BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA
Cinta dan rindu
Bagaikan irama dan lagu
Kerana cintalah datangnya sayangSayang pada Tuhan
Sayang pada diri sendiri
Sayang semua yang ada di langit dan di bumi
Itulah rindu kasih dan cinta
Yang perlu ada pada kita semua
Barulah kedamaian ada di kalbu
Dan kita saling mengerti
Kenapa kita di wujudkan di dunia ini
Saling menghargai
Saling berkasih sayang kerana-NYa
Insya-Allah Syurga milik semua
Yang berkasih sayang kerana-Nya
Bertemu dan berpisah kerana-Nya
Di Mahsyar Insya-Allah kitakan bertemu
Atas ikatan ikhlas setulus hati kerana-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
24 Jun 2012
17 hours ago · Like
TIDURLAH DUHAI TUAN PUTRIKU
Duhai Tuan Puteriku..
Tidurlah selena-lena
Bermimpikan putera melamarmu
Dengan sebentuk cincin permata dari Syurga
Senyum dalam lenamu
Bahagia dalam mimpi indahmu
Sang putera sedang menjemputmu
Ke pelamin kayangan Syurga
Dengan kereta berkuda diRaja
Ke istana kristal nan indah
Bergemerlapan cahaya
Hingga terpancar bias
Seri pengatin wajahmu
Kepada semua tetamu yang ada
Terpukau dengan keagungan
Keteguhan cintamu pada
Sang putera berjiwa
Cintakanmu kerana
Kekentalan tauhidnya
Pada Maha Pencipta Cinta
Bercinta hanya kerana-Nya
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
24 Jun 2012
SYUKURLAH PADA ALLAH YANG MENGURNIAKAN CINTA HAWA
Teman...
Tahukah kau...
Sehebat mana pun aku
Aku tetap kaum Hawa yang lemah
Kerana aku dijadikan Allah Azzawajallah daripada
Tulang rusuk kiri kaum Adam
Jadi kau tak perlu bimbang
Malah kau harus berbangga
Asal usul kejadianmu
Yang sememangnya gagah perkasa
Makanya syukurlah pada Allah Azzawallah
Mengurniakanmu cinta Hawa padamu
Haruslah kamu menghargainya
Dan bersamanya
Mencari jalan-jalan redha Ilahi
Agar cinta dunia terpatri hingga ke Syurgawi
Karya: Putri Rimba.
25 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
6 Ogos 2012
16 Ramadan 1433H
SEPI ITU BAHAGIAMU SEPI ITU DERITAKU
Semakin kuatnya terjangan ombak ke aku
begitulah kuatnya rinduku ke kamu....
cumanya aku tak tega menanggung sakitnya
...Continue Reading
MAAFKAN AKU RERAMA
Sepi ...
pergilah kau sepi...
kau tak perlu hadir dalam hidupku lagikerana kau telah mentsunamikan fikirku tenang
jadi celaru tak menentu....
untuk apa kau hadir dalam hidupku?
kedatanganmu tak diundang...
tapi kerana menyahut seruanmu
untuk bergandingan memintal impian suci
kuterima untuk sama memberi kerjasama....
kita gelak ketawa bersama
pelangi sentiasa tersenyum dikelilingi
hilai ketawa mesra rerama yang mengindahkan
lagi pintalan yang diimpikanmu
sedang asyik membina pintalan impian nan indah
tetiba kau dengan sengaja menguraikan pintalan
impian itu dan pintalan itu musnah lalu
kau campakkan ke longkang!
aku terus kaku dan bisu
setega itu dan aku tak tahu kenapa kau jadi begitu?
tidak puas dengan itu kau kata ...
kau akan gantikan pintalan yang baru dan akan kau
bina bersama-sama rerama yang pandai membuat pintalan
yang indah ...
aku kau usir kerana tidak mahu aku mecacatkan pintalan
rerama-rerama yang pandai lagi bijak membina pintalan...
aku amat menghargaimu dan rerama-rerama yang ada di situ
tapi kau buang aku sambil disahut dengan hilai ketawa rerama di situ
apakah ini balasan yang kuterima darimu?
jika aku tahu begininya engkau dan rerama di situ
tak akan aku terima undangan namaku di situ
tapi aku tak tahu....jadinya begini
karena ini semua adalah ketentuan dari-Nya
aku terima dengan redho
aku berjanji dengan diriku tak akan mengganggu kau dan reramamu
pintallah sebanyak mana mahumu memintal dengan reramamu yang
bijak itu aku doakan moga kau dan reramamu berjaya menuju apa yang
dicitakan dalam membina pintalan yang indah.
cuma satu ku berharap pada kau dan rerama-rerama kau
jangan pernah cuba kaitkan nama aku dan pintalan-pintalan yang
pernah kubina di situ...musnahnya nama aku di situ musnahkan juga pintalan aku di situ.
kepada rerama-rerama pengikutmu....
maafkan aku kerana aku tak mahu ada hubung kait lagi dengan dia dan kamu ...biarpun begitu aku tetap mendoakan kejayaan untukmu duhai rerama dan aku tetap menghargai persahabatan kita sampai kapan pun!
Maafkan aku rerama ...aku tak sesuai terbang bersamamu untuk memintal impian bersamanya...
kucuba...kucuba...tapi tak terdaya...
maafkan aku ye rerama...
Karya Putri Rimba Niagara
5 Ogos 2012
16 Ramadan 1433H
YA ALLAH JADIKAN LAMAN FBKU SEPERTI TAMAN SYURGA
YA ALLAH KUPOHON BELAS EHSAN DARI-MU YA ALLAH
JADIKANLAH RAKAN-RAKAN FBKU RAKAN-RAKAN
YANG MENYAYANGIKU KERANA-MU DAN SALINGBERBAGI ILMU YANG DIMILIKI PADAKU JAUHKAN KAMI
DARI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH YANG MANA BOLEH
MEMISAHKAN KAMI ...KAMI SALING BANTU MEMBANTU
DAN SALING BERKORBAN KERANA MASALAH
RAKANKU ADALAH MASALAH AKU JUA SUSAHNYA SUSAHKU JUA
BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MEMBANTUNYA
JAUHKAN HATINYA UNTUK MEMBENCI DIRIKU KERANA
SIAPAPUN YANG KAU HADIRKAN DALAM HIDUPKU BIARPUN CUMA
DI ALAM MAYA ADALAH PERMATA YANG BERHARGA BAGIKU...
BUKAKAN HATINYA UNTUK MENERIMA PERSAHABATAN INI IKHLAS
KERANA-MU DAN BERKATILAH PERSAHABATAN KAMI INI DAN
PATRIKAN PERSAHABATAN KAMI INI HINGGA KE SYURGA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
YA ALLAH KUMERAYU PADAMU JADIKANLAH LAMAN FBKU
SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA YANG PENGHUNI-NYA
BERKATA MENGIKUT IMAN BUKAN MENGIKUT PERASAAN
BERKATA-KATA INDAH MENGUNDANG IMAN MENGUNDANG
NUR HIDAYAH KASIH-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
'KUSAYANGMU DEMI-NYA'
PUTRI RIMBA NIAGARA
15 RAMADAN 1433H
4 OGOS 2012- RECENT ACTIVITY
Sunday, 5 August 2012
SAYANGKU SAYANGMU (353) - JANGAN SESEKALI KAU SEPIKAN AKU DI 0MBAK RINDU
Putri Rimba Niagara shared Lezaihasra Lm's photo.
- RECENT ACTIVITY
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
5 Ogos 2012
16 Ramadan 1433H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment