DEMI HAYAT YANG KAU PINJAMKAN INI
by Rabeah Mohd Ali on Tuesday, September 6, 2011 at 10:37am
Ya Allah demi hayat yang kau pinjamkan ini
Tolong bantu aku Ya Allah
Aku hamba- Mu
Yang sentiasa
lalai terpesona dengan dunia tak ingat mati
lemah tidak berdaya melawan kelekaan mempesonakan
malas beribadat untuk bekalan barzah
bila berbicara
sering menyakiti hati manusia sedar atau tidak
berbual kosong tanpa ada nilaian di sisiMu
suka mengumpul harta untuk kemegahan diri
suka menghina dan mengumpat keji kerana merasa diriku sempurna
suka berbangga dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki
sukakan kejahatan daripada kebaikan
Mulai saat ini...
Detik ini...
Aku mahu bertaubat...
Aku mahu berubah...
Membuang segala sikap jelekku ini Ya Allah
Tapi siapalah aku Ya Allah
Aku tidak berdaya kalau tidak
Hidayah Kasih DariMu
Justeru dengan air mata taubatku ini
Kau sinarkanlah kalbuku ini
Sinaran Nur Hidayah KasihMu Yang Abadi
Agar aku menjadi hambaMu yang
taat segala perintahMu dengan iman
yang telah dipasakkan dengan ilmu Al-Quran dan Hadis
Ya Allah
Demi hayat yang Kau pinjamkan ini...
Berilah aku peluang dan ruang
untuk melakukan segala amal soleh yang Kau redhai
sebelum aku bertemu denganMu
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
8 Syawal 1432H
6 September 2011
Like · · Unsubscribe · about a minute ago near Kuala Lumpur
Like · · Unsubscribe · Yesterday at 10:43am near Kuala Lumpur
(DISIARKAN DI YOUTH ONE STOP CENTRE
& SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment