APABILA MENTARI DI UFUK SENJA BERSUARA
KARYA BERSAMA RHA NS & MAT KR
SUARA KAU KAH ITU TEMAN...
suara kaukah itu teman...
di kaki langit senja nan merah
berbisik lembut ditelinga sayup kedengaran
suara kaukah itu teman...
melayari mimpi indah
bersama sang bayu angin malam
suara kaukah itu teman...
berlalu pergi tanpa lambaian
sewaktu ku sedar dari lamunan
suara kaukah itu teman....
Karya Mat Kr
7 September 2011
Wall Photos
You and 4 others like this.
Rabeah Mohd Ali
APABILA MENTARI DI UFUK SENJA BERSUARA
Ya...suara yang kau dengar itu adalah suaraku
yang ingin bersuara tapi suaraku tidak didengari
sesiapapun kecuali DIA Penciptaku
Keindahanku tika melabuhkan tirai di kaki langit nan indah
mempersonakan sesiapa yang melihat dengan pancaindera
kalbunya lalu mereka akan memuji Kebesaran Penciptaku
Tahukah kau teman...aku pergi tanpa lambaian padamu
kerana aku akur pada Perintah Peciptaku untuk muncul di
tempat lain selagi belum Qiamat aku akan setia kepada
Maha Penciptaku iaitu Tuhanku Tuhanmu jua
Inilah suara yang ingin kusampaikan padamu teman...!
Karya Rha NS
7 September 2011
9 Ramadhan 1432H
(DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
&
DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK YOUTH ONE STOP CENTRE
YANG TERSANJUNG DI HATIKU)
Like · · Unsubscribe · 15 minutes ago near Kuala Lumpur
Like · · Unsubscribe · about an hour ago near Kuala Lumpur
Durbanibra Syazwan, Payoyongi Lasua and 3 others like this.
(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE0
7 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment