Tuesday 6 September 2011

KUREDHA SETIAP YANG BERLAKU

Berburuk sangka amat kutakuti,
Yang hanya ada di hati ingin berbakti;
Ku tak tega menerima kata-kata meracuni hati,
Rela kubisu dari menyakiti dan disakiti.

Menabur budi bukan untuk menonjol diri,
Tapi mahukan percambahan idea;
Ilmumu ilmunya amat kuperlui,
Akan kuhargai itu tandanya.

Aku pun bukan insan yang sempurna,
Kelemahan ku ada di mana-mana;
Ilmuku tak banyak mana,
Justeru kuperlukan bimbingan apa adanya.

Jika kehadiranku tidak diperlukan,
Bersedia aku membawa diri;
Bukan kerana berperasangka keburukan,
Tapi sejujurnya aku tak tega lagi memakan hati.

Kusangkakan panas hingga ke petang,
Tapi rupanya hujan di tengah hari;
Apa dayaku kehilangan kasih sayang,
Seorang kawan yang kusanjungi sepenuh hati.

Jika ada ruang ingin kuberikan hati,
Sebagai permohonan maaf dariku yang khilaf ini;
Ku tak mahu berperangsaka hati,
Rela hatiku hancur demi sahabatku yang baik hati.

Permohonan maaf kupinta duhai sahabatku,
Kuakui ketidak sempurnaan diriku;
Yang tak tega dengan kata sebegitu,
Ku amat malu dengan Tuhanku dalam hal yang tak dugaku.

Apa saja hukuman dari sahabatku itu kuterima,
Asalkan Tuhanku mengampunkan aku,
Ku tak mahu masalah sekecil ini ke akhirat juga yang kubawa,
Ku redha dan bersangka baik setiap kejadian yang berlaku.

Karya Rha NS
10 Ramadhan 1432H
10 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;