berhidup di muka bumi ini...biarlah mereka tahu
yang aku di kala hidup sayangkankan mereka semua!

Karya Rha NS
7 September 2011
9 Ramadhan 1432H

(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
Disiarku Istimewa Untuk DIOLOG Rumah Sastra Borneo!
Like · · Unsubscribe · Yesterday at 9:51am near Kuala Lumpur

Haidi Yan, Marina Mustaffa and 2 others like this.

Rabeah Mohd Ali:

Terima kasih Haderi Idmukha..kasih sayang berkarya menyatukan
karya-karya kita semua.

Yesterday at 10:27am · Like

Rabeah Mohd Ali

SYAHDU KALBUKU!

Terima kasih Haidi Yan rakan seperjuanganaku
Terima kasih Marina Mustaffa menyokong setiaku
Sokongan dari rakan-rakan menguatkan urat saraf semangatku
Untuk terus menulis dan menulis biarpun air mataku tak henti menangis!
Ku tahu biarpun kalian jauh dari pandangan mataku namun
hatiku hatimu dekat sentiasa , terdengar kalian memujukku,

"Sabarlah duhai sahabatku...teruslah menulis kerana kami pun sepertimu
menulis terus menulis hingga terhenti nafas,"

Suara-suara kalian kirimkan di hembusan bayu dengan izinNya
ku dengar dengan jelas ...berulang-ulang kali....menyatakan
rakan seperjuanganmu sentiasa menyokongmu usahlah sedih
duhai rakan penaku....aduhai! Rasa aku dibuai mimpi hingga tidurku
dalam senyum...air mata yang mengalir deras terhenti tak mahu menangis lagi...
indahnya saat itu ....syahdu kalbuku!

9 hours ago · Like

(PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
8 September 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;