ARK selamat menyambut hari kelahiran,
Moga hidupmu dilimpahi rahmat dari-Nya;
Kau pemimpin yang berwawasan,
Agar terbela nasib rakyatnya.
ARK tidak lupakan pemimpin muda,
Diberi sokongan seratus peratus;
Generasi muda terus di persada,
Di meja persidangan idea tercetus.
ARK sibuk menabur budi,
Menyemai budi bukan untuk dipuji;
Berkhidmat setulus hati,
Moga budimu Allah berkati.
Apabila ARK turun padang,
Rakyat gembira tidak terperi;
Masalah rakyat semua dicadang,
Beliau dengari lagi memahami.
ARK pemimpin penuh azam,
Bukan untuk mencari publisiti;
Berkawan baik dengan imam,
Iman terjaga rakyat dihormati.
ARK tersenyum ada gaya,
Pesakit tengok pasti terhibur;
Bercakap benar rakyat percaya,
Mengerakkan COMBI adalah wajar.
Bersarapan pagi di warung Jumali,
Keramahan Jumali buat hati terhibur;
ARK bersarapan sambil memerhati,
Keluh kesah rakyat sentiasa didengar.
ARK galakkan generasi muda,
Menjadi peladang moden serba canggih;
Hasil diperolehi menjadi nyata,
Berpendapatan tinggi mereka bermegah.
Menu hidangan membuka selera,
Teman facebook ARK amat sukai;
Bertalisiraturrahim jalinan mesra,
Moga ARK menjadi pemimpin diminati.
Gotong royong amalan mulia,
Talisiraturrahim terjalin ikatan mesra;
ARK berbudi tak kira masa,
Menjamu durian semuanya suka.
Seorang pemimpin hatinya tulus,
Menabur jasa sepenuh hati;
Demi rakyat berkhidmat penuh ikhlas,
Jasamu ARK diingat hingga ke mati.
ARK menghadiri majlis kenduri,
Kenduri tahlil mengingati aruah;
Nikmat hidup ARK syukuri,
Bersyukur rakyat hidup di bumi bertuah.
Bertuah sungguh masyarakat Kg Sijangkang,
Kerana mempunyai pemimpin seperti ARK;
Menabur budi dari dahulu hingga sekarang,
Tak pernah jemu tak pernah riak.
Cincin ARK cantik bersinar,
Sesinar budi yang disemai;
Moga budimu sentiasa benar,
Dibalas Allah di akhirat nanti.
ARK pemimpin bagaikan permata,
Berjiwa patriotik pemimpin disegani;
Bilamana POLIS bergabung dengan RELA,
Pasti aman Malaysia ini.
Di wajahmu terukir senyuman,
Dibalas senyuman rakyat miskin;
ARK jasamu rakyat tertawan,
Moga pepimpinanmu jadi teladan.
Setiap peruntukan ARK agih,
Diagih pada yang layak terima;
Yang tak layak jangan terhegeh-hegeh,
Kerana keadilan sama diterima.
ARK tak jemu menabur budi,
Budi disemai di dunia ini;
Budi baikmu rakyat hargai,
Di akhirat nanti Insya-Allah dituai nanti.
ARK pemimpin idola rakyat,
Pembelaan rakyat sentiasa di hatinya;
Setiap keputusan semuanya sepakat,
Mendapat keberkatan itu mahunya.
ARK pemimpin serba boleh,
Tun Dr Mahathir idola ARK;
ARK yakin Malaysia boleh,
Menabur budi untuk masyarakat.
Menteri Pelajaran datang ke Sungai Manggis,
ARK sambut penuh gemilang;
Kegemilangan pelajar ibubapa menangis,
Menangis kegembiraan anak cemerlang.
Apabila musim mengundi pilihanraya,
Semua parti ingin menjadi jaguh;
Jaguh rakyat itu jadi pilihannya,
ARK berkempen penuh berhemah.
ARK jadilah pemimpin budiman,
Diredhai Allah hidup matimu;
Kau berjuang bukan mengharap balasan,
Hanya kerana Allah Yang Satu.
Karya Rha NS
6 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment