Friday, 10 August 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (399) - ISTANA NEGERI KUBANG KERIAN BERGEMA DENGAN ZIKIRULLAH


Putri Rimba Niagara shared Aku Mencintaimu Karena Allah's photo.
  • ^^^ HARI PALING UTAMA DI DUNIA ^^^

Bismillahirrahmaanirrahiim

Salam Jum'at Mubarrak Sahabat Fillaah

Ada beberapa peristiwa yang terjadi pada hari jum’at ini, antara lain:

~ Allah menciptakan Nabi Adam ‘alaihissallam dan mewafatkannya.
~ Hari Nabi Adam ‘alaihissallam dimasukkan ke dalam surga.
~ Hari Nabi Adam ‘alaihissallam diturunkan dari surga menuju bumi.
~ Hari akan terjadinya kiamat.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata:

“Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam surga, serta diturunkan dari surga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin shalat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

SUBHANALLAAH.. ALHAMDULILLAAH.. ALLAHU AKBAR

Selamat menunaikan Ibadah Puasa Hari ini Sahabat Fillaah

Keep Istiqomah + Keep Smile it's a Sunnah
Allaah Selalu ada untukku, untukmu dan untuk kita semua ^___^
✽·̵̭̌·̵̭̌«⌣*̣̣̣̣̣̣̥ Anik Susilawati *̣̣̣̣̣̣̥⌣»̶·̵̭̌·̵̭̌✽̈
    ‎^^^ HARI PALING UTAMA DI DUNIA ^^^

    Bismillahirrahmaanirrahiim

    Salam Jum'at Mubarrak Sahabat Fillaah
    ...
     ·  ·  · about a minute ago · 

PUTRI RIMBA NIAGARA shared Zah Zaza's photo.

shared Syiemma Hashim's photo.
Doa hari ke 20 Ramadhan ...
"Ya Allah, bukakan bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."
 ·  ·  · Yesterday at 5:12am · 








Putri Rimba Niagara shared Jkkk Fan Club's photo.
‎.:: sapeKENALsusukTUBUHini ::.
ALLAHUAKBAR!!!
bertuah sungguh rakyat kelantan..
nampak kecerian di mimik muka masing2.
@ISTANA NEGERI KUBANG KERIAN
ABE K NAK NANGiS TGK GAMBAR NiH
jkk! ki3.. realisasikn PGU realitikn ABU -RAMADAN kini' moga amalanku dberkati-
 ·  ·  · about an hour ago · 
  • You like this.
    • RAJA YANG ADIL RAJA BERDAULAT!
      MENGUTAMAKAN RAKYAT DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI
      MEMIKUL AMANAH DENGAN ADIL SAKSAMA KERANA AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN
      DI AKHIRAT NANTI
      MOGA ALLAH SWT MERAHMATI DAN MEREDHAI HIDUP & DI KALA MANGKAT NANTI AAMIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.


  • Warna - Warni DiRaja Kelate's status update.
    ASSALAMUALAIKUM WTH....makluman buat semua:
    Mlm ni adalah peluang utk anda semua merasai sendiri suasana bersolat Isya' & Terawih dan seterusnya berQIAMULLAIL dan BERSAHUR dgn KDYMM SULTAN MUHAMMAD V & TG MAHKOTA KELANTAN....maaf la kami sepatutnya buat announce ni lbh awal tp terlupa....apa pun masih sempat sgt lg sbb program bermula sekitar jam 9 mlm...sila baca banner yg kami load ni...
     ·  ·  · about an hour ago · 
  • Rabeah Mohd Ali shared Warna - Warni DiRaja Kelate's photo.
     ·  ·  · about an hour ago · 
  • RECENT ACTIVITY
  • Rabeah Mohd Ali shared Warna - Warni DiRaja Kelate's photo.
     ·  ·  · about an hour ago · 
  • YA MARHABAN YA RAMADHAN UNTUK SULTAN KELANTAN

    Ampun Tuanku sembah patik harap diampun...
    Tuanku Yang DiSanjungi Lagi Dihormati,
    Patik dari Rimba Niagara
    ...Continue Reading
     ·  · about an hour ago · 
  • JIKA KITA CARI CINTA DUNIA ...DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
    JIKA KITA CARI CINTA ALLAH...ALLAH AKAN BALAS CINTA KITA
    INSYA-ALLAH AKAN DIBALAS DENGAN SYURGA DAN DIBERI CINTA BIDADARA SYURGA ...DENGAN RAHMAT KASIHNYA JUGA AKAN DIKURNIAKAN BIDADARA UNTUK MU DI DUNIA YANG MENCINTAIMU SETULUS IKHLAS KERANA-NYA. AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
     ·  · 3 hours ago · 
  • RECENT ACTIVITY
  • AKU MAHU PULANG KE PANGKUAN ILAHI DALAM KEADAAN TENANG

    Tolong Tarbiyahkan Aku

    Teman…
    Tolong tarbiyahkan aku
    jika aku lupakanmu
    kerana aku mahu
    bertalisiraturrahim denganmu.

    Teman…
    Tolong tarbiyahkan aku jika
    bicaraku menyinggung hatimu
    kerana aku adalah teman sejatiku.

    Teman…
    Tolong tarbiyahkan aku
    jika aku sombong padamu
    kerana aku tidak mahu
    menjadi bongkak sombong.

    Teman..
    tolong tarbiyahkan aku
    jika aku tergolong
    orang yang riak
    kerana aku takut
    Tuhan membakar amalanku
    lalu campakkan aku
    ke neraka jahannam
    nauzubillah.

    Teman…
    tolong tarbiyahkan aku
    jika aku terlalai daripada
    Mengingati Allah
    Memuji Allah
    Mengagungkan-Nya
    di sebilang masa dan ketika
    kerana aku mahu mati
    dalam kalimah Syurga
    Lailahaillah
    Tiada Tuhan Kecuali Allah.

    Karya: Putri Rimba Niagara
    16 Mei 2012
    May 16 at 4:48am · Like · 1

    Seorang Hamba Dengan Ilmu Laduni

    Dia…
    kirim seorang hamba
    padaku di kala aku
    hampir rebah
    menyembah bumi.

    Hamba itu mempunyai
    jati diri
    berakar tunjang
    yang dipasakkan ke bumi
    lalu…
    lahirlah jutaan akar
    keilmuan berfakta keimanan.

    Kini aku bangun dengan
    sejuta keinsafan
    sejuta harapan
    untuk menggali ilmu
    dengan hamba kiriman
    Tuhanku Tuhannya.

    Moga niat hamba itu
    menyebarkan ilmu Laduni
    yang dimiliki anugerah
    dari Tuhannya
    kepada mereka yang terpilih
    diberi hidayah termakbul

    Berbahagialah mereka
    yang terpilih mendapat
    hidayah dari
    Tuhannya Tuhanku
    Tuhan Sekalian Alam.

    Karya Putri Rimba Niagara
    16 Mei 2012

    Sebelum Pejam Mata

    Hidup ini memang
    Melekakan!
    Melalaikan!
    Aku terkedu
    dalam kelekaanku.
    aku terkesima
    dalam kelalaianku.

    Sebelum pejam mata
    ingin aku berbuat baik
    pada Tuhan
    jua sekelian manusia
    di muka bumi ini.

    Sebelum pejam mata
    ampunkan aku Tuhan
    maafkan aku manusia
    atas segala dosa pada-Mu
    jua kesilapanku pada
    sekelian manusia.

    Izinkan aku bertemu dengan
    Kekasihku dalam wajah yang
    tenang dan berseri
    jika itulah yang kudapat
    hidup ini adalah satu kepuasan buat diriku
    dan aku redha dengan segala ujian
    yang tertimpa ke atasku
    syukur Ya Tuhan aku dihidupkan
    hanya untuk membalas cinta-Mu

    Karya Putri Rimba Niagara
    16 Mei 2012

    JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI

    Bismillahirrahmanirrahim

    Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
    Kau terimalah taubatku
    Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
    Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
    Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
    Kerana niatku berhidup di bumi-Mu ini ingin berbuat baik dengan-Mu dan hamba-Mu
    Tiada niat untuk berlaku zalim pada-Mu dan pada sekalian hamba-hamba-Mu

    Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
    Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumi-Mu ini
    Matikan aku dalam keadaan
    bersujud pada-Mu
    membaca Qalam-Mu
    berzikir pada-Mu
    berkata yang baik-baik
    menulis yang ada nilaian di Sisi-Mu
    berbuat kebaikan
    bersangka baik dengan-Mu dan manusia

    Ya Allah Tuhan yang kucinta
    Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
    Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
    LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
    Jika itulah yang dapat kulafazkan
    Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
    Akulah hamba-Mu yang bertuah
    Kerna aku mahu mati dalam redha-Mu

    Ya Allah Aku HambaiMu yang terlalu hina
    Kerana amalan tak seberapa ingin masuk Syurga-Mu
    Amalan tak setimpal dengan balasan Syurga-Mu
    Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
    Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
    Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
    Tapi semuanya kerana-Mu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
    Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan Syurga-Mu tapi semata kerana mendapat redha-Mu ...mendapat balasan cinta dari-Mu

    Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
    Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
    Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
    untuk mendapat redha-Mu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaan-Mu ini

    Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redha-Mu
    Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumi-Mu ini
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Putri Rimba Niagara
    22 Ramadan 1433H
    11 Ogos 2012
     ·  · 




  • AKU MAHUKAN ILMU KEMANISAN IMAN

    Aku cemburu
    orang yang solat
    sebab aku tak solat

    aku cemburukan
    orang yang berqiamulail
    sebab aku tak tahu apa itu qiamulail

    aku cemburukan
    orang yang pandai mengaji
    sebab aku tak pandai

    aku cemburukan
    orang yang berpuasa
    sebab aku tak pernah berpuasa

    aku cemburukan
    orang yang pergi haji
    sebab aku belum pergi

    aku cemburukan
    mereka yang bersedekah
    sebab aku bakhil

    aku cemburukan
    mereka yang berzakat
    sebab aku tak berzakat
    biarpun harta melimpah ruah

    aku cemburukan
    mereka yang suka berbuat baik
    sebab aku anti kebaikan
    sukakan kejahatan

    aku cemburukan
    mereka yang suka berkata yang baik
    sebab aku suka mengumpat mengeji
    menyakiti hati orang
    aku rasakan akulah yang kaya
    akulah yang berkuasa
    akulah yang mempunyai segala yang
    manusia idamkan kemewahan hidup di dunia ini

    baru aku tahu kini
    sebenarnya aku terpedaya dengan
    keegoaanku sendiri yang leka dan lalai

    salah aku juga
    punca aku cemburu kepada mereka
    kerana aku tak tahu
    apa itu
    syahadah
    solat
    puasa
    zakat
    menunaikan haji di Mekah
    Rukun Islam
    yang mesti diamalkan
    dan diimani oleh semua
    orang Islam selagi
    hidup mesti dilakukan
    kerana taatkan perintah Allah.

    Ya Allah ...aku jahil
    aku tak tahu semua ilmu
    yang patut kutahu
    mulai
    detik ini
    saat ini
    sampai bila-bila pun
    aku mahu belajar
    ilmu yang patut aku tahu
    ilmu kemanisan iman.

    Ya Allah...bukakan
    hatiku seluasnya
    untuk
    mencari
    dan
    memiliki
    ilmu kemanisan iman.

    Ya Allah...bukakan
    hati bakal guru-guruku
    mengajarku dengan setulusnya keranaMu
    biar ilmu yang dicurahkan
    meresap terus ke dalam
    roh dan jasadku.

    Yang aku tahu
    neraka tempat yang mengerikan
    dan menakutkan
    segala azab sengsara akan
    dibalas kepada orang yang lalai
    lalai berpunca kerana tak berilmu
    jahil kenapa aku dihidupkan di dunia ini
    aku tak mahu menjadi si jahil yang ego
    rugi dunia akhirat!

    Yang aku tahu
    Syurga tempat segala nikmat yang mengasyikkan
    dihadiahkan kepada orang yang taat kepada Allah
    orang yang semasa hidup di dunia ini
    merasai kemanisan iman.

    Ya Allah aku perlukan ilmu Kemanisan Iman
    agar aku dapat mencintaiMu dengan setulus hatiku.

    Ya Allah terimalah taubatku
    kerana aku si jahil yang sombong
    hidupku selama ini menyeksakan
    rohku sendiri
    kesian rohku yang terseksa...
    berduka di atas kejahilanku.

    Duhai roh maafkan aku
    biarkanmu terseksa dan berduka
    aku terlalai untuk
    menunaikan keperluanmu
    iaitu ilmu Kemanisan Iman
    akan ku belajar dan memiliki
    ilmu Kemanisan Iman
    tanpa jemu dan bosan
    sehingga terhenti nafasku!

    Karya: Putri Rimba Niagara
    11 Ogos 2012
    22 Ramadan 1433H
     ·  · 4 hours ago · 
  • YANG AKU CARI

    Yang kucari sahabat akhirat
    bukan kawan dunia

    Kenapa?
    Apa bezanya
    sahabat akhirat dengan kawan dunia?

    Memang banyak bezanya
    Seperti langit dengan bumi

    Apa maksudnya?
    Kawan dunia membuat hati jadi leka
    sahabat akhirat menjadi
    penghubungku ke akhirat

    Hidup semuanya
    berdasarkan akhirat
    kerana mahu tidak mahu
    hidup di dunia
    akan menuju akhirat

    Sebab itu pentingnya
    sahabat akhirat
    menjadi pendampingku
    agar hidup ini
    terarah ke akhirat

    Ya Allah kami bersahabat
    dan bertalisiraturrahim
    semuanya keranaMU
    agar kami saling ingat
    mengingat tentang negeri
    yang kekal abadi
    negeri akhirat

    Selagi nafas ini
    dipinjamNya
    hari-hari fikirkan akhirat
    hari ini apa yang terlalai

    Selalu salahkan diri sendiri
    Kenapa aku masih lalai?
    Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
    Kenapa tak mahu berubah?
    Sedangkan negeri akhirat
    selangkah lagi akan kutempuhi

    kerana aku tidak mahu
    penyesalan tanpa tertebus!

    Amat malang kiranya
    sampai ke negeri akhirat
    tanpa amalan yang dikira
    di sisi Allah Taala dan kalau
    ada amalan tetapi ditolak
    tanpa disedari
    rugi juga
    yang penting setiap
    amalan ikhlas
    kerana Allah Taala

    Ya Allah terimalah amalanku,
    ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
    dan orang-orang Islam samada hidup
    dan yang telah meninggal dunia.
    Amin Ya Rabbal A’ lamin.

    Karya: Putri Rimba Niagara
    11 Ogos 2012
    22 Ramadan 1433H

    Putri Rimba Niagara shared  
    Zamani Zam Mohd Zain 's  photo .
     ·  








    shared Zam Zamani Mohd Zain's photo.
    \
     · 



    Zain's photo.

0 comments:

Post a Comment

 
;