BILAMANA ALLAH DIBENCI HATI MEMBATU CINTA MEMBEKU!
by Rabeah Mohd Ali on Tuesday, September 6, 2011 at 11:43am
Memang cinta itu buta
Tapi butakah mata hatimu
Hingga tergamak mahu membunuh diri
Kerana mengagungkan cintamu pada seorang lelaki
Yang terang-terang tidak percaya kewujudan Allah
"Kenapa aku nak sembayang? Aku bukan nampak ? Sia-sia...
Kenapa aku nak puasa? Buang masa ... karut tu semua!"
Lelaki begini yang kau agungkan cinta ?
Terang-terangan sudah murtad...
Yang peliknya kau mahu juga teruskan cinta
yang akan meracuni imanmu
kalau kau mengawininya sah ke taraf perkahwinanmu nanti?
Lega bilamana dia memutuskan tali pertunangan denganmu
berminggu kau tak lalu makan apabila pertunangan diputuskan
tanpa pengetahuan keluargamu kau teruskan perhubungan dengannya semula
"Aku dah buang emak bapak aku...kerana dia orang tu dah tua kubur dah
panggil mari ...tak perlu mereka masuk campur lagi urusan aku...
sekarang ni kalau engkau nak kahwin dengan aku....kau pun kena buang
keluarga engkau...kalau engkau nak juga mereka...
maaflah aku kahwin perempuan lain ."
Bilamana kau masih tidak lagi membuat keputusan untuk membuang
keluargamu demi sayangkan keluargamu...
dia sudahpun memberikan jawapan.
"Mulai hari ni...aku tidak ada apa-apa lagi hubungan dengan engkau...
kerana aku tak ada masa lagi menunggu keputusan engkau...minggu depan
aku akan kahwin... dia yang sanggup memenuhi cintaku tanpa syarat!"
Terjelepuk Mariati mendengar pengakuan bekas tunangnya itu.
Adakah ini balasan cinta yang diagungkan? Menangis semahunya dan berputus
asa hingga ingin menamat riwayat hidupnya dik kerana cinta buta yang beracun?
Karya Rha NS
8 Syawal 1432H
6 September 2011
Like · · Unsubscribe · a few seconds ago near Kuala Lumpur
Like · · Unsubscribe · Yesterday at 11:53am near Kuala Lumpur
Adie Adnan and Datuk Jem like this.
Datuk Jem Hebat!!Terasa muda pulak saya membacanya...
Yesterday at 11:55am · Like
Rabeah Mohd Ali Jika diikutkan hati cinta memang buta
Tapi cintaNya buat jiwa tenang!
Yesterday at 12:00pm · Like
Datuk Jem masih adakah lagi cinta sekarang yang boleh buat
jiwa kita jadi tenang?
Yesterday at 12:05pm · Like
Rabeah Mohd Ali Insya-Allah jika kita sudah serahkan cinta kita padaNya
tanpa syarat..percaya pada qada & qadar apa yang dihadapi buat hati
jadi tenang dan cinta yang datang pun tenang kerana ingin redhaNya.
Yesterday at 12:10pm · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali Duhai sahabatku...apa sarananmu pada Mariati ye...
mana tahu sarananmu itu boleh membuatkan Mariati melupai bekas
tunangannya dan tidak mahu meneruskan hasratnya untuk membunuh diri?
Yesterday at 12:14pm · Like · 1 person
Datuk Jem Saranan ku suruhlah ia datang bertemu ku,Insya'allah akan
kumanja dan ku belai sepanjang masa supaya Mariati dapat melupakan
bekas tunangnya itu..Akan ku didik jiwanya dengan didikan agama
supaya ia takut untuk meneruskan hasrat untuk membunuh diri...
Yesterday at 12:20pm · Like
Rabeah Mohd Ali Ye ke...kalau ingin bermanja dan dibelai harus
dinikahinya dulu ye hihihi barulah boleh didiknya ...amacam sahabatku...
Yesterday at 12:36pm · Like
Rabeah Mohd Ali Syukur Allhamdulillah Mariati Insya-Allah buat masa
ini tidak jadi membunuh diri kerana dia telah diselamatkan oleh seorang
hamba Allah yang sememangnya suka membantu orang.
Aku doakan moga hamba Allah itu dimurahkan rezeki melimpah ruah...
Amin Ya Rabbal A'Lamin..agar ramai lagi dapat membantu orang lain.
Yesterday at 12:51pm · Like
(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
&
(PETIKAN DARIPADA SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment