Saturday, 11 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU (404) - KITA BAHAGIA BERZIKIR BERSAMA DERUAN OMBAK!




KITA BAHAGIA BERZIKIR BERSAMA DERUAN OMBAK!

Putri Rimba:

Mana tahu ditakdirkan satu hari nanti kita sama-sama belajar dalam pondok pengajian yang sama untuk belajar ilmu kemanisan iman...mau nggak?
5 hours ago · Like · 1

Fatma Wati :

Aku mau dong karena kamu sahabatku...
5 hours ago · Unlike · 1

Putri Rimba:

Aamiin Aamin Aamiin
Lepas belajar kita sama ke pantai berpuisi sama-sama puisi memuji Allah SWT pasti kita bahagia berzikir bersama deruan ombak memukul pantai...SUBHANALLAH INDAHNYA SAAT ITU.... Itulah cinta sejati fatma...
5 hours ago · Edited · Like · 1

Fatma Wati:

Ya saya tahu itulah cinta sejati...cinta pada Allah dan tak ada yang ditolak oleh Allah....
5 hours ago · Unlike · 1

Putri Rimba:
Ye Allah tak akan pernah menolak cinta semua hamba-Nya tanpa syarat asalkan ikhlas mencintai-Nya .

JIKA KITA CARI CINTA DUNIA ...DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA CARI CINTA ALLAH...ALLAH AKAN BALAS CINTA KITA
INSYA-ALLAH AKAN DIBALAS DENGAN SYURGA DAN DIBERI CINTA BIDADARA SYURGA ...DENGAN RAHMAT KASIHNYA JUGA AKAN DIKURNIAKAN BIDADARA UNTUK MU DI DUNIA YANG MENCINTAIMU SETULUS IKHLAS KERANA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
5 hours ago · Like · 1

Fatma Wati:

Aamiin Ya Rabbal Alamiin...sekiranya di dunia tidak ada semoga di akhirat kelak...Aamiin...
5 hours ago · Unlike · 1

Putri Rimba:
Kudoakan moga di dunia juga kau memiliki cinta kerana-Nya Aamiin.

INGATLAH FATMA HAWA DICIPTAKAN UNTUK ADAM CINTAI MAKANYA AKAN HADIR CINTA ADAM UNTUKMU FATMA ...AAMIIN...
BAHAGIAMU BAHAGIAKU!
5 hours ago · Like · 1

Fatma Wati :

Putri Rimba karena sokonganmu aku jadi yakin cinta itu masih ada untukku sahabatku sayang...
5 hours ago · Unlike · 1

Putri Rimba:

Makanya yang tak sudi membalas cintamu jangan difikirkan lagi ye sayang...aku tahu itu terlalu berat untuk kau lupakan...sekarang ni utamakan cinta Allah ...dan selalu bersangka baik pada-Nya...bertawakal pada-Nya Insya-Allah pasti jiwa tak galau kerana hidup dan matimu telah kau serahkan pada-Nya...
5 hours ago · Like · 1

Fatma Wati:

Insya Allah aku akan cinta pada Allah sahaja dan cinta padamu jua....semoga Allah menerima cintaku dan cintamu....Aamiin....
5 hours ago · Unlike · 1

Putri Rimba:
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & FATMA WATI
11 Ogos 2012
22 Ramadan 1433H
(PETIKAN DARIPADA GRUP LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG)
22 Ramadan 1433H
 ·  ·

YANG AKU CARI
Yang kucari sahabat akhirat
bukan kawan dunia

Kenapa?
Apa bezanya
sahabat akhirat dengan kawan dunia?

Memang banyak bezanya
Seperti langit dengan bumi

Apa maksudnya?
Kawan dunia membuat hati jadi leka
sahabat akhirat menjadi
penghubungku ke akhirat

Hidup semuanya
berdasarkan akhirat
kerana mahu tidak mahu
hidup di dunia
akan menuju akhirat

Sebab itu pentingnya
sahabat akhirat
menjadi pendampingku
agar hidup ini
terarah ke akhirat

Ya Allah kami bersahabat
dan bertalisiraturrahim
semuanya keranaMU
agar kami saling ingat
mengingat tentang negeri
yang kekal abadi
negeri akhirat

Selagi nafas ini
dipinjamNya
hari-hari fikirkan akhirat
hari ini apa yang terlalai

Selalu salahkan diri sendiri
Kenapa aku masih lalai?
Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
Kenapa tak mahu berubah?
Sedangkan negeri akhirat
selangkah lagi akan kutempuhi

kerana aku tidak mahu
penyesalan tanpa tertebus!

Amat malang kiranya
sampai ke negeri akhirat
tanpa amalan yang dikira
di sisi Allah Taala dan kalau
ada amalan tetapi ditolak
tanpa disedari
rugi juga
yang penting setiap
amalan ikhlas
kerana Allah Taala

Ya Allah terimalah amalanku,
ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
dan orang-orang Islam samada hidup
dan yang telah meninggal dunia.
Amin Ya Rabbal A’ lamin.

Karya: Putri Rimba Niagara
11 Ogos 2012
22 Ramadan 1433H
 ·  · 


JIKA KITA CARI CINTA DUNIA ...DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA CARI CINTA ALLAH...ALLAH AKAN BALAS CINTA KITA
INSYA-ALLAH AKAN DIBALAS DENGAN SYURGA DAN DIBERI CINTA BIDADARI SYURGA ...
DENGAN RAHMAT KASIHNYA JUGA AKAN DIKURNIAKAN BIDADARI UNTUK MU DI DUNIA
YANG MENCINTAIMU SETULUS IKHLAS KERANA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
22 hours ago · Edited · 

 semoga terkabul, aamiin...
21 hours ago via mobile ·


AKU MAHUKAN ILMU KEMANISAN IMAN

Aku cemburu
orang yang solat
sebab aku tak solat

aku cemburukan
orang yang berqiamulail
sebab aku tak tahu apa itu qiamulail

aku cemburukan
orang yang pandai mengaji
sebab aku tak pandai

aku cemburukan
orang yang berpuasa
sebab aku tak pernah berpuasa

aku cemburukan
orang yang pergi haji
sebab aku belum pergi

aku cemburukan
mereka yang bersedekah
sebab aku bakhil

aku cemburukan
mereka yang berzakat
sebab aku tak berzakat
biarpun harta melimpah ruah

aku cemburukan
mereka yang suka berbuat baik
sebab aku anti kebaikan
sukakan kejahatan

aku cemburukan
mereka yang suka berkata yang baik
sebab aku suka mengumpat mengeji
menyakiti hati orang
aku rasakan akulah yang kaya
akulah yang berkuasa
akulah yang mempunyai segala yang
manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini

baru aku tahu kini
sebenarnya aku terpedaya dengan
keegoaanku sendiri yang leka dan lalai

salah aku juga
punca aku cemburu kepada mereka
kerana aku tak tahu
apa itu
syahadah
solat
puasa
zakat
menunaikan haji di Mekah
Rukun Islam
yang mesti diamalkan
dan diimani oleh semua
orang Islam selagi
hidup mesti dilakukan
kerana taatkan perintah Allah.

Ya Allah ...aku jahil
aku tak tahu semua ilmu
yang patut kutahu
mulai
detik ini
saat ini
sampai bila-bila pun
aku mahu belajar
ilmu yang patut aku tahu
ilmu kemanisan iman.

Ya Allah...bukakan
hatiku seluasnya
untuk
mencari
dan
memiliki
ilmu kemanisan iman.

Ya Allah...bukakan
hati bakal guru-guruku
mengajarku dengan setulusnya keranaMu
biar ilmu yang dicurahkan
meresap terus ke dalam
roh dan jasadku.

Yang aku tahu
neraka tempat yang mengerikan
dan menakutkan
segala azab sengsara akan
dibalas kepada orang yang lalai
lalai berpunca kerana tak berilmu
jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
rugi dunia akhirat!

Yang aku tahu
Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah
orang yang semasa hidup di dunia ini
merasai kemanisan iman.

Ya Allah aku perlukan ilmu Kemanisan Iman
agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.

Ya Allah terimalah taubatku
kerana aku si jahil yang sombong
hidupku selama ini menyeksakan
rohku sendiri
kesian rohku yang terseksa...
berduka di atas kejahilanku.

Duhai roh maafkan aku
biarkanmu terseksa dan berduka
aku terlalai untuk
menunaikan keperluanmu
iaitu ilmu Kemanisan Iman
akan ku belajar dan memiliki
ilmu Kemanisan Iman
tanpa jemu dan bosan
sehingga terhenti nafasku!

Karya: Putri Rimba Niagara
11 Ogos 2012
22 Ramadan 1433H
 ·  ·


AKU MAHU PULANG KE PANGKUAN ILAHI DALAM KEADAAN TENANG

Tolong Tarbiyahkan Aku

Teman…
Tolong tarbiyahkan aku
jika aku lupakanmu
kerana aku mahu
bertalisiraturrahim denganmu.

Teman…
Tolong tarbiyahkan aku jika
bicaraku menyinggung hatimu
kerana aku adalah teman sejatiku.

Teman…
Tolong tarbiyahkan aku
jika aku sombong padamu
kerana aku tidak mahu
menjadi bongkak sombong.

Teman..
tolong tarbiyahkan aku
jika aku tergolong
orang yang riak
kerana aku takut
Tuhan membakar amalanku
lalu campakkan aku
ke neraka jahannam
nauzubillah.

Teman…
tolong tarbiyahkan aku
jika aku terlalai daripada
Mengingati Allah
Memuji Allah
Mengagungkan-Nya
di sebilang masa dan ketika
kerana aku mahu mati
dalam kalimah Syurga
Lailahaillah
Tiada Tuhan Kecuali Allah.

Karya: Putri Rimba Niagara
16 Mei 2012
May 16 at 4:48am · Like · 1

Seorang Hamba Dengan Ilmu Laduni

Dia…
kirim seorang hamba
padaku di kala aku
hampir rebah
menyembah bumi.

Hamba itu mempunyai
jati diri
berakar tunjang
yang dipasakkan ke bumi
lalu…
lahirlah jutaan akar
keilmuan berfakta keimanan.

Kini aku bangun dengan
sejuta keinsafan
sejuta harapan
untuk menggali ilmu
dengan hamba kiriman
Tuhanku Tuhannya.

Moga niat hamba itu
menyebarkan ilmu Laduni
yang dimiliki anugerah
dari Tuhannya
kepada mereka yang terpilih
diberi hidayah termakbul

Berbahagialah mereka
yang terpilih mendapat
hidayah dari
Tuhannya Tuhanku
Tuhan Sekalian Alam.

Karya Putri Rimba Niagara
16 Mei 2012

Sebelum Pejam Mata

Hidup ini memang
Melekakan!
Melalaikan!
Aku terkedu
dalam kelekaanku.
aku terkesima
dalam kelalaianku.

Sebelum pejam mata
ingin aku berbuat baik
pada Tuhan
jua sekelian manusia
di muka bumi ini.

Sebelum pejam mata
ampunkan aku Tuhan
maafkan aku manusia
atas segala dosa pada-Mu
jua kesilapanku pada
sekelian manusia.

Izinkan aku bertemu dengan
Kekasihku dalam wajah yang
tenang dan berseri
jika itulah yang kudapat
hidup ini adalah satu kepuasan buat diriku
dan aku redha dengan segala ujian
yang tertimpa ke atasku
syukur Ya Tuhan aku dihidupkan
hanya untuk membalas cinta-Mu

Karya Putri Rimba Niagara
16 Mei 2012

JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
Kau terimalah taubatku
Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
Kerana niatku berhidup di bumi-Mu ini ingin berbuat baik dengan-Mu dan hamba-Mu
Tiada niat untuk berlaku zalim pada-Mu dan pada sekalian hamba-hamba-Mu

Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumi-Mu ini
Matikan aku dalam keadaan
bersujud pada-Mu
membaca Qalam-Mu
berzikir pada-Mu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di Sisi-Mu
berbuat kebaikan
bersangka baik dengan-Mu dan manusia

Ya Allah Tuhan yang kucinta
Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
Jika itulah yang dapat kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
Akulah hamba-Mu yang bertuah
Kerna aku mahu mati dalam redha-Mu

Ya Allah Aku HambaiMu yang terlalu hina
Kerana amalan tak seberapa ingin masuk Syurga-Mu
Amalan tak setimpal dengan balasan Syurga-Mu
Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
Tapi semuanya kerana-Mu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan
Syurga-Mu tapi semata kerana mendapat redha-Mu ...
Mendapat balasan cinta dari-Mu

Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
untuk mendapat redha-Mu biarpun aku menjadi bahan kebencian
 di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaan-Mu ini

Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redha-Mu
Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumi-Mu ini
Aamin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Putri Rimba Niagara
22 Ramadan 1433H
11 Ogos 2012
 ·  ·

WALAUPUN KU TAK PERNAH BISA SETERANG MENTARI........TAPI SLALU KUCOBA TUK MENYINARIMU.........


  •  like this.

    • Rabeah Mohd Ali Walaupun aku tak bisa melihat mu tapi aku bisa melihat mata hatimu
      yang suci murni ...hatimu terang benderang seterang mentari dan bulan.....hehehe salam santun dariku di benua Malaysia. Terima kasih kerana sudi membaca karya-karyaku dan sudi like karyaku...tanpa dukungan darimu siapalah aku....terima kasih...terima kasih...terima kasih.
      August 8 at 4:36pm ·




      CINTA NEGARAKU! CINTA NEGARAMU!

      MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU!

      Terima kasih Rakyat Indonesia/Malaysia kerana sudi memberi dukungan/sokongan kepada Dunia Sastra/Sastera Putri Rimba Niagara...
      Moga Allah SWT sajalah yang dapat membalas segala kebaikan semua. Aamiin.
      SALAM RAMADAN
      SALAM SYAWAL
      SALAM KEMAAFAN
      SALAM UKHUWAH KASIH ANTARA DUA BENUA
      SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKYAT INDONESIA/MALAYSIATERCINTA
      MOGA INDONESIA DAN MALAYSIA SENTIASA SENADA SEIRAMA DALAM MEMARTABATKAN KHAZANAH WARISAN BANGSA RUMPUN MELAYU NUSANTARA SEBAGAI HADIAH KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN!
      MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...
      MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU!
      DALAM RAHMAT KASIH NUR ILAHI
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

      INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      ISTANA RIMBA NIAGARA
      MALAYSIA/INDONESIA
      5 Ogos 2012
      15 Ramadan 1433H
      (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
      PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
      Like · · See Friendship · 21 hours ago ·
      Ahmad Tajuddin Khai Noor Garjito Gondokusumo and Enie Tirta Anggripura like this.

      NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

      Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Mataram
      Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Indonesia
      Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
      Moga cinta kerana-Nya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia
      dua negara berjiran
      sehati sejiwa
      senada seirama
      berpadu kasihkan negara
      negaramu kukasih
      negaraku kau sayang
      bila kasih sudah terpatri
      tak akan ada
      benci membenci
      dengki mendengki
      dendam mendendam
      jatuh menjatuh
      yang ada
      saling mempertahan cinta bernegara
      kau pertahan negaraku
      aku pertahankan negaramu
      saling mempertahankan
      itulah lambang cinta sejati
      antara dua negara
      bila cinta sejati terpatri
      di kalbu setiap rakyat
      negaramu negaraku
      kebudayaan negaramu disanjung
      kebudayaan negaraku dijunjung

      Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

      Institusi diRaja Melayu
      Kepahlawanan Melayu
      Bangsa Melayu

      Kita sama bersumpah setia untuk saling menyokong/dukungan
      tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat yang penting
      bersemangat juang seperti kita...
      karena dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

      Karya Putri Rimba Niagara
      11 Mac 2012

      Masyarakat Adat Mataram Ungkapan hati anda saya sosialisasikan di beberapa forum di Jogja, semoga keluarga besar kami membacanya.
      20 minutes ago · Like

      Putri Rimba Niagara:

      Terima kasih kerana sudi menghargai suara hati saya yang sungguh-sungguh menyayangi negaramu negaraku kerana-Nya.

      (PETIKAN DARIPADA MASYARAKAT ADAT MATARAM)
      11 Mac 2012
      PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
      PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012
      8 Ogos 2012
      19 Ramadan 1433H
       ·  ·



      KASIHMU KASIHKU SEHARUM KASTURI

      Subhanallah
      Pemandangan nan indah ciptaan-Mu Tuhan
      Tak jemu memandang
      Seperti berada di Taman Syurgawi
      Allahu Akbar diserikan pagi nan indah
      Dengan pelangi cinta yang rindu pada-Mu

      Terima kasih Tuhan
      Kau kirimkan padaku
      Seorang hamba
      Mengirimkan
      Pemandangan kanvas-Mu
      Nan Maha Indah ini
      Kau balaslah dengan ganjaran
      Pahala yang sebanyak-Nya
      Padanya kerana dia
      Telah mengingatkan aku
      Tentang Kebijaksanaan-Mu
      Mencipta Alam ini
      SUBHANALLAH
      INDAH-NYA YA ALLAH

      Duhai hamba
      Yang pandai
      Menggores rasa hatiku
      Untuk merindumu
      Biarpun sekadar di balik maya yang gelap pekat
      Namun kehadiranmu dapat kurasai
      Kehadiranmu biarpun ada dinding nipis tapi tebal
      Sudah cukup untuk meredakan rinduku padamu
      Tahu kah kau sejak kita terpisah kasih
      Aku terdera rindu padamu
      Kau terlalu istimewa dan baik untukku
      Ahh...dungunya aku melepaskan ikatan kasih suci kita
      Aku luka... luka yang amat dalam
      Luka yang kutoreh sendiri...
      Maafkan aku kerana sengaja melepaskan kasih sucimu padaku
      Maaf sejuta kali sampai kapanpun aku minta maaf

      Duhai hamba...
      Biarpun kita terpisah kasih
      Bukan kehendakmu
      Dan bukan kehendakku juga

      Tapi demi kebahagiaan kau dan aku
      Aku lepaskan kasih yang baru bertunas
      Bukan sengaja aku mahu memusnahkan
      Sebuah ikatan suci kita
      Tapi jika baru mahu bertunas kasih saja
      Sudah ada yang sakit hati dan mencemburui kasih kita
      Aku tak tega menghadapi
      Penghinaan sepanjang hayatku
      Di mana aku berada diburu
      Dan tak akan dilepaskan
      Selagi aku mengasihimu
      Moga dengan penjelasan aku ini
      Harap kau sudi faham dan sudi memaafkan aku
      Kesudianmu memahami aku amat aku hargai
      Percayalah kasihmu kasihku
      Sentiasa harum mewangi
      Sewangi kasturi

      Sebanyak mana bunga-bunga itu
      Semuanya untukmu kasih
      Pelangi cinta itu adalah
      Lambang kasihku padamu
      Yang tak akan pernah
      Padam sampai kapanpun!

      Dan izinkan aku membawa pelangi cintamu
      Hingga ke Syurgawi Insya- Allah Aamiin

      Di Syurga jika izin-Nya nanti
      Tiada siapa lagi yang dapat memisahkan kasih kita
      SUBHANALLAH kita bahagia bersama abadi cinta kita selama-Nya
      Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      6 Ogos 2012
      17 Ramadan 1433H
       ·  ·



      MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU!

      Terima kasih Rakyat Indonesia/Malaysia kerana sudi memberi dukungan/sokongan kepada Dunia Sastra/Sastera Putri Rimba Niagara...Moga Allah SWT sajalah yang dapat membalas segala kebaikan semua. Aamiin.
      SALAM RAMADAN
      SALAM SYAWAL
      SALAM KEMAAFAN
      SALAM UKHUWAH KASIH ANTARA DUA BENUA
      SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA RAKYAT INDONESIA/MALAYSIATERCINTA
      MOGA INDONESIA DAN MALAYSIA SENTIASA SENADA SEIRAMA DALAM MEMARTABATKAN KHAZANAH WARISAN BANGSA RUMPUN MELAYU NUSANTARA SEBAGAI HADIAH KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN!
      MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...
      MERDEKA NEGARAMU! MERDEKA NEGARAKU!
      DALAM RAHMAT KASIH NUR ILAHI
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

      INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      ISTANA RIMBA NIAGARA
      MALAYSIA/INDONESIA
      5 Ogos 2012
      15 Ramadan 1433H
      (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
      PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
       ·  ·


      SEMARAKLAH BUNGA-BUNGA CINTA IBU PERTIWI NEGARAKU NEGARAMU!

      Senyumlah
      Andai kau terbaca coretan ini dari permulaannya
      Aku benar-benar harap matamu tetap setia merenung coretan ini
      Ianya bukan hanya rekaan semata-mata
      Tapi tanda kusayang negaraku negaramu
      Indonesia & Malaysia
      Dua negara berjiran yang akrab
      Abadi jalinan ukhuwah kasih kerana-Nya

      INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      ISTANA RIMBA NIAGARA
      MALAYSIA/INDONESIA
      2 OGOS 2012
      13 Ramadan 1433H
      (PUISI-PUISI KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA BERTEMAKAN PATRIOTIK MALAYSIA/INDONESIA SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN
      INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 & MALAYSIA 31 OGOS 2012)
      MOGA DENGAN TERSIARNYA PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA DAPAT MENYATUKAN JALINAN UKHUWAH KASIH TALISIRATURRAHIMI ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA DUA NEGARA BERJIRAN YANG SALING BEKERJASAMA SENADA SEIRAMA ABADI SELAMANYA DEMI SEBUAH SENYUMAN ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA)
      2 Ogos 2012
      13 Ramadan 1433H

      KARYA-KARYA YANG DISIARKAN OLEH PUTRI RIMBA NIAGARA

      KARYA PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA DISIARKAN DI SEMUA GRUP YANG DISERTAI OLEH PUTRI RIMBA NIAGARA:

      1) BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA BRUNEI
      2) MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA
      3) DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
      4) MEMBACA KARYA PN
      5) PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
      6) MASYARAKAT ADAT MATARAM
      7) KOMUNTIAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
      8) KOMUNITAS ADAT KERATON INDONESIA
      9) LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG
      10) MELA AYU RADIO ONLINE
      11) OMBAK RINDU
      12) OMBAK RINDU2
      13) CERIA ZFM
      14) SSLfm
      15) RAHSIA KOTA CINTA
      16) PUISI LOVERS

      SEMUA RAJA-RAJA DI MALAYSIA
      SEMUA RAJA-RAJA DI INDONESIA
      SEMUA PEMIMPIN MALAYSIA
      SEMUA PEMERINTAH INDONESIA
      SEMUA RAKYAT MALAYSIA
      SEMUA RAKYAT INDONESIA

      SEMUA TEMAN FB YANG DIKASIHI NADI SASTERAKU
      SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI MALAYSIA
      SEMUA PENCINTA SASTRA MELAYU DI INDONESIA
      SEMUA PENCINTA SASTERA MELAYU DI SELURUH DUNIA
      PEMBACA SETIA SASTERAKU DUNIAKU

      SEKALUNG BUDI KEPADA YANG SUDI MEMBACA KARYA HAMBA DAN SUDI
      MEMBERI SOKONGAN/DUKUNGAN KEPADA KARYA HAMBA TANPA JEMU
      HANYA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALAS-NYA. DOAKAN MOGA
      HAMBA DAPAT MENULIS SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA.

      'AKU BUKANLAH SIAPA-SIAPA YANG PANDAI UNTUK MENULIS PUISI
      TAPI DENGAN IZIN-NYA AKU MENULIS PUISI TENTANG KASIH SAYANG
      PADA SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI DEMI-NYA'

      SEKALUNG JUTAAN TERIMA KASIH DARIPADA:

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      ISTANA RIMBA NIAGARA
      MALAYSIA/ INDONESIA
      2 Ogos 2012
      13 Ramadhan 1433H
      (PUISI-PUISI BERTEMAKAN PATRIOTIK DI SIARKAN BERSEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 & MALAYSIA 31 OGOS 2012)
       ·  ·


      MARILAH KITA BERSAMA MEMARTABATKAN KHAZANAH WARISAN BANGSA RUMPUN MELAYU NUSANTARA

      Kebudayaan negara saya sendiri pun tak terkira banyaknya...
      Ini pasti ada salah faham ye pak...
      Salah ke kebudayaan negara bapak kami promosikan agar negara
      Bapak dikenali oleh negara saya dan kitakan saling berjiran sejak lama dulu...dan rakyat Indonesia sudah lama bertapak di negara saya...kebudayaan mereka dibawa sekali kerana mereka sudah jadi warga negara Malaysia... kerana mereka cintai kebudayaan Indonesia walaupun sudah menjadi warga negara Malaysia makanya negara saya menjadi bahan fitnah negara bapak? Adil ke ...madu yang diberi racun yang dibalas? Dan adil ke sanjungan yang negara kami beri ...ini balasannya?

      Kita fikirkan secara positiflah jika kita fikirkan negatif makanya hingga ke anak cucu masalah ini tak akan selesai..bapak rasa negara bapaklah yang kaya dengan kebudayaan...negara kami tidak...silap tu...bapak...cuba datang ke negara kami...betapa negara kami penuh dengan kebudayaan seni melayu...ye mengenangkan kita adalah rumpun melayu makanya kita saling memartabatkan pusaka moyang kita ...salah ke bapak? Jika salah saya pun tak mahu berkongsi segala karya saya dengan negara bapak...

      Bukan saya nak ego akan karya saya...kerana saya sayangkan negara bapak....sayang memerah segala kodrat pemikiran saya untuk berpuisi mengenai pahlawan-pahlawan yang telah berjasa kepada negara bapak...sedangkan itu di luar kemampuan pemikiran saya...kerana terlalu sayang pada dunia rumpun melayu...Allah SWT berikan saya kekuatan itu untuk berkarya...dan karya-karya saya itu diterimapakai oleh rakyat negara bapak..dan mereka berminat mengambil karya saya sebagai bahan-bahan sejarah dan jikalah karya-karya saya mereka akui itulah adalah khazanah seni nusantara dan tidak mengaitkan nama saya...saya sudah relakan...kerana saya berkarya tanda saya sayangkan negara bapak....

      Di bulan yang maha berkat ini marilah kita satukan barisan berdamai dengan slogan NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG SAMPAI KAPANPUN!

      Salam kemaafan bagi pihak negara saya Malaysia
      Salam damai selamanya untuk Indonesia
      Salam maaf dari saya juga hamba-Nya yang kerdil

      PERDAMAIAN INI ADALAH PERDAMAIAN ANAK CUCU
      KERANA SELAGI TIDAK MAHU BERDAMAI IMPIAN
      SELURUH ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA
      AKAN TERLARUT DI OMBAK RINDU
      MAKANYA JADILAH SI PUNGGUK BERLAGU RINDUKAN BULAN!
      MENDAYU-DAYU SAYU TAPI MASIH DISEPIKAN ...

      Janganlah jadi begitu bapak...
      Kasihanilah anak cucu Rumpun Melayu Nusantara kerana
      Mereka tidak salah dalam hal ini
      Yang salah adalah kedegilan moyang mereka yang
      Tidak mahu berdamai walaupun sudah zaman berzaman

      Marilah kita sama-sama memartabatkan
      KEBUDAYAAN WARISAN BANGSA RUMPUN MELAYU NUSANTARA
      AGAR DI KENALI DUNIA
      BARULAH SUMPAH KERAMAT LAKSAMANA HANG TUAH JADI
      KENYATAAN, 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA!'

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      2 Ogos 2012
      13 Ramadan 1433H
       ·  ·


      NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

      Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Indonesia
      kerana-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
      moga cinta kerana-Nya ini boleh menjadikan Malaysia dan Indonesia
      dua negara berjiran
      sehati sejiwa
      senada seirama
      berpadu kasihkan negara
      negaramu kukasih
      negaraku kau sayang
      bila kasih sudah terpatri
      tak akan ada
      benci membenci
      dengki mendengki
      dendam mendendam
      jatuh menjatuh
      yang ada
      saling mempertahan cinta bernegara
      kau pertahan negaraku
      aku pertahankan negaramu
      saling mempertahankan
      itulah lambang cinta sejati
      antara dua negara
      bila cinta sejati terpatri
      di kalbu setiap rakyat
      negaramu negaraku
      kebudayaan negaramu disanjung
      kebudayaan negaraku dijunjung

      Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

      Institusi diRaja Melayu
      Kepahlawanan Melayu
      Bangsa Melayu

      Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong/dukungan
      tanpa mengenal samada raja atau rakyat biasa yang penting ada semangat
      juang seperti kita kerana dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

      Karya Putri Rimba Niagara
      19 Julai 2012
      Like · · Unfollow Post · July 11 at 5:01pm
      DG Kumarsana Kum likes this.
      (PETIKAN DARIPADA GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA & WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
      2 Ogos 2012
      13 Ramadhan 1433H
      Like · · 41 minutes ago ·
      Ahmad Tajuddin likes this.
      (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
      2 Ogos 2012
      13 Ramadan 1433H
       ·  ·


      KITA SAMA-SAMA INSAN KERDIL DI SISI-NYA

      Kita sama-sama insan kerdil di Sisi-Nya
      Kerana terasa kerdillah kita menjadi hamba-Nya
      Yang rela berkorban apa saja demi-Nya
      Yang ada di hati kita gimana alam barzah kita nanti?
      Adakah roh kita di terima-Nya
      Jika roh diterima jasad kitapun diterima-Nya Insya-Allah Aamiin
      Moga persahabatan dan perjuangan kita kerana-Nya ini
      Membuatkan kita tersenyum di Akhirat nanti.Insya-Allah Aamiin.

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      2 Ogos 2012
      13 Ramadan 1413H
       ·  ·


      SEKALUNG TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PAHLAWAN PUTRI RIMBA NIAGARA

      Terima kasih kepada 9 pahlawan yang hamba sanjungi...

      1) YM Kedaton Kraton Wahyu Utama
      2) YM Sultan Brotowijoyo Yosodipuro
      3) YM Prabu Sri Narayana Kusuma
      4) YM Adel Fadel
      5) Laksamana Mas
      6) Garjito Gondokusumo
      7) Naga Akhir
      8) Tuan Ahmad Tajuddin
      9) Datuk Jem
      10) Khai Noor

      Kalian semua tak jemu memberi sokongan/dukungan pada hamba untuk terus-terusan berkarya dan hamba amat hargai...dan hamba tauliahkan di antara pahlawan-pahlwan Rimba Niagara dan segala idea, cadangan, kritikan, pandangan bernas dan segala bentuk kerjasama amatlah hamba alu-alukan. Moga ketulusan untuk memberikerjasama kepada Putri Rimba Niagara untuk berkarya amatlah hamba hargai dan sanjungi. Moga Allah Azzawajallah saja yang dapat membalas-Nya. Aamiin

      UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      2 Ogos 2012
      13 Ramadhan 1433H
      Like · · about an hour ago ·
      Ahmad Tajuddin likes this.

      Ahmad Tajuddin ~ amat ku hargai!..alhamdulilah
      16 minutes ago · Unlike · 1
      (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
      2 Ogos 2012
      13 Ramadan 1433H
       ·  ·


      SASTERA ADALAH DUNIA SI PUTRI RIMBA NIAGARA

      Biarpun kita jarang berkomunikasi dan tidak pernah berkomunikasi di FB ...dan hamba tak tahu samada kalian sudi baca atau nggak karya hamba mungkin terlalu panjang dan banyak untuk di like...atau kalian sibuk barangkali...jika terus-terusan menyepi...maafkan hamba ye...kerana setiap rakan fb hamba adalah nadi dunia sastera hamba kerana inilah matlamat hamba mencari rakan fb yang menyokong dunia karya hamba habis-habisan. Percayalah sekali tangan berjabat abadi selamanya cumanya kita tiada peluang untuk meneruskan ikatan yang sepi menyepi ini.
      Kehadiran hamba tidak ada di hati fb kalian sedangkan kalian sentiasa ditunggu-tunggu dengan penuh harapan dalam kerinduan bertegur sapa. Kerana tidak tega untuk menanggung sepi menyepi.....sepi itu penawar bagimu dan derita bagiku...makanya maafkan hamba....jika kalian sudi melihat senyuman hamba...lihat sajalah di bulan purnama ....hamba sedang mengirimkan seny
      uman mohon kemaafan daripada kalian.
      Percayalah hamba tetap sahabat di hati kalian dan abadi selamanya di hati hamba. Sudilah doakan kejayaan dunia sastera yang hamba dambakan ini. Salam sayang teramat sayang salam rindu teramat rindu pada kalian yang amat hamba sanjungi sepenuh hati. Maafkan hamba ye...harap mengerti dengan dunia sastera yang hamba dambakan ini.

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      2 Ogos 2012
      13 Ramadan 1433H
       ·  ·

      HANTARAN DI HARI PERSANDINGANMU

      Kompang dipalu
      bertalu-talu
      sambil berlagu
      di hari persandinganmu
      yang penuh gilang gemilang
      dengan disaksikan ramai tetamu
      mengunjungi hari kebahagiaan dirimu.

      Tapi hatiku
      berlagu pilu, sayu
      melihat dirimu
      di atas pelamin angananku
      bercucuran airmataku
      tersayat pilu, sendu
      merestuimu tanpa kerelaan hatiku.

      Kulihat dirimu
      sungguh ayu
      dengan songket sedondonan baldu biru
      hadiah pemberianku
      untuk engkau dan suamimu
      di hari kematian cintaku
      berwardah sendu dan pilu di hatiku.

      Sazalee Sulaiman
      ssz/spl/pm...03/4/2012.
      http://

sangpujanggalangit.blogspot.com
/2012/04/hantaran-di-hari-persandinganmu.html

CINTA SEHARUM KASTURI SEHARUM CINTAMU

Duhai kekasih yang bukan kekasihku lagi...
Bukan sengaja aku mendustakan cintamu
Aku tak rela berbagi kasih antara kau dan dia
Dulu iya kau memang kucinta sepenuh hati
Kau kurindu dan kusayangi
Kita berjanji untuk sehidup semati
Mematri kasih hingga ke Syurgawi

Tapi apakan dayaku
Kasih kita tak kesampaian
Kau yang melepaskan cinta
Demi perjuanganku dan mu jauh berbeda
Aku akur kehendakmu
Biarpun hati kuterlara pedih sedih perih
Aduhai teganya dikau pada cinta kita
Tahulah aku bukan salah dirimu
Kerna kau tak mahu sama-sama kecewa
Kuterima suratan takdir cinta dengan hati yang rela

Di hari persandinganku kupakai songket sedondon biru
Pemberian darimu tanda ku menghargaimu
Biarpun kutahu deritanya hatimu
Kerna anganan pengantinmu musnah
Bersama kematian cintamu
Berwadah sendu dan pilu di hatimu yang terluka

Dan aku di pelamin
Tertunduk syahdu
Tak sanggup kumelihat kamu
Yang dirundung duka
Pelamin anganku indah bersulam cinta suci
Pelamin anganmu musnah dek pengkebumian cinta terakhir kita
Terimalah takdir ini
Kerna takdir cinta adalah milikNya

Percayalah Allah menyediakan
Cinta yang terbaik untukmu
Cinta seharum kasturi seharum cintamu

Karya Putri Rimba Niagara
3 April 2012
 ·  ·


jika mencintaiku..
maka bertawakalah...!!!
 ·  ·


PUISI-PUISI PUTRI RIMBA NIAGARA ISTIMEWA UNTUK RAKYAT
MALAYSIA/INDONESIA TERCINTA

Moga puisi-puisi Putri Rimba Niagara menjadi taman-taman cintakan kemerdekaan Malaysia/Indonesia yang tercinta!

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA TERCINTA
SALAM KEMERDEKAAN KE - 55 ( 31 OGOS 1957 - 31 OGOS 2012)
MOGA MALAYSIA AMAN DAMAI SEJAHTERA DALAM RAHMAT KASIH-NYA ILAHI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA:
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
1 Ogos 2012
12 Ramadan 1433H

TERIMA KASIH INDONESIA

Salam Ksatria dari Malaysia
Dariku untuk seluruh rakyat Indonesia
Sudilah terima puisi-puisi yang kuilhamkan
Istimewa untuk semua rakyat Indonesia
Tanda kasih setulus hatiku untuk kalian semua demi-Nya

Terima kasih pada semua ksatria Indonesia
Kerana sudi menjadikan hamba teman seperjuanganmu
Biarpun hamba tahu siapalah hamba untuk berbakti kepada negaramu
Itu semua tidak menjadi penghalang untukmu menerima bakti hamba
Biarpun hamba tidak punyai harta yang menggunung untuk dicagarkan cinta
Tapi dengan karya-karya hamba ...inilah cagaran cinta hamba untuk negara kalian
Makanya sudilah terima puisi-puisi yang hamba ukirkan di daunan kasih
Rimba Niagara untuk kalian abadikan di kalbu hati agar kalian tahu
Betapa hamba cintakan negara kalian setulus hati tanpa mengharapkan
Apa-apa juga balasan cinta hamba pada negara kalian.

Hamba ditakdirkan menjadi pemuisi untuk berbakti kepada negara hamba , negara kalian dan seluruh penghuni bumi dan langit hamba redho dengan takdir ini
Tanda hamba bersyukur pada-Nya yang mengurniakan hamba bakat menulis
Tanpa izin-Nya sebaris ayatpun hamba tidak dapat menulis maka selagi terdaya hamba Akan menulis selagi izin-Nya.

Doakan moga hamba dapat menulis sehingga terhentil nafas terhentilah pena.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA:

RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
INDONESIA/MALAYSIA
1 Ogos 2012
12 Ramadan 1433H
 ·  ·


DIA KAU AKU & SEMUA

DIA yang kucinta dalam roh dan jasad
Kau kukasih demi DIA
Semua kusayang demi DIA

Aku mahu menjadi kekasih DIA seumur hidupku
Aku mahu kau mengasihiku demi DIA
Aku mahu semua menyayangiku demi DIA

Hidup ini bermakna demi DIA
Hidup ini berarti adanya kamu
Hidup ini berpelangi cinta adanya semua

Sayang menyayangi semua kerana DIA
Kerana DIA lah Pencipta kita semua
Yang layak DiCinta dan DiKasih
Sepenuh jiwa sepanjang hayat
Selagi jantung berdetak!

Semoga DIA memilih
Kau aku dan semua
Menjadi kekasih DIA
Memilih kita semua
Untuk mendiami SYURGA
Agar kasih kita semua kerana DIA
Dapat diteruskan hingga ke SYURGAWI
Aamiin Amiin Ammin Ya Rabal A'Lamin
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

Ya Allah balaslah cinta kami semua demi-Mu
Hidup kami berarti di dunia dan di akhirat kerana-Mu
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Ramadan 1433H
30 Julai 2012M

PUISIMU SEHARUM SYURGAWI

Duhai rakan sasteraku ...
Siapa bilang kau ketandusan ilham
Nah! Puisimu ini terbukti kau tak kekeringan ilham
Cumanya kau saja menafikan ilham yang kau miliki
Jangan dihukum ilhammu seperti daunan kering yang berguguran
Lalu ditiup angin tak berarti

Gubahlah ilhammu menjadi puisi nan indah-indah
Yang bermakna
Yang membuatkan kau tersenyum
Di akhirat nanti
Melihat puisi mu tika di dunia menjadi
Bunga-bunga Syurga dipetik dihidu seharum Syurgawi
Insya- Allah Aamin Aamin Aamiin a Rabbal A'Lamin

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Ramadhan 1413H
30 Julai 2012
 ·  ·



KULARUTKAN SEPIMU DI OMBAK RINDU

Apa yang tuan hamba kata itu benar belaka
aku amat takut jika aku tergolong dalam hamba-NYa
yang suka memutuskan talisiraturrahim
kelemahan aku jika bahasa yang digunakan oleh sahabatku
yang keras dan bilamana aku disepikan seolah aku tiada wujud
di laman fbnya dan aku sekadar syaratnya berteman fb aku tak tega
sepi itu bahagianya sepi itu deritaku
makanya ku undur diri
bukan berarti aku memutuskan talisiraturrahim
tapi kerana tak terdaya lagi menanggung rindu padanya
jika ditakdirkan bertemu
kuhulurkan tangan untuk berjabat salam
sekali tangan berjabat
selamanya kekal dari dunia hingga ke Syurga...Aamiin
makanya jangan sepikan aku....
nanti kurindu
dan diombak rindu kularutkan sepimu ...
agar hilang deritaku menanggung rindukanmu
justeru maafkanlahku dan fahamiku
yang ingin mengasihimu kerana-Nya
ingin kubawa kasihmu kasihku hingga ke Syurgawi..Aamiin
hargailah kasih sayangku ini duhai sahabatku yang dikasihi kerana-Nya

PUTRI RIMBA NIAGARA
7 Ramadhan 1433 H
27 Julai 2012 M
 ·  ·


KUSIMPULMATIKAN HATIMU HATIKU DALAM IMANMU IMANKU

Duhai teman ..yang penting...bukan bahasa puitis atau apanya ...yang penting persahabatan kita ini diredhai Allah SWT dan mana tahu persahabatan kita di dunia ini dilanjutkan ke Syurga-Nya . Aamiin. Ku ingin sekali laman fbku seperti taman-taman Syurga yang penghuninya pencinta Allah SWT dan hidup matinya yang difikirkan amalan-amalan untuk bekalan akhirat dan hal remeh temeh dunia hingga membawa sakit hati dan permusuhan.dendam kesumat .kumahu elakkan ..yang kumahu dari rakan fb ketenangan kata-katanya seindah Syurga ...itu yang kudambakan ..jika kau sanggup menjadi rakan fb yang kudambakan itu ..kan kusimpulmatikan hatimu hatiku dalam imanmu imanku Allahu Akhbar sesungguh-NYa aku takut dengan azab Allah SWT atas kelekaanku diriku sendiri...kerana setiap yang baik itu datang dari-Nya yang kurang itu dari diriku sendiri.

PUTRI RIMBA NIAGARA
7 Ramadhan 1433H
27 Julai 2012
 ·  ·



KAIN KAFAN SETANGGI SYURGA

Betul kata tuan hamba tu...ye..di sisi Allah SWT tiada kain kuning pembalut tubuh yang ada kain putih. Moga kain putih kita digantikan dengan kain kafan setanggi dari Syurga dikirimkan Allah SWT kepada malaikat-Nya sebelum bertemu-Nya melepasi hingga langit ke tujuh SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHHU AKHBAR betapa indahnya pertemuan di antara hamba-Nya dengan Kekasih-NYa. Moga kita terpilih menjadi Kekasih Allah SWT di dunia jua di akhirat. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

HARAPANMU HARAPANKU PADA-NYA MOGA DIMAKBULKAN-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
7 Ramadahan 1433H
27 Julai 2012
 ·  ·


KAU DAN AKU DITEMUKAN BUKAN UNTUK BERPISAH

Dari dulu hingga kini kuhargai pertemuan dua hati ..
Biarpun pernah retak tapi dilupakan kerana
Kau dan aku ditemukan bukan untuk berpisah
Tapi untuk sama-sama kekal berpuisi nan indah-indah
Seindah bunga-bunga Syurga menyerikan
Tasik Syurga Yang sememang-Nya indah...

PUTRI RIMBA NIAGARA
6 Ramadhan 1433H
26 Julai 2012

DI KALA AKU HILANG ARAH

Dikala aku hilang arah
Dimana aku terombang-ambing
Sewaktu aku tersesat dan hanya fatamorgana di sekitarku
Hilang dan tenggelam dalam riam jeram kehidupan..

Adalah kau bintang terangku
Pemandu pengelana yang telah hilang arah
Adalah kau telaga bening di kaldera kalbu
Adalah kau tempat teduh di kerontang hari..

Hanya dirimu tempatku kembali
Kepada dirimu ku temukan tempat berlabuh
Melepas jangkar perahuku yang lelah
Pada dirimu lah aku temukan kedamaian..

Hanya dirimulah kekasih jiwa
Seribu sanjung tercurah padamu
Hanya dirimulah belahan hati
Hanya dirimu sejati ku temukan kedamaian..



  • like this.
    •  HANYA-MU KUTEMU KEDAMAIAN

      Fikiranku kusut
      Tak menentu
      Jiwaku kegalauan
      Ke mana aku selepas mati
      Apa matlamat hidupku?

      Aku bimbang sangat dengan hidup ini
      Takut kalau-kalau
      Di penghujung usiaku aku lalai..
      ALLAHU AKBAR malu aku pada-Nya

      Aku pergi ke rumah-Nya..
      Segala kekusutan hilang
      Hatiku yang galau
      Jiwaku yang sempit
      Menjadi tenang
      Lapang rasa jiwa
      Seluas-luasnya
      Aman damai fikiranku

      Rumah-Mu ini
      Mengundang damai...
      Kedamaian abadi
      Baru aku tahu
      Hanya-Mu ketemu kedamaian

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      12 Ogos 2012
      23 Ramadan 1433H
      (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP PUISI LOVERS &  GRUP LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG , GRUP OMBAK RINDU2 &  WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
      12 Ogos 2012
      23 Ramadan 1433H



0 comments:

Post a Comment

 
;