Monday 5 September 2011

KELUARGAMU DILIMPAHI SAKINAH DENGAN RAHMATNYA

RABEAH MOHD ALI:

Bertuahlah dikau Fifi Noor Hafiza adikku,
Syukurlah dikau Dikurniakan Allah hidayahNya;
DiKurniakan suami yang sentiasa menyokongmu,
Amalanmu dalam redha suami dalam redhaNya.

Memang layaklah dikau menjadi isteri seorang Khalifah Islam,
Hidup matimu bukan untuk berbangga tapi keranaNya semata;
Benarlah layak dikau menjadi seorang ibu kepada pejuang Islam,
Berkorban apa saja demi kesucian Agama.

Cintamu pada suami keranaNya,
Suami membalas cintamu keranaNya;
Anak yang dilahirkan lambang cinta keranaNya,
Keluargamu Dilimpahi Sakinah Dengan RahmatNya.

Duhai anakanda tersayang Fahd Al-Warith,
Ayahanda bonda doakan anakanda menjadi anak soleh;
Dewasamu nanti menjadi seorang Khalifah,
Khalifah Islam yang boleh dibangga dan dimegah.

Ayahanda bonda tercinta kesayangan anakanda,
Cita-cita ayahanda akan anakanda kotakan;
Berusaha anakanda biarpun dugaan datang melanda,
Asalkan anakanda menjadi Khalifah Islam yang dibanggakan.


Karya:  Rha NS
2 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;