Friday 10 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (396) - MARHABAN YA RAMADAN SULTAN KEDAH





      • Putri Rimba Niagara shared 
        Aku Mencintaimu Karena Allah's photo.
        • ‎^^^ HARI PALING UTAMA DI DUNIA ^^^

          Bismillahirrahmaanirrahiim

          Salam Jum'at Mubarrak Sahabat Fillaah
          ...
           ·  ·  · about a minute ago · 

        PUTRI RIMBA NIAGARA shared Zah Zaza's photo.





        shared Syiemma Hashim's photo.
        Doa hari ke 20 Ramadhan ...
        "Ya Allah, bukakan bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."
         ·  ·  · Yesterday at 5:12am · 








        YA MARHABAN YA RAMADHAN UNTUK SULTAN KEDAH


        MARHABAN YA RAMADAN UNTUK SULTAN KEDAH

        Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...

        Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
        Patik dari Rimba Niagara
        dan wakil dari seluruh penghuni rimba niagara
        mengucapkan selamat menyambut
        Ya Marhaban Ya Ramadhan
        moga semua amalan ibadah Tuanku dan seluruh rakyat Kedah...
        diterima Allah Azzawajallah Aamiin

        Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
        Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
        patik mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kerana
        di sepanjang Tuanku Memerintah Negeri Kedah...
        rakyat  Negeri Kedah hidup dalam aman dan damai

        dan bersyukur dengan nikmat rezeki Kurniaan Allah Azzawajallah
        di bumi bertuah Negeri Kedah dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa
        terkecuali, pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama kepada
        rakyat Negeri Kedah membuatkan setiap rakyat Negeri Kedah rasa dihargai dalam
        penuh kesyukuran kerana diKurniakan Allah SWT seorang Raja yang
        taat kepada Allah SWT dan amat utamakan kepentingan rakyat baginda.


        Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
        Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati...
        Pemerintahan Tuanku yang penuh kasih dan sayang
        kepada rakyat Negeri Kedah menjadi idola kepada semua Raja-Raja Melayu
        yang ada di Seluruh Malaysia.

        Moga Rahmat dan Kasih Allah Robbul Idzati
        DiLimpahi ke atas Tuanku sekeluarga dan Seluruh rakyat Negeri Kedah...
        Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! 
        DAULAT TUANKU!

        Ingatan tulus ikhlas daripada patik:
        Rabeah Mohd Ali
        Putri Rimba Niagara
        Istana Rimba Niagara
        Malaysia/Indonesia.
        22 Ramadan 1433H
        11 Ogos 2012
        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
        22 Ramadhan 1433H
        11 Ogos 2012



        PANTUN SULTAN & TYT KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

        Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Agong berwibawa,
        Memerintah negara adil saksama;
        Rela berkorban demi rakyat tercinta,
        Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

        Sultan Kelantan berhemah tinggi,
        Memerintah Kelantan adil saksama;
        Rakyat Kelantan takkan rugi,
        Raja dan rakyat berkerjasama.

        Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
        Kepentingan rakyat amat dirasai;
        Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
        Sejak generasi dahulu hingga kini.

        DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
        Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
        Budi disemai Allah berkati,
        Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

        Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
        Kebajikan rakyat amat diutamakan;
        Bertuah sungguh rakyat Pahang,
        Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

        Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
        Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
        Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
        Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

        Pemangku Sultan Kedah amat dihormati,
        Menabur budi tidak terhingga;
        Ke mana pergi rakyat mentaati,
        Rakyat Kedah amat berbangga.

        Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
        Kepentingan rakyat amat dijaga;
        Masalah rakyat diberi perhatian,
        Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

        Sultan Kelantan berhemah tinggi,
        Memerintah Kelantan adil saksama;
        Rakyat Kelantan takkan rugi,
        Raja dan rakyat berkerjasama.

        Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
        Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
        Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
        Rakyat Johor terharu lagi menyayangi.

        Negeri Terengganu pesat membangun,
        Di bawah pemerintahan Raja penuh kebijaksanaan;
        Tuanku Mizan suka beramal kebajikan,
        Kepada rakyat Terengganu tidak pernah dilupakan.

        Bertuah sungguh rakyat Sabah,
        Punyai TYT yang amat memahami;
        Denyut nadi rakyat Sabah,
        Maju Sabah dan dihormati.

        TYT Negeri Sarawak baik budi,
        Semua rakyat Sarawak menyayangi;
        Tutur kata sebaik budi,
        Akan dikenang hingga ke mati.

        Melaka negeri penuh bersejarah,
        Diperintah oleh TYT yang berkarisma;
        Ramai pelancong datang berhijrah,
        Menjadi Pusat Perlancongan Sejarah yang ternama.

        Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas,
        Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang;
        Berjiwa patriotik dan berhati ikhlas,
        Memerintah Pulau Pinang penuh kasih dan sayang.

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        10 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;