Thursday, 8 September 2011

MOYANGKU PAHLAWAN SABAH!

Air Oh Air; dimana kau air..?
by Awang Karim Kadir on Thursday, September 8, 2011 at 1:23pm

Sembilan puluh pratus kehidupan manusia bergantung kepada air
sebagai sumber kehidupan.Masalah kekurangan air bersih yang
selamat untuk diminum di Kudat masih belum dapat diatasi sejak
lebih tiga puluh tahun yang lalu. Hanya dua kali seminggu air
mengalir dan menakutkan untuk di minum kerana telah dikenal
pasti sebagai kurang selamat kerana kandungan klorin didalamnya
yang berlebihan dengan warnanya yang kekuningan bertagar.
Bagaimanakah nasib orang-orang di Kudat ini yang semakin hari
semakin terhimpit oleh keadaan dan semacam dalam ancaman keselamatan
secara halus melalui pemakanan. Kepada siapakah harus diajukan dan
dipertanggungjawabkan..? Yang nyatanya wakil rakyat tidak berfikir
untuk rakyat; rakyat dibiarkan melarat dan tidak selamat...

Like · · Share

Bunga Seroja and Marwan Hj Beluar like this.

Rabeah Mohd Ali Berdoalah moga masalah air dihadapi di tempatmu
dapat diselesaikan dengan segera ye. Telah kukemukakan masalah itu
kepada sahabatku YBhg Datuk Mohd Jeffry Rosman.
Dengan izinNya masalah ini selesai dengan kadar segera hendaknya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.

50 minutes ago · Like

Awang Karim Kadir Aaamiiiinnn...

48 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Masalah air di Kudat bila nak selesai YB ya,
Kesihan rakyat Kudat kita ni;
Katanya air yang diminum amat menakutkannya,
Tolonglah YBku tolonglah selamatkan mereka ni.

12 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Tolonglah YBku tolonglah selamatkan mereka ni,
Jangan tunggu sampai pilihan raya baru nak diuruskan;
Walaupun sudah 30 thn masih setia mengundi,
Mengundi YB tapi adakah ini balasan yang diberikan.

9 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Jangan tunggu sampai mereka naik bosan,
Nanti jangan salahkan rakyat pula:
Kerana tak mahu mengundi YB yang membosankan,
Kalau YB di tempat mereka macam mana pula.

7 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Demi negara mereka tetap setia,
Mengundi YB agar mengasihani;
Perwira pertaruh nyawa demi negara,
Rakyat Kudat pertaruh air tercemar demi negara ini.

5 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Moga YB terbuka hati celekkan mata,
Bertindak segera demi rakyat Kudat ini;
Semuanya pejuang yang harus dibela,
Berjuangkan negara biarpun sengsara di hati.

3 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

'SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA & HARI KEMERDEKAAN
NEGARA TERCINTA KE-54' Moga Hari Malaysia ini memberi
erti kepada Rakyat Kudat seluruhnya! Kalian semua pejuang-pejuang sejati!

a few seconds ago · Like

(PETIKAN DARIPADA TEMAN FACEBOOK RABEAH MOHD ALI)
DISIARKAN DI SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI
& DISIARKAN DI YOUTH ONE STOP CENTRE
8 September 2011

Like · · Unsubscribe · a few seconds ago near Kuala Lumpur
Unlike · · Unsubscribe · 5 hours ago near Kuala Lumpur

You like this.


AWANG KARIM KADIR:

Ya,benar Rabeah rakyt di Kudat ini ada cucu cicit para pejuang
yang telah membebaskan Sabah daripada penjajah Inggeris dan Jepun.
Moyang kami Datu Paduka Muhammad Saleh adalah Pahlawan Sabah yang
telah menentang Chartered Companny British. Datu Mustapha adalah
pejuang gerila menentang Jepun dan Bapak Kemerdekaan Negeri Sabah.
Tetapi kami cucu cicit mereka dalam keadaan yang terseksa dan terhina.
Terseksa oleh himpitan keadaan dan terhina kerana hidup seperti
status PTI Walau pun negara telah Merdeka sekian lama tetapi
perkampungan Melayu masih lagi berstatus 'Setinggan' rua2 haram
di atas tanah rizab kerajaan. Negara sudah merdeka tetapi
perkampungan dan rumah-rumah rakyat masih belum bebas dan merdeka
sepenuhnya...Bagaimanakah kami dapat berbangga dengan kemerdekaan ini...?

27 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:


MOYANG KAMI DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH PAHLAWAN SABAH!

Aduhai...cucu cicit pejuang negeri Sabah daripada penjajahan
Inggeris dan Jepun. Apakah dengan pengorbanan suci ini
dibalas sedemikian rupa? Terkedu aku.
Darah dan nyawa dipertaruhkan untuk negeri Sabah bukan
penghargaan dibalas tapi dibiarkan terseksa dan terhina!

Kerana ada darah perjuangan yang mengalir di tubuhmu ...
kalian masih lagi bersabar...demi keamanan negeri Sabah?
Tapi sampai bila?

Apalah ertinya kemerdekaan yang dilaungkan jika harga
pejuang-pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh dilayan
seperti kain buruk yang digunakan untuk mengelap
air mata anak cucu-cicitnya ...

Aduhai...terkedu aku dalam sengsara mereka itu...
dan sengsara mereka itu meresap ke dalam jantung hatiku.

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
DI MANA BUDI DISEMAI DI SITU LETAKNYA KEMEGAHAN
TAPI KEMEGAHAN MENJADI RACUN BERBISA!
BUDI DISEMAI MEMAKAN DIRI HINGGA SAMPAI BILA?

Duhai anak cucu cicit pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh
Jika benarlah darah yang mengalir itu adalah darah pahlawan
Ayuh...Sempena Hari Malaysia ini
Laungkan Kami Mahu Hak Kami!
Kami mahukan pembelaan untuk kami!
Kalau tidak sia-sialah darah moyang kami gugur di bumi bertuah ini!

4 hours ago · Like · 1 person

Awang Karim Kadir:  Allah hu akbar!!!

27 minutes ago · Like

Awang Karim Kadir:

Moyang kami yang membuka tanah penempatan di Kudat dan Pulau Timbang
Sandakan; Datu Muhammad Hasan dan Datu Muhammad Saleh, tetapi penjajah
telah melupuskannya daripada catatan sejarah...

24 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali:


Gunakan kebijaksanaanmu untuk mendapat hak kamu semula....
duhai anak cucu cicit Pejuang Sabah!

12 minutes ago · Like

4 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali:

Duhai anak cucu cicit Datu Muhammad Saleh...
Jika kau masih mendiam diri membatu tanpa bertindak
Memperjuangkan hak pewarismu
Sia-sialah darah yang mengalir di tubuhmu
Sia-sialah kau menjadi anak jantan!

Bertindak tidak semestinya akan berlaku pertumpahan darah
Tapi menggunakan akal kebijaksanaanmu membela hakmu

Aku yakin kamu akan berjaya
Jika kamu berjaya dalam memperjuangkan hak kamu
Memang benarlah kamu cucu cicit Datu Muhammad Saleh
Kamu akan dapat rasai itu jika kemenangan di pihak kamu!

Justeru tunggu apa lagi ...
Bangkitlah dari sebuah kekalahan diri sendiri

Ketahuilah kau...moyang kamu
Bangkit dengan mewakili seluruh Sabah dan Malaysia
Menempa kejayaan
Kenapa kejayaan sudah tergenggam di tangan
Menjadi hak milik kekal negara
Tiba-tiba jadi begini?

Kalau moyangmu pertaruhkan nyawa untuk Sabah dan Malaysia
Kau pertaruhkan apa?
Jangan pandai mengeluh
Tapi pandailah melaung...
Melaunglah semahumu ...
Akan bangkit semua pejuang-pejuang menyahut lauanganmu itu
dan ketahuilah kau tika ini
Moyang kamu bersedih jika kau kecundang dalam laungan penuh
bersemangat itu....
Biarlah hingga hilang suaramu dek jutaan kali melaungkan hak kamu....
Setidak-tidaknya kamu sudah berusaha secara damai tanpa berlaku
pertumpahan darah....

Cuma yang aku dapat bantu bagi pihakmu...akan kulayangkan
warkah-warkah air mata perjuangan suci moyangmu itu kerana
aku amat menghargai jasa setiap yang bergelar "PEJUANG KEMERDEKAAN!"

Biar jasanya diSyukuri kerana nikmat kemerdekaan dikecapi kini
Biar darah yang tumpah dan jasad yang gugur ke bumi dikenang
sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN!

Kudoakan moga perjuangan suci mereka tidak dipersiakan dan
menghargai anak cucu-cicitnya dengan selayaknya!
Barulah bererti erti,"HARI MALAYSIA YANG BAKAL DISAMBUT TIDAK LAMA LAGI!"


Karya Rha NS
8 September 2011

(PETIKAN DARIPADA SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI &
PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)

0 comments:

Post a Comment

 
;