Wednesday 7 September 2011

RANTAIAN KASIH BERACUN (I)

Kenapa mahu diteruskan cinta yang telah retak beribu
Yang memakan diri Yang memusnahkan hatimu Harlina?

Bertahun kau berbakti padanya
Bertahun kau mengabdikan cinta padanya

Adakah pernah dia menghargaimu?
Adakah dia membalas cinta sucimu Harlina?

Biarpun kau dilayan seperti hamba abdi
Tapi kau tetap mengabdikan cinta padanya
Aku tak tahu kena kau sesetia itu

Boleh dikatakan semua keluargamu mengatakan
kau tak bahagia hidup disampingnya
Tapi kau tetap pertahankan cintamu itu

Orang kata itu bukan cinta namanya
Itu peracun cinta
Tapi kau tetap kata itulah penawar cintamu

Aduh bisa pening aku dibuatnya
Puas aku memujukmu supaya lupakannya berulang-ulang kali
Tapi berulang-ulang kali kau kata mahukannya semula

Memanglah cinta itu buta
Tapi biarlah kena pada tempatnya

Tidakkah kau terfikir apa yang dilakukan padamu selama ini?
Biarpun dia seorang yang berada yang tak punya saudara mara
Yang boleh membuatkan kau bahagia dengan hartanya yang melimpah ruah itu?
Tapi apa yang kau dapat?
Kau pakai hiasan palsu sedangkan dia boleh menyaluti tubuh badanmu dengan
emas intan berlian
Wangnya yang banyak tak terkira boleh menyara hidupmu tapi
perbelanjaan dapur semua dalam keadaan dihadkan yang melampau
hinggakan tubuhmu kurus melidi kerana catuan makanan ke atasmu Harlina
Dia mempunyai kereta mewah tapi tidak mahu kau memandunya
Kau dibenarkan memandu kereta buruknya untuk menguruskan bayaran bil-bil
Bila kau mengaji dengar suara lunakmu itu
Dia memarahimu dikatakan buat apa mengaji kalau tak faham maknanya?
Kau diam tanpa kata

Kau dengar satu cerita Harlinaku..

Ada seorang datuk menyuruh cucunya membawa sebuah bakul yang berlubang
Disuruh cucunya membawa bakul tersebut yang telah diisikan dengan air
Puas si cucu membawa berhati-hati tapi masih lagi air tertumpah-tumpah

"Atuk puas saya membawa bakul berisi air ini berhati-hati tapi tertumpah
juga.. macam mana ni tuk?"

"Cucuku...walaupun kau bawa bakul yang berisi air tumpah airnya
setidak-tidaknya bakulmu itu bersih kerana selalu diisikan air walaupun airnya
selalu tumpah...begitu juga dengan Al-Quran biarpun kita tidak faham apa
maknanya, jika selalu dibaca jiwamu akan tenang dan membersihkan rohanimu."

Harlina berkata lagi membela dia yang dicintai sepenuh hati.

Katanyanya dia takkan dengar ustaz yang berceramah yang tidak mempunyai
apa-apa kelulusan..kalau kelulusan universiti Al-Azhar baru dia boleh dengar
lain daripada itu dia tak suka dengar.

Harlinaku..

Kalau semua orang berfikiran seperti dia yang kau cintai itu...
Alamat tak berkembanglah agama Islam di muka bumi ini
Sudah pasti dia tidak akan mendengar ajaran Nabi Muhammmad SAW
Kerana Nabi Muhammad SAW yang tak tahu membaca dan menulis

Harlina...Harlina...Harlina ...apakah itu namanya cinta Harlina?

(BERSAMBUNG)

0 comments:

Post a Comment

 
;