Duhai sahabat-sahabat penyairku
Puisimu menyejukkan kalbuku
Membuatkan aku bisa senyum
Kalian semua adalah kiriman dariNya
Untuk menenangkanku yang sedang dilanda duka
Kalian juga adalah sekumpulan merpati putih
Mengutuskan puisi-puisi indah mengenai Tuhanku
Masya-Allah Syukur tak terucap
Moga Allah sentiasa mengilhamkan kalian
menghasilkan puisi-puisi indah
yang sentiasa dapat menyejukkan hati
siapa saja yang membacanya
Berkasih sayang semuanya keranaNya
Bersahabat keranaNya
Berpuisi indah memujiNya keranaNya
Aduhai...terlena aku
Dalam linangan air mata syahdu
Merintih ...Merindu...Selalu Pada Tuhanku
Terima kasih merpati-merpati putih
Yang membawa bingkisan Cinta Syahdu
Aku teruja untuk mencintai Tuhanku
Dan terbanglah
Sebarkanlan
Bingkisan Cinta Syahdu itu
Di serata pelosok dunia
Pasti segala duka lara terubat
dengan puisi Cinta Syuhdu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Indahnya zikirku di kala itu.
Karya: Rha NS
11 Ramadhan 1432H
11 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment