Terima kasih Embun Mahakam...
Kerana sudi memahami apa yang tersirat di kalbuku
Tenang aku kini
Terpujuk hatiku yang dilanda gerhana
Pabila datang guruh di langit
Lalu kilat sambung-menyambung
Mengeruhkan karya-karya yang niat asalnya untuk berbakti demi kasih sayang...
Terpukul aku dengan kata-kata sinis itu
Ah! Ku pekakkan telinga
Kupujuk kalbuku biar bertahan agar tetap teguh dengan pendirian yang aku
Menulis bukan kerana nama tapi demi kasih sayang pada semua makhluk
ciptaan Tuhanku!
Karya Rha NS
7 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment